Saturday, August 7, 2010

Ajaib

Dalam kehidupan manusia terlalu banyak keajaiban dan kekaguman ciptaan tuhan.Dan kejadian manusia itu sendiri juga merupakan satu kajaiban yang terlalu jauh untuk dirungkai oleh alam sains dan teknologi.

Manusia juga mempunyai keajaiban tersendiri yang lebih senang kita sebutkan sebagai bakat dan keupayaan istimewa.Ini tidak bermakna manusia terlepas dari sebarang kesilapan.Dengan kesilapan,manusia boleh mempelajari sesuatu untuk kebaikan yang mana boleh diaplikasikan untuk kepentingan sesama insan.

Antara contoh bakat yang paling mengkagumkan aku secara peribadi adalah seorang insan yang nama sebenarnya ialah Jamal Ubaidillah atau lebih dikenali sebagai JAMAL ABDILLAH.
Beliau merupakan seorang penyanyi yang berbakat besar dan bakatnya tiada bandingan di Malaysia.

Namun begitu kisah silam dan kesilapan hidup yang pernah beliau lakukan banyak mempengaruhi populariti beliau.Terlalu banyak yang negatif berbanding yang baik.Namun beliau tetap seorang biduan yang dikenang sebagai penghibur sepanjang zaman.Tiada gelaran pangkat dan darjat dikurniakan kepadanya tetapi ia tidak menghalang beliau untuk terus memberi hiburan kepada manusia sejagat.

Walaupun tidak dikenali sebagai penyanyi paling popular atau apa sahaja anugerah komersial,tetapi nama beliau tetap gah di dalam industri seni tanahair.Terlalu banyak penyanyi diciptakan sepanjang penglibatan beliau dalam seni yang mana silih berganti individu namun beliau tetap unggul.

semoga beliau terus memberi keajaiban dan hiburan pada kita semua yang tahu akan bakat beliau.