Sunday, July 27, 2008

Menjelang Ramadhan..

Barbeku ala kampung...


Umat Islam dijangka akan memulakan ibadah puasa pada awal September ini.Itu bermakna kita hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk menikmati semuanya sebelum mula mengerjakan ibadah puasa.Mungkin puasa pada tahun ini menjadikannya sebagai satu latihan pada semua umat islam di dunia apatah lagi di Malaysia untuk mempraktikkan amalan berjimat dan mengekang nafsu untuk berbelanja memandangkan krisis dunia yang berlaku dewasa ini seperti makanan dan bahan api.Kenaikan bahan api dan makanan memberi impak kepada jutaan manusia yang menyebabkan kerajaan mengambil langkah drastik dan tidak popular iaitu dengan menstruktur semula subsidi minyak dan serta merta meningkatkan harga bahan itu daripada RM 1.92 kepada 2.70 seliter.
Umum tahu minyak adalah satu sumber yang banyak diguna pakai oleh semua insan di dunia.Kenaikan harga bahan api sekaligus meningkatkan kos sara hidup yang mana ia memberi kaitan untuk aktiviti-aktiviti pengeluaran dan juga kos-kos lain.Keadaan tersepit dan mencengkam ini bukan saja dirasai oleh pengguna sahaja tetapi ia memberi kesan pada syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.Langkah segera terus diambil oleh semua syarikat yang beroperasi untuk meminimakan kos.Pekerja-pekerja juga mula menunjukkan ketidakselesaan dalam menjalankan pekerjaan disebabkan tekanan daripada kenaikan kos tersebut yang mana ia tidak lagi sesuai dengan jumlah gaji mereka.Bayangkan sekiranya syarikat juga mengalami kesan kenaikan kos apatahlagi pekerja-pekerja yang terpaksa terus menjalani hidup dalam kepayahan.Sama ada kenaikan kos atau tidak mereka terpaksa keluar bekerja untuk mengimbangi hidup.Keterpaksaan ini banyak memberi pelajaran pada rakyat semuanya dan penderitaan itu harus ditelan demi hidup yang semakin terhimpit.

Keputusan yang paling tidak popular dalam pentadbiran kerajaan sekarang iaitu menaikkan harga minyak secara drastik sehingga menimbulkan keberangan dan ketidaktentuan dalam kehidupan rakyat.Alasan demi alasan yang dijelmakan sukar untuk dimengertikan oleh semua orang termasuk juga saya.Disini saya tidak mahu mengulas lanjut berkenaan kenaikkan harga minyak ini kerana apa yang sudah diputuskan terpaksa diterima suka atau tidak.Yang penting keputusan itu saya kira diambil tanpa pertimbangan sewajarnya kerana kerajaan tidak memandang keperitan hidup rakyat secara total.Kenaikkan harga minyak bukan tidak pernah berlaku di Malaysia dan semua rakyat hampir pasti tahu bahawa ia akan berlaku.Tapi kenaikkan terlalu tinggi begini sangat tidak boleh diterima iaitu sebanyak 40% daripada harga sebelumnya.Ia umpama kita sedang berehat dirumah menikmati kehidupan ,lantas tiba-tiba datang satu peluru hinggap dikepala tanpa sempat kita menghabiskan hari yang indah itu.Apa yang kita mahukan kerajaan fahami ialah berilah kita peluang menstruktur jadual hidup supaya seimbang dengan kenaikan tersebut.

Oleh itu Ramadhan al Mubarak yang akan datang ini dapatlah kita terus beribadah dengan sempurna dan terus bersyukur dengan apa yang kita ada.

Tahun ini saya akan berhari raya di kampung isteri jauh nun di pantai timur.Memandangkan tahun lepas adalah giliran di kampung saya maka saya redha dan memahami itulah jadual hidup saya yang saya jalani selama ini dengan gembira dan syukur.


0 comments: