Wednesday, January 5, 2011

ISU PERLANTIKAN SUK SELANGOR ( 4 )

MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan bahawa SUK Kerajaan Negeri Selangor yang baru,Dato Mohd Khusrin tidak akan mengangkat sumpah kerahsiaan didepan beliau sehingga Sidang DUN diadakan.

Untuk pengetahuan semua,SUK baru akan mengangkat 2 sumpah berbeza yang mana adalah satu prosedur penting dalam sebarang lantikan pegawai kerajaan iaitu dihadapan DYMM Sultan Selangor untuk sumpah taat setia menjalankan tugas dan dihadapan Menteri Besar bagi sumpah kerahsiaan.Mohd Khusrin akan mengangkat sumpah dihadapan sultan pada 6/1/2011 yang mana selepas itu perlantikannya adalah sah dari segi undang-undang dan beliau boleh menjalankan tugasnya.Namun bagi sumpah kerahsiaan dihadapan MB pula ditangguhkan sehingga sidang DUN diadakan.Oleh itu SUK tidak boleh menyertai sebarang mesyuarat EXCO negeri selagi belum mengangkat sumpah kerahsiaan dihadapan MB.Walaubagaimanapun,beliau masih lagi boleh menjalankan tugas-tugas lain.

Sebagai rakyat yang biasa yang mengikuti setiap perkembangan dan juga berminat mengkaji dan mempelajari bidang-bidang berkaitan pengurusan,politik dan ilmiah,saya melihat bahawa ada sedikit kekurangan pada cadangan Menteri Besar Selangor untuk mengadakan Sidang DUN bagi meminda undang-undang tubuh negeri selangor.Tujuannya adalah untuk mengembalikan kuasa memilih dan melantik kepada Sultan dan Menteri Besar.selanjunya klik sini.

Untuk pengetahuan semua,melalui pemahaman dan kajian saya,pindaan terhadap sesuatu enakmen perlulah melalui 2/3 undi.Apabila melihat kerusi DUN yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat,adalah mustahil untuk mendapat jumlah majoriti 2/3.

DUN Selangor terdiri daripada 56 kerusi yang mana 14 daripadanya milik Parti Keadilan Rakyat, 13 diwakili DAP, lapan wakil PAS, seorang wakil Bebas dan 20 diwakili Barisan Nasional.

Disini rumusannya dan sedikit contoh perkiraan matematik mudah bagi menjelaskan situasi 'kekurangan' yang saya sebutkan diatas.

DUN SELANGOR - 56 kerusi

PAKATAN RAKYAT - 35 kerusi iaitu 14 (PKR),13 (DAP), 8 (PAS)

BN - 20 kerusi

BEBAS - 1 kerusi

Untuk mendapatkan jumlah 2/3,perkiraannya adalah seperti berikut;

56 / 3 x 2 (56 bahagi 3,kali 2)

=37.33 (jumlah yang diperlukan untuk mendapat 2/3)

Ini bermakna kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Selangor perlukan 2 kerusi lagi untuk mencukupkan kuota 2/3.Kerusi bebas pula sudah pasti memihak kepada BN kerana ADUN Bebas tersebut adalah bekas ADUN PKR yang telah keluar parti.Jika ADUN Bebas itu menyokong PKR sekalipun,masih lagi juga kurang satu kerusi untuk mencukupkan kuota 2/3 iaitu 37 kerusi.Mungkin juga 1 kerusi yang kurang itu boleh diambil di kedai perabot dan kerusi yang paling sesuai ialah kerusi malas!..hahahah.Jaga kerusi rumah anda sebelum dirampas!..hahahah

Oleh itu,saya masih membelek segala undang-undang dan mana-mana peruntukan yang dapat menjelaskan kenyataan YAB Menteri Besar Selangor.Mungkin MB lebih tahu berkenaan perkara ini dan saya telah silap membuat perkiraan.

Tetapi,YAB Menteri Besar Selangor juga telah menjelaskan melalui MalaysiaKini (portal web pro pembangkang)bahawa beliau ada perancangan untuk itu.

Ditanya mengenai kemungkinan kerajaan negeri gagal mendapat majoriti dua pertiga bagi meluluskan pindaan itu, Abdul Khalid berkata: "Kita tunggu dan lihat."

Oleh itu,seperti kata YAB Menteri Besar..kita tunggu dan lihat.

0 comments: