Aku ingin memberi respon atas kecenderungan pembikin cerita di Malaysia ini.Idea mereka seolah-olah tertumpu pada sesuatu yang akan menjadi popular.Tak kiralah sama ada idea itu nampak pandai atau nampak bodoh.Yang penting dapat duit.
Pada aku itu bukan matlamat sebenar orang bidang seni.Keindahan boleh digarap melalui pelbagai cara,yang buruk jadi cantik dan yang bodoh boleh jadi pandai.Itu seni..penafsiran berbeza tapi kepuasannya sama.Dalam konteks memberi hiburan pada khalayak ramai,orang seni juga seharusnya bertanggungjawab untuk mereka sesuatu yang boleh menerbitkan emosi dan reaksi pelbagai.
Minggu yang sudah aku terbaca satu keratan akhbar mengulas berkenaan drama di Astro iaitu kisah si Halimah Jongang.Aku tidak pernah menontonnya dan sesekali tidak berhajat untuk menghayatinya.Itu bukan genre aku waima Ugly Betty sekalipun.
Penulis mengatakan bahawa penerbit dan pembikin drama Melayu menghina OKU.Dari sudut pandangan pengulas Halimah Jongang selalu disendakan dan ditertawakan.Itu realiti dunia.Yang cantik dipuja puji dan yang buruk dicerca dikeji.
Dan terbaru ketika sedang berehat melayani perasaan malam jumaat,aku terlihat preview di saluran sama,sebuah drama baru bakal ditayangkan diberi judul Fatimah Juling....dah lepas jongang,juling pulak!
Di Amerika satu ketika hingga kini,sebuah drama bersiri popular Ugly Betty menjadi fenomena seluruh dunia.Aku membaca sedikit ulasan dari majalah berkenaan pelakon wanita yang memainkan peranan Betty.Cantik juga dia diluar.Kisahnya bermula dari seorang yang gagal dalam semua sebab kerana diskiriminasi tetapi beliau berjiwa kental mengharungi hidup dan percintaan.Baru-baru ini aku melihat preview musim terbarunya menghighlightkan bahawa musim tersebut Betty akan dilamar oleh 2 jejaka.Hebat!
Berlainan pula dengan Halimah yang duduk dikampung macam orang tak berjaya wataknya dan serba sedikit diselitkan kisah makcik2 berleter dan mengumpat sesama sendiri.
Inikah idea yang hendak ditonjolkan??
Mungkin ada moral yang baik hendak dipaparkan pada semua drama..tapi janganlah diulang kisah yang sama.Nanti penonton bosan kata orang Malaysia tak support cerita Melayu.
Dulu aku kecik2 ada cerita Minah Senget...
The King, his family and U
1 week ago
0 comments:
Post a Comment