Monday, December 21, 2009

DULU-DULU..

1.Aku sebenarnya mempunyai hubungan yang boleh dikatakan baik dengan kaum India.Sementelah sejak kecil dan persekitaran hidup hingga alam dewasa aku dikelilingi oleh kaum India.Tidak banyak masalah yang besar dan ada juga sahabat-sahabat aku dari bangsa ini.

2.Aku bersekolah bersama mereka,mandi sungai bersama mereka,hisap rokok,main bolasepak dan apa sahaja aktiviti tidak dapat lari dari kaum India.Dan jiran aku sehingga kini di kampung pun India juga.Aku raya diaorang raya,diaorang raya aku pun raya!Cuma aku tak boleh 'masuk' dengan makanan mereka apalagi kuih keras macam batu yang aku panggil kuih batu atau kuih BOM.Maruku aku makan la.

3.Masa sekolah menengah awek aku pun orang India.Bercinta macam Bolllywood cuma tak ada tempat nak berguling-guling nyanyi-nyanyi ditaman sebab tempat aku hanya dipenuhi ladang kelapa sawit sahaja.

4.Paling aku suka ialah perayaan orang India masa aku kecil dulu iaitu main baling-baling kunyit.Habis sesiapa yang lalu kena baling kunyit.Tapi diaorang tak kacau orang Melayu sebab sama-sama menghormati budaya masing-masing.

5.Aku hairan kini semangat sesetengah orang India dan Melayu yang suka bertelagah.Masing-masing tak boleh menghormati sesama sendiri.

6.Selama aku berkawan dan bersekolah tak pernah lagi aku sembang-sembang dengan orang India tentang mereka merungut pasal hak orang Melayu.Kita tak pernah sentuh isu itu.Kami hanya mengamalkan toleransi dan saling menghormati.

7.Cuma yang selalu aku dengar mereka bangga jadi rakyat Malaysia sebab kalau ikut salasilah mereka terdahulu pasti kehidupan mereka lebih sukar.

8.Baca disini cerita menarik tentang orang India.

9.Aku ada ramai kawan India masa sekolah yang semakin aku lupa nama-nama mereka..kadang-kadang seronok sangat bila fikir bahawa PM kita punya idea 1 Malaysia tu macam dah basi,sebab kami dah mula create idea itu lebih dulu hampir 20 tahun lepas!

SEMUA KAUM DI MALAYSIA TELAH DIJAMIN HAKNYA DALAM PERLEMBAGAAN.

1.Kebelakangan ini cerita yang sering didengar orang ramai dan dihangatkan lagi oleh golongan-golongan ahlil politik ialah isu rasis,ultra kiasu,ketuanan melayu dan politik perkauman.

2.Selama 52 tahun negara Merdeka isu rasis ini berapi hanya pada tahun 1969 dan semenjak itu ia ditangani dengan baik oleh semua lapisan masyarakat berbilang kaum.Walaupun ada sebilangan yang masih kuat sifat rasisnya itu,tapi ia tidak merebak dan terkawal.Rasis ini ini satu sikap yang menebal didalam jiwa seseorang itu dengan niat bahawa bangsanya adalah yang terbaik dari kaum-kaum yang lain.Ia berkaitan dengan hak untuk hidup dengan perbezaan bahawa bangsanya paling berhak tanpa berlandaskan sifat-sifat harmoni sesama kaum.Kenapa kini sifat rasis ini sering kali diucapkan??
Ini kerana banyak hasutan yang datangnya dari orang-orang yang berkepentingan untk mencapai agenda mereka.Jalan yang paling mudah untuk mendapatkan kuasa ialah dengan memainkan isu ini kerana Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum.Maka mereka-meraka ini hanya menyemai benih kebencian sahaja dan sibuk hendak menjadi juara dalam memperjuangkan hak kaum-kaum tertentu.Modalnya adalah dengan membakar sifat-sifat rasis ini.Mudah..

3.Ultra kiasu juga sama sifatnya tetapi ia lebih menjurus kepada kesempurnaan.Menidakkan kekurangan dan keburukan kumpulan atau sesuatu kaum itu dan hanya melihat kepada yang baik-baik belaka.Maka apa sahaja yang baik itu adalah datangnya dari mereka dan yang tak baik itu datangnya dari orang lain.Apa bukti dah hujah sekalipun mereka tetap merasakan mereka adalah yang terbaik.

4.Ketuanan melayu ini diibaratkan oleh juara perkauman adalah sesuatu perkataan yang merbahaya.Ia seolah-olah seperti membawa maksud bahawa Melayu itu adalah tuan di Malaysia dan bangsa lain adalah hamba.Jika dibiarkan orang Melayu terus berpegang pada konsep ketuanan ini maka bangsa lain akan dianiiaya dan di diskiriminasi.Sebenarnya konsep ketuanan Melayu itu adalah sesuatu pegangan bahawa masyarakat Melayu berpaksikan raja dan sultan.Negeri ini asalnya Tanah Melayu dan semua orang Melayu sebelum mencapai kemerdekaan setuju untuk menerima kaum-kaum lain untuk hidup bersama-sama.Kenapa kini sudah berganti generasi perkara ini ditimbulkan.
Percayalah,kalau orang Melayu terus selamanya berpegang pada konsep ketuanan ini sekalipun,yang kaya raya,yang jadi taukey,yang memungut hasil kekayaan semenjak dulu bukannya orang Melayu.Monopoli dari segi ekonomi adalah kebanyakkannya dari orang Cina Malaysia.Yang jadi kuli dan makan gaji dikilang perusahaan taukey-taukey Cina sejak dulu ialah orang melayu.Bila masanya orang Melayu itu 'Tuan' dan bangsa lain jadi hamba?kalau lah ketuanan Melayu ini sangat bahaya pada kaum lain,kenapa perlu sekarang baru nak halang?Selepas segala kekayaan sudah dirasai dan dimonopoli??
Kalau benar orang Melayu akan menjadi tuan bila terus dengan konsep ketuanan,maka kaum-kaum lain di Malaysia ini tiada yang kaya raya.Mulai merdeka lagi orang Melayu tak bagi muka..tapi ini tidak berlaku sehingga kini.Yang nyata ini adalah permainan isu politik sahaja yang ditimbulkan oleh Melayu itu sendiri yang menjadi tulang belakang untuk menjahanamkan bangsanya sendiri.

5.Sebutkan disini di Malaysia ini parti yang mana tidak perkauman???Banyak parti di Malaysia ini semuanya berlandaskan kaum dan berobjektifkan menjaga kepentingan kaum-kaum tertentu.Selama ini tidak menjadi isu kaum pun.Sebenarnya yang bercakap pasal politik perkauman ini,dialah sebenarnya berfikiran politik perkauman yang sempit!

6.Marilah kita semua hidup aman damai.Jangan dibiarkan isu perkauman ini menjadi hangat.Jangan dipolitikkan isu ini untuk kepentingan parti.Semua kaum dan bangsa di Malaysia telah dijamin hanknya dalam perlembagaan.Selagi kita semua boleh bertoleransi dan bersepakat,isu dan masalah perkauman tidak akan timbul.Percayalah..

Sunday, December 20, 2009

AKAL MANUSIA..

Manusia menghasilkan sesuatu ciptaan untuk kebaikan manusia lain...tetapi ada juga manusia yang kreatif memanipulasikan ciptaan itu untuk menyusahkan orang lain.

Namun begitu,walau bagus sekali pun manusia itu menggunakan akalnya,jangan sesekali terbantut akal kerana mengikut nafsu..jangan ikut saja petua yang boleh merosakkan diri.

*pinjam petua dari Abang Husin Lempoyang..

HIJRAH




1.Dah agak lama juga rasanya tak menulis blog.Sibuk,sibuk dan malas atau lebih tepat...malas.

2.Ok la..aku mulakan langkah menulis blog kali ini dengan cerita satu hari yang berlaku di Shah Alam pada 19 December 2009.

3.Mulai minggu lepas bermulalah malam Jumaat yang berturutan cuti pada esok harinya.Secara kebetulan memang ada cuti umum yang kena tepat pada setiap Jumaat menjelang tertutupnya tirai tahun 2009 ini.Maka semakin lemau lah badan-badan manusia yang bekerja kerana 4 hari kerja dan cuti lagi 3 hari...kerja lagi 4 hari dan cuti lagi....aku kira sesuai sangat lah pada sesiapa yang berhajat menuai benih pada ketika ini sementelah cuaca pun agak mendung dan hujan saja kebelakangan ini bagai merestui semangat "bercucuk tanam"..semoga membuahkan hasil.Insyaallah.

4.Pada hari sabtu 19/12/2009 terdapat banyak acara berlaku di Shah Alam ini.Pagi yang mendung dan disertai hujan yang berterusan bermula tengahari.Di MBSA berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat.Ramai pembesar-pembesar datang berhimpun bercerita tentang politik yang tak pernah habis.Harapan dan semangat berjuang diterjemah di pentas politik dengan bermodalkan air liur dan sepanduk,yang ternganga adalah orang-orang yang asyik mendengar dicuit-cuit hatinya penuh harapan..

5.Sementara di Masjid Shah Alam diadakan Karnival meriahkan masjid.Pelbagai aktiviti diadakan umpamanya kursus remaja cuti sekolah,kelas mengaji,kelas belajar bahasa Arab.Dan sebelah malamnya pula diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh ulama besar Abdullah Al-Qaradhawi.Ucaptama pula disampaikan oleh abang yang fobia bila sebut saja nama mahkamah.

6.Di perkarangan Stadium Shah Alam pula diadakan pesta apa pun aku tak tahu,siap ada fun fair dan macam-macam lagi yang tak kan mungkin aku nak naik sebab aku takut akan ketinggian.Aku terpandang beberapa mesin dan peralatan seperti hendak menuai padi tapi aku tak pasti apa ke bendanya itu.Aku agak saja.Mungkin karnival yang dianjurkan oleh FAMA agaknya.Patut la ada kuda bertenggek berpusing-pusing..

7.Berhampiran itu di Stadium Malawati terdapat acara Showdown Tennis yang disertai oleh 4 orang jelitawan memukul bola menghala sesama sendiri..sekali pukul jerit,nak balas pukulan pun jerit.Yang seronok hanya mamat yang tukang tonggeng kat belakang court melihat kemontokkan punggung itu dicelah skirt yang pendek.Seronok sungguh brader itu walaupun tugas rasminya hanya mengutip bola walaupun secara rasionalnya kalau nak kutip bola tak perlu tonggeng bila pemain tennis wanita melakukan servis..prosedurnya macam tu kot.

8.Di serata kedai mamak dan semua tempat manusia boleh lepak tengok tv tanpa melanggan Astro keadaannya penuh sesak sejak pukul 8.30 malam lagi.Bukan nak tengok berita pasal Najib baru balik dari Copenhagen cerita isu pemanasan global..dia orang kat kedai tu tak ambil peduli pun.Baik tengok Rosmah memanaskan badan di TV1 dalam acara senamrobik.Dan bukan juga nak tahu cerita pasal Datuk Bung yang digossipkan akan bergomol dengan Zizie putih gebu di Kinabatangan...kenabatangngan Zizie atau kebinatangan..dia orang kisah tapi redha je lah.Yang berkerumun di kedai sebenarnya ada perlawanan bola diantara Liverpool dan Aston Villa.Lepas tu pula ada game MU dengan Fulham.Semakin laku teh tarik hingga lewat malam.

9.Begitulah seharian punya aktiviti setempat di Shah Alam.Banyak acara dan banyak ceritanya.Semua manusia berduyun dari celah mana saja untuk pergi acara yang aku cerita diatas.Semua mahu ikut serta dan tak mahu ketinggalan.

10.Dalam semua acara itu,acara fun fair juga yang paling ramai pengunjungnya.Hingga pukul 11 malam pun masih ada yang naik kuda terbang!Inilah hijrah masyarakat Malaysia...

Sunday, September 6, 2009

MELAYU RASIS???


Persoalan itu aku tujukan pada semua rakyat Malaysia,tak kira anda berbangsa apa pun sekali.Apakah jawapan anda?

Setelah beberapa bulan ini aku mengikuti perkembangan semasa di negeri tempat aku tinggal iaitu Selangor,secara tepatnya di Shah Alam.Dulu masa aku baru2 tinggal disini ia merupakan kebanggaan pada aku bahawa disinilah menghuninya komuniti Melayu terbesar dalam satu bandar di Malaysia.Bukan hanya untuk golongan kaya,tetapi penduduknya tergolong dalam beberapa taraf kehidupan.Sana sini aku berjalan,hanya Melayu sahaja kelihatan.

Tapi kini solah-olah dilanda satu taufan besar,aku kira semenjak PRU 12 'gelora' semakin kencang.

Isu arak dah pun selesai dengan penyudah yang terlalu dramatik..YB dari parti Islam yang pada mulanya melenting kini sudah boleh reda bersalaman mesra seakan tiada apa yang berlaku.Aku lihat beliau seakan kesal bertindak melulu.Tapi apakah tindakan YB parti yang satu lagi itu tidak melulu???

Isu pemindahan tapak kuil terbesar di Selangor,yang mana kau difahamkan bukan sahaja untuk penganut hindu di Shah Alam tetapi juga untuk penganut lain yang tinggal berdekatan atau paling jauh di Klang untuk beribadat.Aku mengikuti apa sahaja perkembangan ini untuk menilai hujah dan fakta dari pihak kerajaan memerintah negeri dan pihak pembangkang.
Dan hari ini,perjumpaan bersama penduduk di sekyen 23 untuk sesi dialog bersama MB dan YB telah diadakan.Perjumpaan ini dikhabarkan sangat panas sehingga jalan penyelesaiannya ialah perkara yang dicadangkan terpaksa ditangguh.Namun berita itu juga terpaksa dibayar kepada MB dan YB dengan kata2 kesat dan ancaman.

Ini adalah sedikit hemat aku untuk isu ini.

Pemindahan tapak itu yang sebenarnya bukan tapak asal dicadangkan oleh kerajaan terdahulu,maka tanpa persetujuan penduduk ia tiba2 dialihkan ke seksyen 23.Disini komuniti Melayu adalah majoriti.Tempat asal adalah dikawasan industri berat dan bukan kawasan perumahan penduduk Melayu Islam.Aku kira itu adalah adil kerana aku membesar di persekitaran penganut Hindu.Bila mereka ada upacara yang berkaitan ibadat mereka,ia agak "meriah".Aku sangat faham kenapa orang Melayu tidak mahu adanya kuil ditempat mereka.

dan yang paling menarik,hujah penganut hindu mereka selama ini boleh bertahan dengan laungan azan 5 kali sehari.Aku rasa itu pun tidak adil..

Umpama meletakkan sarang rusa dikawanan singa....tentulah singa suka!itu untuk binatang sebab manusia tak makan daging orang.

Adalah lebih baik meletakkan sarang rusa ditengah kawasan yang diapit oleh hutan...tak ganggu amarah singa!..

Thursday, September 3, 2009

Politik Pondok Pondok


Pada zaman ini ketika aku sudah masuk ke era tua..bila dikenangkan kembali masa-masa kanak-kanak memenag melucukan.Masa itu tiada yang paling indah daripada main dan bermain...

Tapi aku tak suka main pondok2 sebab macam budak perempuan.Aku hanya suka aktiviti lasak,dan salah satu kegemaran aku ialah berangan untuk menjadi seorang askar!...

Tapi dua tiga hari lepas,kecoh di negara aku yang sudah 52 tahun merdeka tetapi masih ada lagi orang yang berperangai seperti manusia yang tinggal didalam hutan.

kelakar la diorang ni...budak zaman sekarang pun tak main pondok2 lagi..hahahah

Monday, August 31, 2009

MERDEKA

MERDEKA!

Merdeka tahun ini buat pertama kalinya kita sambut di bulan Ramadhan Al-Mubarak.Umat islam semua menunaikan kewajipan berpuasa di siang hari,maka dengan itu tiada lah perarakan atau perbarisan yang seumpanya seperti yang dilakukan oleh rakyat Malaysia saban tahun sempena hari kemerdekaan...kini dah mencapai 52 tahun.

Tahun ini semua sederhana sambutannya.Merdeka sederhana,kehidupan sederhana,Aidilfitri yang bakal menjelang juga akan disambut secara sederhana.Sejak penghujung tahun lepas ekonomi dunia menjunam jatuh,maka manusia lebih banyak mengatur semula kehidupan supaya lebih sederhana dalam apa jua keadaan.

Dengan sambutan Merdeka yang serba sederhana,kita juga nampaknya terpaksa bersederhana untuk bulan yang berikutnya kerana harha minyak mulai naik bermula pagi ini.
Maka rancangan untuk jalan rumah saudara mara yang jauh dan lama tak ketemu,terpaksa diatur semula.
Sepatutnya harga minyak ini dinaikkan oleh kerajaan selepas sambutan aidilfitri.

Bulan Ramadhan syaitan terbelenggu...maka banyakkan bersabar.
Anggap ini satu dugaan...dugaan 2009.

Kita merdeka dari dijajah..tapi kita belum merdeka dari kehidupan yang serba mencabar dan menghimpit..

Thursday, July 30, 2009

KISAH DAN TAULADAN 1

Dipetik dari internet...

Isteri yang solehah hendaklah menghormati ibu dan bapa mentuanya, kerana disebabkan keduanyalah suami yang dicintainya itu lahir. Jadi berdosalah bagi seorang isteri yang tidak menyukai ibu dan bapa mentuanya, begitu juga peranan suami sangat diharapkan agar dapat menasihati isteri supaya memiliki keperibadian dan akhlak yang mulia. Sebagai seorang anak, hendaklah sentiasa menghormati dan melawat atau menjaga ibu bapanya, kerana peranan anak lelaki tidak akan putus dalam hal tanggungjawab terhadap ibu bapanya. Betapapun isteri tidak menyukai kunjungan yang anda lakukan sebagai seorang anak yang soleh anda berkewajipan melaksanakan tugas tersebut.

Isteri merupakan insan lain dalam kehidupan seorang suami yang boleh berpisah dengan ketentuan thalak sedangkan ibu bapa merupakan darah daging serta keturunan kita sendiri. Dalam suatu kisah dicetiakan, pada suatu hari Nabi Ibrahim berkunjung ke rumah anaknya Nabi Ismail di Makkah,namun ketika itu Nabi Ismail sedang pergi berburu, berjumpalah Nabi Ibrahim dengan menantunya sedang menunggu di rumah. Nabi Ibrahim pun bertanya tentang kehidupan mereka, maka isteri Nabi Ismail yang tidak mengetahui bahawa di depannya itu bapa mertuanya menjawab, bahawa kehidupannya tidak seperti yang diharapkan. Mendengar beberapa keterangan dari wanita tersebut yang banyak mengeluh dan tidak berterima kasih itu, maka Nabi Ibrahim berpesan kepadanya ketika suaminya pulang nanti supaya menukar palang pintu rumah mereka.

Ketika Nabi Ismail pulang, maka isterinya menceritakan seorang lelaki yang bertamu tadi dan mengatakan tentang pesannya agar mengganti palang pintu rumah mereka. Mendengar penjelasan isterinya tersebut, fahamlah Nabi Ismail bahawa yang datang tadi adalah bapanya, dan mengetahui maksud mesej yang ditinggalkan ayahnya tersebut iaitu agar menceraikan isterinya itu.

Dari cerita di atas menggambarkan bahawa betapa pentingnya seorang menantu melayan dan menghargai mentuanya, kerana melalui mentuanya itulah lahir seorang lelaki yang menjadi pasangan hidupnya. Jadi berusahalah untuk menasihati isteri yang tidak suka dengan ibu bapa suami (mentuanya) agar kehidupannya tidak diliputi dengan dosa, kerana derhaka kepada mentua sama juga nilainya dengan ibu bapa sendiri. Sebagai seorang anak tetaplah dengan pendirian bahawa seorang anak harus berbakti dengan ibu bapanya sendiri meskipun isterinya tidak suka dengan sikap dan bakti yang kita curahkan terhadap ibu bapa kita. Wallahu a'lam.

Sunday, July 26, 2009

THE STORY TELLER...FOREVER.

"I am optimistic and sentimental to the point of being annoying, especially to people who think that being cynical and cold is cool. Everyday, I thank Allah for everyday things like the ability to breathe, the ability to love, the ability to laugh, and the ability to eat and drink...."

Aku pinjam kata2 hikmat ini dari blog seorang lagenda...


Aku bukan peminat nombor 1 arwah..tapi pertama kali aku menyaksikan iklan petronas di kaca TV,aku terfikir siapakah yang 'direct' this commercial ad??

Terutamanya untuk tayangan iklan dihari raya,segala raya yang ada di Malaysia aku kira,hari kebangsaan...mesej iklan itu sungguh sentimental..walaupun iklan bukan macam filem,tapi kebijaksanaan seorang pengarah untuk membuatkan penonton merasakan pelbagai elemen perasaan dalam masa lebih kurang 2-3 minit..itu hasil kerja yang sangat dasyat!.
Menakjubkan kalau dikira dalam berjuta penonton yang 'melayan' iklan itu diruntun perasaan dan emosi mereka dari otak seorang pengarah..bijaksana yang tiada tandingan aku kira..

Tetapi,apa yang Allah dah beri pada kita manusia untuk sama2 menikmati 'hiburan' itu yang menganugerahkan bakat seni pada hambanya...maka sampai masa untuk dia pulang pada sang pencipta..pulang pada tempat yang abadi..namun beliau meninggalkan kita dengan sejuta elemen serta emosi..seperti mana biasa dia memberi mesej pada kita semua selama ini..

Filem dan hasil kerja beliau sangat bagus...dari sudut kaca mata seorang pembuat filem..dia berjaya 'membuka' mata semua..dan apabila kita menyebut suatu hari nanti bahawa 'filem itu universal dan filem itu jiwa bangsa'..maka kita harus hormati dan mengingati hanya satu nama....YASMIN AHMAD..Al-Fatehah..

Wednesday, July 22, 2009

AMALAN APA INI??




Aku menulis begini bukan dengan niat politik mana2 pihak.Aku cuma ingin memperlihatkan tentang kejahilan manusia yang terlalu tersasar landasan hidup.Dan aku juga tidak sesekali ingin mengatakan bahawa aku lebih arif tentang ilmu agama..cuma aku berfikir secara rasional dan sudah tentu serba sedikit tahu akan hukum dan pahalanya.

Cuma aku sangat khuatir bila agama dijadikan bahan berpolitik sehingga setiap perkara dan perlakuan yang meragukan boleh menjadi sesuatu yang benar...

Gambar diatas pada pandangan aku yang tidak tinggi ilmu agamanya ini mentafsirkan bahawa tidak patut seorang islam berbuat begitu.Cukuplah dengan penghormatan kepada si mati walau berbeza agama..cukup dengan penghormatan berdiri tegak sahaja tidak perlu seperti tunduk dan menyembah.Lagipun mayat simati tiada disitu dan yang dihormati dalam gambar itu hanya benda tak bernyawa...Yang masih ingat semasa dulu bila uztaz mengatakan bahawa menyembah selain Allah adalah perbuatan yang syirik.

Soalannya disini...

INI AMALAN SIAPA???

Monday, July 20, 2009

RENUNGKANLAH..




Gambar diatas telah digambarkan oleh orang-orang yang fasikh,mengatakan bahawa upacara sumpah dengan memegang al-quran adalah seperti amalan penganut Kristian.Ia juga dikatakan boleh merosakkan akidah umat islam kerana meniru atau mencontohi perlakuan serta amalan orang kafir.


TAPI BAGAIMANA DENGAN AMALAN INI???



Bagi umat Islam yang kurang ilmu agamanya dan perlu bimbingan dari yang lebih arif,dengan gambar ini telah nyata mengikuti amalan orang kafir.APA HUKUMNYA WAHAI TOK GURU??AMALAN ISLAM KE NI???

Oleh itu...aku sangat tidak bersetuju kalau agama islam dijadikan modal untuk mencapai matlamat politik.Yang halal diharamkan...yang haram pula dihalalkan.

DAN yang tersasar akidahnya semakin jauh pula SESAT iman mereka..

RENUNGKANLAH..

Thursday, July 16, 2009

BIAR PECAH DI PERUT,JANGAN PECAH DIMULUT..


Perumpamaan ini mungkin ada kaitan dengan gambar diatas tetapi itu hanya andaian sahaja,bukan perkara sebenar kerana ia masih didalam siasatan pihak polis.


Hari ini aku cuti untuk menguruskan sedikit perkara berkaitan hal pengajian aku.Selepas selesai di Intekma Resort aku terus segera melapangkan masa ke Shah Alam Mall untuk membaiki jam tangan yang sudah 2 hari kehabisan nul lazi...habis bateri.

Aku selesai lebih kurang pukul 3.30 petang,lalu terus ke tempat letak motosikal di belakang DEMC.Bila aku hendak melintas jalan untuk ke motosikal,terdapat 2 buah van polis forensik lalu disebelah dan terus memasuki Shah Alam Mall.

Pak cik peniaga nasi lemak yang baru sahaja sampai dan memunggah barang jualannya menegur aku bertanyakan tujuan apa sebenarnya polis forensik tersebut datang.
Lebih kurang begini perbualannya...

"Polis Forensik ahh..ade kes rompak ke kat dalam?" tanya pak cik itu.

Aku jawab dengan selamba dan cuba berlawak sebab aku lihat pak cik tu macam sporting je...

"Jumpa mayat kot..."

"Mayat ape??" tanya pak cik itu lagi macam nak tahu sangat..

"Mayat hidup..."..aku berlawak pulak..dan pak cik tu gelak..

Aku pun cuba nak tahu gak apa berlaku dan terus buat 1 pusingan dan aku lihat di Plaza Masalam yang bercantum dengan Shah Alam Mall itu dipenuhi oleh Polis.Kelihatan beberapa orang melihat ke bawah bangunan dan terdapat juga yang dari atas bangunan melihat ke bawah..aku tak pasti apa berlaku dan masih tertanya2 dengan andaian lalu segera merempit balik ke rumah...

Dan kira lepas Maghrib,isteri aku mengajak ke kedai Mamak sebab dia teringin nak makan Roti Nan..Ketika hendak menjamu selera dengan Nasi Goreng Kampung yang aku order,Buletin Utama menyiarkan headline orang mati terjun bangunan di Shah Alam...visualnya menunjukkan Plaza Masalam...Sah!!!ini yang berlaku tadi rupanya...

Balik rumah aku terus semak internet....baru aku tahu berita penuhnya.

Dan awal2 lagi SPRM dan Umno dituduh oleh beberapa blogger PR termasuk beberapa pegawai kerajaan Selangor sebagai dalang kematian PA exco selangor ini yang ditemui mati dipercayai terjun bangunan.Mendiang juga baru selesai disiasat oleh pihak SPRM berkaitan kes penyalahgunaan dana kerajaan dan juga kes pembabitan kongsi gelap dalam kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.
Memang tak de otak betul...kalau aku lah SPRM,aku lebih suka saksi hidup sebab senang nak buat kerja,banyak maklumat boleh dapat.Dan UMNO juga boleh dapat modal hentam PR kalau banyak lagi disiasat.

So???Apa berlaku???

Kita tunggu siasatan polis selesai...

Monday, June 15, 2009

BODOH 2



Kalau beginilah wakil rakyat aku,tak kan aku halalkan elaun sebagai wakil rakyat yang beliau dapat setiap bulan.Elaun itu kalau diagihkan boleh menyara hidup 3 buah isi rumah sebulan.Fikirkanlah rakyat yang miskin hidup melarat,tapi anda hanya tahu membuat kecoh tapi dapat imbuhan yang lumayan..

Memalukan dan BODOH.

Itu saja perkataan yang sesuai kepada bekas Menteri Besar Perak yang cuba menimbulkan kegemparan dalam dewan rakyat hari ini.

Bagi pengundi2 di Parlimen Bukit Gantang yang beliau menangi baru-baru ini,pastinya kecewa kerana Nizar menggunakan Parlimen untuk menyuarakan keinginan peribadi sahaja bukan untuk menyuarakan masalah di Bukit Gantang.

Jika ingin menimbulkan populariti,Dewan Rakyat bukan tempatnya.Walau apa pun masalahnya kita sebagai umat islam harus menghormati majlis dan menunjukkan etika seorang muslim yang baik tingkahlakunya.

Jangan terlalu terdorong dengan kehendak hati sehingga orang memandang kita bukan dengan penghormatan tetapi penuh kebencian.Desakan dari orang2 tertentu yang mahukan kuasa,lalu kita yang menjadi kambing hitam sehingga melampuai batas2 seorang pemimpin yang diamanahkan untuk membela nasib rakyat.

Pada pandangan aku,Nizar tak perlu nak membuat kecoh begitu.Kalau benar ingin membantu rakyat,gunakan medium tertinggi ini untuk menyuarakan masalah rakyat.Jika tidak menjadi Menteri Besar sekalipun,Nizar masih boleh menyuarakan masalah dan pendapat di dewan Rakyat.

Dengan tingkah lakunya ini,jelas menunjukkan bahawa Nizar hanya mahu memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang cuma untuk membuat kecoh.

Kasihan pada orang2 miskin dan semua golongan pengundi yang mahukan sesuatu pembangunan dilaksanakan di kawasan mereka dengan mewakilkan Nizar.

Seorang Melayu Islam yang berpartikan Parti Islam,tetapi menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang jauh dari landasan Islam.

Inilah yang dikatakan pandai tak bertempat,bodoh tak ingat!!

Saturday, June 13, 2009

SAYA PUN MELAYU.


Bagi orang politik,berita Dato Zaid Ibrahim masuk PKR bukan memeranjatkan.
Mantan Menteri Kehakiman ini menyertai pembangkang setelah dipecat dari UMNO.

Baru-baru ini beliau menulis sebuah buku kisah tentang dirinya yang berjudul 'SAYA PUN MELAYU'.Aku adalah salah seorang pembaca yang telah menyumbang kedalam akaun beliau yang mana dikhabarkan berpendapatan 2 juta setahun.Aku beli sebab suka membaca dan tentang 'sumbangan' itu aku bagi dengan penuh keikhlasan.

Aku tak mahu mengulas isi kandungan buku tersebut sebab aku bukan pengulas yang baik cuma aku memahami apa yang aku baca.Secara ringkas ia adalah sebuah kisah tentang perjuangan hidup dan politik.

Kini beliau menyambung perjuangan di parti yang lain tetapi masih di arena yang sama.
Semoga beliau berjaya dengan apa yang diperjuangkan..
Dan aku berharap sangat "SAYA PUN MELAYU" itu bukan hanya untuk penyedap judul buku.
Jangan nanti buat satu buku lagi.."SAYA HANYA MELAYU"...dan aku pun Melayu mungkin akan membeli untuk menambah pendapatan beliau..

Friday, June 12, 2009

SAGA PERPINDAHAN RONALDO...


Finally...Christiano Ronaldo dibenarkan oleh Man Utd untuk pergi ke Real Madrid dengan kos perpindahan sebanyak GBP 80 Juta.Satu rekod yang paling tinggi pernah tercipta untuk sukan paling popular di dunia.

Sebagai seorang peminat Man Utd,aku merasakan pemergian Ronaldo tidak mungkin memberi kesan atau impak yang terlalu besar pada pasukan.Ini kerana dalam permainan bolasepak,kehebatan individu tidak menjamin kejayaan sebuah pasukan.Kehebatan semangat berpasukan yang paling utama.

Ronaldo akan bergandingan bersama seorang lagi bekas pemain terbaik dunia iaitu Kaka di Madrid.Ini satu pasukan impian kalau dilihat dari kualiti pemain yang ada,namun begitu ia tidak sama pada hakikatnya.Kita imbas kembali era 'Galacticos' yang membariskan nama besar seperti Zidane,Ronaldo,Figo,Beckham,Owen,Roberto Carlos..namun mereka gagal memberi impak yang besar cuma sekadar untuk kepentingan kelab sebagai bahan komersial saja.

Ronaldo juga akan sukar dan mungkin akan tenggelam sekiranya tidak mempamer kualiti yang sama di Old Trafford..kerana di Madrid peminat bukan saja melihat Ronaldo..tetapi melihat Kaka..dan mungkin ada lagi nama besar yang akan dibawa oleh Presiden kelab Florentino Perez selaras dengan cita-citanya untuk menjelmakan kembali era 'Galacticos 2'.Persaingan itu mungkin akan menjadi bencana pada Ronaldo sekiranya gagal memberi impak yang hebat di San Barnebeu.Dan akhirnya Christiano Ronaldo akan menjadi bahan komersial seperti David Beckham dan bukan sebuah ikon hebat seperti Zinedine Zidane.

Apa perancangan Sir Alex Ferguson selepas ini???

Pendapat aku,Fergie sudah menjangkakan bahawa Ronaldo akan pergi.Oleh itu dia cuba untuk menangguhkan permintaan Ronaldo sehingga akhir musim ini kerana dia ada masa untuk membuat perancangan dengan merekrut pemain hebat berbakat seperti Ronaldo.
Dengan pengalaman beliau selama berpuluh tahun mengendalikan sebuah pasukan hebat di dunia,isu ini bukan satu masalah besar pada beliau.

Satu masa dahulu,ramai beranggapan Manchester United akan tenggelam selepas pemergian David Beckham,tetapi selepas itu muncul Christiano Ronaldo yang dibeli 12 Juta dari Sporting Lisbon mula menyinar di Old Trafford.Beberapa tahun kemudian Fergie membina sebuah pasukan yang paling berjaya di dunia pada abad ini.

Siapa selepas ini??

Frank Ribery???

atau pemain lain di Man Utd yang akan mendapat peluang untuk menyinar seperti Nani,Zoran Tosic,Kiko Macheda atau ramai lagi??

Kita lihat nanti..

Wednesday, June 10, 2009

EL NINO


GENTING HIGHLANDS 9 Jun - Malaysia bakal berdepan dengan fenomena El Nino mulai Ogos ini selepas Jabatan Meteorologi mengesahkan cuaca panas dan kering yang melanda sekarang akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga September nanti.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas, bagaimanapun berkata, fenomena El Nino itu dijangka berada dalam julat pemanasan yang terkawal.

''Walaupun fenomena El Nino ini adalah fenomena alam tetapi kerajaan akan terus melaksanakan langkah proaktif bagi mengurangi faktor-faktor yang boleh menjadi petunjuk kepada peningkatan pemanasan cuaca.

''Kementerian telah mengarahkan semua agensi berkaitan supaya bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan,'' katanya kepada pemberita.

keratan berita:Utusan Malaysia Online

Cuaca panas kebelakangan ini di Malaysia sudah pasti lebih hangat dengan adanya berita terbaru bahawa EL NINO akan melanda negara kita dan negara jiran sekitarnya.

Aku rindukan kehijauan..duduk sambil makan manggis dikebun arwah abah..sambil mendengar jerit pekik ungka dan kicau burung...damainya jiwa..

Wednesday, June 3, 2009

Selamat Ulang Tahun..


Semalam pada 2/06/2009,maka genaplah usia perkahwinan aku dgn isteri tercinta selama 3 tahun..cinta masih sama dan yang penting tiada penambahan..masih lagi satu isteri!..

"Kau masih ku cintai..sungguh..dari hari pertama kau kunikahi..aku pasti..yakin dan pasti..engkau milikku"

Semoga yang dilalui akan terus dinikmati dengan kebahagian hendaknya...Amin.

Tuesday, May 26, 2009

BODOH!


Bila boleh makan tak mahu makan,
Bila orang suruh puasa tak mahu puasa,
Sebab kemaruk kuasa..mati kebulur pun rela..apaaadaaa!!!

Bulan Ramadhan bulan mulia untuk umat islam berpuasa,menyempurnakan ibadah yang terkandung dalam rukun islam.
Bulan lain pun boleh puasa,itu dinamakan puasa sunat dan niat adalah semata-mata kerana Allah..bukan kerana DAP!

Yang bodoh dan tolol,yang mangkuk dan berayun...tiada guna melakukan sesuatu yang menyekutukan Allah..Kembalilah ke pangkal jalan.Kamu boleh berpolitik semahu kamu,tapi jangan mengajak orang lain sesat seperti kamu.

Hari ini aku sengaja makan banyak2..sebab aku bukan bodoh macam diaorang..hahhaha.

Monday, May 11, 2009

Drama

Aku tak nak komen panjang2 pasal isu panas di Perak.
Aku hanya mahu saksikan berapa lama dan apa kesudahannya drama politik ini.
Dan aku juga ingin memerhati apa plot yang akan dimainkan oleh kedua belah pihak.
Dan yang pastinya tanpa perlu adanya penafian tentang satu perkara..
Intitusi Kehakiman dan Sistem Perundangan di Malaysia bukan palsu dan berat sebelah seperti didakwa.
Cuma aku kasihan..intitusi raja menjadi mainan pada golongan yang mengejar kuasa.

Thursday, May 7, 2009

AKU RASA NAK....

Aku rasa nak muntah..tolonglah,

wahai ahli dan ahlil politik samaada yang berketayap,berserban,bersongkok dan berkot.Jangan jadikan wajah-wajah anda bahan ketawa seluruh dunia.Kita sedang disaksikan walaupun tujuan anda semua adalah untuk meraih kemenangan dan menuntut sesuatu yang anda rasa sepatutnya dipihak kalian.Jika anda yakin perjuangan yang anda lakukan adalah untuk rakyat,maka lihatlah rakyat kini sedang menangis di depan mata anda.Jangan jadi badut sarkas melakonkan lagak ngeri tetapi hiburan yang anda berikan sangat membodohkan..membodohkan diri sendiri.

Sebab aku nak muntah...bangunlah,

Kita bangsa merdeka,kita berjuang sambil memalukan diri dan bangsa seolah-olah kita tak pernah merdeka..ada unsur penjajahan di minda semua kalian.Kita harus kedepan,sekira benar anda dipihak yang benar dan anda layak mendapat hak anda,tunggulah beberapa tahun lagi..berjuang lah semahu mana anda berjuang.Jangan perbodohkan diri anda..

Kerana aku tak sanggup...melihatkan,

Setiap hari ada nyawa yang tak berdosa menjadi mangsa akibat dari kesempitan hidup orang lain.Pihak yang diharap membela sibuk berperang mulut,demontrasi,anjur ceramah,mesyuarat itu dan ini.Ingatlah rakyat yang bersedih menangis kehilangan hak mereka hidup aman damai di dunia,tapi kalian semua berjuang mencari kuasa,mencari pangkat,mencari harta.

Jadi aku betul rasa nak muntah....membiarkan,

semua yang kalut terus berlaku.Bila harus tamat?

Tuesday, April 28, 2009

Lepas geram..

Semalam aku lepas geram...dah lama intai2..lalu ku sebat sebuah handphone terpakai.
harga berpatutan..kualiti entah esok lusa boleh tahan..

yang penting lepas geram..

Saturday, April 18, 2009

Hantu Siang...

Hari ini..selepas solat Jumaat,aku dikejutkan dengan kehilangan motosikal jenis EX5 yg aku parkir di masjid...jarak antara aku dan motosikal dalam lingkungan 30 meter saja...dalam khusyuk aku solat,diam2 ada hantu siang yang berkeliaran...

wahai hantu...kenapalah kau curi motosikal tu...???

Aku tak hairan sangat la..kalau dah nak hilang aku nak cakap apa...motosikal ada insuran...masalahnya ialah...aku punya handphone ada dalam itu box belakang...

Monday, April 6, 2009

Siapa lebih pandai..???


Siapa pandai...???


Diatas adalah keratan berita mengenai kejadian yang berlaku di sebuah negara Eropah yang mana dipenuhi orang-orang yang bijak pandai....

Pandai untuk mengena dan akhirnya kepandaian itu juga yang membuat diri sendiri terkena...

Sunday, March 29, 2009

Earth Hour

Earth Hour Around The World....

Agbar Tower,Barcelona,SPAIN

KLCC,Kuala Lumpur,MALAYSIA

Acropolis,GREECE

Bangkok,THAILAND

Burj Al Arab,Dubai,UAE

Copacabana Beach,Rio,BRAZIL

Eiffel Tower,Paris,FRANCE

Empire State Building,New York,UNITED STATES OF AMERICA

Ericson Globe Arena,Stockholm,SWEDEN

Giza Pyramids,Cairo,EGYPT

Houses of Parliament,London,UNITED KINGDOM.

HSBC Headquaters,HONG KONG.

Huangpu River,Shanghai,CHINA

Jakarta,INDONESIA

Metro Manila,Manila,PHILIPHINES


Mumbai,INDIA

Picadily Circus,London,UNITED KINGDOM

Puerta De Alcala,Madrid,SPAIN

Royal Palace,Oslo,NORWAY

SINGAPORE.

St.Stephen,London,UNITED KINGDOM.


Opera House,Sydney,AUSTRALIA.

Taipei 101,Taipei,TAIWAN.

Tyne River,Newcastle,ENGLAND

Tuesday, March 24, 2009

Kenangan sukan..

Aku adalah peminat bolasepak nombor 1...sukan yang aku gemari sejak dari kecil sampai sekarang..selain dari bola sepak aku juga meminati sukan sepak takraw...

Walaupun kegilaan aku pada sukan tersebut masih utuh sampai kini,tapi aku lihat semangat sukan itu sendiri rasanya seperti sudah lusuh di negara kita..

Disini aku luangkan sedikit masa mencatat apa pendapat aku tentang sukan kegemaran masyarakat dunia iaitu bolasepak...dan juga sedikit tentang sepak takraw.

1.Dulu bermain bolasepak adalah satu hobi di waktu senggang terutamanya pada petang hari selepas waktu bekerja..Pemain masa kini aku lihat terlalu letih seperti separuh masa dalam hidup seharian mereka pergi bekerja..sedangkan mereka digelar pemain bolasepak profesional iaitu sepenuh masa dibayar gaji untuk bermain bolasepak saja..
Pemain dulu terutama di kampung2 sangat bagus staminanya.Ada diantara mereka adalah pekerja ladang,pekerja kilang sawit,penoreh getah dan lain2 lagi..tapi bila masanya untuk bermain bolasepak seolah2 mereka tak pernah rasa penat..bersungguh2 dan sangat 'skillful'..sedangkan mereka hanya bermain untuk memenuhi masa senggang dan bukan untuk kelab atau pun untuk negara..

2.Bila tiba waktu bermain bolasepak,mereka sangat berdisiplin.Cukup time turun padang.Pakai kasut bola yang bukan mahal2...tapi yang mahal adalah kaki dan bakat mereka.Dengan tanpa sesi 'warmup' dan dah selesai hisap rokok sebatang..terus masuk padang dan bermain!..Jarang sekali aku lihat ada kecedaraan yang teruk..mereka bermain bolasepak seperti menari di gelanggang tarian balet!..

3.Dan sehingga sekarang..2-3 tahun lepas semasa aku masih berada di kampung..skill dan bakat mereka tak pernah hilang..lebih bagus daripada yang pernah aku lihat semasa mereka muda dan aku masih kanak2 lagi..bila dewasa aku dapat bermain bersama mereka..sangat bagus perasan itu..rasa sangat menghormati akan pengalaman yang mereka punya.Cuma yang nyata kudrat tidak seperti dulu...tetapi skill dan mentaliti sangat bagus dan meyakinkan.

4.Kalau nak dibandingkan dengan pemain sekarang yang punya gaji lumayan setiap bulan..hanya turun berlatih setiap hari..sepatutnya mereka lebih bagus dari orang dulu2..tetapi mereka tak bermain sepenuh perasaan..mereka punya masalah sendiri yang membataskan apa yang patut mereka lakukan dengan bolasepak.Pada pendapat aku orang dulu bermain bolasepak dengan semangat yang jitu..melepaskan persaan secara terkawal dengan bersukan..bukan dengan berhibur di kelab malam.

5.Sepak takraw juga semakin layu sengatnya..semacam sudah bukan lagi sukan yang dimulakan di tanah melayu.Orang melayu sendiri tak tahu main sepak takraw..budak2 sekarang pun tak mahu main sepak takraw sebab sakit nak tanduk bola...

Aku berharap sangat selagi aku belum tutup mata..biarlah sukan sepak takraw masih wujud di muka bumi.Juga aku harap bolasepak Malaysia semakin maju dan diminati olah semua rakyat Malaysia.Bukan hanya meminati apa yang dipersembahkan oleh ESPN dan Starsport!

Aku masih teringat masa dulu2..menyaksikan di TV betapa hebatnya Rehan Mat Din melibas bola...

Monday, March 23, 2009

Kesedaran Pada Yang Tegar









Hari ini buat pertama kali aku rasa tak sedap hati nak menghisap rokok yang baru saja aku beli di stesen Petronas..Dengan bahang matahari siang tadi,duduk dalam ofis yang berhawa dingin pun macam rasa duduk dalam ketuhar microwave...aku merungut pada budak2 ofis yang air cond maybe dah habis gas..keluar bahang bukan keluar dingin...
Tekak terasa nak minum yang dingin..naik motor terus henjut pergi Petronas berdekatan..kebetulan rokok pulak dah abis...lepas bayar semua harga air dan rokok..aku tgk seimbas lalu..pelik tiba-tiba...apahal gambar baby tak cukup sifat ni tertera kat kotak rokok aku..salah cetak ke???

Rupa-rupanya memamng sengaja syarikat rokok "dipaksa" cetak pada bungkusan gambar2 yang mengerikan akibat dari tabiat merokok...selama ni bagi amaran saja..kali ini siap gambar sekali..pada penghisap rokok yang tak berapa tegar macam aku ni..timbul ke kesedaran??

Aku simpati sangat...rasanya macam kerajaan sengaja mempamerkan janin itu untuk memberi gambaran tentang bahaya merokok...memang aku rasa serba salah nak buka kotak rokok tu..aku tak nak bukak dari depan..aku sangka depan je ada...rupanya belakang kotak lagi besar!!!aduh..sedih beb...

tapi...bila dah 2-3 jam kemudian...aku macam tak rasa apa la...sedih la jugak..insaf la jugak..tapi pejamkan mata je..jgn la pandang lama sangat..serba salah jadinya...

aku rasa kalau letak gambar malaikat maut pun sekali..belum tentu penghisap rokok akan berhenti merokok...termasuk la juga aku...tapi aku ada niat untuk berhenti sebenarnya..belum sampai seru lagi...seru nak berhenti rokok..bukan seru menghadap ilahi....cuak aku beb!!

Construction In Progress...MSU






Pemandangan dari tingkat 12,pembinaan sebuah University...dijangka siap sepenuhnya penghujung 2009 ini...aku akan update kan progress time by time...

Thursday, March 19, 2009

Kemban


Kemban dalam masyarakat mana-mana sekalipun tetap ada..beza kemban antara masyarakat itu adalah terhalang oleh beberapa sebab berkaitan hukum ajaran agama.
Orang melayu pun banyak juga yang suka berkemban..masa aku kecil dahulu ramai mak cik-mak cik yang dok petang-petang lepas mandi lepak tepi rumah sambil berkemban..bergossip serba sedikit pasal anak si polan..tapi itu dulu..pandangan masa itu sangat berbeza..teknologi masa itu juga jauh berbeza dari apa yang ada sekarang.
Waktu ini berkemban suka-suka...saja-saja nak tengok body mantap lagi ke tak..bergetah lagi ke tak...klu dulu yang sibuk mengata cuma orang kampung tu jugak,,paling jauh pun kampung sebelah tapi orang tak hirau...bukan masalah besar..
Tapi sekarang yang berkemban suka-suka ni banyak...akhirnya terima padah satu dunia boleh tengok body mantap...dah tak ekslusif lagi la...

Sunday, March 15, 2009

No leaf clover...



Bila aku terdengar lagu ini pelbagai kenangan menerajang di minda...suka dan duka...masa2 sedang dalam perjalanan menuju hidup yang sebenar...

Wednesday, March 11, 2009

Sentuhan listrikmu..

'Sentuhanmu bukan datang dari dunia materi...
Rasa ini pernah mengusikku..bagai dijavu..'

Aku suka lagu ini dendangan M.Nasir..bagai satu semangat yang tercipta bila kita berdampingan dengan seseorang..bila kita rindu pada sesuatu...bila kita rasa perlu pada waktu kita menginginkan...

Dalam keriuhan atau kebingitan sesak hidup yang setiap hari berlalu..sentuhan itu menyamankan suasana..melapangkan dada..bagai bisikan panduan untuk meneruskan hidup esok hari mendatang..

Tanpa sentuhan...jiwa kita kosong..hati kita diselubung kabus..

cinta umpama embun pagi..bila fajar menyinsing ia akan pergi..aku tak mahu begini..
aku mahu jadi mentari yang setia datang meluangkan waktu yang ada sebelum ia pergi..dan berjanji pada malam..nanti pasti datang kembali..

dedikasi ku pada cinta hati..

Sunday, March 8, 2009

Panggilan Pulau..

Terik matahari bagai nak tersiat kulit aku yang memang dah sedia hitam dan menawan..walau bahangnya terasa pijar,peluh yang basah melekit macam aku mandi garam..walau apa pun rungutannya, oleh kerana nak memenuhi undangan seorang rakan sepermainan dan seperkampungan...maka hari ini aku jejakkan kaki aku ini ke sebuah pulau...Pulau Indah,Klang.
Siap sedia aku nak ambil gambar yang menarik..maklumlah pertama kali pergi ke pulau ini..walau dah banyak kali aku menyebutnya.Tapi yang tak best nya pulak,kamera buat pasal..terpaksalah aku shot pakai handphone je.


Buat pengantin baru...Wira Abu Bakar dan pasangannya...semoga berbahagia hingga ke anak cucu..dimurahkan rezeki dan sejahtera selalu...terima kasih kerana mengundang dan makanan yang dihidang pun sedap jugak..mungkin aku dah lapar aku balun je..tapi still ok la...thanks.

Yang terkepit sebelah pengantin tu pengantin jugak..tapi dah tak baru lagi la...entah bila nak trade in...laku lagi ke???

Wajah-wajah kegembiraan bila dah kenyang menyantap hidangan pengantin...

Selamat pengantin baru sekali lagi kepada pengantin...aku dah cadangkan pada pengantin sebelum aku beransur balik..sewa lah hotel terdekat yang ada sistem pendingin hawa terbaik..lokasi dah cantik dekat laut dan tengah pulau lagi..tapi 'kehangatannya' memang tahap cair...risau aku takut pengantin baru kena darah tinggi pulak..maklumlah angin laut peluh masin melekit..takut terlebih kandungan garam dalam darah..boleh sakit kepala..heheheh..