Jumaah Majlis Diraja Johor secara rasmi telah mengumumkan pelucutan darjah kebesaran daripada empat individu yang membawa gelaran Datuk, termasuk bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng yang kini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penjelajah solo ke Kutub Utara dan Kutub Selatan, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.
Terdengar sana sini orang menyebut bahawa pelucutan tersebut ada unsur-unsur politik.
Tetapi terdapat 2 orang lagi yang telah dilucutkan gelaran termasuklah adik ipar Sultan Johor sendiri, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, iaitu Komander Shaftdean Lutfy Rusland yang berkhidmat di Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)Lumut juga merupakan suami kepada Tunku Muna Najiah Sultan Iskandar, iaitu adinda Sultan Ibrahim.Adakah ini juga berunsurkan politik?Jawapannya tidak sama sekali.
Seorang lagi ialah peguam iaitu yang bernama Hassan Yunos telah ditarik balik gelaran berkuatkuasa serta merta.
Tuanku Sultan tidak memberi sebarang alasan tentang perlucutan tersebut oleh kerana mahu menjaga aib.Itu satu tindakan yang mulia dan dari saat ini juga Sultan Johor akan terus kekal sebagai pemerintah yang paling dihormati kerana ketegasannya.Ini terbukti dari warisan pemerintahan ayahanda baginda iaitu Almarhum Sultan Iskandar.
Walau apa pun yang dirumuskan oleh rakyat tentang isu ini,namun begitu kita harus akur bahawa pihak istana yang memberi anugerah dan istana jugalah yang boleh menarik balik gelaran tersebut.
Dan kita juga harus ingat bahawa setiap sistem didunia ini haruslah disertai dengan peraturan.Mengikut kenyataan pihak istana,perlucutan gelaran tersebut adalah kerana mereka yang berkenaan sudah tidak menepati kriteria yang ditetapkan oleh peraturan penganugerahan pingat kebesaran diraja Johor.Keputusan juga dibuat selepas menimbang laporan terhadap mereka sebelum bersetuju menasihatkan Sultan Ibrahim sebagai Raja yang melaksanakan kuasa baginda di bawah Fasal 12 Undang-Undang dan Peraturan bagi Darjah Mahkota Johor dan Fasal 7(f) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1985 untuk memecat serta mengeluarkan mereka daripada Darjah Mahkota Johor.
Semua orang tahu bahawa untuk mendapatkan pingat dari Sultan Johor adalah sesuatu yang sukar dan pemilihan untuk sesiapa yang layak adalah sangat ketat.Setiap kali hari keputeraan baginda sultan,tidak ramai yang menerimanya tidak seperti di negeri yang lain.Oleh itu sesiapa yang berjaya meraih pingat kebesaran diraja Johor,maka individu itu memang tersangatlah hebat dan anugerah yang diterima adalah paling bernilai.Anugerah kebesaran yang membawa gelaran Datuk di Johor adalah 1st Class!
Dengar ceritanya,salah seorang penerima gelaran yang ditarik balik itu telah menipu rakyat dalam pencapaiannya.Betul atau tidak..Wallahuallam.
The King, his family and U
1 week ago
2 comments:
Raja Adil Raja Di Sembah dan Raja Zalim Raja DiSanggah. Itulah yg menjadi asas kepada sesuatu sisten beraja. Adakah Raja masih relavant pd hari ini? Adakah Mereka memainkan peranan yg sepatutnya? Apabila anak anak raja Johor tidak pandai atau belajar separuh jalan berbanding dengan kerabat Perak dan NSembilan, mereka gagal membuat pertimbangan dan mengawal disiplin diri mereka. Sepatut bakal waris tahta patutlah diasuh dan dilengkapkan dgn ilmu dan agama. Jika tidak mereka akan beraja dimata dan beraja dihati. Yang terainaya adalah rakyat dan yg beruntung adalah kaki bodek. Peristiwa pergaduhan antara kerabat Johor dan Nsembilan tidak sepatutnya berlaku, kes kes gaduh dan jenayah telah telalu banyak ditutup krn menjaga nama mrk . Adakah mrk sedar rakyat dah meluat dan mula hilang hormat pada Raja. Lihat sahaja apabila doa raja dibacakan di Masjid , yg amin kan hanya 5-6 org shj, rakyat berdiam sahaja. Adakah anak anak raja masih tidah sedar.
Membuat keputusan tanpa usul periksa adalah satu tanda kejatuhan sesorg raja.
cara sultan baru menimbang dan membuat keputusan menampakkan beliau tidak bersedia menjadi raja yg adil. Beliau boleh berdrama mesra rakyat atau bejiwa rakyat, tapi jika cara memerintah tidak adil, tidak memberi hak hak rakyat yang sepatutnya, seperti hak untuk didengar,dan sesorang tidak bersalah sehingga didapati bersalah. Sbg contoh dato Chua jui meng patut diberitahu alasan penarikbalikan pingatnya, Peguam yg ditarik datonya patut disiasat dahulu. Ini keputusan dibuat sultan sebelum siasatan dan ini jelas tiada keadilan. Kalau isu atau kes ini ditimbang mahkamah, kedua mrk akan dapat hak utk didengar dan hak untuk membela diri. Inilah contoh Sultan tak bersedia pegang jawatan itu, akibatnya rakyat akan mula membenci institusi diraja Johor. Berapa lama institusi raja boleh bertahan di Msia jika raja raja tidak berlaku adil. Raja raja patut belajar dari sejarah tentang kejatuhan empayar Melaka dan empayar lain spt di India dan di Indonesia.
Penasihat jumaah diraja Johor tiada class dan tiada standard, org yg telah didapati bersalah melakukan rasuah politik boleh dilantik jadi ahli Jumaah. itulah tanda kejatuhan kegemilangan raja Johor. Sultan Iskandar adalah sultan Johor akhir yg nampak daulatnya. Imejnya yg unik jadi kebanggan. Sultan baru bila melawat daerah ada agenda tersendiri dandatang dengan taukeh taukeh cina yg meminta projek projeh, raja dah macam mister commission. Rakayat hilang hormat apabila mendapat tahu bahawa perjuangan Sultan Ibrahim utk jambatan bengkok bukanlah ikhlas utk rakyat tetapi untuk poketnya. Dia ada saham dalam syarikat itu rupanya. tak guna buat Kembara Mahkota, buang masa sahaja jika tiada keikhlasan.
Post a Comment