Kalau di negara Barat waktu ini semua tempat dalam keadaan yang dingin.Musim sejuk dan bersalji meliputi segenap bumi.Awal tahun ada perayaan Krismas,maka dengan itu Santa pun berkelubung membawa hadiah untuk mereka.Berbeza dengan resam masyarakat kita,bila sambut perayaan semuanya serba berbeza.Orang ramai sibuk membeli belah menjelang raya dan bermacam lubuk rezeki terhidang dan masa itu semua orang baik yang tak pernah berniaga pun boleh berniaga kerana nak cari duit lebih untuk sambut raya.Aku pun bukan nak cerita pasal raya kali ni..coz raya pun dah lama berlalu,raya haji pun baru je lepas..
Kalau musim raya orang kita sibuk beraya,orang barat pun beraya juga.Tapi banyak perkara dan aktiviti semasa masih berjalan.Semakin rancak macam tak raya...orang kita raya paling kurang seminggu tutup kedai,orang barat satu hari je beraya...esok dah mula hidup dengan aktiviti macam biasa.Rugi betul dorang ye...
Musim kahwin di Malaysia paling meriah bila musim cuti sekolah.Ironinya musim cuti sekolah hujung tahun dan masa itulah iklim semasa mula tak menentu.Musim hujan..maka cerdik betul orang kita pilih waktu kenduri kahwin...musim hujan membawa berkat.Tapi kalau tengah kenduri hujan lebat memang spoil.Cuma yang tersenyum gatal hanya pengantin,tak perlu berpanas bersanding hingga letih..malam boleh "belayar".
Hujung tahun juga buat orang kita poket tebal dan cepat pula nipisnya.Dapat bonus hujung tahun.Yang bujang sibuk plan tukar kereta,tambah power kereta dan macam2 lagi.Yang dah berumahtangga sibuk urus anak nak naik sekolah,bayar yuran itu dan yuran ini...nasib baik ada year end sale..sana sini diskaun hebat..boleh la berbelanja..
Hari ni tahun baru 2009...sayonara 2008...dengan ekonomi dunia yang kian meruncing ketika ini,pelbagai keluhan dan rintihan aku dengar sana sini.Kawan2 yang bertahun tak dengar khabar berita kini menjelma menyapa melalui SMS...nak baca SMS pun aku ngeri sebab mula2 memang bertanya khabar,dah 2-3 kali reply keluar ayat..."boleh tolong pinjam duit sikit tak??"....aku bercelaru dan seram sejuk nak baca SMS kadang2....terpaksa lah jawab dengan sedih dalam ikhlas...
The King, his family and U
1 week ago
0 comments:
Post a Comment