Friday, June 12, 2009

SAGA PERPINDAHAN RONALDO...


Finally...Christiano Ronaldo dibenarkan oleh Man Utd untuk pergi ke Real Madrid dengan kos perpindahan sebanyak GBP 80 Juta.Satu rekod yang paling tinggi pernah tercipta untuk sukan paling popular di dunia.

Sebagai seorang peminat Man Utd,aku merasakan pemergian Ronaldo tidak mungkin memberi kesan atau impak yang terlalu besar pada pasukan.Ini kerana dalam permainan bolasepak,kehebatan individu tidak menjamin kejayaan sebuah pasukan.Kehebatan semangat berpasukan yang paling utama.

Ronaldo akan bergandingan bersama seorang lagi bekas pemain terbaik dunia iaitu Kaka di Madrid.Ini satu pasukan impian kalau dilihat dari kualiti pemain yang ada,namun begitu ia tidak sama pada hakikatnya.Kita imbas kembali era 'Galacticos' yang membariskan nama besar seperti Zidane,Ronaldo,Figo,Beckham,Owen,Roberto Carlos..namun mereka gagal memberi impak yang besar cuma sekadar untuk kepentingan kelab sebagai bahan komersial saja.

Ronaldo juga akan sukar dan mungkin akan tenggelam sekiranya tidak mempamer kualiti yang sama di Old Trafford..kerana di Madrid peminat bukan saja melihat Ronaldo..tetapi melihat Kaka..dan mungkin ada lagi nama besar yang akan dibawa oleh Presiden kelab Florentino Perez selaras dengan cita-citanya untuk menjelmakan kembali era 'Galacticos 2'.Persaingan itu mungkin akan menjadi bencana pada Ronaldo sekiranya gagal memberi impak yang hebat di San Barnebeu.Dan akhirnya Christiano Ronaldo akan menjadi bahan komersial seperti David Beckham dan bukan sebuah ikon hebat seperti Zinedine Zidane.

Apa perancangan Sir Alex Ferguson selepas ini???

Pendapat aku,Fergie sudah menjangkakan bahawa Ronaldo akan pergi.Oleh itu dia cuba untuk menangguhkan permintaan Ronaldo sehingga akhir musim ini kerana dia ada masa untuk membuat perancangan dengan merekrut pemain hebat berbakat seperti Ronaldo.
Dengan pengalaman beliau selama berpuluh tahun mengendalikan sebuah pasukan hebat di dunia,isu ini bukan satu masalah besar pada beliau.

Satu masa dahulu,ramai beranggapan Manchester United akan tenggelam selepas pemergian David Beckham,tetapi selepas itu muncul Christiano Ronaldo yang dibeli 12 Juta dari Sporting Lisbon mula menyinar di Old Trafford.Beberapa tahun kemudian Fergie membina sebuah pasukan yang paling berjaya di dunia pada abad ini.

Siapa selepas ini??

Frank Ribery???

atau pemain lain di Man Utd yang akan mendapat peluang untuk menyinar seperti Nani,Zoran Tosic,Kiko Macheda atau ramai lagi??

Kita lihat nanti..

1 comments:

Lee the Red said...

Ak rasa elok gak Ronaldo ni blah dr Man Utd sbb dia dah start besar kepala..sikap gini memang x elok untuk team berpasukan spt Man Utd..dah mmg tau dah Ronaldo ni akan out dr Man Utd lps dia kutuk team sndiri lepas klh final juara2..Ferguson mmg pantang dgn pemain camni wlu pemain tu world star..tgk camne dia buang Stam, Beckham, Nistelrooy & Keane..Ferguson pasti dh ada plan utk mencari seorang lagi bintang baru no 7 di Man Utd..yg pasti ak amat menyokong perpindahan Ronaldo ke Madrrid kerana Ronaldo pengaruh buruk di Man Utd jika dikekalkan bagi musim baru..