Monday, January 19, 2009

Oh Kerja..

45,000 pekerja kilang diberhenti

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Kira-kira 45,000 pekerja dari pelbagai sektor pengilangan mungkin kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan kilang akan memberhentikan sementara pekerja menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada hujung bulan ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam berkata, perkara itu berlaku kerana pengurusan kilang akan menutup operasi selama dua atau tiga minggu dan pekerja diminta mengambil cuti sama ada diberi cuti bergaji atau tanpa gaji.

Sumber:Utusan Malaysia

Berita diatas adalah sebahagian dari tajuk utama kebanyakkan akhbar2 di Malaysia.Walaupun berita sebegini rupa sudah kedengaran dari hujung tahun 2008 lagi,tetapi kini kisahnya semakin gawat.Hampir setiap hari kes-kes pemberhentian kerja sukarela (VSS) kedengaran tak kira dari mana sumbernya tapi yang nyata perkara ini adalah begitu serius dikalangan rakyat Malaysia.Dengan keadaan ekonomi yang merudum jatuh,harga barangan konsumer yang masih membebankan,desakan hidup akibat kekurangan sumber pendapatan.Ia tidak seperti dizaman bermewah2 dahulu dimana semua orang mampu memiliki,mempamer dan bergaya dengan barangan serba mahal serta cara hidup yang melampau.Dan apabila keadaan gawat melanda,apakah persediaan yang kita ada???Adakah kita cukup bersedia menghadapinya??

Dengar khabarnya,terdapat banyak syarikat2 besar multinasional yang mengambil langkah drastik untuk mengurangkan kos.Walaupun kebanyakkan diantara syarikat2 tersebut adalah pemain utama(big player) bagi industri2 seperti elektronik dan automotif.Kita lihat sahaja apa yang terjadi pada Ford,syarikat yang dilabelkan sebagai pengusaha pertama didunia yang mana perintis pada industri permotoran itu bemula daripada seorang yang bernama Henry Ford.Lalu mencipta nama sehingga gah dipelusok dunia berlabelkan nama beliau sendiri.Tapi kini dalam sekelip mata menuju kehancuran walaupun untuk memajukan industri tersebut memakan masa hampir beratus tahun lamanya.

Antara yang merunsingkan para pemerintah ialah kadar pengangguran akibat dari kemelestan ekonomi ini.Rakyat yang hilang pekerjaan memungkinkan lebih banyak lagi kadar jenayah di sesebuah kejiranan.Tekanan dan keperitan hidup juga mendorong perlakuan nekad dan mengakibatkan sejumlah nyawa mungkin melayang atau anak2 yang kehilangan tempat bergantung apabila ibu bapa mereka meringkuk didalam penjara.Dalam kes itu juga,ia memungkinkan bilangan pengemis atau jenayah juvana melibatkan kanak2 bawah umur yang terpaksa memilih jalan sukar untuk terus hidup.Disini apakah peranan kerajaan dalam menangani krisis ekonomi yang lebih teruk dari tahun 1924 atau 1998??

Sejauh mana peranan agensi kerajaan atau kementerian berkaitan sumber manusia dalam menangani masalah kehilangan pekerjaaan??

Pada saya dengan mengambil kira jumlah dan senarai nama pekerja yang diberhentikan tidak membawa apa makna.Banyak kilang yang sedia 'bungkus'..adakah wajar terus menanti kalau2 ada kekosongan lalu diminta mengambil mereka yang telah dibuang ini tanpa mengira keperluan adakah mereka sesuai melakukan pekerjaan itu?pada saya mungkin ia akan lebih memburukkan keadaan kerana untuk melatih semula tidak akan mempercepatkan proses pemulihan.Silap2 makin bungkus...

Yang penting inisiatif harus dilakukan bagi menjana ekonomi secara domestik.Kita tidak harus bergantung pada pasaran luar atau bergantung pada urusniaga Dolar Amerika.Lihatlah kini bila Dolar Amerika susut nilai,ekonomi yang bergantung padanya terus lumpuh...serata dunia!

Dan apa yang paling membimbangkan saya ialah bahawa dengan limpahan tenaga kerja masa kini,syarikat2 yang mana tidak terjejas teruk mula mengambil kesempatan mengupah pekerja dengan kadar yang murah sehingga tidak berbaloi dengan pekerjaan yang dilakukan.Ini kerana rakyat mula sedar sekiranya ada peluang maka ia tidak harus dilepaskan..daripada memilih kerja tapi hidup susah lebih baik kerja sahaja tanpa banyak soal.Pasti ramai yang akan ditindas dan dikerah tenaganya tanpa simpati.


0 comments: