Sunday, August 24, 2008

Orang Minyak Naik Minyak....

Ketika membaca sebuah akhbar saya sangat tertarik tentang satu usaha yang sedang dijalankan oleh penggiat seni negara membikin sebuah drama atau filem kalau tak silap...berjudul 'orang minyak naik minyak"..kelakar juga bunyinya..memang kreatif.Dengan suasana politik Malaysia ketika ini,kerancakkan pilhanraya kecil di Permatang Pauh yang mempertandingkan jaguh handalan politik DSAI mempertahankan kerusi Parlimen yang dilepaskan oleh isterinya untuk memberi jalan kepada beliau menuju ke "putrajaya"..itulah yang diwar-warkan ketika ini dan telah berkumandang semenjak Tsunami politik pada Mac 2008 yang lalu.

Dan yang menjadi bualan hangat serta senda gurau ketika ini adalah sumpah menyumpah yang berlaku dalam politik akibat dari keberanian seorang jejaka yang mendakwa dirinya diliwat oleh DSAI...sumpah laknat yang dibuat sangat berat dan andainya dia berdusta akan pasti memudaratkan hidupnya sehingga hari kiamat.Semenjak lafaz sumpah yang dibuat itu juga,si pihak yang dituduh sehingga kini enggan menurut jejak yang sama....malah berpegang teguh dengan pendapat bahawa sumpah tidak perlu dilakukan kerana adanya proses undang-undang dan juga mengambil kira pendapat dari ulama-ulama dalam dan luar negara sehingga mengutuskan sebab tidak perlu bersumpah sehingga berjela-jela panjangnya..

Sumpah laknat yang dilakukan oleh saudara Saiful Bukhari Azlan itu pada hemat saya yang serba kekurangan ilmu agamanya..tidak perlu dijadikan senda gurau dan memperlekehkan sumpah yang dilafazkan.Perlu diingat sumpah itu adalah bersifat peribadi diantara si pelafaz dan juga Allah SWT.Tujuan utama sumpah itu juga bukan untuk menghukum seseorang itu bersalah tanpa proses undang-undang dunia.Antara tujuannya ialah membersihkan nama dan maruah mangsa...serta yang paling utama sekali ialah menghentikan cakap-cakap berkenaan kes ini sehingga menjadi tohmahan dan fitnah yang dasyat..perlu diingat menuduh orang yang berzina itu tanpa bukti adalah satu dosa besar...dan cabaran si pelafaz itu supaya yang kena tuduh turut sama bersumpah pada hemat saya harus disahut oleh DSAI untuk meredakan keadaan umat islam yang semakin parah dek suasana politik kini..yang paling utama adalah untuk bangsa melayu..jika benar tidak bersalah dan berpegang pada prinsip 'berani kerana benar'..apa salahnya bersumpah sekurang-kurangnya boleh menghentikan tuduhan musuh politik...dan prasangka ramai.DSAI juga awal-awal mengatakan bahawa semua yang berlaku adalah konspirasi kali kedua untuk memalukan dan menjatuhkan beliau...maka punca ia berlaku itu...dengan sumpah laknat mungkin boleh menjawab soalan.Saya sendiri mengakui dan menghormati alasan DSAI yang mana mengatakan bahawa sekiranya dia bersumpah laknat tidak melakukan apa yang dituduh oleh saudara Saiful...apakah ia akan menjamindan mengekalkan status tidak bersalah beliau ketika perbicaraan di mahkamah kelak???

Apabila difikirkan secara bijak,sumpah laknat dan proses undang-undang mahkamah dunia adalah 2 perkara berbeza.sumpah laknat itu adalah diantara manusia dan tuhan pencipta..yang maha mengetahui dan maha bijaksana...mahkamah dunia adalah proses sivil mencari kebenaran dengan fakta dan bukti-bukti kes...sekiranya DSAI melafazkan sumpah laknat tetapi akhirnya didapati bersalah dan dihukum oleh mahkamah dunia..maka kelebihan adalah pada DSAI...saya juga akan segera mengatakan bahawa DSAI memang dianiaya dan segalanya yang berlaku kepada beliau adalah konspirasi jahat!!!..seluruh umat islam dan juga makhluk dunia akan bersimpati pada beliau...

saya merujuk kepada ulasan wawancara yang disiarkan oleh akhbar utusan hari ini..Pensyarah Jabatan Pengajian Islam USM,berkelulusan dari Universiti Madinah,Arab Saudi dan merupakan pakar bidang hadis,dakwah dan usuluddin iaitu apabila ditanya sekiranya satu pihak bersumpah tetapi satu pihak lagi enggan atau ingkar bersumpah laknat...maka kebenaran memihak kepada orang yang bersumpah..

renungkanlah..

0 comments: