Sunday, October 19, 2008

Derita Dunia Dan Emas Hitam.

1.Pada 15 Oktober yang lalu,PM Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan penurunan harga minyak bagi seliter petrol.Bagi petrol RON 97 telah dikurangkan dari RM 2.45 ke RM2.30 seliter.Penurunan ini ada kaitannya dengan keadaan ekonomi semasa dunia yang melibatkan kuasa besar seperti penyusutan nilai dollar Amerika dan diikuti kemelesetan ekonomi dunia.

Dibawah ini gambarajah berkaitan yang dipetik daripada Malaysiakini.com.


2.Terdapat beberapa punca penyebab kenaikan harga minyak pada tahun 2008 ini dan ianya menunjukkan trend yang tidak stabil.Untuk tahun ini sahaja,kerajaan telah beberapa kali menaikkan dan akhirnya menurunkan semula harga minyak bagi mengimbangi subsidi.Antara penyebab utama kehuru-haraan ini adalah ekploitasi bahan komoditi terpenting di dunia ini yang menjadi nadi kepada ekonomi dan sosial seluruh dunia.Ia kadangkala meresahkan dan kadangkala membawa kegembiraan.namun yang pasti,monopoli kepada hasil minyak ini menjadikan status manusia itu terlalu tinggi untuk dinilaikan sehingga timbul sisi hitam sikap dan lumrah kemanusiaan yang mana manusia itu sendiri tidak boleh lari daripadanya.Yang pasti simbol kekayaan itu hanya dikecapi oleh pengusaha yang berabi memonopoli dan sekaligus mengaut keuntungan secara ekploitasi.Rakyat biasa hanya menghabiskan pendapatan untuk membeli bahan ini dan sepenuhnya bergantung kepada subsidi.

3.Pergantungan kepada dolar Amerika dalam semua urusan jual beli minyak telah menyebabkan pihak yang terbabit mengekploitasinya.Amerika Syarikat telah mengalmi penguncupan yang ketara semenjak peristiwa serangan berani mati yang didakwa mereka adalah rancangan pengganas islam Al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden.Semenjak peristiwa yang memalukan negara yang menggelarkan diri mereka polis dunia dan tidak boleh disentuh dengan sebarang ancaman,pelbagai tindakbalas dan reaksi mereka mempamerkan kuasa.Antaranya serangan pencerobohan keatas Taliban di Afghanistan dan juga Saddam Hussin di Iraq,yang mana pada telahan mereka sebagai punca negara 'Uncle Sam' itu diserang.Dan umum semua tahu bahawa negara-negara tersebut adalah seperti tangki simpanan minyak terbesar dunia.Serangan dan penjajahan zaman moden ini tidak lain hanyalah berkaitan dengan ekonomi semata.Pada masa kini,kehebatan yang membuatkan kegerunan pada negara lain adalah dengan menguasai ekonomi dunia.I a bukan lagi bergantung pada kehebatan tentera dan senjata peperangan semata.

4.Seperti tuhan menunjukkan pembalasan diatas kezaliman Amerika,negara itu telah ditimpa pelbagai malapetaka sehingga membawa kesan serius pada ekonominya.Beberapa bencana alam mega seperti Taufan Katrina dan juga Taufan Wilma menyebabkan Amerika merayu simpati dunia atas penderitaan rakyatnya.Namun pernahkah mereka mendengar tangisan dan keluhan rakyat negara yang mereka serang??kesan dari serangan di Iraq dan Afghanistan sehingga kini tidak menunjukkan sebarang perubahan kearah keabaikan.Negara-negara tersebut terus bergolak dengan gerakan penentangan gerila dan rakyat sendiri mengusir mereka.Tekanan dunia supaya mereka mengundurkan tentera seperti dipekakkan sahaja.Cuaca dunia yang berubah secara mendadak dan sehingga saintis meramalkan pada 10 tahun akan datang penempatan dikawasan rendah dan juga pulau-pulau di dunia kemungkinan akan hilang di peta dunia.

5.Pemanasan global menyebabkan iklim dan perubahan cuaca tidak menentu dan disertai bencana alam yang tidak boleh diramal.Apabila bencana alam seperti kemarau panjang dan banjir besar berlaku,sumber pertanian tidak menjadi dan musnah sehingga hasilnya menjadi sangat genting.Permintaan untuk barang keperluan manusia semakin mendesak dan ini menyebabkan tekanan pada harga komoditi tersebut.Para pemborong mengeksploitasi permintaan melampau itu dengan memanipulasi stok serta membuat spekulasi untuk menjadikan keadaan peruncitan semakin huru hara.Yang nyata mereka mendapat keuntungan dari perasaan mendesak pengguna dunia.

6.Kini ekonomi Amerika Syarikat semakin meruncing dan dijangka akan mengalami kemelesetan paling teruk pada alaf baru ini.Krisis gadai janji subripma berkaitan kegiatan hartanah menyebabkan beberapa bank-bank utama negara tersebut muflis dan tidak boleh diselamatkan lagi.Pentadbiran Bush mengalami banyak kesan kelemahan ekonomi akibat daripada kegiatan salah tadbir korporat dalam syarikat gergasi seperti Worldcom dan Enron.Pelaburan asing juga menyusut dan penarikan balik modal untuk urusniaga terutama dari jutawan-jutawan Arab menyebabkan ekonominya semakin lemah dan tidak berdaya saing.

7.Atas semua faktor tersebut,kelemahan ekonomi Amerika menyebabkan kedudukan nilai matawang semakin merudum teruk.Ia menyumbang kepada penyusutan nilai dolar dan ia secara automatik menjadikan banyak ekonomi negara di dunia juga menjadi lemah.Ini kerana hampir kebanyakkan negara didunia bergantung kepada matawang dolar Amerika untuk semua urusniaga ekonominya.Urusan jual beli minyak juga melibatkan dolar Amerika,maka dengan susut nilai mata wang itu bermakna lebih banyak dolar diperlukan untuk mendapatkan kuantiti minyak seperti sebelum penyusutan nilai.

8.Spekulasi berlaku disebabkan khabar angin yang mengatakan pelbagai andaian bahawa harga minyak akan melambung secara mendadak.Sebelum ini,wujud cerita yang mengatakan bahawa Amerika akan menyerang Iran.Ini membuatkan permintaan semakin meningkat dan penyangak minyak boleh menaikkan harga tinggi.

0 comments: