Monday, December 21, 2009

SEMUA KAUM DI MALAYSIA TELAH DIJAMIN HAKNYA DALAM PERLEMBAGAAN.

1.Kebelakangan ini cerita yang sering didengar orang ramai dan dihangatkan lagi oleh golongan-golongan ahlil politik ialah isu rasis,ultra kiasu,ketuanan melayu dan politik perkauman.

2.Selama 52 tahun negara Merdeka isu rasis ini berapi hanya pada tahun 1969 dan semenjak itu ia ditangani dengan baik oleh semua lapisan masyarakat berbilang kaum.Walaupun ada sebilangan yang masih kuat sifat rasisnya itu,tapi ia tidak merebak dan terkawal.Rasis ini ini satu sikap yang menebal didalam jiwa seseorang itu dengan niat bahawa bangsanya adalah yang terbaik dari kaum-kaum yang lain.Ia berkaitan dengan hak untuk hidup dengan perbezaan bahawa bangsanya paling berhak tanpa berlandaskan sifat-sifat harmoni sesama kaum.Kenapa kini sifat rasis ini sering kali diucapkan??
Ini kerana banyak hasutan yang datangnya dari orang-orang yang berkepentingan untk mencapai agenda mereka.Jalan yang paling mudah untuk mendapatkan kuasa ialah dengan memainkan isu ini kerana Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum.Maka mereka-meraka ini hanya menyemai benih kebencian sahaja dan sibuk hendak menjadi juara dalam memperjuangkan hak kaum-kaum tertentu.Modalnya adalah dengan membakar sifat-sifat rasis ini.Mudah..

3.Ultra kiasu juga sama sifatnya tetapi ia lebih menjurus kepada kesempurnaan.Menidakkan kekurangan dan keburukan kumpulan atau sesuatu kaum itu dan hanya melihat kepada yang baik-baik belaka.Maka apa sahaja yang baik itu adalah datangnya dari mereka dan yang tak baik itu datangnya dari orang lain.Apa bukti dah hujah sekalipun mereka tetap merasakan mereka adalah yang terbaik.

4.Ketuanan melayu ini diibaratkan oleh juara perkauman adalah sesuatu perkataan yang merbahaya.Ia seolah-olah seperti membawa maksud bahawa Melayu itu adalah tuan di Malaysia dan bangsa lain adalah hamba.Jika dibiarkan orang Melayu terus berpegang pada konsep ketuanan ini maka bangsa lain akan dianiiaya dan di diskiriminasi.Sebenarnya konsep ketuanan Melayu itu adalah sesuatu pegangan bahawa masyarakat Melayu berpaksikan raja dan sultan.Negeri ini asalnya Tanah Melayu dan semua orang Melayu sebelum mencapai kemerdekaan setuju untuk menerima kaum-kaum lain untuk hidup bersama-sama.Kenapa kini sudah berganti generasi perkara ini ditimbulkan.
Percayalah,kalau orang Melayu terus selamanya berpegang pada konsep ketuanan ini sekalipun,yang kaya raya,yang jadi taukey,yang memungut hasil kekayaan semenjak dulu bukannya orang Melayu.Monopoli dari segi ekonomi adalah kebanyakkannya dari orang Cina Malaysia.Yang jadi kuli dan makan gaji dikilang perusahaan taukey-taukey Cina sejak dulu ialah orang melayu.Bila masanya orang Melayu itu 'Tuan' dan bangsa lain jadi hamba?kalau lah ketuanan Melayu ini sangat bahaya pada kaum lain,kenapa perlu sekarang baru nak halang?Selepas segala kekayaan sudah dirasai dan dimonopoli??
Kalau benar orang Melayu akan menjadi tuan bila terus dengan konsep ketuanan,maka kaum-kaum lain di Malaysia ini tiada yang kaya raya.Mulai merdeka lagi orang Melayu tak bagi muka..tapi ini tidak berlaku sehingga kini.Yang nyata ini adalah permainan isu politik sahaja yang ditimbulkan oleh Melayu itu sendiri yang menjadi tulang belakang untuk menjahanamkan bangsanya sendiri.

5.Sebutkan disini di Malaysia ini parti yang mana tidak perkauman???Banyak parti di Malaysia ini semuanya berlandaskan kaum dan berobjektifkan menjaga kepentingan kaum-kaum tertentu.Selama ini tidak menjadi isu kaum pun.Sebenarnya yang bercakap pasal politik perkauman ini,dialah sebenarnya berfikiran politik perkauman yang sempit!

6.Marilah kita semua hidup aman damai.Jangan dibiarkan isu perkauman ini menjadi hangat.Jangan dipolitikkan isu ini untuk kepentingan parti.Semua kaum dan bangsa di Malaysia telah dijamin hanknya dalam perlembagaan.Selagi kita semua boleh bertoleransi dan bersepakat,isu dan masalah perkauman tidak akan timbul.Percayalah..

0 comments: