Monday, January 19, 2009

Melayu akan hilang???

Kita sedia maklum sejak tahun 2006 lagi masyarakat Malaysia telah didedahkan oleh satu fakta yang mengatakan ramai siswazah atau graduan universiti tidak bekerja atau tidak mendapat pekerjaan.Lalu dibangkitkan pula tentang faktor bahawa kegagalan pelajar2 melayu mendapat pekerjaan adalah disebabkan kelemahan dalam menguasai Bahasa Inggeris.Tidak dinafikan bahawa Bahasa Inggeris itu sangat penting dan telah diketahui seantero dunia sebagai bahasa perdagangan atau bahasa ekonomi universal.Kerajaan mengambil langkah segera dengan mewajibkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah2.Sejauh mana ia berkesan???Seorang rakan lama yang kini telah bekerja di sektor kerajaan sebagai penganalisis data pemeriksaan khusus untuk kementerian pelajaran mengatakan bahawa langkah itu membawa kesan sangat positif.Pada peperiksaan tahunan menunjukkan statistik bahawa pelajar2 mencapai keputusan yang baik dalam subjek Sains dan Matematik.Statistik ini meningkat setiap tahun.Maka adakah benar langkah itu berjaya???

Mungkin ia berjaya dari segi ilmu sains dan matematik.Tetapi sebenarnya pelajar2 terutamanya Melayu sudah mula hilang jati diri dan kekuatan menguasai bahasa ibunda.Mereka tidak bangga dengan bahasa Melayu malah mereka malu untuk menggunakan bahasa asal usulnya sendiri kerana ia sudah dikelaskan sebagai bahasa hutan kerana mungkin mereka beranggapan bahawa dunia sains dan teknologi kini dijana ilmu dan kemajuannya berteraskan bahasa penjajah.

Maka tidak mustahil kalau saya katakan bahawa satu hari nanti Pantun,Gurindam,Seloka dan Puisi sudah tidak lagi diketahui oleh generasi Melayu..Maka melayu pun hilang di dunia...

Oh Kerja..

45,000 pekerja kilang diberhenti

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Kira-kira 45,000 pekerja dari pelbagai sektor pengilangan mungkin kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan kilang akan memberhentikan sementara pekerja menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada hujung bulan ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam berkata, perkara itu berlaku kerana pengurusan kilang akan menutup operasi selama dua atau tiga minggu dan pekerja diminta mengambil cuti sama ada diberi cuti bergaji atau tanpa gaji.

Sumber:Utusan Malaysia

Berita diatas adalah sebahagian dari tajuk utama kebanyakkan akhbar2 di Malaysia.Walaupun berita sebegini rupa sudah kedengaran dari hujung tahun 2008 lagi,tetapi kini kisahnya semakin gawat.Hampir setiap hari kes-kes pemberhentian kerja sukarela (VSS) kedengaran tak kira dari mana sumbernya tapi yang nyata perkara ini adalah begitu serius dikalangan rakyat Malaysia.Dengan keadaan ekonomi yang merudum jatuh,harga barangan konsumer yang masih membebankan,desakan hidup akibat kekurangan sumber pendapatan.Ia tidak seperti dizaman bermewah2 dahulu dimana semua orang mampu memiliki,mempamer dan bergaya dengan barangan serba mahal serta cara hidup yang melampau.Dan apabila keadaan gawat melanda,apakah persediaan yang kita ada???Adakah kita cukup bersedia menghadapinya??

Dengar khabarnya,terdapat banyak syarikat2 besar multinasional yang mengambil langkah drastik untuk mengurangkan kos.Walaupun kebanyakkan diantara syarikat2 tersebut adalah pemain utama(big player) bagi industri2 seperti elektronik dan automotif.Kita lihat sahaja apa yang terjadi pada Ford,syarikat yang dilabelkan sebagai pengusaha pertama didunia yang mana perintis pada industri permotoran itu bemula daripada seorang yang bernama Henry Ford.Lalu mencipta nama sehingga gah dipelusok dunia berlabelkan nama beliau sendiri.Tapi kini dalam sekelip mata menuju kehancuran walaupun untuk memajukan industri tersebut memakan masa hampir beratus tahun lamanya.

Antara yang merunsingkan para pemerintah ialah kadar pengangguran akibat dari kemelestan ekonomi ini.Rakyat yang hilang pekerjaan memungkinkan lebih banyak lagi kadar jenayah di sesebuah kejiranan.Tekanan dan keperitan hidup juga mendorong perlakuan nekad dan mengakibatkan sejumlah nyawa mungkin melayang atau anak2 yang kehilangan tempat bergantung apabila ibu bapa mereka meringkuk didalam penjara.Dalam kes itu juga,ia memungkinkan bilangan pengemis atau jenayah juvana melibatkan kanak2 bawah umur yang terpaksa memilih jalan sukar untuk terus hidup.Disini apakah peranan kerajaan dalam menangani krisis ekonomi yang lebih teruk dari tahun 1924 atau 1998??

Sejauh mana peranan agensi kerajaan atau kementerian berkaitan sumber manusia dalam menangani masalah kehilangan pekerjaaan??

Pada saya dengan mengambil kira jumlah dan senarai nama pekerja yang diberhentikan tidak membawa apa makna.Banyak kilang yang sedia 'bungkus'..adakah wajar terus menanti kalau2 ada kekosongan lalu diminta mengambil mereka yang telah dibuang ini tanpa mengira keperluan adakah mereka sesuai melakukan pekerjaan itu?pada saya mungkin ia akan lebih memburukkan keadaan kerana untuk melatih semula tidak akan mempercepatkan proses pemulihan.Silap2 makin bungkus...

Yang penting inisiatif harus dilakukan bagi menjana ekonomi secara domestik.Kita tidak harus bergantung pada pasaran luar atau bergantung pada urusniaga Dolar Amerika.Lihatlah kini bila Dolar Amerika susut nilai,ekonomi yang bergantung padanya terus lumpuh...serata dunia!

Dan apa yang paling membimbangkan saya ialah bahawa dengan limpahan tenaga kerja masa kini,syarikat2 yang mana tidak terjejas teruk mula mengambil kesempatan mengupah pekerja dengan kadar yang murah sehingga tidak berbaloi dengan pekerjaan yang dilakukan.Ini kerana rakyat mula sedar sekiranya ada peluang maka ia tidak harus dilepaskan..daripada memilih kerja tapi hidup susah lebih baik kerja sahaja tanpa banyak soal.Pasti ramai yang akan ditindas dan dikerah tenaganya tanpa simpati.


Wednesday, January 14, 2009

Kenapa Yahudi Laknatullah Sangat Berkuasa???

Pagi ini saya terbaca satu ruangan di Utusan Malaysia berkenaan tulisan seorang penulis bebas secara ilmiah tentang bangsa Yahudi laknatullah.Beliau adalah seorang Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html).Dibawah adalah petikan tulisan tersebut.

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Demikianlah penerangan dan kajian yang ditulis oleh seorang ahli akademik.Jelas sekali bila diamati satu persatu artikel ini,membuktikan umat islam mudah ditewaskan walaupun tanpa senjata,namun umat Islam juga terlebih dahulu tewas sebelum berjuang.

Orang2 Yahudi ini mendapat ilmu pengetahuan daripada sumber2 ilmu yang diteroka oleh umat Islam.Antara yang terkenal ialah Ibnu Sina,Al-Razi dll.Mereka berusaha mempelajari bahasa Arab untuk mendalami serta memahami kitab2 ilmu yang ditulis oleh cendekiawan Islam suatu masa dahulu.Tapi kini hampir semua buku berkaitan ilmu ditulis dalam bahasa Barat.Orang2 Islam tidak memperdulikan ilmu dan hasil penyelidikan umatnya sendiri.Dan kini umat Islam sendiri tertinggal jauh di belakang mereka.

Oleh itu saya sangat menggalakkan umat islam menguasai ilmu,menguasai bahasa orang lain selain bahasa ibunda.Kita harus mengambil semula ilmu itu dan menguasainya untuk menyelamatkan bangsa dan agama.Sekiranya kita terus ketinggalan dan hanya menumpukan pada duniawi semata,yang mana perkara duniawi itu sendiri dicipta oleh Yahudi untuk melalaikan umat Islam.Dan ternyata rancangan mereka berhasil.Kini lihatlah,bangsa Arab sendiri tidak peduli dengan nasib bangsa mereka.Terus mengikut telunjuk orang kafir dan membiarkan bangsa mereka sendiri lenyap di bumi Arab.

Tuesday, January 13, 2009

Wahai jiwa2 yang tenang...

Disini aku lampirkan sebuah lagu yang digubah oleh kumpulan Dewa dan berilhamkan daripada makalah Gus Dur Abdurahman Wahid....(aku tidak dapat kepastian tentang ini cuma ada terbacanya entah dimana suatu waktu dahulu)...

Aku dedikasikan lagu ini untuk semua umat manusia...hiduplah dengan keamanan..dan terutama sekali pada saudara kita yang sedang berjuang di Palestin...

wahai jiwa jiwa yg tenang..


berhati-hatilah dirimu,kepada hati hati yang penuh dengan kebencian yang dalam,
karena sesungguhnya iblis ada dan bersemayam di hati yang penuh dengan benci..
dihati yang penuh dengan prasangka....

LASKAR CINTA..
SEBARKANLAH BENIH BENIH CINTA..
MUSNAHKANLAH VIRUS VIRUS BENCI..
VIRUS YANG BISA RUSAKKAN JIWA..
DAN BUSUKKAN HATI..
LASKAR CINTA..
AJARKANLAH ILMU TENTANG CINTA..
KARENA CINTA ADALAH HAKIKAT
DAN JALAN YANG TERANG BAGI SEMUA UMAT MANUSIA

Jika kebencian meracunimu kepada manusia lainnya..
maka sesungguhnya iblis sudah berkuasa atas dirimu
maka jangan pernah berharap aku akan mengasihi..menyayangi..
Manusia manusia yang penuh benci seperti kamu..

Wahai jiwa-jiwa yang tenang , jangan sekalikali kamu..

Mencoba jadi Tuhan dengan mengadili dan menghakimi
Bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya.
Serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yg sejati..

Bukankah kita memang tercipta laki laki & wanita
dan menjadi suku suku bangsa yang pasti berbeda
bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati
Bukan untuk saling bercerai berai dan berperang angkat senjata....

Monday, January 12, 2009

riuh meriuh...



Kebelakangan ini riuh sana sini..

Di Palestin riuh orang bertempiran lari dari terkena bedilan bom dan hujan peluru Zionis...hampir setiap hari semua bentuk media menyiarkan gambar yang menyentuh perasaan...melihat mayat anak2 kecil..dikafankan serba kekurangan..sayu betul aku rasakan....betapa mewah hidup kita di Malaysia ini.....nak pegi kedai,nak pegi kerja semua selamat...tak payah nak nyorok2 takut2 terkena pulak peluru sesat....bersyukurlah dengan keamanan yang kita nikmati..jgn sampai tanah tergadai kerana kita lemah..kerana kita asyik berbalah...

Di Kuala Terengganu....ahli2 politik berduyun2 tiba dari rumah kerumah mengunjungi para pengundi....punya la nak tunjuk mesra rakyat..masuk dalam lumpur..minum kopi piau org kampung...padahal klu hari lain minum coffe latte...starbucks....tapi tak pe la kejap je berkempen..bila lagi nak turun padang....4 tahun lagi baru tunjuk muka balik....masa berkempen ni lah macam2 isu yang keluar..sapa cepat manipulasi keadaan..tak kira isu peribadi pun..belasah je la...sekali sekala....sampai isu Palestin masuk buku...konon pejuang umat Palestin..dia lah yang paling prihatin dengan nasib mereka...piraaahh....

Di Labu....kalau peribahasa mengatakan "bagai tikus membaiki labu"....dan "biarlah si luncai dengan labunya..."...sekarang apa sahaja yang berkaitan labu memang popular...orang kampung masak lemak labu...orang korporat nak kan Labu tuk buat Airport!!.....nak berapa banyak airport lagi kat area lembah klang ni??kalau pun Labu tu bukan di kategorikan sebagai lembah klang..tapi jarak antara Labu dengan Sepang umpama jarak pusat dengan vagina je!!...dongak pun nampak..tunduk pun nampak!...memang rancangannya tak melibatkan duit kerajaan..tu kata2 dorang la...tapi ni bukan masalah sapa nak labur duit...ni pasal keperluan..kalau dah banyak sangat duit Sime Darby tu..dulu nak jantung org tak bagi..skrg nak Labu pulak..main kasar ni...buat lah projek lain....hari2 orang merungut kepayahan mengharungi kesesakan jalan raya...mutu pengangkutan awam yang macam siot!...pandai sangat kan..cuba bagi idea sikit...labur sikit untuk projek naik taraf prasarana...ni semua auta si hitam...sebab si hitam dah takut lepas ni tak ada yang boleh dijolok...maka dengan terletaknya tanah Labu,kebetulan pula berkongsi bumi dengan Rembau...elok sangat la tu....kita bukan bodoh brader!!...kalau gua jadi advisor lu..wa memang suggest la lu bikin Airport kat kampong wa kat Johor....Airport Senai dengan rumah gua jauh giler tu....lu kan ada kabel baik...lu try apply dengan wa punya sultan...memang lu kena makan penampor la!...huhuhu...

pieces of me..

my D' and Anaz...


The naughty boyz and the Junior!!....

very the cheerful....i can't wait the time to have some conversation with Anaz...with our language...for now only he knows what he talks about...bla..bla..bla...we just say..ye la...ye la....

Who said Malaysian Football is not good enough!!

watchout...Malaysia Super League at Stadium Shah Alam with my buddies..Muin.First time ever i gave my full support for state team..but unfortunately its not my state la...However,I have seen the quality of football..interesting game...keep it up!!!



pic:

Selangor's supporters from every districts,FC and also the advertisement from "kampong"....business strategies maaa.....

That night Selangor won 3-0 vs N9...but i think man of the match is Amri Yahyah..even he missed the penalty..but he redeem back with the nice shot!

Wednesday, January 7, 2009

Boikot Amerika!!..Boikot Yahudi!!!..

Wahai rakyat Malaysia yang beragama Islam,mampukah kita hanya duduk melihat kekejaman yang dilakukan rejim zionis keatas saudara Islam kita di Palestin?

Dan kepada rakyat Malaysia yang bukan bergama Islam,mampukah anda melihat manusia lain sewenang-wenangnya membunuh orang lain yang tidak berdosa??

Oleh itu marilah kita sama2 memboikot barangan Yahudi Israel dan juga beberapa barangan yang berkepentingan Amerika yang menaja pembunuhan di Palestin.

A)Delta Galil Industries Ltd
-Marks & Spencers
-Carrefour
-DIM
-Donna Karan / DKNY
-Ralph Lauren
-Calvin Klein (cK)
-Hugo Boss

B ) Coca-Cola
-Coca-Cola
-Dr Pepper
-Fanta
-Sprite
-Sunkist
-Schweppes

C) Estee Lauder
-Aramis
-Clinique
-DKNY

D) L'OREAL -Giorgio Armani Perfumes
-Lancome Paris
-Maybelline
-Ralph Lauren Perfumes

E) Kimberly Clark
-KLEENEX facial tissues
-KOTEX products
-HUGGIES disposable baby products

F) Nestle
-Nescaf
-Pure Life
-Milkmaid
-Nesquik
-Maggi
-Milkybar
-KitKat
-Smarties
-Polo
-Shreddies cereal
-Frutips,
-Felix - cat food
-L'Oral (important interest)

G) Johnson & Johnson
- Baby Products

H) SARA LEE
-Champion - Men's and women's athletic apparel and men's underwear
-Sara Lee Bakery
-Ambi Pur - Air fresheners
-Bali - Intimate apparel
-Kiwi - Shoe care
-Brylcreem - bodycare

I) AOL Time Warner
- AOL internet
- Time magazine
- Life magazine
- Time-Life books, etc.
- CNN
- ICQ (internet chat program)

J) NOKIA
- Nokia electronic products - mobile phones, tvs.etc

K) News Corporation
- 20th Century Fox Films, Fox Kids, etc
- National Geographical

L) Intel
- Processors - Celeron, Pentium, Itanium, etc
- Motherboards, Chipsets, Adapters, Controllers, Network Products,
-Wireless
- components,
- Embeded Products, Software Development Tools.

M) COMPANY : McDonald's
-McDonald's Restaurants

N) Starbucks
- Starbucks Coffee Stores (4,709 locations world-wide)
- Starbuck coffee, chocolates, biscuits & ice-cream products

O) Timberland
- Footwear: Hiking, Multi-Sport, Sandals, Casual, Office, Boots, PRO
-Outwear: Leather Jackets, Waterproof Parka, Lightweight jackets
- Clothing: Shirts, Polos, Sweaters, Sweat Shirts, T-Shirts, Pants,
Shorts
-Gear: Belts, Hats, Backpacks, Luggage, Socks, Sunglasses, Wallets,Watches

P) IBM

*senarai dipetik daripada www.muslimconsumer.gov.my

Tuesday, January 6, 2009

Say NO to Sime Darby!


Sebagai tanda sokongan kepada IJN..Jantung Rakyat Malaysia.

Monday, January 5, 2009

Coret2..

Darjah Satu.

Pagi tadi waktu aku nak pergi kerja,dengar Hot Fm bertopikkan hari pertama masuk sekolah.Pada aku sendiri tak ada banyak yang nak aku kenangkan sebab masa aku di hari pertama persekolahan,biasa saja.Aku cuba ingatkan semula sebenarnya bapa aku yang mendaftarkan aku sekaligus menemani aku di hari pertama.Selepas aku disahkan masuk ke kelas,maka sampai situ saja lah dan bapa ku terus pulang.Perasaan memang berdebar bila ditinggalkan tapi aku rileks je..tak ada lah sampai menangis meraung macam sesetengah rakan kelas.Ada juga yang mak bapak terpaksa tunggu di luar kelas sehingga sebulan..membosankan sungguh.Aku nak belajar pun spoil mood..nasib baik aku budak lagi kalau tidak sure aku dah sound punya!..tapi yang paling best sehari sebelum masuk sekolah la...excited gila baju baru,beg baru,semangat baru....

Banjir.

Di pantai timur ketika ini terutamanya di sesetengah tempat di Pahang,Kelantan dan Terengganu mengalami bencana alam iaitu banjir.Kelihatan di suratkhabar hari ini kanak2 dan guru2 terpaksa mengharung banjir untuk memulakan persekolahan bermula semalam di pantai timur.Kalau di tempat aku dan di zaman aku sekolah dulu,musim hujan dan banjir memang best..sebab jalan tenggelam,jambatan patah,tanah runtuh menyebabkan bas sekolah yang dipandu seorang cina tua itu tidak dapat melaluinya..jadi musim banjir juga adalah musim cuti sekolah pada aku masa iatu walaupun hanya sehari..cuti juga ye..

Anak...

Dua tiga minggu lepas aku mendapat berita bahawa rakan2 dan juga beberapa kenalan telah selamat dikurniakan baby..dan muncullah beberapa sms membawa berita gembira untuk diumumkan kepada aku..dan pastinya aku mengucapkan tahniah.Tetapi bila aku membalasnya dengan ucapan tahniah,maka keluarlah soalan yang sudah aku jangka..."kau bila lagi nak dapat anak?"...jawapan aku tetap sama macam tahun lepas..."nantilah belum rezeki lagi"....
Di masa2 lapang kadang2 terbit rasa kesunyian yang sangat dalam apabila mengenangkan hanya aku berdua bersama isteri..orang lain di masa cuti membawa anak2 berjalan2,makan angin..aku nak kemana??tidur la kat rumah..tapi bukan asyik buat anak je ye..

Tangisan Di Bumi Palestin.

Al-Fatihah..secebis doa untuk saudara2 kita yang telah dibunuh kejam oleh orang2 yahudi laknat di bumi Palestin.Moga roh2 orang islam ini mendapat tempat teratas disisi Alah S.W.T dan kemenangan pastinya milik mereka dengan izin Allah.

Sesi pembunuhan yang dilaksanakan rejim Zionis semakin menggila sehingga setakat ini hampir 500 nyawa terkorban dan ribuan umat islam Palestin di genting Gaza tercedera akibat dibedil dan ditembak olh Israel musuh utama umat Islam seluruh dunia.Apakah malangnya Palestin yang dikelilingi bangsa Arab dan terletak di tanah suci Arab menjadi mangsa oleh si kerdil bangsa Yahudi yang menceroboh dan memaksa mereka meninggalkan tanahair mereka sendiri.Pada masa dulu orang2 Yahudi ini berlindung di tanah Arab setelah bangsa mereka dibunuh dan cuba dihapuskan etniknya oleh orang2 Eropah.Orang Arab di Maghribi dan Palestin memberi mereka perlindungan atas dasar sesama manusia dan setelah itu mereka pula mengusir orang yang menberi perlindungan kepada mereka..dasar laknat!Sehingga kini jutaan nyawa umat islam telah dibunuh oleh bangsa Yahudi walaupun beberapa siri rundingan dari era Yasser Arafat lagi untuk mencapai perdamaian namun tetap gagal.Nyawa terus melayang dan ternyata rundingan yang disebelahi oleh sekutu rapat Israel iaitu Amerika selama ini hanyalah sia-sia sahaja.

Mengapa perdamaian gagal dicapai dan mengapa Israel tetap mahukan bumi Palestin walaupun ternyata mereka tidak layak memiliki secebis tanah pun di bumi Arab?

Bangsa Arab sendiri bertelagah dan umat islam dibumi Arab sendiri telah dipesongkan pemikiran mereka mencari keduniaan sehingga melupakan asal-usul mereka dan agama mereka.Bangsa Arab yang berjiran dengan Palestin hanya menutup mata melihat kesengsaraan saudara2 mereka dibunuh kejam oleh puak Zionis.Mereka sibuk mengejar dunia,mendirikan bangunan pencakar langit tertinggi di dunia,menggalakkan maksiat dan zina dibumi suci tanah Arab sehingga akhirnya dengan mudah orang2 kafir ini menakluki jiwa dan hati mereka.Hubungan antara puak dan fahaman menjadi lebih kusut sehingga tidak ada persefahaman dalam menjalinkan persaudaraan sesama islam.Terdorong dengan ideologi dan fahaman mereka sendiri sehingga terlupa bahawa Islam itu satu..Allah itu satu!
Kita lihat sendiri di Palestin,perbezaan ideologi diantara Fatah dan Hamas menjadi jambatan pada bangsa Yahudi membunuh bangsa mereka sendiri.
Hamas menuntut bumi Palestin yang merdeka dan mereka juga telah dipilih oleh masyarakat Palestin sendiri secara demokrasi,salahkah mereka berjuang menuntut hak mereka?
Namun begitu Fatah juga mahukan negara Palestin merdeka namun sedia bertolak ansur dengan bangsa Yahudi dan menurut telunjuk Amerika Syarikat.Itu yang menjadi perbalahan kerana Hamas mahukan negara Islam yang benar2 merdeka dan bebas dari pengaruh orang2 musyrik.Dan apabila tempoh gencatan senjata selama 6 bulan sejak Jun 2008 kian berakhir,dengan tekanan demi tekanan diberikan oleh puak Zionis yang memaksa mereka hidup dalam kebuluran,tanpa kemudahan dan ubat-ubatan serta yang pasti mereka sudah tidak sanggup lagi melihat rundingan demi rundingan sedangkan ramai kanak-kanak dan orang tua menderita.

Israel tidak akan cuba berdamai dan selama mana pun mereka akan terus membunuh umat islam kerana mereka percaya pada Nabi Muhammad dan mereka percaya pada Al-Quran dan Hadis..namun mereka tidak mahu mengikuti syariat Islam.Ini kerana terdapat sebuah hadis yang mengatakan bahawa,orang2 Yahudi akan bertempiran lari dan bersembunyi disebuah pohon kerana umat islam Palestin sudah bangkit dan mencapai kemenangan..tetapi sekiranya saat itu berlaku,maka bersiap sedia lah untuk menghadapi hari kiamat.Itulah kenyataan dari hadis tersebut yang mengatakan bahawa Palestin akan menang dan masa itu hari kiamat juga sudah tiba.Oleh dengan demikian,orang2 Yahudi meyakini akan kebenaran hadis tersebut cuma mereka enggan mengakui Nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul.Mereka takut untuk memberi kemenangan tersebut kerana mereka tidak mahu dunia kiamat dan mereka mahu terus hidup..dan juga mereka tahu bahawa tempat mereka dimana bila dunia sudah berakhir..mereka adalah bangsa yang dilaknat Allah!...Oleh itu tanpa henti mereka memperkosa minda dan iman umat islam agar terus berbalah sesama sendiri dan terus melupakan syariat Islam.

Amerika Syarikat yang menaungi dan merestui perbuatan kejam Israel ini menjadikan dunia mengutuk tindakan berat sebelah yang ditunjukkan negara yang bangga kononnya mendokong demokrasi dan membenci keganasan..adakah tindakan Israel ini bukan siri keganasan???
Perang melawan keganasan yang diusahakan oleh Amerika Syarikat tidak mungkin akan tamat selagi mereka terus menunjukkan sikap berat sebelah dan anti Islam.Yang nyata ratusan militan dan gerila islam akan mula wujud dan bercambah semata2 untuk memerangi Amerika.Kebencian mula disemai dan kedamaian tidak mungkin akan berlaku selagi Amerika sendiri tidak berhenti menaja keganasan dan pembunuhan yang dilakukan Israel terhadap orang Islam Palestin..

Thursday, January 1, 2009

Musim

Kalau di negara Barat waktu ini semua tempat dalam keadaan yang dingin.Musim sejuk dan bersalji meliputi segenap bumi.Awal tahun ada perayaan Krismas,maka dengan itu Santa pun berkelubung membawa hadiah untuk mereka.Berbeza dengan resam masyarakat kita,bila sambut perayaan semuanya serba berbeza.Orang ramai sibuk membeli belah menjelang raya dan bermacam lubuk rezeki terhidang dan masa itu semua orang baik yang tak pernah berniaga pun boleh berniaga kerana nak cari duit lebih untuk sambut raya.Aku pun bukan nak cerita pasal raya kali ni..coz raya pun dah lama berlalu,raya haji pun baru je lepas..

Kalau musim raya orang kita sibuk beraya,orang barat pun beraya juga.Tapi banyak perkara dan aktiviti semasa masih berjalan.Semakin rancak macam tak raya...orang kita raya paling kurang seminggu tutup kedai,orang barat satu hari je beraya...esok dah mula hidup dengan aktiviti macam biasa.Rugi betul dorang ye...

Musim kahwin di Malaysia paling meriah bila musim cuti sekolah.Ironinya musim cuti sekolah hujung tahun dan masa itulah iklim semasa mula tak menentu.Musim hujan..maka cerdik betul orang kita pilih waktu kenduri kahwin...musim hujan membawa berkat.Tapi kalau tengah kenduri hujan lebat memang spoil.Cuma yang tersenyum gatal hanya pengantin,tak perlu berpanas bersanding hingga letih..malam boleh "belayar".

Hujung tahun juga buat orang kita poket tebal dan cepat pula nipisnya.Dapat bonus hujung tahun.Yang bujang sibuk plan tukar kereta,tambah power kereta dan macam2 lagi.Yang dah berumahtangga sibuk urus anak nak naik sekolah,bayar yuran itu dan yuran ini...nasib baik ada year end sale..sana sini diskaun hebat..boleh la berbelanja..

Hari ni tahun baru 2009...sayonara 2008...dengan ekonomi dunia yang kian meruncing ketika ini,pelbagai keluhan dan rintihan aku dengar sana sini.Kawan2 yang bertahun tak dengar khabar berita kini menjelma menyapa melalui SMS...nak baca SMS pun aku ngeri sebab mula2 memang bertanya khabar,dah 2-3 kali reply keluar ayat..."boleh tolong pinjam duit sikit tak??"....aku bercelaru dan seram sejuk nak baca SMS kadang2....terpaksa lah jawab dengan sedih dalam ikhlas...