Monday, June 15, 2009

BODOH 2



Kalau beginilah wakil rakyat aku,tak kan aku halalkan elaun sebagai wakil rakyat yang beliau dapat setiap bulan.Elaun itu kalau diagihkan boleh menyara hidup 3 buah isi rumah sebulan.Fikirkanlah rakyat yang miskin hidup melarat,tapi anda hanya tahu membuat kecoh tapi dapat imbuhan yang lumayan..

Memalukan dan BODOH.

Itu saja perkataan yang sesuai kepada bekas Menteri Besar Perak yang cuba menimbulkan kegemparan dalam dewan rakyat hari ini.

Bagi pengundi2 di Parlimen Bukit Gantang yang beliau menangi baru-baru ini,pastinya kecewa kerana Nizar menggunakan Parlimen untuk menyuarakan keinginan peribadi sahaja bukan untuk menyuarakan masalah di Bukit Gantang.

Jika ingin menimbulkan populariti,Dewan Rakyat bukan tempatnya.Walau apa pun masalahnya kita sebagai umat islam harus menghormati majlis dan menunjukkan etika seorang muslim yang baik tingkahlakunya.

Jangan terlalu terdorong dengan kehendak hati sehingga orang memandang kita bukan dengan penghormatan tetapi penuh kebencian.Desakan dari orang2 tertentu yang mahukan kuasa,lalu kita yang menjadi kambing hitam sehingga melampuai batas2 seorang pemimpin yang diamanahkan untuk membela nasib rakyat.

Pada pandangan aku,Nizar tak perlu nak membuat kecoh begitu.Kalau benar ingin membantu rakyat,gunakan medium tertinggi ini untuk menyuarakan masalah rakyat.Jika tidak menjadi Menteri Besar sekalipun,Nizar masih boleh menyuarakan masalah dan pendapat di dewan Rakyat.

Dengan tingkah lakunya ini,jelas menunjukkan bahawa Nizar hanya mahu memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang cuma untuk membuat kecoh.

Kasihan pada orang2 miskin dan semua golongan pengundi yang mahukan sesuatu pembangunan dilaksanakan di kawasan mereka dengan mewakilkan Nizar.

Seorang Melayu Islam yang berpartikan Parti Islam,tetapi menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang jauh dari landasan Islam.

Inilah yang dikatakan pandai tak bertempat,bodoh tak ingat!!

Saturday, June 13, 2009

SAYA PUN MELAYU.


Bagi orang politik,berita Dato Zaid Ibrahim masuk PKR bukan memeranjatkan.
Mantan Menteri Kehakiman ini menyertai pembangkang setelah dipecat dari UMNO.

Baru-baru ini beliau menulis sebuah buku kisah tentang dirinya yang berjudul 'SAYA PUN MELAYU'.Aku adalah salah seorang pembaca yang telah menyumbang kedalam akaun beliau yang mana dikhabarkan berpendapatan 2 juta setahun.Aku beli sebab suka membaca dan tentang 'sumbangan' itu aku bagi dengan penuh keikhlasan.

Aku tak mahu mengulas isi kandungan buku tersebut sebab aku bukan pengulas yang baik cuma aku memahami apa yang aku baca.Secara ringkas ia adalah sebuah kisah tentang perjuangan hidup dan politik.

Kini beliau menyambung perjuangan di parti yang lain tetapi masih di arena yang sama.
Semoga beliau berjaya dengan apa yang diperjuangkan..
Dan aku berharap sangat "SAYA PUN MELAYU" itu bukan hanya untuk penyedap judul buku.
Jangan nanti buat satu buku lagi.."SAYA HANYA MELAYU"...dan aku pun Melayu mungkin akan membeli untuk menambah pendapatan beliau..

Friday, June 12, 2009

SAGA PERPINDAHAN RONALDO...


Finally...Christiano Ronaldo dibenarkan oleh Man Utd untuk pergi ke Real Madrid dengan kos perpindahan sebanyak GBP 80 Juta.Satu rekod yang paling tinggi pernah tercipta untuk sukan paling popular di dunia.

Sebagai seorang peminat Man Utd,aku merasakan pemergian Ronaldo tidak mungkin memberi kesan atau impak yang terlalu besar pada pasukan.Ini kerana dalam permainan bolasepak,kehebatan individu tidak menjamin kejayaan sebuah pasukan.Kehebatan semangat berpasukan yang paling utama.

Ronaldo akan bergandingan bersama seorang lagi bekas pemain terbaik dunia iaitu Kaka di Madrid.Ini satu pasukan impian kalau dilihat dari kualiti pemain yang ada,namun begitu ia tidak sama pada hakikatnya.Kita imbas kembali era 'Galacticos' yang membariskan nama besar seperti Zidane,Ronaldo,Figo,Beckham,Owen,Roberto Carlos..namun mereka gagal memberi impak yang besar cuma sekadar untuk kepentingan kelab sebagai bahan komersial saja.

Ronaldo juga akan sukar dan mungkin akan tenggelam sekiranya tidak mempamer kualiti yang sama di Old Trafford..kerana di Madrid peminat bukan saja melihat Ronaldo..tetapi melihat Kaka..dan mungkin ada lagi nama besar yang akan dibawa oleh Presiden kelab Florentino Perez selaras dengan cita-citanya untuk menjelmakan kembali era 'Galacticos 2'.Persaingan itu mungkin akan menjadi bencana pada Ronaldo sekiranya gagal memberi impak yang hebat di San Barnebeu.Dan akhirnya Christiano Ronaldo akan menjadi bahan komersial seperti David Beckham dan bukan sebuah ikon hebat seperti Zinedine Zidane.

Apa perancangan Sir Alex Ferguson selepas ini???

Pendapat aku,Fergie sudah menjangkakan bahawa Ronaldo akan pergi.Oleh itu dia cuba untuk menangguhkan permintaan Ronaldo sehingga akhir musim ini kerana dia ada masa untuk membuat perancangan dengan merekrut pemain hebat berbakat seperti Ronaldo.
Dengan pengalaman beliau selama berpuluh tahun mengendalikan sebuah pasukan hebat di dunia,isu ini bukan satu masalah besar pada beliau.

Satu masa dahulu,ramai beranggapan Manchester United akan tenggelam selepas pemergian David Beckham,tetapi selepas itu muncul Christiano Ronaldo yang dibeli 12 Juta dari Sporting Lisbon mula menyinar di Old Trafford.Beberapa tahun kemudian Fergie membina sebuah pasukan yang paling berjaya di dunia pada abad ini.

Siapa selepas ini??

Frank Ribery???

atau pemain lain di Man Utd yang akan mendapat peluang untuk menyinar seperti Nani,Zoran Tosic,Kiko Macheda atau ramai lagi??

Kita lihat nanti..

Wednesday, June 10, 2009

EL NINO


GENTING HIGHLANDS 9 Jun - Malaysia bakal berdepan dengan fenomena El Nino mulai Ogos ini selepas Jabatan Meteorologi mengesahkan cuaca panas dan kering yang melanda sekarang akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga September nanti.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas, bagaimanapun berkata, fenomena El Nino itu dijangka berada dalam julat pemanasan yang terkawal.

''Walaupun fenomena El Nino ini adalah fenomena alam tetapi kerajaan akan terus melaksanakan langkah proaktif bagi mengurangi faktor-faktor yang boleh menjadi petunjuk kepada peningkatan pemanasan cuaca.

''Kementerian telah mengarahkan semua agensi berkaitan supaya bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan,'' katanya kepada pemberita.

keratan berita:Utusan Malaysia Online

Cuaca panas kebelakangan ini di Malaysia sudah pasti lebih hangat dengan adanya berita terbaru bahawa EL NINO akan melanda negara kita dan negara jiran sekitarnya.

Aku rindukan kehijauan..duduk sambil makan manggis dikebun arwah abah..sambil mendengar jerit pekik ungka dan kicau burung...damainya jiwa..

Wednesday, June 3, 2009

Selamat Ulang Tahun..


Semalam pada 2/06/2009,maka genaplah usia perkahwinan aku dgn isteri tercinta selama 3 tahun..cinta masih sama dan yang penting tiada penambahan..masih lagi satu isteri!..

"Kau masih ku cintai..sungguh..dari hari pertama kau kunikahi..aku pasti..yakin dan pasti..engkau milikku"

Semoga yang dilalui akan terus dinikmati dengan kebahagian hendaknya...Amin.