Sunday, August 31, 2008

Merdeka...



Dalam menghayati kemerdekaan yang ke 51 negara tercinta ini,pelbagai bentuk dan kelakuan dijelmakan oleh semua masyarakat majmuk di Malaysia.Antara yang paling nyata adalah dari orang melayu sendiri yang betul-betul menghayatinya dengan menanti detik 12 malam...menunggu percikan bunga api untuk menghiburkan hati anak-anak kecil.Berbaris panjang mencari tempat letak kereta dalam kesesakan dan keriuhan suasana seolah2 ada ada sesuatu yang akan disambut meriah...kemeriahan itu datangnya dari tangis dan kerahan keringat orang-orang yang berjuang di zaman menuntut kemerdekaan sama ada kini sedang menonton di televisyen melihat anak generasi kini merayakan kemerdekaan atau yang telah pergi aman menemui sang pencipta dimana hilang nyawanya demi mencari merdeka untuk tanahair.Pernahkah kita terfikir kini bahawa percikan bunga api itu umpama percikan peluru,letupan bom yang singgah di perteduhan mereka satu masa dahulu...dan kini kita menanti hanya dengan mengira detik 12 malam penuh aman,berkereta mewah,anak-anak riang berlarian,remaja berbasikal sambil melilit bendera dibadan atau memasang bendera belakang motorsikal....menjerit dan berteriak...MERDEKA!MERDEKA!...

Inikah merdeka yang dihayati generasi kini???

Sunday, August 24, 2008

Teknologi Nano


Sebenarnya istilah nano ini sangat baru di pengetahuan saya.Walaupun sudah lama mendengarnya tetapi pemahaman sebenar tentang teknologi ini sangat cetek difikiran.Oleh itu, disini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan di dalam blog ini berkenaan teknologi yang dikatakan sangat seni dan cantik diantara semua teknologi.Pada penggamatan saya teknologi nano berhubungkait dengan alam semulajadi dan caranya berkolaborasi sesama makhluk sangat unik sekali.

1.Nano merujuk kepada sebuah skala yang kecil iaitu sehingga mencapai dari skala 1 hingga 100 nanometer.Pada tahap tertentu ia boleh mencapai pada skala atom dan molekul.Ini bermakna ia boleh membesar saiznya daripada saiz yang asal.

2.Untuk memahami saiz atau skala nano ini,perbandingan yang mudah adalah...susunan partikel 80 ribu nano berbentuk garisan lurus,jaraknya hanyalah sama seperti diameter sehelai rambut!..terlalu halus..dan ada juga maklumat yang saya baca dari perspektif kejuruteraan..perbandingannya seperti mengira berapa dalam sebuah kapal itu tenggelam oleh berat seekor burung yang hinggap di dek kapal.Tak terkira oleh akal saya..tidak mustahil kalau semakin hari rambut saya semakin gugur!..

3.Apa yang menarik minat saya dalam mengetahui tentang teknologi nano ini adalah dorongan yang tercipta oleh alam semulajadi melibatkan semua makhluk muka bumi memberi ilham pada manusia mencipta sesuatu untuk kebaikan sains.

4.Antaranya ialah seekor cicak yang boleh melekap didinding atau disyiling rumah memberi inspirasi pada manusia untuk mengkaji teknologi.Kuasa dan maha besar Allah menciptakan sesuatu sangat ajaib sehingga cicak boleh melekat tanpa jatuh...ini kerana dihujung jari kaki seekor cicak terdapat jutaan rerambut halus bersaiz nano.Jadi rerambut itu yang memainkan peranan sebenarnya hingga membantu haiwan ini melekat walaupun secara terbalik.Daya yang terdapat pada rerambut halus bersaiz nano itu sangat kecil sehingga mampu mencengkam dengan baik.Rerambut halus ini sudah pasti tidak mampu dilihat oleh mata kasar manusia.

5.Sekiranya cicak itu diberi beban 200 kali ganda daripada berat badannya,ia masih mampu melekat didinding tanpa jatuh..hebat!

Antara teknologi nano yang diaplikasikan di planet ini;

1.Pakaian jenama Hugo Boss mencipta sut pakaian berkonsepkan teknologi nano dengan lapisan hidrofobik berinpirasikan dari seekor kumbang di Namibia.Ini menjadikan pakaian tersebut kalis air.

2.Teknologi Nano komposit yang dimajukan oleh syarikat pengeluar kereta terkemuka dunia Mercedes,menjadikan sebuah kereta lebih ringan dan menjimatkan bahan api.Teknologi ini juga dapat menggantikan rekaan kereta daripada material komponen logam ke material yang lebih ringan dan efisien.Yang pasti teknologi nano juga membuatkan kereta ini tahan calar kerana salutan lapisan yang nipis dan tahan lasak.

3.Teknologi nano juga diaplikasikan dalam bidang sukan,contohnya raket yang digunakan oleh pemenang pingat emas olimpik 2008 dalam acara badminton yang juga pemain No.1 dunia Lin Dan dari China sangat ringan dan berketahanan tinggi.Begitu juga raket tenis Roger Federer dan kayu pemukul golf Tiger Woods.Lihat disini teknologi memainkan peranan dalam sukan moden dan kejayaan seseorang atlet itu sedikit sebanyak bergantung pada kemajuan teknologi.

4.Dan yang terkini adalah teknologi ini diaplikasikan untuk mengesan sesuatu iaitu sensor dengan lebih cepat dan berkesan.Sesuatu bahan atau jisim yang sangat rumit dan halus tidak lagi menjadi masalah kepada manusia untuk mengesannya.Ini sedikit sebanyak satu kemajuan untuk meningkatkan lagi keupayaan forensik dan sains jenayah.

Sumpah dan Politik

1.Ramai pihak yang membuat pelbagai kenyataan berkenaan isu sumpah yang sedang hangat ketika ini.Saya tertarik dengan satu isu yang mengatakan bahawa sumpah yang dilakukan oleh seorang pemuda yang mendakwa dirinya diliwat seperti perlakuan seorang yang kafir.Ini kerana pihak itu beranggapan bahawa bersumpah memegang kitab suci Al-Quran seumpama orang Kristian memegang Bible.

2.Pada pendapat saya,kita tidak boleh mengumpamakan sesuatu perlakuan atau kaedah untuk acara itu dengan sesebuah fahaman agama.Maksud saya disini ialah sekiranya bersumpah memegang kitab suci al-quran seperti penganut kristian memegang bible,perlakuan atau tertib ibadah sesebuah agama itu juga kadangkala menyerupai agama yang lain.Tidak perlu dihuraikan secara jelas disini kerana saya sangat menjaga sensitiviti kaum dan ajaran agama masyarakat majmuk di Malaysia.

3.Saya cuma ingin menekankan disini cukuplah semua ini..jangan keruhkan lagi dan mengkecamukkan lagi fahaman agama islam di Malaysia.Apabila isu ini menjelma,oleh kerana ia membabitkan individu yang berkaitan politik,maka cerdik pandai dan ahli agama yang juga pemimpin politik mula mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.Ini disebabkan pengaruh politik itu mula menutup segala yang fakta dan benar.

4.Yang penting disini adalah apa yang disampaikan oleh seseorang.Sekiranya niatnya bersih dan ikhlas tanpa ada pengaruh yang terselindung seperti dengan tujuan menjatuhkan maruah orang lain,kita harus memandang pada tujuan tersebut bukan hal-hal lain yang remeh temeh.

5.Saya berharap sangat di Malaysia ini kita terus kekal bersatu padu dan tidak harus sama sekali kita mempolitikkan agama untuk kepentingan peribadi.

6.Ulasan saya di dalam blog ini bukan dipengaruhi sentimen politik mana-mana parti.Saya cuma pemerhati dan mentafsir sesuatu dengan rasional dan realistik.Pada saya semua yang terjadi ada sebab dan dalilnya.

Orang Minyak Naik Minyak....(2)

Kerajaan telah mengumumkan bahawa pada hari Sabtu yang lalu,harga runcit petrol per liter telah diturunkan sebanyak 15 sen iaitu daripada RM2.70 ke RM 2.55 dan harga diesel juga diturunkan daripada RM 2.58 ke RM 2.50 seliter.Inilah adalah kesan daripada trend penurunan minyak dunia yang semakin menunjukkan tanda-tanda positif.Namun harus diingatkan bahawa trend penurunan ini bukanlah aras statik dan ia pasti akan meningkat semula mengikut keadaan semasa dunia.

Disini saya huraikan rasional kenaikan harga minyak yang lalu.

1.Pengurangan subsidi minyak dalam perbelanjaan negara.Akibat daripada kesan sampingan lain seperti pemanasan global yang menyebabkan sektor pertanian terjejas teruk,maka serta merta harga barang komoditi seperti beras dan barang makanan lain meningkat naik.Faktor cuaca yang terburuk dalam dekad ini membantutkan pengeluaran bahan makanan dan juga menyebabkan ledakan permintaan yang semakin tidak dapat dipenuhi oleh negara pengeluar seperti vietnam dan kemboja yang terbabit juga dalam kancah politik dalaman tidak menentu.
Rakyat Malaysia mempertikaikan status negara yang merupakan pengeluar minyak ulung dan juga memperolehi aset terbaiknya iaitu Petronas diantara syarikat terbaik didunia.Petronas dianggarkan memperoleh pendapatan RM 80 billion setahun yang mana satu jumlah yang besar.RM56 billion telah diserahkan kepada kerajaan dalam bentuk cukai,royalti dan duti sebagai sumber pendapatan negara untuk dibelanjakan mengikut belanjawan dan perancangan.Sekiranya harga minyak dunia meningkat maka secara matematiknya kerajaan perlu meningkatkan subsidi minyak dianggarkan melebihi 40 billion setahun jauh tersasar dari bajet sebelumnya.
Dengan itu pada pendapat saya bahawa membelanjakan pendapatan negara dengan pemberian subsidi secara berterusan dalam jangka masa panjang tidak akan membawa kesan yang positif kepada negara.Alasannya ialah seperti berikut;
1.Pembangunan negara dan juga projek-projek untuk rakyat akan menjadi perlahan disebabkan kerajaan kekurangan peruntukan oleh kerana telah disalurkan kepada faedah subsidi.
2.Tabungan atau dana kerajaan untuk jangka masa panjang juga semakin susut disebabkan perbelanjaan subsidi yang berlebihan.Sekiranya kerajaan tidak mempunya dana,maka dengan itu negara tidak mempunyai kuasa melakukan pembelian atau apa sahaja pengambilalihan strategik bagi menjana ekonomi.

Faktor peningkatan harga minyak dunia juga mungkin disebabkan oleh desakan penggunaan sumber ini oleh negara China dan India.Semua tahu bahawa 2 negara ini sedang hebat memacu ekonominya dengan pesat maka permintaan dan penggunaan dalam peratusan yang banyak juga diperlukan kearah usaha tersebut.Tidak hairanlah kuasa ekonomi dunia kini terletak ditangan negara China yang menduduki tempat kedua dibelakang Amerika Syarikat sebagai kuasa ekonomi global.

Saya juga berfikiran bahawa simpanan minyak dunia juga semakin berkurangan.Hari demi hari penerokaan hasil bumi ini semakin jauh ditengah lautan.Untuk Malaysia sahaja dianggarkan bahawa hasil minyak akan kehabisan dalam masa 15 tahun akan datang.Kos carigali telaga minyak bukanlah satu aktiviti dengan kos yang murah dan ia membabitkan satu jumlah kos yang sangat besar.Apatah lagi kini penerokaannya tidak lagi dipinggir pesisir pantai tetapi ditengah lautan.

Saya pernah terfikir satu masa semasa kenaikan harga minyak oleh kerana kurangnya pengetahuan dalam perkara ini.Namun kini dengan hasil bacaan dan ekplorasi maklumat teknologi terkini,saya dapati bahawa anngapan awal saya Petronas akan mendapat untung besar dengan kenaikan harga minyak adalah salah sama sekali!

Malaysia sebagai negara pengeluar minyak itu memang benar..tapi fakta yang saya dapati adalah Malaysia mengeluarkan minyak sebanyak 650 ribu tong sehari sahaja...ia sangat jauh jika dibandingkan dengan Arab Saudi yang pengeluaran minyaknya adalah 2 juta tong sehari!.
Dengan penggunaan domestik,ditambah 400 ribu tong yang diimport sehari,ia memang mengejutkan.Arab Saudi dan semua negara pengeluar minyak Timur Tengah tidak perlu membelanjakan kos yang besar untuk mengeluarkan minyak kerana saya dapat tahu di padang pasir tanpa carigali yang dalam boleh mendapatkan minyak!.

Jadi yang kaya dan memperoleh untung besar dengan kenaikan harga minyak hanyalah negara pengeluar petroleum Timur Tengah...bukan Malaysia.Kalau saya menjadi pemilik sebuah telaga di Timur Tengah yang boleh mengeluarkan maksimum minyak 2 juta tong sehari...maka saya akan menghadkan pengeluaran kerana saya akan rugi besar sekiranya minyak dunia turun.Saya akan terus mahu mengekalkan harga minyak tinggi supaya terus mendapat untung.

Orang Minyak Naik Minyak....

Ketika membaca sebuah akhbar saya sangat tertarik tentang satu usaha yang sedang dijalankan oleh penggiat seni negara membikin sebuah drama atau filem kalau tak silap...berjudul 'orang minyak naik minyak"..kelakar juga bunyinya..memang kreatif.Dengan suasana politik Malaysia ketika ini,kerancakkan pilhanraya kecil di Permatang Pauh yang mempertandingkan jaguh handalan politik DSAI mempertahankan kerusi Parlimen yang dilepaskan oleh isterinya untuk memberi jalan kepada beliau menuju ke "putrajaya"..itulah yang diwar-warkan ketika ini dan telah berkumandang semenjak Tsunami politik pada Mac 2008 yang lalu.

Dan yang menjadi bualan hangat serta senda gurau ketika ini adalah sumpah menyumpah yang berlaku dalam politik akibat dari keberanian seorang jejaka yang mendakwa dirinya diliwat oleh DSAI...sumpah laknat yang dibuat sangat berat dan andainya dia berdusta akan pasti memudaratkan hidupnya sehingga hari kiamat.Semenjak lafaz sumpah yang dibuat itu juga,si pihak yang dituduh sehingga kini enggan menurut jejak yang sama....malah berpegang teguh dengan pendapat bahawa sumpah tidak perlu dilakukan kerana adanya proses undang-undang dan juga mengambil kira pendapat dari ulama-ulama dalam dan luar negara sehingga mengutuskan sebab tidak perlu bersumpah sehingga berjela-jela panjangnya..

Sumpah laknat yang dilakukan oleh saudara Saiful Bukhari Azlan itu pada hemat saya yang serba kekurangan ilmu agamanya..tidak perlu dijadikan senda gurau dan memperlekehkan sumpah yang dilafazkan.Perlu diingat sumpah itu adalah bersifat peribadi diantara si pelafaz dan juga Allah SWT.Tujuan utama sumpah itu juga bukan untuk menghukum seseorang itu bersalah tanpa proses undang-undang dunia.Antara tujuannya ialah membersihkan nama dan maruah mangsa...serta yang paling utama sekali ialah menghentikan cakap-cakap berkenaan kes ini sehingga menjadi tohmahan dan fitnah yang dasyat..perlu diingat menuduh orang yang berzina itu tanpa bukti adalah satu dosa besar...dan cabaran si pelafaz itu supaya yang kena tuduh turut sama bersumpah pada hemat saya harus disahut oleh DSAI untuk meredakan keadaan umat islam yang semakin parah dek suasana politik kini..yang paling utama adalah untuk bangsa melayu..jika benar tidak bersalah dan berpegang pada prinsip 'berani kerana benar'..apa salahnya bersumpah sekurang-kurangnya boleh menghentikan tuduhan musuh politik...dan prasangka ramai.DSAI juga awal-awal mengatakan bahawa semua yang berlaku adalah konspirasi kali kedua untuk memalukan dan menjatuhkan beliau...maka punca ia berlaku itu...dengan sumpah laknat mungkin boleh menjawab soalan.Saya sendiri mengakui dan menghormati alasan DSAI yang mana mengatakan bahawa sekiranya dia bersumpah laknat tidak melakukan apa yang dituduh oleh saudara Saiful...apakah ia akan menjamindan mengekalkan status tidak bersalah beliau ketika perbicaraan di mahkamah kelak???

Apabila difikirkan secara bijak,sumpah laknat dan proses undang-undang mahkamah dunia adalah 2 perkara berbeza.sumpah laknat itu adalah diantara manusia dan tuhan pencipta..yang maha mengetahui dan maha bijaksana...mahkamah dunia adalah proses sivil mencari kebenaran dengan fakta dan bukti-bukti kes...sekiranya DSAI melafazkan sumpah laknat tetapi akhirnya didapati bersalah dan dihukum oleh mahkamah dunia..maka kelebihan adalah pada DSAI...saya juga akan segera mengatakan bahawa DSAI memang dianiaya dan segalanya yang berlaku kepada beliau adalah konspirasi jahat!!!..seluruh umat islam dan juga makhluk dunia akan bersimpati pada beliau...

saya merujuk kepada ulasan wawancara yang disiarkan oleh akhbar utusan hari ini..Pensyarah Jabatan Pengajian Islam USM,berkelulusan dari Universiti Madinah,Arab Saudi dan merupakan pakar bidang hadis,dakwah dan usuluddin iaitu apabila ditanya sekiranya satu pihak bersumpah tetapi satu pihak lagi enggan atau ingkar bersumpah laknat...maka kebenaran memihak kepada orang yang bersumpah..

renungkanlah..

Cuti..







Hutan Lipur Sungai Bantang yang terletak lebih kurang 20 kilometer dari Pekan Bekok sebuah daerah di Segamat Johor.

Monday, August 4, 2008

Western Food...

Bintang Walk..Shah Alam
Grill Lamb & Chicken Chop

Hari ahad malam aku pegi makan ngan wife kat Restoran Bintang Walk Seksyen 7 Shah Alam...baru je buka tempat ni..dulu kawasan paya dan hutan..sekarang dah pesat membangun.Aku jangkakan tak lama lagi semakin hebat la kawasan ni..tempat strategik antara Klang dan Shah Alam..kat sini juga sedang dibangunkan satu bandar baru yang dinamakan I-City.Just nampak happening coz ramai student2 UITM la lepak kat sini...maklum la dekat je.

Seingat aku masa baru2 sampai dan berkerja di Shah Alam ni,kawasan Seksyen 7 ni tak ada apa-apa pun..hutan dan paya.Just ada UITM dan tasik dekat komplek Belia tu.Tapi dalam masa 2 tahun je pembangunannya memang terlalu pesat sekali.Rumah2 flat dekat tepi jalan tu dulu tempat wife aku belajar kereta..masa tu tengah bercinta lagi.hehehhehe..

Ada beberapa fasa pembangunan di sini dan yang pertama adalah di kawasan Bukit Raja Jusco membawa ke Shah Alam.Mula berkembang dengan adanya rumah2 flat,rumah teres di sebelah area tasik dan banyak restoran2 yang bagus dibuka disitu.Yang selalu aku singgah ialah di Kopitiam Pak Li dan Miza Kopitiam..

Dan sekarang kalau semua nak tahu ada di sebelah fasa yang baru iaitu terletak di depan pintu masuk UITM..aku baru try satu restoran western food..sedap jugak la...

Jom try..

Saturday, August 2, 2008

Malaysia vs Chelsea



Chelsea datang ke Malaysia dan mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan kebangsaan sempena Jelajah Pra Musim Liga untuk persiapan Liga Perdana England yang dijangka akan bermula tidak lama lagi...Pasukan kebangsaan telah kalah 2-0 tetapi persembahan pasukan Malaysia pada malam itu mendapat banyak reaksi yang positif dan tidak menghampakan peminat2 yang hadir...tapi harus diingatkan aku sendiri tak pergi ke stadium kerana tidak berapa minat dengan team Chelsea...ehhehe..

Ini dia pemandangan dari atas rumah aku....



Waktu siang....
Pada malam perlawanan..stadium Shah Alam terang benderang dan dibanjiri kereta-kereta penonton yang hadir..

Majalah Edisi Kawan2...


MASUK MAJALAH KE????