Monday, April 12, 2010

DR.PORN...TIP



Latest Story 12/04/2010 12:10pm

Wakil kerajaan Malaysia menafikan dakwaan Dr.Porntip.

klik sini.

Khunying Pornthip Rojanasunand M.D.Itulah nama seorang doktor forensik terkenal di Asia.Namanya semakin popular di Malaysia pada tahun lepas setelah kejadian terjun bangunan sehingga menyebabkan kematian seorang setiausaha politik Adun Selangor.
Peribadinya yang unik dan namanya pun seakan-akan menonjolkan sesuatu 'kekotoran' tetapi hakikatnya wanita ini kehidupannya bergelumang dengan sesuatu yang kita anggap misteri dan menakutkan.Semasa kejadian Tsunami melanda Asia pada tahun 2004,beliau merupakan pakar patologi yang bertungkus lumus mengenal pasti mangsa bencana itu di Thailand.Kisah kepakarannya juga banyak disiarkan di media massa seluruh dunia dan menjadi begitu popular di negara asalnya iaitu Thailand.Beliau terkenal juga kerana imej beliau sebagai seorang doktor bercirikan punk rock menjadikan beliau lebih dikenali kerana keunikannya.
Namun begitu di Thailand,beliau juga mempunyai musuh-musuh yang terdiri daripada sesiapa juga yang terlibat dalam sesuatu kes yang disiasat oleh beliau.

Di Malaysia pula,beliau menjadi popular kerana kenyataannya yang merumuskan kematian Teo Beng Hock adalah 80% disebabkan pembunuhan.Beliau yang dibawa ke Malaysia atas undangan kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat untuk membantu mencari penyelesaian berkenaan punca sebenar kematian setiausaha politik itu.

Dengan tafsiran patologi beliau yang hanya berdasarkan gambar-gambar mangsa yang diambil ketika kejadian dan semasa proses bedah siasat,memaksa inkues kematian Teo Beng Hock tertangguh dan menyebabkan mayat mangsa digali semula untuk proses bedah siasat kali kedua.Bersama-sama dengan pakar patologi Malaysia,UK dan Dr.Porntip sendiri sebgai pemerhati,bedah siasat kali kedua berjaya dilakukan dengan jayanya.
Dan selepas itu,beliau menghilangkan diri dan pulang ke Thailand tanpa ada apa berita atau penjelasan.

Fikirkan secara kasar,berapa besar jumlah wang yang dikelaurkan untuk semua proses ini?Wang siapa yang dibelanjakan?

1.Kos untuk Dr.Porntip datang ke Malaysia dan membuat 'rumusan' ialah USD 120,000.00 untuk sejam tidak termasuk penginapan di hotel dan juga kos-kos lain.Ia adalah ditanggung oleh kerajaan Selangor sudah semsetinya kerana mereka yang mengundang beliau bukan pihak kerajaan pusat.Wang siapa?

2.Kos untuk pakar patologi asing yang mewakili kerajaan pusat sebagai pemerhati tidak diketahui jumlahnya..mungkin lebih dari Dr.Porntip.Wang siapa?

3.Kos untuk menjalankan post-mortem kedua yang melibatkan kos penggalian semula kubur,kos hospital dan kos-kos lain.Wang siapa?

Dan terbaru,terdengar beberapa desakan daripada rakyat Malaysia untuk mengundang kembali Dr.Porntip ke Malaysia bagi meneruskan inkues Teo Beng Hock yang tertangguh.Namun dikhabarkan bahawa beliau tidak akan datang kerana mendakwa terdapatnya unsur 'tekanan' dari kerajaan Malaysia.

Pada pendapat aku,beliau harus meneruskan inkues dan menamatkan apa yang beliau telah mulakan.Sebagai seorang pakar patologi,beliau tidak harus tunduk dengan sebarang tekanan walau apa cara sekalipun.Beliau harus bertanggungjawab dengan kenyataannya sebelum ini dan kini setelah pelbagai usaha dan cara dilakukan,beliau harus tampil memberi keterangan.Sekiranya beliau enggan,maka reputasinya sebagai pakar patologi akan tercalar kerana memberikan kenyataan yang retorik semata-mata tanpa disokong oleh hujah yang berdasarkan bukti forensik.

Sebenarnya 'tekanan' itu mungkin sudah dirasakan pada saat awal pembabitan beliau dalam kes ini.Kematian Set-Pol Adun Selangor yang merupakan parti pembangkang di Malaysia dilihat sebagai satu peluang untuk mengaitkan permainan isu politik dimana kes ini terjadi semasa mangsa dalam proses siasatan SPRM berkenaan kes salah guna kuasa dan rasuah.
Kenyataan yang seolah-olah hanya untuk memberi 'tekanan' kepada kerajaan akhirnya dibalas dengan menerima 'tekanan' pula.Ini proses yang membuang masa dan merugikan.
Semua usaha yang telah dilakukan hanya sia-sia sekiranya Dr.Porntip gagal berkerjasama meneruskan sesi inkues.

Ini bukanlah kenyataan berbau perkauman tetapi aku ingin sekali bertanya.

Adakah usaha yang serupa akan dilakukan sekiranya orang melayu yang menjadi mangsa?

Tekaan aku..mungkin tidak ada.

Lihat disini.

0 comments: