Monday, January 19, 2009

Melayu akan hilang???

Kita sedia maklum sejak tahun 2006 lagi masyarakat Malaysia telah didedahkan oleh satu fakta yang mengatakan ramai siswazah atau graduan universiti tidak bekerja atau tidak mendapat pekerjaan.Lalu dibangkitkan pula tentang faktor bahawa kegagalan pelajar2 melayu mendapat pekerjaan adalah disebabkan kelemahan dalam menguasai Bahasa Inggeris.Tidak dinafikan bahawa Bahasa Inggeris itu sangat penting dan telah diketahui seantero dunia sebagai bahasa perdagangan atau bahasa ekonomi universal.Kerajaan mengambil langkah segera dengan mewajibkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah2.Sejauh mana ia berkesan???Seorang rakan lama yang kini telah bekerja di sektor kerajaan sebagai penganalisis data pemeriksaan khusus untuk kementerian pelajaran mengatakan bahawa langkah itu membawa kesan sangat positif.Pada peperiksaan tahunan menunjukkan statistik bahawa pelajar2 mencapai keputusan yang baik dalam subjek Sains dan Matematik.Statistik ini meningkat setiap tahun.Maka adakah benar langkah itu berjaya???

Mungkin ia berjaya dari segi ilmu sains dan matematik.Tetapi sebenarnya pelajar2 terutamanya Melayu sudah mula hilang jati diri dan kekuatan menguasai bahasa ibunda.Mereka tidak bangga dengan bahasa Melayu malah mereka malu untuk menggunakan bahasa asal usulnya sendiri kerana ia sudah dikelaskan sebagai bahasa hutan kerana mungkin mereka beranggapan bahawa dunia sains dan teknologi kini dijana ilmu dan kemajuannya berteraskan bahasa penjajah.

Maka tidak mustahil kalau saya katakan bahawa satu hari nanti Pantun,Gurindam,Seloka dan Puisi sudah tidak lagi diketahui oleh generasi Melayu..Maka melayu pun hilang di dunia...

0 comments: