1.Dah agak lama juga rasanya tak menulis blog.Sibuk,sibuk dan malas atau lebih tepat...malas.
2.Ok la..aku mulakan langkah menulis blog kali ini dengan cerita satu hari yang berlaku di Shah Alam pada 19 December 2009.
3.Mulai minggu lepas bermulalah malam Jumaat yang berturutan cuti pada esok harinya.Secara kebetulan memang ada cuti umum yang kena tepat pada setiap Jumaat menjelang tertutupnya tirai tahun 2009 ini.Maka semakin lemau lah badan-badan manusia yang bekerja kerana 4 hari kerja dan cuti lagi 3 hari...kerja lagi 4 hari dan cuti lagi....aku kira sesuai sangat lah pada sesiapa yang berhajat menuai benih pada ketika ini sementelah cuaca pun agak mendung dan hujan saja kebelakangan ini bagai merestui semangat "bercucuk tanam"..semoga membuahkan hasil.Insyaallah.
4.Pada hari sabtu 19/12/2009 terdapat banyak acara berlaku di Shah Alam ini.Pagi yang mendung dan disertai hujan yang berterusan bermula tengahari.Di MBSA berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat.Ramai pembesar-pembesar datang berhimpun bercerita tentang politik yang tak pernah habis.Harapan dan semangat berjuang diterjemah di pentas politik dengan bermodalkan air liur dan sepanduk,yang ternganga adalah orang-orang yang asyik mendengar dicuit-cuit hatinya penuh harapan..
5.Sementara di Masjid Shah Alam diadakan Karnival meriahkan masjid.Pelbagai aktiviti diadakan umpamanya kursus remaja cuti sekolah,kelas mengaji,kelas belajar bahasa Arab.Dan sebelah malamnya pula diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh ulama besar Abdullah Al-Qaradhawi.Ucaptama pula disampaikan oleh abang yang fobia bila sebut saja nama mahkamah.
6.Di perkarangan Stadium Shah Alam pula diadakan pesta apa pun aku tak tahu,siap ada fun fair dan macam-macam lagi yang tak kan mungkin aku nak naik sebab aku takut akan ketinggian.Aku terpandang beberapa mesin dan peralatan seperti hendak menuai padi tapi aku tak pasti apa ke bendanya itu.Aku agak saja.Mungkin karnival yang dianjurkan oleh FAMA agaknya.Patut la ada kuda bertenggek berpusing-pusing..
7.Berhampiran itu di Stadium Malawati terdapat acara Showdown Tennis yang disertai oleh 4 orang jelitawan memukul bola menghala sesama sendiri..sekali pukul jerit,nak balas pukulan pun jerit.Yang seronok hanya mamat yang tukang tonggeng kat belakang court melihat kemontokkan punggung itu dicelah skirt yang pendek.Seronok sungguh brader itu walaupun tugas rasminya hanya mengutip bola walaupun secara rasionalnya kalau nak kutip bola tak perlu tonggeng bila pemain tennis wanita melakukan servis..prosedurnya macam tu kot.
8.Di serata kedai mamak dan semua tempat manusia boleh lepak tengok tv tanpa melanggan Astro keadaannya penuh sesak sejak pukul 8.30 malam lagi.Bukan nak tengok berita pasal Najib baru balik dari Copenhagen cerita isu pemanasan global..dia orang kat kedai tu tak ambil peduli pun.Baik tengok Rosmah memanaskan badan di TV1 dalam acara senamrobik.Dan bukan juga nak tahu cerita pasal Datuk Bung yang digossipkan akan bergomol dengan Zizie putih gebu di Kinabatangan...kenabatangngan Zizie atau kebinatangan..dia orang kisah tapi redha je lah.Yang berkerumun di kedai sebenarnya ada perlawanan bola diantara Liverpool dan Aston Villa.Lepas tu pula ada game MU dengan Fulham.Semakin laku teh tarik hingga lewat malam.
9.Begitulah seharian punya aktiviti setempat di Shah Alam.Banyak acara dan banyak ceritanya.Semua manusia berduyun dari celah mana saja untuk pergi acara yang aku cerita diatas.Semua mahu ikut serta dan tak mahu ketinggalan.
10.Dalam semua acara itu,acara fun fair juga yang paling ramai pengunjungnya.Hingga pukul 11 malam pun masih ada yang naik kuda terbang!Inilah hijrah masyarakat Malaysia...
The King, his family and U
1 week ago
0 comments:
Post a Comment