Sunday, August 24, 2008

Teknologi Nano


Sebenarnya istilah nano ini sangat baru di pengetahuan saya.Walaupun sudah lama mendengarnya tetapi pemahaman sebenar tentang teknologi ini sangat cetek difikiran.Oleh itu, disini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan di dalam blog ini berkenaan teknologi yang dikatakan sangat seni dan cantik diantara semua teknologi.Pada penggamatan saya teknologi nano berhubungkait dengan alam semulajadi dan caranya berkolaborasi sesama makhluk sangat unik sekali.

1.Nano merujuk kepada sebuah skala yang kecil iaitu sehingga mencapai dari skala 1 hingga 100 nanometer.Pada tahap tertentu ia boleh mencapai pada skala atom dan molekul.Ini bermakna ia boleh membesar saiznya daripada saiz yang asal.

2.Untuk memahami saiz atau skala nano ini,perbandingan yang mudah adalah...susunan partikel 80 ribu nano berbentuk garisan lurus,jaraknya hanyalah sama seperti diameter sehelai rambut!..terlalu halus..dan ada juga maklumat yang saya baca dari perspektif kejuruteraan..perbandingannya seperti mengira berapa dalam sebuah kapal itu tenggelam oleh berat seekor burung yang hinggap di dek kapal.Tak terkira oleh akal saya..tidak mustahil kalau semakin hari rambut saya semakin gugur!..

3.Apa yang menarik minat saya dalam mengetahui tentang teknologi nano ini adalah dorongan yang tercipta oleh alam semulajadi melibatkan semua makhluk muka bumi memberi ilham pada manusia mencipta sesuatu untuk kebaikan sains.

4.Antaranya ialah seekor cicak yang boleh melekap didinding atau disyiling rumah memberi inspirasi pada manusia untuk mengkaji teknologi.Kuasa dan maha besar Allah menciptakan sesuatu sangat ajaib sehingga cicak boleh melekat tanpa jatuh...ini kerana dihujung jari kaki seekor cicak terdapat jutaan rerambut halus bersaiz nano.Jadi rerambut itu yang memainkan peranan sebenarnya hingga membantu haiwan ini melekat walaupun secara terbalik.Daya yang terdapat pada rerambut halus bersaiz nano itu sangat kecil sehingga mampu mencengkam dengan baik.Rerambut halus ini sudah pasti tidak mampu dilihat oleh mata kasar manusia.

5.Sekiranya cicak itu diberi beban 200 kali ganda daripada berat badannya,ia masih mampu melekat didinding tanpa jatuh..hebat!

Antara teknologi nano yang diaplikasikan di planet ini;

1.Pakaian jenama Hugo Boss mencipta sut pakaian berkonsepkan teknologi nano dengan lapisan hidrofobik berinpirasikan dari seekor kumbang di Namibia.Ini menjadikan pakaian tersebut kalis air.

2.Teknologi Nano komposit yang dimajukan oleh syarikat pengeluar kereta terkemuka dunia Mercedes,menjadikan sebuah kereta lebih ringan dan menjimatkan bahan api.Teknologi ini juga dapat menggantikan rekaan kereta daripada material komponen logam ke material yang lebih ringan dan efisien.Yang pasti teknologi nano juga membuatkan kereta ini tahan calar kerana salutan lapisan yang nipis dan tahan lasak.

3.Teknologi nano juga diaplikasikan dalam bidang sukan,contohnya raket yang digunakan oleh pemenang pingat emas olimpik 2008 dalam acara badminton yang juga pemain No.1 dunia Lin Dan dari China sangat ringan dan berketahanan tinggi.Begitu juga raket tenis Roger Federer dan kayu pemukul golf Tiger Woods.Lihat disini teknologi memainkan peranan dalam sukan moden dan kejayaan seseorang atlet itu sedikit sebanyak bergantung pada kemajuan teknologi.

4.Dan yang terkini adalah teknologi ini diaplikasikan untuk mengesan sesuatu iaitu sensor dengan lebih cepat dan berkesan.Sesuatu bahan atau jisim yang sangat rumit dan halus tidak lagi menjadi masalah kepada manusia untuk mengesannya.Ini sedikit sebanyak satu kemajuan untuk meningkatkan lagi keupayaan forensik dan sains jenayah.

0 comments: