Monday, April 12, 2010

DR.PORN...TIP



Latest Story 12/04/2010 12:10pm

Wakil kerajaan Malaysia menafikan dakwaan Dr.Porntip.

klik sini.

Khunying Pornthip Rojanasunand M.D.Itulah nama seorang doktor forensik terkenal di Asia.Namanya semakin popular di Malaysia pada tahun lepas setelah kejadian terjun bangunan sehingga menyebabkan kematian seorang setiausaha politik Adun Selangor.
Peribadinya yang unik dan namanya pun seakan-akan menonjolkan sesuatu 'kekotoran' tetapi hakikatnya wanita ini kehidupannya bergelumang dengan sesuatu yang kita anggap misteri dan menakutkan.Semasa kejadian Tsunami melanda Asia pada tahun 2004,beliau merupakan pakar patologi yang bertungkus lumus mengenal pasti mangsa bencana itu di Thailand.Kisah kepakarannya juga banyak disiarkan di media massa seluruh dunia dan menjadi begitu popular di negara asalnya iaitu Thailand.Beliau terkenal juga kerana imej beliau sebagai seorang doktor bercirikan punk rock menjadikan beliau lebih dikenali kerana keunikannya.
Namun begitu di Thailand,beliau juga mempunyai musuh-musuh yang terdiri daripada sesiapa juga yang terlibat dalam sesuatu kes yang disiasat oleh beliau.

Di Malaysia pula,beliau menjadi popular kerana kenyataannya yang merumuskan kematian Teo Beng Hock adalah 80% disebabkan pembunuhan.Beliau yang dibawa ke Malaysia atas undangan kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat untuk membantu mencari penyelesaian berkenaan punca sebenar kematian setiausaha politik itu.

Dengan tafsiran patologi beliau yang hanya berdasarkan gambar-gambar mangsa yang diambil ketika kejadian dan semasa proses bedah siasat,memaksa inkues kematian Teo Beng Hock tertangguh dan menyebabkan mayat mangsa digali semula untuk proses bedah siasat kali kedua.Bersama-sama dengan pakar patologi Malaysia,UK dan Dr.Porntip sendiri sebgai pemerhati,bedah siasat kali kedua berjaya dilakukan dengan jayanya.
Dan selepas itu,beliau menghilangkan diri dan pulang ke Thailand tanpa ada apa berita atau penjelasan.

Fikirkan secara kasar,berapa besar jumlah wang yang dikelaurkan untuk semua proses ini?Wang siapa yang dibelanjakan?

1.Kos untuk Dr.Porntip datang ke Malaysia dan membuat 'rumusan' ialah USD 120,000.00 untuk sejam tidak termasuk penginapan di hotel dan juga kos-kos lain.Ia adalah ditanggung oleh kerajaan Selangor sudah semsetinya kerana mereka yang mengundang beliau bukan pihak kerajaan pusat.Wang siapa?

2.Kos untuk pakar patologi asing yang mewakili kerajaan pusat sebagai pemerhati tidak diketahui jumlahnya..mungkin lebih dari Dr.Porntip.Wang siapa?

3.Kos untuk menjalankan post-mortem kedua yang melibatkan kos penggalian semula kubur,kos hospital dan kos-kos lain.Wang siapa?

Dan terbaru,terdengar beberapa desakan daripada rakyat Malaysia untuk mengundang kembali Dr.Porntip ke Malaysia bagi meneruskan inkues Teo Beng Hock yang tertangguh.Namun dikhabarkan bahawa beliau tidak akan datang kerana mendakwa terdapatnya unsur 'tekanan' dari kerajaan Malaysia.

Pada pendapat aku,beliau harus meneruskan inkues dan menamatkan apa yang beliau telah mulakan.Sebagai seorang pakar patologi,beliau tidak harus tunduk dengan sebarang tekanan walau apa cara sekalipun.Beliau harus bertanggungjawab dengan kenyataannya sebelum ini dan kini setelah pelbagai usaha dan cara dilakukan,beliau harus tampil memberi keterangan.Sekiranya beliau enggan,maka reputasinya sebagai pakar patologi akan tercalar kerana memberikan kenyataan yang retorik semata-mata tanpa disokong oleh hujah yang berdasarkan bukti forensik.

Sebenarnya 'tekanan' itu mungkin sudah dirasakan pada saat awal pembabitan beliau dalam kes ini.Kematian Set-Pol Adun Selangor yang merupakan parti pembangkang di Malaysia dilihat sebagai satu peluang untuk mengaitkan permainan isu politik dimana kes ini terjadi semasa mangsa dalam proses siasatan SPRM berkenaan kes salah guna kuasa dan rasuah.
Kenyataan yang seolah-olah hanya untuk memberi 'tekanan' kepada kerajaan akhirnya dibalas dengan menerima 'tekanan' pula.Ini proses yang membuang masa dan merugikan.
Semua usaha yang telah dilakukan hanya sia-sia sekiranya Dr.Porntip gagal berkerjasama meneruskan sesi inkues.

Ini bukanlah kenyataan berbau perkauman tetapi aku ingin sekali bertanya.

Adakah usaha yang serupa akan dilakukan sekiranya orang melayu yang menjadi mangsa?

Tekaan aku..mungkin tidak ada.

Lihat disini.

Sunday, April 11, 2010

Nilai Sebuah Anugerah Ciptaan Manusia

Kemeriahan anugerah di negara kita baru saja berlalu.Penuh gemilang baju warna warni dan macam ragam bentuk manusia yang dah tak serupa manusia lagi pun ada.
Kita buat semua perkara yang orang lain buat.Kalau kita tak buat kita bukan tergolong dalam kelompok manusia yang maju.Maju kemana bukan soalannya tetapi yang penting kita selalu ikut orang.Itulah yang sering kita lihat dan alami dalam warna-warna glamor kehidupan.Namun tak semua berfikir begitu.

Seorang genius matematik yang berasal dari Russia telah menolak sebarang penghargaan yang cuba dianugerahkan kepada beliau kerana telah berjaya menyelesaikan beberapa masalah berkaitan matematik.Beliau diakui dan telah diiktiraf sebagai manusia paling bijak dalam ilmu matematik abad ini.Tetapi beliau telah menolak semua anugerah yang ditawarkan malahan menolak juga hadiah lumayan bernilai 1 Juta.

Kenapa???adakah kerana beliau hanya pakar dalam formula matematik tetapi tidak tahu menilai wang 1 juta??Semua orang yang tidak berapa pandai matematik termasuklah aku merumuskan bahawa beliau bodoh sebenarnya.Kalau kita lain tak pandai tak pe..janji boleh kira duit..hidup senang.Itu kita la..bukan insan genius yang aku maksudkan disini ialah Grigory Perelman.

Lihat dibawah ini alasan beliau menolak:

"As far as I know, after there was so much media attention ... he did not want to be a public person and to look like an animal in the zoo," Rukshin said.(Perelman's high school math teacher)

Moral of the story:

Anugerah pemberian manusia walaupun dengan nilai yang boleh membuatkan manusia itu berubah keadaan hidupnya sebenarnya bukan satu yang harus diinginkan serta dijadikan matlamat.
Anugerah kurniaan tuhan itu lebih berharga pada manusia yang tahu menggunakannya dengan betul dan boleh memberi manfaat pada manusia yang lain.

Yang pasti kebijaksanaan tidak boleh dinilai dengan pangkat,anugerah atau wang ringgit.
Kebijaksanaan itu hanya boleh dinilai melalui keikhlasan hati.

Jika tidak,kita adalah sama seperti makhluk lain didalam zoo...barangkali yang dalam zoo tu lebih bijaksana dari kita.

Renung-renungkanlah..

Cerita lanjut klik sini.

Tuesday, March 16, 2010

Internet 10mb sesaat bulan ini!

Shah Alam dinobatkan sebagai antara kawasan yang mempunyai rekod tertinggi dalam pengunaan Internet.Statistik itu sudah tentu termasuk jugak aku..

Ini ada berita baik untuk semua pengguna Internet,kita dijangka akan menikmati kelajuan internet lebih 10 megabit sesaat (Mbps)pada bulan ini.

Untuk maklumat lanjut,sila klik sini.

Program UNIMAP tidak diiktiraf???




UPDATE 16/03/2010 5.08 petang:
Naib Canselor UNIMAP memberi kenyataan balas dalam akhbar hari ini.Baca sini.

UPDATE 16/03/2010 12.46 malam
Bahagian Akreditasi UNIMAP telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut.Untuk maklumat lanjut,klik di sini.


POSTING ASAL:

Hari ini,Kosmo melaporkan bahawa terdapat 16 kursus yang ditawarkan oleh Universiti Malaysia Perlis tidak diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan dan badan profesional.
Baca di sini.

Kursus itu tidak dapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Sebenarnya,isu ini sudah aku ketahui sejak tahun 2009 lagi.Namun begitu tiada pihak yang mahu tampil kehadapan dan membawa isu ini ke pihak kerajaan.Mengikut maklumat dan rungutan yang aku dapati di forum2,kebanyakkannya kursus yang tidak diiktiraf itu adalah daripada bidang Kejuruteraan.

Pada tahun lepas juga,aku ada terbaca rungutan seorang bapa yang anaknya tidak mendapat pekerjaan di sektor awam kerana ijazahnya tidak diktiraf.Kursus yang tidak diiktiraf itu pula adalah Kejuruteraan Metalurgi.Aku tertarik untuk mengetahui lebih lanjut perkara ini kerana ada seorang kenalan yang mempunyai kelulusan dari UNIMAP dalam bidang yang sama.Cuma perkara ini belum lagi disahkan kebenarannya.Pihak Kementerian Pengajian Tinggi pun masih belum membuat sebarang kenyataan.

Persoalannya,

1.Kenapa sejak dari 2001 hingga 2010,kursus yang ditawarkan belum diberi pengiktirafan?Ini satu penganiayaan kepada pelajar dan juga graduan yang telah menamatkan pengajian.Macam mana nak bayar hutang PTPN,kalau ijazah pun tak laku?

2.Apa fungsi Kementerian Pengajian Tinggi?adakah isu ini tidak penting?kesian mak bapak pelajar yang berhabis duit hantar anak ke IPTA dan pelajar juga menghabiskan masa hingga 4 tahun tetapi akhirnya membawa ijazah yang tak laku.Dato' Khaled Nordin selaku menteri kena bertanggungjawab dan tolong bayar hutang PTPN pelajar.

3.Apa reaksi UNIMAP?Yuran dah diambil dan pelajar pun dah ramai graduate.Kalau dah tahu tak diiktiraf oleh Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),kenapa teruskan kursus???Nak untung ke?

Kosmo tak melaporkan dengan lebih details,so kita tak dapat pastikan masalah yang sebenarnya.Diharap pihak kerajaan dapat menyelesaikan isu ini dan memberi penerangan kepada semua rakyat terutama pelajar2.

Saturday, March 6, 2010

Keadilan pada semua manusia...



Keadilan harus ditegakkan walau dengan apa jua cara sekalipun.Oleh kerana itu mengikut peraturan manusia,walaupun penjenayah sudah mengaku salah sekalipun namun dia tetap ada hak untuk dibicarakan.

Pada logik akalnya,kalau si pesalah dah mengaku salah,jatuhkan saja hukuman tanpa adakan perbicaraan yang membuang masa.Tetapi,kita harus menghormati undang-undang.Kita bukan dirimba.Kita di celahan manusia berakal dan berilmu.

Kenyataan ini tidak berunsurkan politik,hanya pemahaman dari akal yang kecil dan sederhana.Aku ingin mengulas sedikit berkenaan kes Liwat 2 antara DS Anwar Ibrahim dan Saful Bukhari.

Kita semua tidak tahu siapa yang benar dan bersalah dalam hal ini.Tetapi undang-undanh harus dihormati dan tugas pengamal undang2 adalah mencari keadilan bukannya mencari kelemahan teknikal.

DSAI dan peguamnya memberi alasan teknikal dan cuba menghentikan dan menamatkan segala perbicaraan.Dari kes mau digugurkan,pendakwaraya digugurkan dan terbaru hakim juga mahu digugurkan.Selepas ini apa lagi yang hendak digugurkan?

DSAI merayu sokongan dari luar negara dan mengadakan road shownya yang boleh dianggap sebagai mahkamah jalanan dimana hakim dan peguamnnya adalah beliau sendiri.Rakyat hanya boleh mendengar dan terus menyokong.

Bagaimana dengan yang mendakwa dia diliwat?Saiful Bukhari tidak diberi ruang untuk mempertahankan diri.Dia tidak meminta simpati dari luar negara,tidak mengadakan road show.Saiful hanya menggunakan jalan perundangan iaitu mahkamah untuk membicarakan pertuduhannya.Begitu ke keadilan?

Yang terkenal itu tertuduh.Tapi yang menjadi mangsa orang yang menuduh.Tiada ruang.
Beliau bersumpah untuk menyatakan apa yang dituduhnya itu tidak bohong dan tidak direka.Tetapi yang dituduh iaitu DSAI sehingga hari ini tidak mahu bersumpah muhabalah.Lantas semua adalah konspirasi tetapi tiada juga bukti yang jelas.Kenapa?
Begini,kalau tak mahu bersumpah tidak melakukan liwat,itu hak beliau.Tetapi beliau harus membuktikan segala tuduhan itu tidak benar melalui saluran yang betul.Itu yang paling penting.Berani kerana benar.

Jika sumpah Saiful berjunjungkan naskah suci Al-Quran tidak diiktiraf oleh DS Anwar Ibrahim dan beliau juga enggan melakukan sumpah yang sama kerana menerima nasihat Ulama dunia mengatakan bahawa sumpah muhabalah tiada dalam Islam.Tetapi kenapa beliau iktiraf pula pengakuan bersumpah PI Balasubramaniam dan Raja Petra yang lari setelah menuduh orang???Itu keadilan cara Islam ke?

Sebenarnya,sebagai manusia yang menghormati undang2 dan juga sebagai pemimpin sebuah parti memperjuangkan keadilan,DS Anwar seharusnya menggunakan mahkamah sebagai platform mencari keadilan.Buktikan pada dunia bahawa Saiful itu pembohong.
Namun DS Anwar memilih platform politik untuk keadilan dan bukan undang2.Kenapa?

Malah yang lagi menghairankan ialah beliau memohon supaya Saiful didakwa dan dihukum secara undang2 syariah iaitu Qazaf.Bermakna Saiful harus dikenakan 80 sebatan (tak pasti) kerana menuduh tanpa membawa 4 orang saksi lelaki.Habis cerita.Maknanya simple,tak perlu mendakwa DS Anwar kerana mahkamah syariah telah menjatuhkan hukuman kepada Saiful kerana menuduh tanpa saksi.Ape perlu lagi perbicaraan di mahkamah Sivil?

Untuk pemahaman,hukum qazaf hanya boleh dilaksanakan pada orang yang tiada kena mengena tetapi membuat tuduhan.Dalam kes DS Anwar,Saiful adalah mangsa.Berbeza tafsiran itu.
So,dimana keadilan untuk mangsa iaitu Saiful?Kalau begitu,orang bukan Islam akan melabelkan Islam adalah zalim.Si mangsa akan menderita dan tertuduh lepaskan diri.
Kalau begitu juga selepas ini, wanita yang dirogol ditempat yang sunyi tanpa ada sesiapa yang menjadi saksi dan wanita itu menuduh seseorang merogolnya.Tak perlu risau,kerana lelaki itu tidak boleh dikenakan hukuman kerana wanita itu tidak membawa 4 orang saksi.Malah wanita yang kena rogol pulak kena sebat kerana kesalah menuduh.Macam mana?Keadilan ke?


maka lebih ramai lah perogol didunia..

Klik disini untuk pemahaman lebih lanjut.

Thursday, March 4, 2010

Idea





Aku ingin memberi respon atas kecenderungan pembikin cerita di Malaysia ini.Idea mereka seolah-olah tertumpu pada sesuatu yang akan menjadi popular.Tak kiralah sama ada idea itu nampak pandai atau nampak bodoh.Yang penting dapat duit.

Pada aku itu bukan matlamat sebenar orang bidang seni.Keindahan boleh digarap melalui pelbagai cara,yang buruk jadi cantik dan yang bodoh boleh jadi pandai.Itu seni..penafsiran berbeza tapi kepuasannya sama.Dalam konteks memberi hiburan pada khalayak ramai,orang seni juga seharusnya bertanggungjawab untuk mereka sesuatu yang boleh menerbitkan emosi dan reaksi pelbagai.

Minggu yang sudah aku terbaca satu keratan akhbar mengulas berkenaan drama di Astro iaitu kisah si Halimah Jongang.Aku tidak pernah menontonnya dan sesekali tidak berhajat untuk menghayatinya.Itu bukan genre aku waima Ugly Betty sekalipun.
Penulis mengatakan bahawa penerbit dan pembikin drama Melayu menghina OKU.Dari sudut pandangan pengulas Halimah Jongang selalu disendakan dan ditertawakan.Itu realiti dunia.Yang cantik dipuja puji dan yang buruk dicerca dikeji.

Dan terbaru ketika sedang berehat melayani perasaan malam jumaat,aku terlihat preview di saluran sama,sebuah drama baru bakal ditayangkan diberi judul Fatimah Juling....dah lepas jongang,juling pulak!

Di Amerika satu ketika hingga kini,sebuah drama bersiri popular Ugly Betty menjadi fenomena seluruh dunia.Aku membaca sedikit ulasan dari majalah berkenaan pelakon wanita yang memainkan peranan Betty.Cantik juga dia diluar.Kisahnya bermula dari seorang yang gagal dalam semua sebab kerana diskiriminasi tetapi beliau berjiwa kental mengharungi hidup dan percintaan.Baru-baru ini aku melihat preview musim terbarunya menghighlightkan bahawa musim tersebut Betty akan dilamar oleh 2 jejaka.Hebat!

Berlainan pula dengan Halimah yang duduk dikampung macam orang tak berjaya wataknya dan serba sedikit diselitkan kisah makcik2 berleter dan mengumpat sesama sendiri.
Inikah idea yang hendak ditonjolkan??

Mungkin ada moral yang baik hendak dipaparkan pada semua drama..tapi janganlah diulang kisah yang sama.Nanti penonton bosan kata orang Malaysia tak support cerita Melayu.

Dulu aku kecik2 ada cerita Minah Senget...

Tuesday, February 9, 2010

PERAK DARUL RIDZUAN...Berakhirnya Persoalan Politik

Pada hari ini 9 Februari 2010,Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Dato' Zambry Abd Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah mengikut Perlembagaan.
Akhirnya badan perundangan tertinggi di Malaysia yang mengakhiri pertikaian politik ini dimana bekas MB Dato Seri Nizar memfailkan saman injunksi untuk menghalang Dato Zambry dari menjalankan tugasnya serta perlantikan itu disifatkan olehnya tidah sah.

Setelah setahun berlalu dan pelbagai polemik yang berlaku sehingga hampir menjadikan negeri Perak huru hara dengan kemelut yang disebabkan keputusan DYMM Sultan Perak yang tidak memperkenankan permintaan Dato Seri Nizar untuk membubarkan Dewan setelah kehilangan 3 ahlinya yang memilih untuk menyertai BEBAS dan menyokong BN.

Dengan keputusan yang dibuat oleh DYMM Sultan Perak,maka bermulalah suatu era baru kemelut politik yang hebat di Perak antaranya tindakan melampau di Dewan Undangan Negeri dan lain-lain lagi.

BERIKUT ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.

“Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.”


Diatas adalah petikan dari Utusan Malaysia merujuk kenyataan DYMM Sultan Azlan Shah mengenai senario yang berlaku selepas peristiwa itu dari sudut Istana.

Dan dibawah pula senario dari sudut perundangan.

Apa yang telah berlaku?

1.Najib datang mengadap dan buktikan kepada Sultan, majoriti ahli DUN Perak menolak MB Nizar dan menyokong MB yang baru
2.MB Nizar datang mengadap dan mohon DUN dibubarkan serta terangkan kenapa perlunya pembubaran.
3.Setelah mendengar kesemua pihak dan menilai berdasarkan keterangan yang ada di hadapannya (yang jelas menunjukkan majoriti telah menolak MB Nizar,) permintaan pembubaran DUN telah ditolak oleh dan istana dengan menggunakan kuasa budibicara yang ada padanya di bawah peruntukan 18 (2) (b) (peruntukan 18 (2) (b) menunjukkan sultan bukan hanya perlu berfungsi sebagai “rubber-stamp” tetapi ada kuasa budi-bicara di bawah bidangkuasa sedia ada yang ada padanya di dalam menerima atau menolak permohonan pihak eksekutif).
4.Disebabkan tidak ada perkenan istana untuk DUN dibubarkan dan dan majoriti ahli DUN mahukan ketua eksekutif baru dan menolak kepimpinan Nizar, baginda Sultan telah menitahkan MB Nizar dan exconya meletak jawatan secara bersama sebagai ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri sejajar dengan peruntukan Fasal 16 (6).

Jelas ada 3 bahagian di dalam keseluruhan peruntukan 16 (6) tersebut;

1. Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN – sila ambil perhatian bahawa tidak dinyatakan di sini bagaimana atau prosiding apakah yang wajib untuk menentukannya.
2. MB hendaklah (“shall”) meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (“Exco”) termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco – Perkataan “shall” bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan.
3. Bahagian Ketiga (di tengah-tengah Fasal 16 (6)): Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan – ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan MB memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan MB di sini. Tetapi yang pastinya ada peruntukan 18 (2) (b) untuk sultan gunakan budibicaranya.

Apa itu Fasal 18 (2) (b)?

Dan bagi memastikan tindakannya mengikut bidangkuasa sedia ada ke atasnya, Sultan Perak telah menggunapakai kuasa budi bicara (kuasa untuk menentukan sesuatu dan bertindak berdasarkan budibicara dan penilaian sendiri) yang ada padanya di bawah 18 (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk tidak memperkenankan permintaan pembubarkan DUN oleh MB. Ini dinyatakan dan digunapakai bagi menunjukkan kuasa yang ada padanya adalah bukan hanya untuk berfungsi sebagai “rubber-stamp” apabila MB membuat permintaan untuk pembubaran

Dari sudut Perlembagaan Persekutuan pula iaitu yang tertinggi sekali di Malaysia dan menjadi lambang "Supremacy Of Law",disini beberapa sebab kenapa MB Nizar pada masa itu harus meletak jawatan.

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan artikel 4 Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan mesti menjadi undang-undang teratas di dalam negara ini – the supremacy of the constitution, justeru ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Kenapa dinyatakan MB Nizar sudah hilang majoriti sokongan?

“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

Tindakan DYMM Sultan Perak memanggil ketiga-tiga ahli dewan undangan negeri adalah tepat.
Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit.Difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Pokok ceritanya,isu disini adalah lebih tidak adalah isu moral ketiga-tiga YB berkenaan.Sebenarnya ia tidak berkaitan langsung dengan isu DYMM Sultan dan pembubaran DUN.DYMM Sultan hanya menjalankan tanggungjawabnya berlandaskan undang-undang sedia ada dan baginda mempunyai kuasa mutlak menyelesaikan masalah ini.

Difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.

Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”

Dan hari ini setelah keputusan dibuat,maka pelbagailah versi 'kehakiman' mengikut perlembagaan sendiri berkumandang.Yang menang bersyukur,yang kalah hampa.Namun ada juga yang tidak dapat menerima dan membuat kenyataan yang boleh dianggap melampau.
Ini kenyataan yang tidak masuk akal.

Disini juga ada satu kenyataan yang melibatkan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat
yang saya kira boleh ditafsirkan "menghina mahkamah".Beliau menyatakan bahawa rakyat lebih berhak membuat keputusan daripada mahkamah,maka kenapa harus membawa isu ini ke mahkamah?Baca sini..

Sumber:sini,sini