Sunday, March 29, 2009

Earth Hour

Earth Hour Around The World....

Agbar Tower,Barcelona,SPAIN

KLCC,Kuala Lumpur,MALAYSIA

Acropolis,GREECE

Bangkok,THAILAND

Burj Al Arab,Dubai,UAE

Copacabana Beach,Rio,BRAZIL

Eiffel Tower,Paris,FRANCE

Empire State Building,New York,UNITED STATES OF AMERICA

Ericson Globe Arena,Stockholm,SWEDEN

Giza Pyramids,Cairo,EGYPT

Houses of Parliament,London,UNITED KINGDOM.

HSBC Headquaters,HONG KONG.

Huangpu River,Shanghai,CHINA

Jakarta,INDONESIA

Metro Manila,Manila,PHILIPHINES


Mumbai,INDIA

Picadily Circus,London,UNITED KINGDOM

Puerta De Alcala,Madrid,SPAIN

Royal Palace,Oslo,NORWAY

SINGAPORE.

St.Stephen,London,UNITED KINGDOM.


Opera House,Sydney,AUSTRALIA.

Taipei 101,Taipei,TAIWAN.

Tyne River,Newcastle,ENGLAND

Tuesday, March 24, 2009

Kenangan sukan..

Aku adalah peminat bolasepak nombor 1...sukan yang aku gemari sejak dari kecil sampai sekarang..selain dari bola sepak aku juga meminati sukan sepak takraw...

Walaupun kegilaan aku pada sukan tersebut masih utuh sampai kini,tapi aku lihat semangat sukan itu sendiri rasanya seperti sudah lusuh di negara kita..

Disini aku luangkan sedikit masa mencatat apa pendapat aku tentang sukan kegemaran masyarakat dunia iaitu bolasepak...dan juga sedikit tentang sepak takraw.

1.Dulu bermain bolasepak adalah satu hobi di waktu senggang terutamanya pada petang hari selepas waktu bekerja..Pemain masa kini aku lihat terlalu letih seperti separuh masa dalam hidup seharian mereka pergi bekerja..sedangkan mereka digelar pemain bolasepak profesional iaitu sepenuh masa dibayar gaji untuk bermain bolasepak saja..
Pemain dulu terutama di kampung2 sangat bagus staminanya.Ada diantara mereka adalah pekerja ladang,pekerja kilang sawit,penoreh getah dan lain2 lagi..tapi bila masanya untuk bermain bolasepak seolah2 mereka tak pernah rasa penat..bersungguh2 dan sangat 'skillful'..sedangkan mereka hanya bermain untuk memenuhi masa senggang dan bukan untuk kelab atau pun untuk negara..

2.Bila tiba waktu bermain bolasepak,mereka sangat berdisiplin.Cukup time turun padang.Pakai kasut bola yang bukan mahal2...tapi yang mahal adalah kaki dan bakat mereka.Dengan tanpa sesi 'warmup' dan dah selesai hisap rokok sebatang..terus masuk padang dan bermain!..Jarang sekali aku lihat ada kecedaraan yang teruk..mereka bermain bolasepak seperti menari di gelanggang tarian balet!..

3.Dan sehingga sekarang..2-3 tahun lepas semasa aku masih berada di kampung..skill dan bakat mereka tak pernah hilang..lebih bagus daripada yang pernah aku lihat semasa mereka muda dan aku masih kanak2 lagi..bila dewasa aku dapat bermain bersama mereka..sangat bagus perasan itu..rasa sangat menghormati akan pengalaman yang mereka punya.Cuma yang nyata kudrat tidak seperti dulu...tetapi skill dan mentaliti sangat bagus dan meyakinkan.

4.Kalau nak dibandingkan dengan pemain sekarang yang punya gaji lumayan setiap bulan..hanya turun berlatih setiap hari..sepatutnya mereka lebih bagus dari orang dulu2..tetapi mereka tak bermain sepenuh perasaan..mereka punya masalah sendiri yang membataskan apa yang patut mereka lakukan dengan bolasepak.Pada pendapat aku orang dulu bermain bolasepak dengan semangat yang jitu..melepaskan persaan secara terkawal dengan bersukan..bukan dengan berhibur di kelab malam.

5.Sepak takraw juga semakin layu sengatnya..semacam sudah bukan lagi sukan yang dimulakan di tanah melayu.Orang melayu sendiri tak tahu main sepak takraw..budak2 sekarang pun tak mahu main sepak takraw sebab sakit nak tanduk bola...

Aku berharap sangat selagi aku belum tutup mata..biarlah sukan sepak takraw masih wujud di muka bumi.Juga aku harap bolasepak Malaysia semakin maju dan diminati olah semua rakyat Malaysia.Bukan hanya meminati apa yang dipersembahkan oleh ESPN dan Starsport!

Aku masih teringat masa dulu2..menyaksikan di TV betapa hebatnya Rehan Mat Din melibas bola...

Monday, March 23, 2009

Kesedaran Pada Yang Tegar









Hari ini buat pertama kali aku rasa tak sedap hati nak menghisap rokok yang baru saja aku beli di stesen Petronas..Dengan bahang matahari siang tadi,duduk dalam ofis yang berhawa dingin pun macam rasa duduk dalam ketuhar microwave...aku merungut pada budak2 ofis yang air cond maybe dah habis gas..keluar bahang bukan keluar dingin...
Tekak terasa nak minum yang dingin..naik motor terus henjut pergi Petronas berdekatan..kebetulan rokok pulak dah abis...lepas bayar semua harga air dan rokok..aku tgk seimbas lalu..pelik tiba-tiba...apahal gambar baby tak cukup sifat ni tertera kat kotak rokok aku..salah cetak ke???

Rupa-rupanya memamng sengaja syarikat rokok "dipaksa" cetak pada bungkusan gambar2 yang mengerikan akibat dari tabiat merokok...selama ni bagi amaran saja..kali ini siap gambar sekali..pada penghisap rokok yang tak berapa tegar macam aku ni..timbul ke kesedaran??

Aku simpati sangat...rasanya macam kerajaan sengaja mempamerkan janin itu untuk memberi gambaran tentang bahaya merokok...memang aku rasa serba salah nak buka kotak rokok tu..aku tak nak bukak dari depan..aku sangka depan je ada...rupanya belakang kotak lagi besar!!!aduh..sedih beb...

tapi...bila dah 2-3 jam kemudian...aku macam tak rasa apa la...sedih la jugak..insaf la jugak..tapi pejamkan mata je..jgn la pandang lama sangat..serba salah jadinya...

aku rasa kalau letak gambar malaikat maut pun sekali..belum tentu penghisap rokok akan berhenti merokok...termasuk la juga aku...tapi aku ada niat untuk berhenti sebenarnya..belum sampai seru lagi...seru nak berhenti rokok..bukan seru menghadap ilahi....cuak aku beb!!

Construction In Progress...MSU






Pemandangan dari tingkat 12,pembinaan sebuah University...dijangka siap sepenuhnya penghujung 2009 ini...aku akan update kan progress time by time...

Thursday, March 19, 2009

Kemban


Kemban dalam masyarakat mana-mana sekalipun tetap ada..beza kemban antara masyarakat itu adalah terhalang oleh beberapa sebab berkaitan hukum ajaran agama.
Orang melayu pun banyak juga yang suka berkemban..masa aku kecil dahulu ramai mak cik-mak cik yang dok petang-petang lepas mandi lepak tepi rumah sambil berkemban..bergossip serba sedikit pasal anak si polan..tapi itu dulu..pandangan masa itu sangat berbeza..teknologi masa itu juga jauh berbeza dari apa yang ada sekarang.
Waktu ini berkemban suka-suka...saja-saja nak tengok body mantap lagi ke tak..bergetah lagi ke tak...klu dulu yang sibuk mengata cuma orang kampung tu jugak,,paling jauh pun kampung sebelah tapi orang tak hirau...bukan masalah besar..
Tapi sekarang yang berkemban suka-suka ni banyak...akhirnya terima padah satu dunia boleh tengok body mantap...dah tak ekslusif lagi la...

Sunday, March 15, 2009

No leaf clover...



Bila aku terdengar lagu ini pelbagai kenangan menerajang di minda...suka dan duka...masa2 sedang dalam perjalanan menuju hidup yang sebenar...

Wednesday, March 11, 2009

Sentuhan listrikmu..

'Sentuhanmu bukan datang dari dunia materi...
Rasa ini pernah mengusikku..bagai dijavu..'

Aku suka lagu ini dendangan M.Nasir..bagai satu semangat yang tercipta bila kita berdampingan dengan seseorang..bila kita rindu pada sesuatu...bila kita rasa perlu pada waktu kita menginginkan...

Dalam keriuhan atau kebingitan sesak hidup yang setiap hari berlalu..sentuhan itu menyamankan suasana..melapangkan dada..bagai bisikan panduan untuk meneruskan hidup esok hari mendatang..

Tanpa sentuhan...jiwa kita kosong..hati kita diselubung kabus..

cinta umpama embun pagi..bila fajar menyinsing ia akan pergi..aku tak mahu begini..
aku mahu jadi mentari yang setia datang meluangkan waktu yang ada sebelum ia pergi..dan berjanji pada malam..nanti pasti datang kembali..

dedikasi ku pada cinta hati..

Sunday, March 8, 2009

Panggilan Pulau..

Terik matahari bagai nak tersiat kulit aku yang memang dah sedia hitam dan menawan..walau bahangnya terasa pijar,peluh yang basah melekit macam aku mandi garam..walau apa pun rungutannya, oleh kerana nak memenuhi undangan seorang rakan sepermainan dan seperkampungan...maka hari ini aku jejakkan kaki aku ini ke sebuah pulau...Pulau Indah,Klang.
Siap sedia aku nak ambil gambar yang menarik..maklumlah pertama kali pergi ke pulau ini..walau dah banyak kali aku menyebutnya.Tapi yang tak best nya pulak,kamera buat pasal..terpaksalah aku shot pakai handphone je.


Buat pengantin baru...Wira Abu Bakar dan pasangannya...semoga berbahagia hingga ke anak cucu..dimurahkan rezeki dan sejahtera selalu...terima kasih kerana mengundang dan makanan yang dihidang pun sedap jugak..mungkin aku dah lapar aku balun je..tapi still ok la...thanks.

Yang terkepit sebelah pengantin tu pengantin jugak..tapi dah tak baru lagi la...entah bila nak trade in...laku lagi ke???

Wajah-wajah kegembiraan bila dah kenyang menyantap hidangan pengantin...

Selamat pengantin baru sekali lagi kepada pengantin...aku dah cadangkan pada pengantin sebelum aku beransur balik..sewa lah hotel terdekat yang ada sistem pendingin hawa terbaik..lokasi dah cantik dekat laut dan tengah pulau lagi..tapi 'kehangatannya' memang tahap cair...risau aku takut pengantin baru kena darah tinggi pulak..maklumlah angin laut peluh masin melekit..takut terlebih kandungan garam dalam darah..boleh sakit kepala..heheheh..

Thursday, March 5, 2009

ooooo...nani.

Klip video berjudul ‘Budak Rumah Rakyat’ yang memaparkan aksi berahi wanita berusia 20-an itu disebar meluas di kalangan penduduk tempatan melalui khidmat pesanan multimedia (MMS).

Berdasarkan rakaman itu, wanita yang melakukan aksi onani itu dipercayai merakam sendiri perbuatannya menggunakan telefon bimbit berkamera.

Visual tanpa suara itu juga menggunakan teknik zoom in dan zoom out (rakaman jarak dekat dan jauh) dalam rakaman yang mengambil masa selama hampir empat minit.

Seorang penerima rakaman aksi lucah yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Seng, berkata dia menerima MMS lucah itu daripada rakannya yang tinggal di Bekok.

Katanya, dia menerima MMS itu yang sudah tersebar sejak beberapa hari lalu di sekitar Bekok dan Labis.

Menurutnya, dia tidak mengenali wanita dalam MMS itu, tetapi dimaklumkan wanita itu tinggal di kawasan rumah rakyat di Bekok.

“Saya tidak tahu tujuan sebenar rakaman aksi lucah itu sama ada untuk koleksi peribadi sebelum disebarkan pihak tertentu atau sebagai `promosi diri’.

“Berdasarkan rakaman menunjukkan wanita itu seolah-olah dalam keadaan rela aksi lucahnya dirakam dan seperti sengaja berlakon di depan kamera,” katanya.

Dia tidak menolak kemungkinan aksi itu dirakam sendiri wanita itu sebelum ia disebarkan kepada orang lain tanpa pengetahuannya.

Setakat ini difahamkan belum ada pihak membuat laporan polis berhubung penyebaran aksi lucah itu.

Jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat ketika dihubungi mengesahkan hingga kini belum ada laporan dibuat berhubung penyebaran klip video lucah berkenaan.