Monday, January 5, 2009

Tangisan Di Bumi Palestin.

Al-Fatihah..secebis doa untuk saudara2 kita yang telah dibunuh kejam oleh orang2 yahudi laknat di bumi Palestin.Moga roh2 orang islam ini mendapat tempat teratas disisi Alah S.W.T dan kemenangan pastinya milik mereka dengan izin Allah.

Sesi pembunuhan yang dilaksanakan rejim Zionis semakin menggila sehingga setakat ini hampir 500 nyawa terkorban dan ribuan umat islam Palestin di genting Gaza tercedera akibat dibedil dan ditembak olh Israel musuh utama umat Islam seluruh dunia.Apakah malangnya Palestin yang dikelilingi bangsa Arab dan terletak di tanah suci Arab menjadi mangsa oleh si kerdil bangsa Yahudi yang menceroboh dan memaksa mereka meninggalkan tanahair mereka sendiri.Pada masa dulu orang2 Yahudi ini berlindung di tanah Arab setelah bangsa mereka dibunuh dan cuba dihapuskan etniknya oleh orang2 Eropah.Orang Arab di Maghribi dan Palestin memberi mereka perlindungan atas dasar sesama manusia dan setelah itu mereka pula mengusir orang yang menberi perlindungan kepada mereka..dasar laknat!Sehingga kini jutaan nyawa umat islam telah dibunuh oleh bangsa Yahudi walaupun beberapa siri rundingan dari era Yasser Arafat lagi untuk mencapai perdamaian namun tetap gagal.Nyawa terus melayang dan ternyata rundingan yang disebelahi oleh sekutu rapat Israel iaitu Amerika selama ini hanyalah sia-sia sahaja.

Mengapa perdamaian gagal dicapai dan mengapa Israel tetap mahukan bumi Palestin walaupun ternyata mereka tidak layak memiliki secebis tanah pun di bumi Arab?

Bangsa Arab sendiri bertelagah dan umat islam dibumi Arab sendiri telah dipesongkan pemikiran mereka mencari keduniaan sehingga melupakan asal-usul mereka dan agama mereka.Bangsa Arab yang berjiran dengan Palestin hanya menutup mata melihat kesengsaraan saudara2 mereka dibunuh kejam oleh puak Zionis.Mereka sibuk mengejar dunia,mendirikan bangunan pencakar langit tertinggi di dunia,menggalakkan maksiat dan zina dibumi suci tanah Arab sehingga akhirnya dengan mudah orang2 kafir ini menakluki jiwa dan hati mereka.Hubungan antara puak dan fahaman menjadi lebih kusut sehingga tidak ada persefahaman dalam menjalinkan persaudaraan sesama islam.Terdorong dengan ideologi dan fahaman mereka sendiri sehingga terlupa bahawa Islam itu satu..Allah itu satu!
Kita lihat sendiri di Palestin,perbezaan ideologi diantara Fatah dan Hamas menjadi jambatan pada bangsa Yahudi membunuh bangsa mereka sendiri.
Hamas menuntut bumi Palestin yang merdeka dan mereka juga telah dipilih oleh masyarakat Palestin sendiri secara demokrasi,salahkah mereka berjuang menuntut hak mereka?
Namun begitu Fatah juga mahukan negara Palestin merdeka namun sedia bertolak ansur dengan bangsa Yahudi dan menurut telunjuk Amerika Syarikat.Itu yang menjadi perbalahan kerana Hamas mahukan negara Islam yang benar2 merdeka dan bebas dari pengaruh orang2 musyrik.Dan apabila tempoh gencatan senjata selama 6 bulan sejak Jun 2008 kian berakhir,dengan tekanan demi tekanan diberikan oleh puak Zionis yang memaksa mereka hidup dalam kebuluran,tanpa kemudahan dan ubat-ubatan serta yang pasti mereka sudah tidak sanggup lagi melihat rundingan demi rundingan sedangkan ramai kanak-kanak dan orang tua menderita.

Israel tidak akan cuba berdamai dan selama mana pun mereka akan terus membunuh umat islam kerana mereka percaya pada Nabi Muhammad dan mereka percaya pada Al-Quran dan Hadis..namun mereka tidak mahu mengikuti syariat Islam.Ini kerana terdapat sebuah hadis yang mengatakan bahawa,orang2 Yahudi akan bertempiran lari dan bersembunyi disebuah pohon kerana umat islam Palestin sudah bangkit dan mencapai kemenangan..tetapi sekiranya saat itu berlaku,maka bersiap sedia lah untuk menghadapi hari kiamat.Itulah kenyataan dari hadis tersebut yang mengatakan bahawa Palestin akan menang dan masa itu hari kiamat juga sudah tiba.Oleh dengan demikian,orang2 Yahudi meyakini akan kebenaran hadis tersebut cuma mereka enggan mengakui Nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul.Mereka takut untuk memberi kemenangan tersebut kerana mereka tidak mahu dunia kiamat dan mereka mahu terus hidup..dan juga mereka tahu bahawa tempat mereka dimana bila dunia sudah berakhir..mereka adalah bangsa yang dilaknat Allah!...Oleh itu tanpa henti mereka memperkosa minda dan iman umat islam agar terus berbalah sesama sendiri dan terus melupakan syariat Islam.

Amerika Syarikat yang menaungi dan merestui perbuatan kejam Israel ini menjadikan dunia mengutuk tindakan berat sebelah yang ditunjukkan negara yang bangga kononnya mendokong demokrasi dan membenci keganasan..adakah tindakan Israel ini bukan siri keganasan???
Perang melawan keganasan yang diusahakan oleh Amerika Syarikat tidak mungkin akan tamat selagi mereka terus menunjukkan sikap berat sebelah dan anti Islam.Yang nyata ratusan militan dan gerila islam akan mula wujud dan bercambah semata2 untuk memerangi Amerika.Kebencian mula disemai dan kedamaian tidak mungkin akan berlaku selagi Amerika sendiri tidak berhenti menaja keganasan dan pembunuhan yang dilakukan Israel terhadap orang Islam Palestin..

0 comments: