Sunday, August 24, 2008

Sumpah dan Politik

1.Ramai pihak yang membuat pelbagai kenyataan berkenaan isu sumpah yang sedang hangat ketika ini.Saya tertarik dengan satu isu yang mengatakan bahawa sumpah yang dilakukan oleh seorang pemuda yang mendakwa dirinya diliwat seperti perlakuan seorang yang kafir.Ini kerana pihak itu beranggapan bahawa bersumpah memegang kitab suci Al-Quran seumpama orang Kristian memegang Bible.

2.Pada pendapat saya,kita tidak boleh mengumpamakan sesuatu perlakuan atau kaedah untuk acara itu dengan sesebuah fahaman agama.Maksud saya disini ialah sekiranya bersumpah memegang kitab suci al-quran seperti penganut kristian memegang bible,perlakuan atau tertib ibadah sesebuah agama itu juga kadangkala menyerupai agama yang lain.Tidak perlu dihuraikan secara jelas disini kerana saya sangat menjaga sensitiviti kaum dan ajaran agama masyarakat majmuk di Malaysia.

3.Saya cuma ingin menekankan disini cukuplah semua ini..jangan keruhkan lagi dan mengkecamukkan lagi fahaman agama islam di Malaysia.Apabila isu ini menjelma,oleh kerana ia membabitkan individu yang berkaitan politik,maka cerdik pandai dan ahli agama yang juga pemimpin politik mula mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.Ini disebabkan pengaruh politik itu mula menutup segala yang fakta dan benar.

4.Yang penting disini adalah apa yang disampaikan oleh seseorang.Sekiranya niatnya bersih dan ikhlas tanpa ada pengaruh yang terselindung seperti dengan tujuan menjatuhkan maruah orang lain,kita harus memandang pada tujuan tersebut bukan hal-hal lain yang remeh temeh.

5.Saya berharap sangat di Malaysia ini kita terus kekal bersatu padu dan tidak harus sama sekali kita mempolitikkan agama untuk kepentingan peribadi.

6.Ulasan saya di dalam blog ini bukan dipengaruhi sentimen politik mana-mana parti.Saya cuma pemerhati dan mentafsir sesuatu dengan rasional dan realistik.Pada saya semua yang terjadi ada sebab dan dalilnya.

0 comments: