Sunday, July 3, 2011

BERSIH

Setelah 6 Bulan berehat panjang tanpa menulis atau mengupdate blog,kerana kesempitan masa dan juga kesibukan diri ini menjalani kehidupan baik sebagai manusia,suami dan juga terbaru sebagai seorang bapa..

Kini aku terpanggil untuk mengupas satu isu yang hangat sejak sebulan yang lepas mengenai rancangan beberapa pihak untuk mengadakan perhimpunan yang dipanggil BERSIH 2.0 iaitu sebuah gabungan NGO's yang inginkan keadilan dan ketelusan pilihanraya di Malaysia.Apakah yang ingin di'bersih'kan?

Antara 8 perkara tuntutan BERSIH 2.0 adalah penyemakan semula daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, pemansuhan sistem pengundian pos dan akses media yang adil kepada semua parti bertanding.

Adakah dengan tuntutan2 tersebut memberi makna selama ini pilihanraya di Malaysia dijalankan secara 'kotor'?
Aku tidak ada jawapan untuk itu kerana sepanjang 54 tahun merdeka,sekiranya pilihanraya tidak mengamalkan proses yang demokrasi maka sudah tentu ada kes2 yang boleh dibawa rujukan untuk diberi penilaian sejauh mana tahap ke'kotor'an itu?

Dan kenapa memilih cara berdemonstrasi di jalanan?
Aku ada jawapan yang tepat untuk itu tapi memandangkan segala yang baik jika tidak memihak kepada golongan tertentu maka ia serta merta bukanlah jawapan yang memuaskan hati dan tentu boleh dianggap 'orang kerajaan'.
Jadi aku adalah didalam golongan yang suka memikirkan rasional dan implikasi atau lebih tepat sekali golongan 'silent majority' tentu tidak mahu dilabel memihak kepada mana2 pihak.Maka dengan itu biarlah segala pendapat dan pandangan mengenai mana2 pihak tidak disebut kerana kita semua dikurnia akal untuk berfikir.

Berbalik kepada isu yang ingin aku kupas sebagai satu bahan ilmiah dan berfakta.Dalam menangani isu yang berkaitan pengaruh politik,maka apa sahaja yang disebut tidak memadai sekiranya tidak memcerminkan perjuangan atau ideologi politik.
Dan ini bukan politik tapi ini adalah jati negara iaitu perlembagaan.

Dewasa ini masyarakat suka menggunakan istilah matlamat menghalalkan cara.Ada sesetengah ahli politik bertaraf longkang.Hanya tahu bercakap menggunakan mulut tapi tidak pernah menggunakan otaknya untuk memandu mulut memberikan sesuatu hujah.Maka nasib orang Melayu dan juga nasib orang2 lain yang terlalu fanatik dengan politik terus dimakan api.Terbakar dan hangus sehingga bara pun tidak nampak lagi.

Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan haruslah diteliti dan difahami sedalamnya sebelum disampaikan kepada orang lain yang mana terdiri daripada orang2 yang malas juga menggunakan otak.Untuk mengelakkan semakin ramai orang yang tidak tahu tetapi buat2 tahu melulu maka haruslah mengamalkan minat mentelaah ilmu dan maklumat terlebih dahulu.Supaya tidak ia menjadi satu bahan jenaka dan paling buruk menjadi modal kepada sesama kita bertumbuk di kedai kopi.Itu tidak bagus pada masyarakat dan seharusnya elemen ketamadunan manusia berteknologi maju hendaklah sentiasa diterapkan agar semua orang lebih bijak bertindak.

Beberapa kenalan bertanyakan soalan kepada aku berkenaan apa yang dikaitkan dalam perlembagaan.Maka dengan rendah dirinya aku ingin menerangkan perkara berikut secara ringkas.Kerana aku bukan professor atau si bijak pandai tapi apa sahaja yang kita tahu tak semestinya bermula dengan tahap yang tinggi.Adalah lebih baik ditempat rendah ingin mendaki daripada ditempat tinggi tapi tak tahu nak turun macam mana.Itu juga tidak baik pada nilai ketamadunan manusia.

Soalan:

Didalalam perlembagan persekutuan Malaysia pada Artikel 10 ada menyebut bahawa tiap2 warganegara berhak berhimpun,bercakap dan menubuhkan persatuan.Dan dalam isu BERSIH 2.0 maka perlembagaan juga ada memberi penerangan bahawa semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata.Maka tindakan kerajaan cuba menghentikan perhimpunan ini dianggap tidak menurut semangat perlembagaan.
Apa pandangan anda berkenaan perkara ini?

Jawapan:

Ya..memang Artikel itu wujud dan disebut dalam perlembagaan.Apa yang dirumuskan memang menuruti kehendak perlembagaan.Tetapi adalah lebih baik sekiranya dibaca sehingga habis perlembagaan kerana isinya kompleks dan bermaklumat.Kita pelu tahu bahawa perlembagaan persekutuan merupakan undang2 tertinggi.Oleh itu haruslah kita memahami pula apa yang tertulis dalam Bahagian 11 di Artikel 149 untuk faham lebih lanjut.

Selanjutnya..dilain waktu.
Aku akan terangkan lebih mendalam kenapa aku kata pemahaman tentang perlembagaan itu masih cetek dikalangan ahli politik.

0 comments: