Friday, July 25, 2008

Jambatan Impian





Pada saat diumumkan bahawa projek untuk menggantikan tambak johor kepada sebuah jambatan yang indah (walaupun bengkok),berita ini menjadi satu khabar yang membanggakan rakyat Johor..
Semua rakyat Johor mahu negerinya dikenali bukan dengan kesesakan di komplek kastam mahu ke negara singa,bukan dengan keretapinya yang menyusuri tambak bersaksikan paip air yang merentasi selat serta yang pastinya bukan mahu melihat cebisan sampah melekat di tepian tambak..

Dengan status negeri asalnya penubuhan UMNO,sebuah parti bertunjangkan ketuanan melayu,dengan rekod kebalnya mendominasi setiap kali pilihanraya diantara negeri terkuat untuk sebuah parti bernama UMNO.Kalau sebut UMNO,orang ingat JOHOR.

Tapi bagi rekod dan kekebalan itu tidak bermakna kalau tiada apa yang menonjolkan imej Johor itu sendiri dan yang pasti mendapat keuntungan adalah sebuah parti sahaja..bukan kredibiliti serta imej rakyat dan negeri khususnya.

Rakyat mahu jambatan yang boleh dijadikan mercu tanda negeri,status dan pengenalan di peta dunia bahawa diselat yang tersibuk didunia ini ada sebuah jambatan yang indah serta moden..
Cuba kita lihat di Google Maps..di selat hanya ada sebuah tambak (causeway) yang dibina atas daya pemikiran yang diilhamkan oleh British.

Masuk abad ke 21 dan usia tambak itu sendiri pada hari ini sudah 83 tahun,maka ilham daripada Tun Mahathir bahawa tambak itu harus diganti dan di'hias' supaya negara singa tidak lagi mengaum di kandangnya adalah satu keputusan yang menggembirakan.

Tetapi diatas serakah politik dan kuasa menjadikan jambatan itu hanya boleh dilihat dalam mimpi atau sekadar ilustrasi daripada pelukis sahaja..yang nyata kini rakyat Johor terpaksa hanya boleh bercerita kepada dunia 'Johor hanya ada sebuah tambak dulu,kini dan selamanya'...

Inilah dia manusia yang menghentikan cita-cita dan impian rakyat Johor..

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Kerajaan hari ini membuat keputusan menghentikan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan Rabu.

"Keputusan kerajaan ini dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama berkenaan bekalan pasir dan ruang udara," katanya dalam kenyataan satu perenggan.

Suara dan sentimen rakyat Malaysia itu hanya apa yang didengar oleh Pak Lah dari tukang bodek atau pengampunya sahaja..bukan secara total dari suara rakyat Johor dan rakyat Malaysia...





(akan bersambung lagi nanti)


0 comments: