Sunday, August 24, 2008

Orang Minyak Naik Minyak....(2)

Kerajaan telah mengumumkan bahawa pada hari Sabtu yang lalu,harga runcit petrol per liter telah diturunkan sebanyak 15 sen iaitu daripada RM2.70 ke RM 2.55 dan harga diesel juga diturunkan daripada RM 2.58 ke RM 2.50 seliter.Inilah adalah kesan daripada trend penurunan minyak dunia yang semakin menunjukkan tanda-tanda positif.Namun harus diingatkan bahawa trend penurunan ini bukanlah aras statik dan ia pasti akan meningkat semula mengikut keadaan semasa dunia.

Disini saya huraikan rasional kenaikan harga minyak yang lalu.

1.Pengurangan subsidi minyak dalam perbelanjaan negara.Akibat daripada kesan sampingan lain seperti pemanasan global yang menyebabkan sektor pertanian terjejas teruk,maka serta merta harga barang komoditi seperti beras dan barang makanan lain meningkat naik.Faktor cuaca yang terburuk dalam dekad ini membantutkan pengeluaran bahan makanan dan juga menyebabkan ledakan permintaan yang semakin tidak dapat dipenuhi oleh negara pengeluar seperti vietnam dan kemboja yang terbabit juga dalam kancah politik dalaman tidak menentu.
Rakyat Malaysia mempertikaikan status negara yang merupakan pengeluar minyak ulung dan juga memperolehi aset terbaiknya iaitu Petronas diantara syarikat terbaik didunia.Petronas dianggarkan memperoleh pendapatan RM 80 billion setahun yang mana satu jumlah yang besar.RM56 billion telah diserahkan kepada kerajaan dalam bentuk cukai,royalti dan duti sebagai sumber pendapatan negara untuk dibelanjakan mengikut belanjawan dan perancangan.Sekiranya harga minyak dunia meningkat maka secara matematiknya kerajaan perlu meningkatkan subsidi minyak dianggarkan melebihi 40 billion setahun jauh tersasar dari bajet sebelumnya.
Dengan itu pada pendapat saya bahawa membelanjakan pendapatan negara dengan pemberian subsidi secara berterusan dalam jangka masa panjang tidak akan membawa kesan yang positif kepada negara.Alasannya ialah seperti berikut;
1.Pembangunan negara dan juga projek-projek untuk rakyat akan menjadi perlahan disebabkan kerajaan kekurangan peruntukan oleh kerana telah disalurkan kepada faedah subsidi.
2.Tabungan atau dana kerajaan untuk jangka masa panjang juga semakin susut disebabkan perbelanjaan subsidi yang berlebihan.Sekiranya kerajaan tidak mempunya dana,maka dengan itu negara tidak mempunyai kuasa melakukan pembelian atau apa sahaja pengambilalihan strategik bagi menjana ekonomi.

Faktor peningkatan harga minyak dunia juga mungkin disebabkan oleh desakan penggunaan sumber ini oleh negara China dan India.Semua tahu bahawa 2 negara ini sedang hebat memacu ekonominya dengan pesat maka permintaan dan penggunaan dalam peratusan yang banyak juga diperlukan kearah usaha tersebut.Tidak hairanlah kuasa ekonomi dunia kini terletak ditangan negara China yang menduduki tempat kedua dibelakang Amerika Syarikat sebagai kuasa ekonomi global.

Saya juga berfikiran bahawa simpanan minyak dunia juga semakin berkurangan.Hari demi hari penerokaan hasil bumi ini semakin jauh ditengah lautan.Untuk Malaysia sahaja dianggarkan bahawa hasil minyak akan kehabisan dalam masa 15 tahun akan datang.Kos carigali telaga minyak bukanlah satu aktiviti dengan kos yang murah dan ia membabitkan satu jumlah kos yang sangat besar.Apatah lagi kini penerokaannya tidak lagi dipinggir pesisir pantai tetapi ditengah lautan.

Saya pernah terfikir satu masa semasa kenaikan harga minyak oleh kerana kurangnya pengetahuan dalam perkara ini.Namun kini dengan hasil bacaan dan ekplorasi maklumat teknologi terkini,saya dapati bahawa anngapan awal saya Petronas akan mendapat untung besar dengan kenaikan harga minyak adalah salah sama sekali!

Malaysia sebagai negara pengeluar minyak itu memang benar..tapi fakta yang saya dapati adalah Malaysia mengeluarkan minyak sebanyak 650 ribu tong sehari sahaja...ia sangat jauh jika dibandingkan dengan Arab Saudi yang pengeluaran minyaknya adalah 2 juta tong sehari!.
Dengan penggunaan domestik,ditambah 400 ribu tong yang diimport sehari,ia memang mengejutkan.Arab Saudi dan semua negara pengeluar minyak Timur Tengah tidak perlu membelanjakan kos yang besar untuk mengeluarkan minyak kerana saya dapat tahu di padang pasir tanpa carigali yang dalam boleh mendapatkan minyak!.

Jadi yang kaya dan memperoleh untung besar dengan kenaikan harga minyak hanyalah negara pengeluar petroleum Timur Tengah...bukan Malaysia.Kalau saya menjadi pemilik sebuah telaga di Timur Tengah yang boleh mengeluarkan maksimum minyak 2 juta tong sehari...maka saya akan menghadkan pengeluaran kerana saya akan rugi besar sekiranya minyak dunia turun.Saya akan terus mahu mengekalkan harga minyak tinggi supaya terus mendapat untung.

0 comments: