Sunday, January 2, 2011

ISU PERLANTIKAN SUK SELANGOR


Isu perlantikan SUK (Setiausaha Kerajaan) bagi negeri Selangor sangat menarik minat aku untuk mendalami serta mengkajinya.Sebagai pelajar yang masih lagi menuntut ilmu berkenaan sains politik maka aku lihat isu ini ada kaitan dengan apa yang dipelajari selama ini.Merujuk kepada beberapa sumber maka aku ringkaskan disini dengan mengambil beberapa pautan sebagai bahan bacaan.

Jelas seperti yang ditulis oleh YB Zul Nordin,bahawa isu ini berkaitan dengan doktrin pengasingan kuasa atau separation of powers.Maksud doktrin ini ialah;

satu model pentadbiran kerajaan yang terdiri daribada tiga cabang iaitu legislative,eksekutif dan judiciary.(gubal,laksana dan kehakiman).

Menurut YB Zul Nordin;

"Perlantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tidak saperti Kedah dan Johor yang mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, bidangkuasa perlantikan SUK Selangor adalah khusus dibawah SPA. Malah dinegeri dimana ianya terletak dibawah SPN, Menteri Besar langsung tiada kuasa mengenai perlantikan SUK, ianya antara SPN dan Sultan yang memerintah negeri. Begitu juga diperingkat negeri lain dan Persekutuan yang dibawah kuasa SPA, Menteri Besar langsung tiada kuasa melantik atau memecat SUK. Ianya bidangkuasa mutlak SPA.


Mengapa dibuat begitu? Kerana kita mengamalkan sistem pengasingan kuasa. Kerana untuk mengasingkan kuasa politik dan pentadbiran kerajaan. Kakitangan Kerajaan adalah kakitangan Kerajaan. Mereka berkhidmat untuk Kerajaan, tidak kira siapa yang menjadi Kerajaan. Dengan DYMM YDP Agong atau Sultan negeri-negeri sebagai payung mereka. Sebab itu semua urusan dibuat atas nama YDP Agong.


Cuba tengok sampul surat, samada ianya ditulis “Urusan Kerajaan” atau “Urusan Seri Paduka Baginda”. Tak pernah ditulis “Urusan Perdana Menteri”, apatah lagi “Urusan Menteri Besar”. Sebab itu bila Kerajaan bertukar samada di Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan lain-lain, jentera Kerajaan tetap berjalan, kerana kakitangan Kerajaan adalah pentadbir kerajaan. Melaksanakan polisi Kerajaan, tidak kira siapa juga Kerajaan itu."(selanjutnya klik sini)

Apa yang paling menarik dan paling bijak hujahan yang diberikan oleh YB Zul ialah;

"Kalau ikut logik kepala otak pembangkang, maka nanti perlantikan Hakim Mahkamah Tinggi Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Ketua Polis Negeri, Pengarah SPR Negeri, Pengarah SPRM Negeri, Pengarah Imigresen Negeri, Pengarah Bomba Negeri, Pengarah Kastam Negeri dan banyak lagi jawatan lain perlu dirujuk kepada Menteri Besar. Maka nanti hilanglah prinsip pengasingan kuasa yang menjadi amalan pentadbiran kerajaan selama ini, samada kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri."

Untuk hujahan dari pihak pembangkang,klik sini ulasan dari ADUN Sri Muda mengikut tafsiran beliau dalam Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Oleh itu,marilah kita sama2 menilai isu ini mengikut pandangan yang bernas dan jangan terlalu emosi sehingga membabitkan pihak2 yang tidak terlibat dalam perkara politik.

0 comments: