Monday, January 5, 2009

Coret2..

Darjah Satu.

Pagi tadi waktu aku nak pergi kerja,dengar Hot Fm bertopikkan hari pertama masuk sekolah.Pada aku sendiri tak ada banyak yang nak aku kenangkan sebab masa aku di hari pertama persekolahan,biasa saja.Aku cuba ingatkan semula sebenarnya bapa aku yang mendaftarkan aku sekaligus menemani aku di hari pertama.Selepas aku disahkan masuk ke kelas,maka sampai situ saja lah dan bapa ku terus pulang.Perasaan memang berdebar bila ditinggalkan tapi aku rileks je..tak ada lah sampai menangis meraung macam sesetengah rakan kelas.Ada juga yang mak bapak terpaksa tunggu di luar kelas sehingga sebulan..membosankan sungguh.Aku nak belajar pun spoil mood..nasib baik aku budak lagi kalau tidak sure aku dah sound punya!..tapi yang paling best sehari sebelum masuk sekolah la...excited gila baju baru,beg baru,semangat baru....

Banjir.

Di pantai timur ketika ini terutamanya di sesetengah tempat di Pahang,Kelantan dan Terengganu mengalami bencana alam iaitu banjir.Kelihatan di suratkhabar hari ini kanak2 dan guru2 terpaksa mengharung banjir untuk memulakan persekolahan bermula semalam di pantai timur.Kalau di tempat aku dan di zaman aku sekolah dulu,musim hujan dan banjir memang best..sebab jalan tenggelam,jambatan patah,tanah runtuh menyebabkan bas sekolah yang dipandu seorang cina tua itu tidak dapat melaluinya..jadi musim banjir juga adalah musim cuti sekolah pada aku masa iatu walaupun hanya sehari..cuti juga ye..

Anak...

Dua tiga minggu lepas aku mendapat berita bahawa rakan2 dan juga beberapa kenalan telah selamat dikurniakan baby..dan muncullah beberapa sms membawa berita gembira untuk diumumkan kepada aku..dan pastinya aku mengucapkan tahniah.Tetapi bila aku membalasnya dengan ucapan tahniah,maka keluarlah soalan yang sudah aku jangka..."kau bila lagi nak dapat anak?"...jawapan aku tetap sama macam tahun lepas..."nantilah belum rezeki lagi"....
Di masa2 lapang kadang2 terbit rasa kesunyian yang sangat dalam apabila mengenangkan hanya aku berdua bersama isteri..orang lain di masa cuti membawa anak2 berjalan2,makan angin..aku nak kemana??tidur la kat rumah..tapi bukan asyik buat anak je ye..

0 comments: