Nostalgia Sekolah 2
Semasa saya di tingkatan 1 dan 3,bangunan ini adalah tempat saya belajar.Pada mula memasuki alam menengah,saya agak malas dan perasaan saya pada masa itu sangat membosankan kerana kejutan dengan pelajaran yang semakin sukar serta sesi petang yang meletihkan.Namun ia tidak berterusan kerana setelah hampir 3 bulan berlalu saya kira,semangat saya sudah kembali pulih semula.Saya mula sudah serasi dengan keadaan dan juga apa yang saya harus berdepan untuk hari seterusnya.Pada pertengahan tahun,semangat saya kembali luntur setelah kehilangan seorang bapa dan perkara ini sangat menyedihkan saya.Tiada bapa dan hanya tinggal ibu dan adik beradik untuk meneruskan kehidupan,tetapi saya belajar untuk menerima keadaan itu sebaiknya dengan tabah.Kebetulan takdir tuhan,selepas kehilangan bapa,saya kehilangan pula abang ipar beberapa hari kemudian.Jelas ia adalah satu ujian maha berat untuk saya dan keluarga.Dengan fikiran yang semakin matang,semangat itu akhirnya dapat juga dipulihkan tanpa bantuan kaunseling atau apa sahaja,hanya bergantung pada kekuatan mental serta cekal jiwa untuk terus menjalani hidup.Maka saya sedari masa itu bahawa,tahun1994 adalah tahun ujian besar pada saya keseleruhannya.
Saya dapati setelah melalui beberapa proses penekanan secara mental,diri saya seolah-olah bertindak balas dengan apa yang telah saya lalui.Kehidupan saya semakin liar,saya kurang menumpukan pada pelajaran,dan pada masa itu juga saya telah berkerja pada sebelah pagi untuk mencari wang persekolahan.Seingat saya,pada masa itu banyak perkara pelik yang telah saya lakukan antaranya membotakkan kepala,melanggar undang-undang sekolah dan macam-macam lagi.Kemuncak segalanya adalah semasa saya di tingkatan 2.Alam persekolahan saya pada masa itu sangat 'gila'.Saya mula serasi dengan kerja berat di sebelah pagi,dan selesai berkerja saya bersiap untuk ke sekolah pada sesi petang.Sehingga seingat saya,waktu di dalam kelas banyak kali saya tertidur kerana keletihan.Pernah sekali semasa ujian,saya tidak dapat mennyelesaikan soalan ujian akibat terlalu mengantuk.Waktu petang yang panas,dengan kipas di atas kepala membuatkan saya terbuai dan lena seketika.Semasa tingkatan 2 itu jugalah,saya bergaul bersama kawan-kawan yang nakal dan liar.Banyak kegiatan yang membuang masa serta 'ganas' yang dilakukan.Dan akhirnya saya membuat keputusan untuk berhijrah jauh ke negeri lain membawa diri.Antara sebab yang lain saya bertindak sebegitu adalah dasar 'kekecewaan' dengan cinta.Masa itu juga saya jatuh cinta dengan seorang gadis berketurunan Sikh-India tetapi saya tidaklah menyalahkannya untuk segala apa yang berlaku pada diri saya.
Pada mulanya gadis itu juga menyukai saya,tetapi oleh sebab kenakalan saya maka gadis itu mula bertindak menjauhkan diri.Saya sangat kecewa pada masa itu dan banyak lagi perkara perlu saya terangkan disini,tetapi biarlah di lain kali sahaja.Mungkin di ruangan kisah percintaan saya pula.
Di bangunan ini pula adalah tempat saya berkumpul di waktu rehat.Tingkatan empat saya banyak dihabiskan di bangunan ini dan seiring dengan alam remaja dan juga setelah melalui banyak dugaan pada diri,keluarga serta cinta maka kehidupan saya lebih tenang semula disini.Dan bermulalah satu era dimana saya tidak mendekati sebarang perempuan dan tidak sekalipun saya cuba membalas cinta mana-mana pelajar perempun walaupun ada yang ingin mendekati.Saya akan menjauhkan diri dan juga terang-terang menolak 'lamaran' cinta.Sudah menjadi trend masa itu,pelajar perempuan dan lelaki menjadi abang angkat,adik angkat,kakak angkat dan macam-macam yang terangkat.Namun saya langsung tidak berminat untuk mengikut trend itu dan kenakalan saya juga lebih 'educated' dan matang.
Di tepi bangunan ini adalah sebuah padang yang luas dan saya sangat aktif menyertai pasukan bola sepak masa itu tetapi saya bersyukur kerana tidak terpilih untu ke peringkat yang lebih jauh,kalau tidak mungkin saya sudah banyak ketinggalan dalam pelajaran.Apa yang saya lihat,ramai rakan-rakan yang gagal dalam pelajaran adalah dari golongan pelajar yang aktif kegiatan sukan hingga ke peringkat daerah atau negeri.
Antara kenangan menarik di banguna ini semasa tingkatan 4 ialah berkenaan seorang rakan saya yang akrab duduk bersebelahan meja kelas dan kebetulan berkongsi nama bapa yang sama dengan saya.Guru Bahasa Melayu saya kalau tidak silap ialah Cikgu Faridah yang comel molek dan boleh tahan garang.Tetapi kami semua langsung sedikit pun tidak takut kepada beliau..entah kenapa saya pun tak tahu.Beliau pernah menegur saya tentang sesuatu kesalahan pada sesi kelas beliau dan rakan disebelah saya ini tiba-tiba ketawakan saya sehingga Cikgu Faridah merasakan beliau diketawakan dan diejek oleh kawan saya itu.Dengan reaksi marah,beliau terus merampas buku dimeja kawan saya dan terus melemparnya keluar bangunan dan buku itu jatuh diatas bumbung surau.Lantas keadaan menjadi senyap dan kawan saya itu tergamam seketika,lalu Cikgu Faridah pun beredar tanpa sempat menghabiskan sesi pembelajaran.Setelah beliau beredar,kami semua ketawa pecah perut melihat buku itu terdampar diatas surau.Selepas kejadian itu,Cikgu Faridah seakan merajuk dan tidak masuk ke kelas kami hampir seminggu.Mujur rakan-rakan pelajar perempuan memujuknya kembali semula dan kami mula menumpukan pelajaran pada setiap sesi beliau selepas itu.
bersambung......