Thursday, July 31, 2008

Pemanasan Global


Pada perkiraan saintis,bumi ini dianggarkan telah berusia 4.5 billion tahun.Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.Cuba kita bayangkan betapa tuanya bumi ini dan kalau hendak dibandingkan dengan usia manusia secara purata...memang terlalu jauh sekali perbandingannya..

Bumi juga dikatakan semakin menghampiri saat nazak dalam hujung usianya kini.Isu pemanasan global kini menjadi topik utama dalam perbincangan manusia sejagat.




Bahang kepanasan ini menunjukkan kesan-kesan yang nyata.
Menurut Jurnal Nature melaporkan bahawa pemaansan global mempercepatkan kepupusan lebih dari sejuta spesis hidupan darat dalam tempoh jangka masa 50 tahun dari sekarang.Aku tak pasti samaada spesis2 itu termasuk juga kita semua tetapi yang jelas dinyatakan disitu adalah haiwan darat...jadi mungkinkah kita lebih cepat menghadapi kepupusan jika pemanasan global ini terus berlaku???

Dan yang sangat mengejutkan sekali adalah bahawa hutan belantara yang ada di muka bumi ini sedang dimusnahkan oleh manusia pada kadar 1 ekar sesaat.Luas permukaan bumi adalah 510,065,600 km.besarkan???tapi....70.8% bumi adalah diliputi air.Ini bermakna 20.2% sahaja kawasan yang boleh didiami oleh manusia secara lumrahnya....fikir2 kan lah...

Suhu cuaca panas menyebabkan ais di kutub mencair dan menenggelamkan banyak daratan selain berlakunya banjir besar,ombak yang menggila dan juga keadaan cuaca tak menentu dan sukar diramalkan..

Sunday, July 27, 2008

Hobi...



Semua manusia ada minat dan citarasa masing-masing.Dan kita semua juga ada perkara yang sering kita lakukan dimasa lapang.Kadang-kadang minat dan kegiatan masa lapang ini boleh melibatkan kos yang besar bergantung pada minat atau hobi itu.

Petang tadi aku baru saja membeli sebuah buku iaitu berkenaan manusia-manusia yang terkenal di dunia bukan kerana kebaikannya atau jasa-jasanya tetapi kekejamannya serta kezalimannya sehingga layak diberi anugerah kehormat..

Entah kenapa sejak kebelakangan ini aku berminat untuk membaca kisah-kisah manusia yang terkenal dengan kejahatan.Bukan aku nak jadi jahat..tidak sama sekali...tapi aku mahu tahu dan mengkaji sejarahnya dan mengapa mereka bertindak begitu...

Sebelum buku ini aku sudah pun membeli sebuah buku biografi yang kisahnya ditulis sendiri oleh seseorang yang sangat terkenal di dunia iaitu Adolf Hitler kerana penghapusan etnik kaum Yahudi yang mana sekarang telah cukup berkuasa menghancurkan dunia dan menghalau rakyat Palestin dari tanahair mereka..Dahulu Hitler cuba menghapuskan dan membunuh beribu orang Yahudi daripada Austria-Jerman dan kini masyarakat Yahudi pula menghalau rakyat Palestin dan ada juga dibunuh secara kejam.

Hitler.



















Baru-baru ini dunia digemparkan dengan berita penagkapan arkitek perang yang membunuh beribu-ribu orang islam Bosnia.Antara kekejamannya ialah membunuh lalu mencampakkan mayat orang islam itu dalam satu kubur besar,memperkosa perempuan islam Bosnia dengan niat bayi yang akan lahir nanti mempunyai darah kafir Serbia.
Dia adalah Radovan Karadzic manusia berhati iblis yang telah cuba menghapuskan orang-orang islam di Bosnia Herzegovina.Setelah 13 tahun melarikan diri dan bersembunyi akhirnya beliau ditangkap hidup-hidup.

Radovan Karadzic













Itulah hobi atau minat aku sekarang membaca dan terus mencari ilmu..mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah sesuai dengan peningkatan usia dan kematangan fikiran.
Kini kalau ada rezeki aku mengimpikan sebuah runah yang mempunyai satu bilik khas untuk menyimpan buku dan ruang aku membaca.Mungkin buku-buku yang disimpan berguna untuk dijadikan rujukan anak-anak aku dan generasi akan datang.

Antara buku-buku dirumah aku...aku menjangkakan 5 tahun lagi tiada ruang untuk aku menyimpan buku yang aku beli hampir setiap bulan.Untuk membeli buku sahaja aku memperuntukkan RM 100 sebulan dan kadang-kadang lebih dari itu.

Mat Kahwin...




Bila umur semakin menginjak meniti kehidupan yang kadang-kadang manis dan dalam manis itu ada serba sedikit tercalit kepahitan dan kesedihan.Tapi disini aku tak mahu bercerita pasal pahit dan getir cuma nak berkongsi cerita zaman aku remaja.

Sahabat dalam kehidupan kita sebenarnya saling berganti mengikut dimana tempat kita menetap.Dalam banyak-banyak sahabat,antara yang memberi kesan pada kenangan ialah sahabat sepermainan dan sahabat semasa kita mula menjadi dewasa.

Tapi kini hampir semuanya sudah berkahwin dan masing-masing sudah membina kehidupan sendiri.Berbeza dimasa dulu semuanya adalah impian dan angan-angan.Bila dikenangkan semula aku tersenyum sendiri.Banyak perkara yang menggelikan hati dan ada diantaranya adalah sesuatu yang berlainan daripada sikap kita sekarang.Memang benar pepatah mengatakan...'pengalaman itu mendewasakan'..

Dalam persahabatan juga ada pasang surut.Ada masanya boleh bergaduh,bermasam muka,tak bertegur sapa dan yang paling teruk sekali pulau memulau.Tapi semua tu tak lama,cukup masa berbaik semula.Bergurau tu perkara biasa.Itulah yang mengajar kita erti sahabat dan bagaimana nak menjaga hati orang lain dengan mengawal tutur kata.Perasaan dan sensitiviti juga harus diambil kira.

Dulu balik sekolah terus campak beg,makan nasi sekejap terus ramai-ramai berkumpul untuk meneruskan acara 'renang' di sungai.Time tu juga mula berjinak-jinak dengan rokok so mandi sungai adalah 'port' yang paling strategik sekali.Kalau musim cuti sekolah lagi hebat sehinggakan boleh berkubang didalam sungai tu seharian..ada banyak perkara yang kelakar dan cemas terjadi tapi kami tak pernah serik.

Ayun,Mat,Bob,Topong...(geng lama antara yang terawal..)
Acong(Kopet),Cebok,Ujez,Cepot...(zaman remaja)

Bulan Mac tahun ini sahabat yang paling tua berkahwin...kira dialah penutup buku kerana yang lain muda lagi daripada dia dah berkahwin malah sudah ada anak...so kami kawan-kawan tumpang gembira dan sanggup hadir pada majlis perkahwinan beliau di Renggam,Johor.

Dan kini aku mendapat berita isterinya sedang mengandung...Tahniah Bro..

Disini aku sertakan gambar-gambar dihari persandingan sahabat lama ku ini...







Menjelang Ramadhan..

Barbeku ala kampung...


Umat Islam dijangka akan memulakan ibadah puasa pada awal September ini.Itu bermakna kita hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk menikmati semuanya sebelum mula mengerjakan ibadah puasa.Mungkin puasa pada tahun ini menjadikannya sebagai satu latihan pada semua umat islam di dunia apatah lagi di Malaysia untuk mempraktikkan amalan berjimat dan mengekang nafsu untuk berbelanja memandangkan krisis dunia yang berlaku dewasa ini seperti makanan dan bahan api.Kenaikan bahan api dan makanan memberi impak kepada jutaan manusia yang menyebabkan kerajaan mengambil langkah drastik dan tidak popular iaitu dengan menstruktur semula subsidi minyak dan serta merta meningkatkan harga bahan itu daripada RM 1.92 kepada 2.70 seliter.
Umum tahu minyak adalah satu sumber yang banyak diguna pakai oleh semua insan di dunia.Kenaikan harga bahan api sekaligus meningkatkan kos sara hidup yang mana ia memberi kaitan untuk aktiviti-aktiviti pengeluaran dan juga kos-kos lain.Keadaan tersepit dan mencengkam ini bukan saja dirasai oleh pengguna sahaja tetapi ia memberi kesan pada syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.Langkah segera terus diambil oleh semua syarikat yang beroperasi untuk meminimakan kos.Pekerja-pekerja juga mula menunjukkan ketidakselesaan dalam menjalankan pekerjaan disebabkan tekanan daripada kenaikan kos tersebut yang mana ia tidak lagi sesuai dengan jumlah gaji mereka.Bayangkan sekiranya syarikat juga mengalami kesan kenaikan kos apatahlagi pekerja-pekerja yang terpaksa terus menjalani hidup dalam kepayahan.Sama ada kenaikan kos atau tidak mereka terpaksa keluar bekerja untuk mengimbangi hidup.Keterpaksaan ini banyak memberi pelajaran pada rakyat semuanya dan penderitaan itu harus ditelan demi hidup yang semakin terhimpit.

Keputusan yang paling tidak popular dalam pentadbiran kerajaan sekarang iaitu menaikkan harga minyak secara drastik sehingga menimbulkan keberangan dan ketidaktentuan dalam kehidupan rakyat.Alasan demi alasan yang dijelmakan sukar untuk dimengertikan oleh semua orang termasuk juga saya.Disini saya tidak mahu mengulas lanjut berkenaan kenaikkan harga minyak ini kerana apa yang sudah diputuskan terpaksa diterima suka atau tidak.Yang penting keputusan itu saya kira diambil tanpa pertimbangan sewajarnya kerana kerajaan tidak memandang keperitan hidup rakyat secara total.Kenaikkan harga minyak bukan tidak pernah berlaku di Malaysia dan semua rakyat hampir pasti tahu bahawa ia akan berlaku.Tapi kenaikkan terlalu tinggi begini sangat tidak boleh diterima iaitu sebanyak 40% daripada harga sebelumnya.Ia umpama kita sedang berehat dirumah menikmati kehidupan ,lantas tiba-tiba datang satu peluru hinggap dikepala tanpa sempat kita menghabiskan hari yang indah itu.Apa yang kita mahukan kerajaan fahami ialah berilah kita peluang menstruktur jadual hidup supaya seimbang dengan kenaikan tersebut.

Oleh itu Ramadhan al Mubarak yang akan datang ini dapatlah kita terus beribadah dengan sempurna dan terus bersyukur dengan apa yang kita ada.

Tahun ini saya akan berhari raya di kampung isteri jauh nun di pantai timur.Memandangkan tahun lepas adalah giliran di kampung saya maka saya redha dan memahami itulah jadual hidup saya yang saya jalani selama ini dengan gembira dan syukur.


Friday, July 25, 2008

Jambatan Impian





Pada saat diumumkan bahawa projek untuk menggantikan tambak johor kepada sebuah jambatan yang indah (walaupun bengkok),berita ini menjadi satu khabar yang membanggakan rakyat Johor..
Semua rakyat Johor mahu negerinya dikenali bukan dengan kesesakan di komplek kastam mahu ke negara singa,bukan dengan keretapinya yang menyusuri tambak bersaksikan paip air yang merentasi selat serta yang pastinya bukan mahu melihat cebisan sampah melekat di tepian tambak..

Dengan status negeri asalnya penubuhan UMNO,sebuah parti bertunjangkan ketuanan melayu,dengan rekod kebalnya mendominasi setiap kali pilihanraya diantara negeri terkuat untuk sebuah parti bernama UMNO.Kalau sebut UMNO,orang ingat JOHOR.

Tapi bagi rekod dan kekebalan itu tidak bermakna kalau tiada apa yang menonjolkan imej Johor itu sendiri dan yang pasti mendapat keuntungan adalah sebuah parti sahaja..bukan kredibiliti serta imej rakyat dan negeri khususnya.

Rakyat mahu jambatan yang boleh dijadikan mercu tanda negeri,status dan pengenalan di peta dunia bahawa diselat yang tersibuk didunia ini ada sebuah jambatan yang indah serta moden..
Cuba kita lihat di Google Maps..di selat hanya ada sebuah tambak (causeway) yang dibina atas daya pemikiran yang diilhamkan oleh British.

Masuk abad ke 21 dan usia tambak itu sendiri pada hari ini sudah 83 tahun,maka ilham daripada Tun Mahathir bahawa tambak itu harus diganti dan di'hias' supaya negara singa tidak lagi mengaum di kandangnya adalah satu keputusan yang menggembirakan.

Tetapi diatas serakah politik dan kuasa menjadikan jambatan itu hanya boleh dilihat dalam mimpi atau sekadar ilustrasi daripada pelukis sahaja..yang nyata kini rakyat Johor terpaksa hanya boleh bercerita kepada dunia 'Johor hanya ada sebuah tambak dulu,kini dan selamanya'...

Inilah dia manusia yang menghentikan cita-cita dan impian rakyat Johor..

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Kerajaan hari ini membuat keputusan menghentikan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan Rabu.

"Keputusan kerajaan ini dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama berkenaan bekalan pasir dan ruang udara," katanya dalam kenyataan satu perenggan.

Suara dan sentimen rakyat Malaysia itu hanya apa yang didengar oleh Pak Lah dari tukang bodek atau pengampunya sahaja..bukan secara total dari suara rakyat Johor dan rakyat Malaysia...





(akan bersambung lagi nanti)


Thursday, July 24, 2008

Lambung..


Minyak dah naik..semua barang naik...kedai makan tetap penuh.

Budaya masyarakat Malaysia makan kat luar bawak famili..walau minyak naik harga,barang naik..budaya makan luar tetap diteruskan.

Orang Malaysia banyak duit untuk makan kot...

Dan yang pasti..masa mula-mula announce kenaikan harga minyak...jalan agak lengang tanpa banyak kenderaan tak seperti kebiasaan sebelum minyak naik...

tapi hampir 2 bulan berlalu...kenderaan mula banyak menyusuri jalanraya.

agaknya rakyat Malaysia dah terbiasa sedikit dengan harga seliter 2.70..namun yang pasti ia masih beban pada semua rakyat..

Bravo..

Salam...

Pertama kali memblog dialam maya...

Blog untuk mencerna minda dan menajamkan pandangan..