Tuesday, January 26, 2010

POLITIK





1.Angkatan Muda Keadilan Selangor telah membuat satu mini demo untuk menggesa SPRM menyiasat "Disneyland" bekas MB Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo pagi ini di perkarangan bangunan Peladang (Bank Islam) Shah Alam.Mereka membawa replika "Disneyland" untuk diserahkan kepada SPRM dengan memakai topi siap telinga ala2 "Mickey Mouse".

2.Sedang pergolakan PKR semakin bergelora,maka isu ini harus disensasikan semula untuk mengalih perhatian rakyat.

3.Terkini mereka mendesak ahli parlimen Kulim Bandar Baru,Zulkifli Nordin dipecat kerana laporan polisnya terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad diatas kenyataannya yang mendakwa enakmen undang2 islam Selangor ketinggalan zaman.

4.Politik di Malaysia ini hanyalah berkenaan dengan isu,seolah-olah sipa yang menjadi juara untuk menonjolkan diri ditengah masyarakat akan diambil perhatian.

5.Adakah masyarakat di Malaysia ini tidak pernah bekerja selain memikirkan isu-isu politik?

Monday, January 25, 2010

JOHOREAN

UPDATE:

Ini dia blogger kurang ajar yang telah menghina tentang kemangkatan sultan dan juga beberapa keceluparannya yang juga membuatkan semua orang Johor rasa nak belasah je mamat ni..Budak kerja warung tapi sembang macam juara politik..ini lah asuhan kalau banyak sangat pergi ceramah politik.Otak Kosong!

Terkini,blogger ini telah menyerah diri di balai polis Kelantan.Untuk keselamatan,jangan bawak dia pergi Johor...silap2 hilang nyawa.


1.Salam sembah takziah pada seluruh kerabat diraja Johor dan seluruh rakyatnya diatas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.

2.Walaupun dipenuhi dengan kontroversi,tapi sebagai anak jati Johor kami semua menyayangi Almarhum baginda sultan.Baginda adalah sultan yang tegas dan adil.

3.Kami rakyat Johor berdukacita dan sangat marah dengan kebiadaban blogger ini.Diharap pihak polis dapat menangkap orang tak bertamadun ini.
klik sini

4.Semoga roh almarhum dicucuri rahmat dan kepada Sultan Ibrahim..Daulat Tuanku!.
New King Of Johore.Lihat sini dan sini.

Monday, December 21, 2009

DULU-DULU..

1.Aku sebenarnya mempunyai hubungan yang boleh dikatakan baik dengan kaum India.Sementelah sejak kecil dan persekitaran hidup hingga alam dewasa aku dikelilingi oleh kaum India.Tidak banyak masalah yang besar dan ada juga sahabat-sahabat aku dari bangsa ini.

2.Aku bersekolah bersama mereka,mandi sungai bersama mereka,hisap rokok,main bolasepak dan apa sahaja aktiviti tidak dapat lari dari kaum India.Dan jiran aku sehingga kini di kampung pun India juga.Aku raya diaorang raya,diaorang raya aku pun raya!Cuma aku tak boleh 'masuk' dengan makanan mereka apalagi kuih keras macam batu yang aku panggil kuih batu atau kuih BOM.Maruku aku makan la.

3.Masa sekolah menengah awek aku pun orang India.Bercinta macam Bolllywood cuma tak ada tempat nak berguling-guling nyanyi-nyanyi ditaman sebab tempat aku hanya dipenuhi ladang kelapa sawit sahaja.

4.Paling aku suka ialah perayaan orang India masa aku kecil dulu iaitu main baling-baling kunyit.Habis sesiapa yang lalu kena baling kunyit.Tapi diaorang tak kacau orang Melayu sebab sama-sama menghormati budaya masing-masing.

5.Aku hairan kini semangat sesetengah orang India dan Melayu yang suka bertelagah.Masing-masing tak boleh menghormati sesama sendiri.

6.Selama aku berkawan dan bersekolah tak pernah lagi aku sembang-sembang dengan orang India tentang mereka merungut pasal hak orang Melayu.Kita tak pernah sentuh isu itu.Kami hanya mengamalkan toleransi dan saling menghormati.

7.Cuma yang selalu aku dengar mereka bangga jadi rakyat Malaysia sebab kalau ikut salasilah mereka terdahulu pasti kehidupan mereka lebih sukar.

8.Baca disini cerita menarik tentang orang India.

9.Aku ada ramai kawan India masa sekolah yang semakin aku lupa nama-nama mereka..kadang-kadang seronok sangat bila fikir bahawa PM kita punya idea 1 Malaysia tu macam dah basi,sebab kami dah mula create idea itu lebih dulu hampir 20 tahun lepas!

SEMUA KAUM DI MALAYSIA TELAH DIJAMIN HAKNYA DALAM PERLEMBAGAAN.

1.Kebelakangan ini cerita yang sering didengar orang ramai dan dihangatkan lagi oleh golongan-golongan ahlil politik ialah isu rasis,ultra kiasu,ketuanan melayu dan politik perkauman.

2.Selama 52 tahun negara Merdeka isu rasis ini berapi hanya pada tahun 1969 dan semenjak itu ia ditangani dengan baik oleh semua lapisan masyarakat berbilang kaum.Walaupun ada sebilangan yang masih kuat sifat rasisnya itu,tapi ia tidak merebak dan terkawal.Rasis ini ini satu sikap yang menebal didalam jiwa seseorang itu dengan niat bahawa bangsanya adalah yang terbaik dari kaum-kaum yang lain.Ia berkaitan dengan hak untuk hidup dengan perbezaan bahawa bangsanya paling berhak tanpa berlandaskan sifat-sifat harmoni sesama kaum.Kenapa kini sifat rasis ini sering kali diucapkan??
Ini kerana banyak hasutan yang datangnya dari orang-orang yang berkepentingan untk mencapai agenda mereka.Jalan yang paling mudah untuk mendapatkan kuasa ialah dengan memainkan isu ini kerana Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum.Maka mereka-meraka ini hanya menyemai benih kebencian sahaja dan sibuk hendak menjadi juara dalam memperjuangkan hak kaum-kaum tertentu.Modalnya adalah dengan membakar sifat-sifat rasis ini.Mudah..

3.Ultra kiasu juga sama sifatnya tetapi ia lebih menjurus kepada kesempurnaan.Menidakkan kekurangan dan keburukan kumpulan atau sesuatu kaum itu dan hanya melihat kepada yang baik-baik belaka.Maka apa sahaja yang baik itu adalah datangnya dari mereka dan yang tak baik itu datangnya dari orang lain.Apa bukti dah hujah sekalipun mereka tetap merasakan mereka adalah yang terbaik.

4.Ketuanan melayu ini diibaratkan oleh juara perkauman adalah sesuatu perkataan yang merbahaya.Ia seolah-olah seperti membawa maksud bahawa Melayu itu adalah tuan di Malaysia dan bangsa lain adalah hamba.Jika dibiarkan orang Melayu terus berpegang pada konsep ketuanan ini maka bangsa lain akan dianiiaya dan di diskiriminasi.Sebenarnya konsep ketuanan Melayu itu adalah sesuatu pegangan bahawa masyarakat Melayu berpaksikan raja dan sultan.Negeri ini asalnya Tanah Melayu dan semua orang Melayu sebelum mencapai kemerdekaan setuju untuk menerima kaum-kaum lain untuk hidup bersama-sama.Kenapa kini sudah berganti generasi perkara ini ditimbulkan.
Percayalah,kalau orang Melayu terus selamanya berpegang pada konsep ketuanan ini sekalipun,yang kaya raya,yang jadi taukey,yang memungut hasil kekayaan semenjak dulu bukannya orang Melayu.Monopoli dari segi ekonomi adalah kebanyakkannya dari orang Cina Malaysia.Yang jadi kuli dan makan gaji dikilang perusahaan taukey-taukey Cina sejak dulu ialah orang melayu.Bila masanya orang Melayu itu 'Tuan' dan bangsa lain jadi hamba?kalau lah ketuanan Melayu ini sangat bahaya pada kaum lain,kenapa perlu sekarang baru nak halang?Selepas segala kekayaan sudah dirasai dan dimonopoli??
Kalau benar orang Melayu akan menjadi tuan bila terus dengan konsep ketuanan,maka kaum-kaum lain di Malaysia ini tiada yang kaya raya.Mulai merdeka lagi orang Melayu tak bagi muka..tapi ini tidak berlaku sehingga kini.Yang nyata ini adalah permainan isu politik sahaja yang ditimbulkan oleh Melayu itu sendiri yang menjadi tulang belakang untuk menjahanamkan bangsanya sendiri.

5.Sebutkan disini di Malaysia ini parti yang mana tidak perkauman???Banyak parti di Malaysia ini semuanya berlandaskan kaum dan berobjektifkan menjaga kepentingan kaum-kaum tertentu.Selama ini tidak menjadi isu kaum pun.Sebenarnya yang bercakap pasal politik perkauman ini,dialah sebenarnya berfikiran politik perkauman yang sempit!

6.Marilah kita semua hidup aman damai.Jangan dibiarkan isu perkauman ini menjadi hangat.Jangan dipolitikkan isu ini untuk kepentingan parti.Semua kaum dan bangsa di Malaysia telah dijamin hanknya dalam perlembagaan.Selagi kita semua boleh bertoleransi dan bersepakat,isu dan masalah perkauman tidak akan timbul.Percayalah..

Sunday, December 20, 2009

AKAL MANUSIA..

Manusia menghasilkan sesuatu ciptaan untuk kebaikan manusia lain...tetapi ada juga manusia yang kreatif memanipulasikan ciptaan itu untuk menyusahkan orang lain.

Namun begitu,walau bagus sekali pun manusia itu menggunakan akalnya,jangan sesekali terbantut akal kerana mengikut nafsu..jangan ikut saja petua yang boleh merosakkan diri.

*pinjam petua dari Abang Husin Lempoyang..

HIJRAH




1.Dah agak lama juga rasanya tak menulis blog.Sibuk,sibuk dan malas atau lebih tepat...malas.

2.Ok la..aku mulakan langkah menulis blog kali ini dengan cerita satu hari yang berlaku di Shah Alam pada 19 December 2009.

3.Mulai minggu lepas bermulalah malam Jumaat yang berturutan cuti pada esok harinya.Secara kebetulan memang ada cuti umum yang kena tepat pada setiap Jumaat menjelang tertutupnya tirai tahun 2009 ini.Maka semakin lemau lah badan-badan manusia yang bekerja kerana 4 hari kerja dan cuti lagi 3 hari...kerja lagi 4 hari dan cuti lagi....aku kira sesuai sangat lah pada sesiapa yang berhajat menuai benih pada ketika ini sementelah cuaca pun agak mendung dan hujan saja kebelakangan ini bagai merestui semangat "bercucuk tanam"..semoga membuahkan hasil.Insyaallah.

4.Pada hari sabtu 19/12/2009 terdapat banyak acara berlaku di Shah Alam ini.Pagi yang mendung dan disertai hujan yang berterusan bermula tengahari.Di MBSA berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat.Ramai pembesar-pembesar datang berhimpun bercerita tentang politik yang tak pernah habis.Harapan dan semangat berjuang diterjemah di pentas politik dengan bermodalkan air liur dan sepanduk,yang ternganga adalah orang-orang yang asyik mendengar dicuit-cuit hatinya penuh harapan..

5.Sementara di Masjid Shah Alam diadakan Karnival meriahkan masjid.Pelbagai aktiviti diadakan umpamanya kursus remaja cuti sekolah,kelas mengaji,kelas belajar bahasa Arab.Dan sebelah malamnya pula diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh ulama besar Abdullah Al-Qaradhawi.Ucaptama pula disampaikan oleh abang yang fobia bila sebut saja nama mahkamah.

6.Di perkarangan Stadium Shah Alam pula diadakan pesta apa pun aku tak tahu,siap ada fun fair dan macam-macam lagi yang tak kan mungkin aku nak naik sebab aku takut akan ketinggian.Aku terpandang beberapa mesin dan peralatan seperti hendak menuai padi tapi aku tak pasti apa ke bendanya itu.Aku agak saja.Mungkin karnival yang dianjurkan oleh FAMA agaknya.Patut la ada kuda bertenggek berpusing-pusing..

7.Berhampiran itu di Stadium Malawati terdapat acara Showdown Tennis yang disertai oleh 4 orang jelitawan memukul bola menghala sesama sendiri..sekali pukul jerit,nak balas pukulan pun jerit.Yang seronok hanya mamat yang tukang tonggeng kat belakang court melihat kemontokkan punggung itu dicelah skirt yang pendek.Seronok sungguh brader itu walaupun tugas rasminya hanya mengutip bola walaupun secara rasionalnya kalau nak kutip bola tak perlu tonggeng bila pemain tennis wanita melakukan servis..prosedurnya macam tu kot.

8.Di serata kedai mamak dan semua tempat manusia boleh lepak tengok tv tanpa melanggan Astro keadaannya penuh sesak sejak pukul 8.30 malam lagi.Bukan nak tengok berita pasal Najib baru balik dari Copenhagen cerita isu pemanasan global..dia orang kat kedai tu tak ambil peduli pun.Baik tengok Rosmah memanaskan badan di TV1 dalam acara senamrobik.Dan bukan juga nak tahu cerita pasal Datuk Bung yang digossipkan akan bergomol dengan Zizie putih gebu di Kinabatangan...kenabatangngan Zizie atau kebinatangan..dia orang kisah tapi redha je lah.Yang berkerumun di kedai sebenarnya ada perlawanan bola diantara Liverpool dan Aston Villa.Lepas tu pula ada game MU dengan Fulham.Semakin laku teh tarik hingga lewat malam.

9.Begitulah seharian punya aktiviti setempat di Shah Alam.Banyak acara dan banyak ceritanya.Semua manusia berduyun dari celah mana saja untuk pergi acara yang aku cerita diatas.Semua mahu ikut serta dan tak mahu ketinggalan.

10.Dalam semua acara itu,acara fun fair juga yang paling ramai pengunjungnya.Hingga pukul 11 malam pun masih ada yang naik kuda terbang!Inilah hijrah masyarakat Malaysia...

Sunday, September 6, 2009

MELAYU RASIS???


Persoalan itu aku tujukan pada semua rakyat Malaysia,tak kira anda berbangsa apa pun sekali.Apakah jawapan anda?

Setelah beberapa bulan ini aku mengikuti perkembangan semasa di negeri tempat aku tinggal iaitu Selangor,secara tepatnya di Shah Alam.Dulu masa aku baru2 tinggal disini ia merupakan kebanggaan pada aku bahawa disinilah menghuninya komuniti Melayu terbesar dalam satu bandar di Malaysia.Bukan hanya untuk golongan kaya,tetapi penduduknya tergolong dalam beberapa taraf kehidupan.Sana sini aku berjalan,hanya Melayu sahaja kelihatan.

Tapi kini solah-olah dilanda satu taufan besar,aku kira semenjak PRU 12 'gelora' semakin kencang.

Isu arak dah pun selesai dengan penyudah yang terlalu dramatik..YB dari parti Islam yang pada mulanya melenting kini sudah boleh reda bersalaman mesra seakan tiada apa yang berlaku.Aku lihat beliau seakan kesal bertindak melulu.Tapi apakah tindakan YB parti yang satu lagi itu tidak melulu???

Isu pemindahan tapak kuil terbesar di Selangor,yang mana kau difahamkan bukan sahaja untuk penganut hindu di Shah Alam tetapi juga untuk penganut lain yang tinggal berdekatan atau paling jauh di Klang untuk beribadat.Aku mengikuti apa sahaja perkembangan ini untuk menilai hujah dan fakta dari pihak kerajaan memerintah negeri dan pihak pembangkang.
Dan hari ini,perjumpaan bersama penduduk di sekyen 23 untuk sesi dialog bersama MB dan YB telah diadakan.Perjumpaan ini dikhabarkan sangat panas sehingga jalan penyelesaiannya ialah perkara yang dicadangkan terpaksa ditangguh.Namun berita itu juga terpaksa dibayar kepada MB dan YB dengan kata2 kesat dan ancaman.

Ini adalah sedikit hemat aku untuk isu ini.

Pemindahan tapak itu yang sebenarnya bukan tapak asal dicadangkan oleh kerajaan terdahulu,maka tanpa persetujuan penduduk ia tiba2 dialihkan ke seksyen 23.Disini komuniti Melayu adalah majoriti.Tempat asal adalah dikawasan industri berat dan bukan kawasan perumahan penduduk Melayu Islam.Aku kira itu adalah adil kerana aku membesar di persekitaran penganut Hindu.Bila mereka ada upacara yang berkaitan ibadat mereka,ia agak "meriah".Aku sangat faham kenapa orang Melayu tidak mahu adanya kuil ditempat mereka.

dan yang paling menarik,hujah penganut hindu mereka selama ini boleh bertahan dengan laungan azan 5 kali sehari.Aku rasa itu pun tidak adil..

Umpama meletakkan sarang rusa dikawanan singa....tentulah singa suka!itu untuk binatang sebab manusia tak makan daging orang.

Adalah lebih baik meletakkan sarang rusa ditengah kawasan yang diapit oleh hutan...tak ganggu amarah singa!..