Friday, February 27, 2009

Best Sport Photoshoots...Olympic Beijing 2008

Feeling sungguh mamat ni..
Ni nak terjun ke nak tidur??
Powwww!!
Nak kalah buat2 tidur pulak ko ye!!
Rasa tapak kaki aku!!
Kegigihan golongan OKU..semangatnya hingga ke Olimpik..kita???
sempat lagi mengejek...
Ooopppsss...

Thursday, February 26, 2009

Naik...

Kabinet kaji semula kenaikan tol esok: PM


Kabinet yang bermesyuarat esok akan mengkaji semula kenaikan kadar tol lima lebuh raya pada 1 Mac yang diumum hari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

sumber:Berita Harian Online

Aku dah agak statement dari PM kita ni...rakyat dah puas melalak baru nak terhegeh-hegeh kaji semula.Buat satu pengumuman lepas tu bila orang ramai tak puas hati..menggelabah nak kaji semula.Aku betul-betul pelik kalau ketua kerajaan tak fikir dulu bila buat keputusan.Apa keputusan tak melalui perbincangan ke??Apa menteri terlibat boleh buat keptusan sesuka hati ke tanpa merujuk pada kabinet??sibuk sangat ke ahli kabinet hingga tak dapat nak berbincang.Ini satu beban pada rakyat dan dah tentu rakyat gelisah.Nak makan pun susah waktu ini,tapi kerajaan nak membantu menyusahkan lagi.Harga barang pengguna yang naik tak turun2,tak mahu pula kaji..

Sekarang orang kampung aku yang sekolah sampai darjah tiga suku pun tahu apa itu 'flip-flop'...jawapan mereka mudah...Pak Lah!...

Baru2 ini Pfizer menyatakan melalui kajian dengan beberapa responden terdiri dari rakyat Malaysia menjelaskan bahawa golongan lelaki dan perempuan di Malaysia tidak puas seks..kalau macam ni gaya peranan kerajaan dalam membantu rakyat,maka banyak lagi benda yang tak puas...harga barang naik,kos hidup naik,sekarang tol pulak naik...tak mustahil 'benda' tu pun boleh jadi tak nak 'naik'!!..alahai..

Dear Politicians...

A letter of appeal to Malaysians Politicians.

We are carrying this message in a full page advert in the Star tomorrow. Pls forward, email, blogpost, facebook this message if you share the same sentiments, thanx, anas zubedy


Dear Malaysian Politicians,

Please stop the power chase, call for a truce and focus on the economy.

I do not claim to speak on behalf of all Malaysians, but I have strong convictions that many share my sentiments.


Our concern today is not who rules the country or heads the state governments but the looming bad economy.

Whether Barisan Nasional or Pakatan Rakyat leads, it is meaningless if Malaysians have no job to go to, no money to pay rent and no means to put food on the table.

I am a business owner, like other business owners and managers of corporations I have a responsibility to ensure people under my care and payroll continue to have jobs and a decent income to take home. We work hard and willing to go the extra mile to make sure our nation not only survive this crisis but come out stronger and wiser. We need your help.

Let me explain. I am in the business of Training, Development and Consultancy and have 20 people in my team.

Saedah is 42. She keeps the office clean and helps organise the training rooms. She has four children and her husband is unemployed. She was first hired on a part time basis, because she is very hard working and has a great attitude, we offered her a full time job to help provide a stable income for her family. Even then, when her third child started school this year, it was a struggle for her to buy new school uniforms and other necessities. Saedah lives on a ‘kais bulan, makan bulan’ basis, so, if she is jobless, her tap runs dry.

Samsuri is 27 years old. He lives with his sister and her family in a low cost government flat in Sunway. He does our despatch, helps with various clerical works and occasionally acts as a driver. During the first week at zubedy, we learned that he not only did not have money to buy new clothes and shoes for work, he had no money for lunch. Like Saedah, if he has no job, his tap runs dry too.

Alicia in Client Servicing turns 26 this year. She lives with her dad who is 71 years old and retired. Her mom passed away when she was little. Alicia is a hard-working team member, has a gentle caring outlook and fun to be with. (We like to poke fun at her as she blushes easily). Last May her dad went through a major operation, thank God he has recovered well. Alicia needs a job, both for herself and her dad.

Sudesh, 38, is one of our facilitators. When his father passed away last year, he moved back and lives with his mother in Seremban. He shuttles between Kuala Lumpur and Seremban daily, leaving home sometimes as early as 4 in the morning and returning late at night. He is no stranger to hard work and sacrifice, he knows what he needs to do to survive and to care for his mother, but he too needs a job.

Like fellow Malaysians, every one of us in zubedy needs employment, those that live from hand to mouth like Saedah and Samsuri and others like Alicia and Sudesh with family to care for. We Malaysians need the Malaysian economy to be strong. We need you, our leaders, to work hard and to work together to make our economy viable.

So this is my plea.

Pakatan Rakyat, please stop your attempts to take over the federal government and persuade BN’s lawmakers to join you. Stop all legal proceedings, no more 916 and let go, just let go. The nation can wait till the next general elections if they want change. By doing so, Malaysians will see your party as caring, unselfish and gracious and give you their support in the next elections.

Barisan Nasional, please stop any attempts to take over PR states and win over PR’s lawmakers. You have proven your point with Perak. The nation can wait for the next general elections if they want your party. Focus all your talent, energy and hard work in steering the country out of an economic downturn. By doing so, Malaysians will see your party as caring, unselfish and smart and give you their support in the next elections.

BN and PR! Call for a truce. Get together and compromise. Someone has to give in. Or has hate consumed your heart till it blinds you? You can do it. You have enough intelligent people between you. I am sure you can find solutions. Take the nation to heart. That is why you are in politics in the first place.

Focus on the people.

Focus on the economy.


Anas Zubedy
Managing Director
Zubedy (M) Sdn Bhd

Tuesday, February 24, 2009

Cantik...


Aku rasakan dia cantik bila orang memandang,bila orang memuji,bila orang menjegil matanya melihat indah miliknya...terpana dan terpesona walau dia tidak segah mana..

Aku rasakan dia paling cantik bila hati berdegup kencang,bila angin menyapa helaian rambutnya,bila waktu seakan berhenti berdetik...tergamam dan terpaku walau jiwanya tidak setabah mana...

Aku rasakan dia sememangnya cantik bila semua yang baik dan elok adalah kerananya...bila yang jahat dan buruk adalah kerana aku...mengikut dan mengangguk walau perasaan berperang dungu...

Mungkin aku bagai gagak yang terbang bebas,mengutip sampah sarap tinggalan orang,lalu aku mengunyah dan melapah sisa walau ia memang busuk dan membusukkan..cukup waktu akan ditembak kerana berkeliaran, menyepahkan dan menyemakkan...mungkin??

Sunday, February 22, 2009

2 Dunia 1 Bangsa.

38 Parallel ataupun garisan selari dijajaran Khatulistiwa.

Sempadan yang dikawal oleh Korea Selatan dengan kerjasama Amerika.

Sempadan disebelah Korea Utara.Tentera yang mengawal sempadan berdiri berhadapan dan saling berpandangan untuk mengelakkan salah seorang daripadanya berpaling tadah ke Korea Selatan.




Sempadan yang memisahkan Korea Utara dan Korea Selatan.Perbezaan politik telah menyebabkan satu bangsa,etnik dan budaya telah terpisah.Bayangkan jika kita sendiri mengalami sejarah yang sama?Difahamkan bahawa sempadan ini adalalah yang paling berbahaya di dunia.Ini kerana sempadan 248 km dan lebar zon sempadan ialah seluas 4 km yang dipenuhi periuk api,perangkap maut jika sesiapa yang ingin melintasinya.

Saturday, February 21, 2009

Silaturahim..


Masa dihadapan belum pernah pasti sifat yang kurang dan yang lebih
Yang kurang itu mesti datangnya dari kesilapan diri
Yang lebih itu pasti datangnya dari yang esa

Kita tak kan berhenti merungut pada yang kurang
Kita senantiasa tidak senang hati dengan segala yang lebih
Mahukan yang lebih kita tinggalkan yang kurang
Dan yang terkurang itu menjadi pertanyaan dan persoalan

Yang bertaut kita genggam tak lepas jadi bekalan
Yang kusut kita leraikan jadi jadi pedoman
Masa akan berhenti bila kita akan meninggalkan
Dan tertinggal hanya kenangan dan sifat baik yang kita berikan
Masa akan mengubah segala peristiwa
Sejarah tak pernah kenal yang baik dan yang jahat
Sama adil dan sama dapat
Saat kita berlindung pasti kita tahu bahawa bekal yang dulu disimpan telah tertinggal
Kita bersedih kerana apa yang dibawa hanya harapan
Moga diberi satu saat untuk kita mengucapkan penghargaan
Pada setiap kebaikan dan keikhlasan...

Tuesday, February 17, 2009

Krisis

Segalanya krisis.

Krisis Bahasa

Pejuang bahasa melancarkan 'perang' untuk memansuhkan sistem pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.Ada yang pro dan ada yang kontra.Kalau budak2 sekarang tak ambil berat pasal bahasa kebangsaan apalagi budak2 yang mak bapaknya orang Melayu tetapi bahasa di rumah adalah bahasa Inggeris.Serba serbi Barat.SMS pun bahasa Flinstones!Nak salahkan cikgu yang mengajar??alangkan dijentik telinga sikit dah repot kat Harian Metro.Aku ni masih tergiang tamparan cikgu Kemahiran Hidup yang hinggap kat pipi satu masa dulu di waktu aku darjah 5 barangkali.Tak repot pun?Yang jadi ribut pasal kualiti budak Melayu yang tak tahu nak cakap Inggeris.Budak bandar memang pandai tapi kalau budak estet,budak kampung,budak luar bandar yang mana pendedahan tu kurang kepda bahasa inggeris selain bahasa mak bapak iaitu Tamil,Jawa,Bugis,Banjar dll.Yang pandai budak Cina sebab mereka tak tahu nak malu cakap inggeris.Kalau belajar Inggeris hilang ke Melayu??Aku masih sokong bahasa Melayu dikembalikan untuk mengajar Sains dan Matematik tapi kalau difikirkan ada baiknya juga.Subjek tu yang penting dan subjek tu juga lah budak2 Melayu jauh ketinggalan dalam pelajaran.

Krisis Ekonomi

Kilang tutup,gaji bulan hanya dapat gaji basic saja,OT tak ada,Insentif tak ada,Bonus tak ada.Tapi kira beruntung lagi kalau masih ada kerja.Ada yang tengah banyak duit tak tahu nak buat apa sebab nak balik kampung berniaga dengan modal VSS.Tak tahu apa nak diniagakan.

Krisis Kehidupan

Bila duit dah makin kurang,nak cari duit dah bukan senang dengan jalan yang halal maka benda yang bodoh adalah dengan merompak.Duit dapat cepat dan nyawa pun hilang cepat.Dulu polis masih nak kejar perompak tapi sekarang buat habis minyak aje.Terus tembak lagi mudah sebab kalau tunggu lama sikit nanti nyawa polis pulak dah melayang.Dulu perompak bawak guni nak angkut duit tapi sekarang perompak dah angkut senjata canggih lebih hebat dari pistol polis.Ada juga yang bawak mercun nak buat letup mesin deposit tunai.Pasal tu polis sekarang pun dah pakai Mitshubishi Lancer Evo Turbo sebab nak saing dengan perompak pakai kereta mewah yang disamun.Orang kaya dah pakai kancil saja dulu buat tak pandang sekarang nak jaga nyawa mula naik sayang.Ekonomi merudum dan meleset duit nak cari makan pun dah tak cukup.Barang berharga dah tak ada nilai sebab kalau dapat curi siapa nak beli??semua orang tak ada duit??jadi yang bernilai tinggi waktu ini ialah makanan.

Krisis Privasi

Nak tidur bogel takut nanti ditangkap gambar alat sulitnya.Jadi tatapan semua orang.Sana sini orang takut dengan apa yang dipanggil kamera,CCTV dan apa juga yang boleh merakam.Dalam lif orang tengok,dalam tandas orang tengok dan dalam bilik tidur pun orang snap!!

Monday, February 16, 2009

Orang Minyak Kembali lagi..


Sejak malam ini aku bayangkan ramai yang tak mahu tidur berdua...kalau yang dah kahwin tak banyak masalah tapi yang belum kahwin berjaga-jaga lah..orang minyak sudah kembali!

Dulu orang minyak pilih anak gadis...bini orang yang masih bergetah...tapi zaman kini orang minyak moden alaf baru sudah memilih..modus operandi sudah berubah..
Yang jadi buruan adalah perempuan yang sudah diakhir 30an dan mempunyai jawatan exco penting pentadbiran negeri...paling tidak pun wanita yang punya kuasa dan memiliki kereta jenis Camry.

Jangan terperanjat dan terkejut kalau sekiranya esok pagi gambar alat sulit menjadi tumpuan..itu kerja orang minyak!

Tapi salah ke kalau kita tidur bogel??bukan buat macam2...umpama menteri kesihatan yang tak berapa sihat moralnya itu..

Kepala Sakit

Kepala sakit...kepala yang mana???

Saat ku jenguk sinar mentari menusuk dalam hangat membakar setiap sendi2..
Panas terasa kuyu kan mata melihat alam bagai berpinar
mengundang bungkamnya jiwa ingin lena..lena di mana?

Simpan berhari senak terasa bagai resah tak diam
ingin cerita seribu satu kisah hikayat jiwa lara..siapa nak dengar??

diperbasahan terlerai kehangatan siang,
malam mengundang senja yang datang mentari nak pulang,
jauhkah perjalananmu wahai kawan?

berahi mendesak memancutkan cinta
dalam ransangan tersimpan rindu dendam
dapatkah ku lepaskan atau ia membeku rendam..dapatkah di renang?

kalau sakit ini masih berdenyut akan ku telan sampai pagi kembali
kalau mentari dah datang janganlah kau sirami hangat sinarmu..
cukup sekadar jadi penerang dalam terang benderang
hati lelaki yang suram dan kelam..

Sunday, February 15, 2009

Manusia dan Kasih Sayang..

Malam ni sungguh panas sebab dah berapa hari rasanya aku tak merasa dingin hujan.Cuaca panas kering kontang dan segersang batinku kerna bendera orang umah sedang berkibar..hehehhehe.Tapi sekiranya bendera itu berkibar tanpa halangan pada waktu panas ini mungkin akan aku 'ignore' sahaja minda nakal itu.Bukan aku dah kurang minat atau masalah kurang 'kuat' tapi badan yang panas terasa bahang,tubuh rasa melekit dan berpeluh di kala malam bulan mengambang...eh itu filem Noir Malaya...tak terasa ingin untuk bermesra apalagi berasmara waktu ku teringin dingin malam.

Oleh kerna semalam datangnya Hari Kekasih,waktu dan ketika semua manusia meraikan untuk berkasihan dan bercintaan..tapi tidak bagi aku kali ini.Hanya kali ini kerna aku tidak bersemangat lagi nak menunjukkan kasih sayang hanya kerana 'Valentine Day' sebab aku rasa kasih dan cintaku selau berputik tidak mengira waktu dan saatnya.Lalu ku ringkaskan saja dan untuk menyedapkan hati isteriku..lantas kubawa menjamu selera santapan malam di sebuah restoran ala barat yang baru dibuka hampir sahaja dari rumahku.Dan untuk menghabiskan waktu selepas itu lalu isteriku menemani aku kali ini menghabiskan sisa malam Valentine di ranjang...bukan saudara....bukan diranjang tapi di pawagam menonton cerita yang kurasa menarik perhatian aku iaitu "the Curious Case Of Benjamin Button".Sudah kujangkakan filem ini pasti membuat akau rasa happy kerana seperti tajuknya yang juga seperti menonjolkan aku iaitu bersikap 'curiosity'.Pada mulanya isteri ku kelihatan seakan malas untuk menemani aku,tetapi mungkin kerana hendak menjaga hatiku dia ikut sahaja..dengar tajuk pun dah rasa filem ni 'heavy' dan sesuai untuk aku yg memang seorang berfikiran kritikal.Awal2 lagi isteriku berkata mungkin dia akan tidur lena kerana kami menonton slot midnite...tayangan start pukul 11.20 mlm..dah larut dan pada ketika itu di malam minggu dan jatuh pula di malam kasih sayang..mungkin sudah ramai yang mengkerekot bersama kekasih dikatil atau sedang pulun habis untuk round yg entah ke berapa!...Aku malas nak fikir sebab aku sendiri tengah berbahang ketika itu..Filem lakonan Brad Pitt kali ini memang bagus dan aku terlalu menghayati ceritanya..iaitu kisah waktu yang berlawanan..dari tua ke muda..dilahirkan untuk tua dahulu dan berakhir ke muda sehingga bayi..dan aku terfikir bahawa filem ini membawa aku ke satu pemikiran yang agak dalam..Apakah yang akan kita lalui dan rasai bila kita terpaksa melihat kehidupan dalam waktu yang sangat panjang?dan ia juga memabawa aku terfikir bahawa seronoknya jika kita melalui alam tua dahulu dan mengakhiri hidup kita seperti bayi yang baru lahir...tapi akhirnya aku rasa mengalah kerana cerita ini juga mengajar mindaku bahawa tidak semua yang kita mahukan akan berakhir dengan kegembiraan.Alangkah besarnya kejadian yang diaturkan oleh maha esa Allah SWT dan kita ini hambanya melaui segala dengan sempurna..

Thursday, February 12, 2009

Selamat Tinggal Rumahku....








Bekas MB Perak akan kosongkan kediaman rasmi, serah kenderaan

12/02/2009 9:27pm

IPOH 12 Feb. — Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini berkata, beliau akan menyerahkan kediaman dan kenderaan rasmi yang digunakan sejak awal tahun ini, dalam masa terdekat. - Bernama

Akhirnya....mantan Datuk Menteri Besar Perak beralah juga untuk meninggalkan 'istana' yang didiami hampir 11 bulan.Tentunya banyak kenangan yang suka dan apalagi yang duka telah nyata...terpaksa menerima kenyataan bahawa kuasanya sudah tiada lagi.Bila sultan tidak perkenan lalu membuat keputusan berdasarkan peruntukan sedia ada yang tidak boleh disanngah,oleh kerana sultan juga adalah orang yang lebih mahir dengan undang2 dan juga negeri dibawah jajahan takhluknya sepanjang jubli perak pemerintahan,mustahil tidak arif berkenaan negerinya sendiri.

Bila yang kecewa membantah keputusan itu,lalu berteriaklah juga terlolonglah semua yang ada menyokong,malah ada juga yang mula berani menderhaka kepada sultan yang selama ini dianggap memayungi rakyat apalagi kepada orang Melayu.

Kerana apa perlu dibantah...alasannya ialah dia dipilih secara demokrasi sebagai 'Menteri Besar' oleh rakyat.Benarkah????

Pada saya ia tidak benar dan bercanggah dengan fakta...

Perlu diingat..rakyat memilih seseorang pemimpin melaui proses demokrasi iaitu pilihanraya untuk menjadi wakil rakyat diperingkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.Tetapi rakyat tidak punya kuasa untuk melantik Menteri Besar.Ia hanya diberi kuasa kepada Sultan mengikut peruntukan negeri melalui calon2 yang dipilih oleh parti pemerintah dan hanya secara rasmi bergelar Menteri Besar setelah diperkenan oleh Sultan.Maka jika Sultan punya kuasa untuk melantik lalu Sultan juga sudah tentu punya kuasa untuk memecat!

Rakyat memilih pemimpin sebagai wakil rakyat dan bergelar Yang Berhormat secara demokrasi.Oleh itu Sultan tidak punya kuasa untuk memecat Yang Berhormat dari mewakili rakyat.Itu pilihan rakyat!Hilang gelaran dan kuasa sebagai Menteri Besar tapi tidak hilang gelaran dan kuasa sebagai Wakil Rakyat di Dewan Undangan Negeri..Bersyukurlah....

Mungkin itu yang telah difikirkan oleh mantan Menteri Besar setelah hampir seminggu tidak mahu menerima kenyataan...

Tuesday, February 10, 2009

Jangan main2 dengan saya...

1.Bila orang ramai buat laporan atas kebiadapan beliau menentang dan mencabar maruah kesultanan melayu,lalu beliau mengugut pula nak ambil tindakan pada orang yang berani buat laporan.

2.Seorang peguam terkenal dan berpengalaman separuh usia dalam politik Malaysia,pengamal undang2,dan selalu mewakili setiap perbicaraan kes berprofil tinggi...kini tersepit dan boleh pula mencabar kembali.Orang buat laporan supaya dilakukan siasatan sekiranya terdapat unsur2 yang boleh dibawa untuk pengadilan secara perundangan,tapi belum dakwa dah ugut orang jangan main2 dengan dia..bukannya orang ramai nak ambil tindakan secara melulu tanpa undang2..dia tak usah risau lah..

3.Bila dia buat kenyataan berkenaan pergolakan dan rasa amarahnya pada kepimpinan parti beliau,tidak satu orang pun yang terdekat dalam parti menyokong beliau..kasihan sungguh.Yang disokong terus menerus adalah orang yang beliau namakan sebagai punca segala masalah..disuruh bertaubat lagi.

4.Yang pasti angin panas dari jiwa orang Melayu kini membara dan bertiup laju 250km sejam..jika tidak dikawal boleh tumbang si pencabar sultan ini.

Saturday, February 7, 2009

Bolasepak Malaysia...masih adakah sinar gemilang??


Seperti yang kita semua rakyat Malaysia telah maklum bahawa pihak Kementerian Belia Dan Sukan telah mengambil alih pengurusan bolasepak kebangsaan yang kian merudum jatuh prestasinya.Sebenarnya kemerosotan mutu bolasepak negara bukanlah sesuatu yang baru,ia telah mula tercetus diakhir tahun 90an lagi.tetapi kini ia semakin tenat dan harus dirawat dengan satu formula yang paling luar biasa.

Ada pandangan yang mengatakan bahawa peminat bolasepak tempatan tidak lagi membantu peningkatan skuad kebangsaan.Ini bermula daripada apa yang ditonjolkan melaui liga dalam negeri yang mutunya tidak setaraf peringkat antarabangsa.Itu memang tidak patut diberi perbandingan sekiranya kita mahu melihat pasukan bolasepak negara seperti pasukan Brazil,Perancis,Germany dll.Mereka sudah jauh kedepan dan melangkaui era gemilang yang tak kan mampu kita kecapi dalam masa paling hampir.Liga dalam negeri mereka sangat bagus dan bermutu.Bukan sebab pemain yang berbakat sahaja namun pengurusan bolasepak yang efektif juga memainkan peranan.Selalu kita lihat bakat2 yang fantastik dilahirkan oleh liga tempatan mereka sehingga mampu mencapai taraf superstar dan ikon bolasepak dunia.Perkembangan pemain remaja sentiasa diselenggara dengan berkesan dan setiap masalah yang dihadapi dihuraikan secara kolektif.Persatuan memainkan peranan penting dalam hal ini kerana setiap polisi dan dasar hanya akan terlaksana jika pemantauan dibuat secara tersusun.

Di Malaysia,pegawai atasan persatuan terdiri daripada kalangan orang yang terlibat dalam politik.Tidak mustahil penumpuan itu serba kekurangan kerana untuk melahirkan satu pasukan yang kuat dan bagus,komitmen pentadbiran sangat diperlukan dari akar umbi persatuan.
Persatuan bolasepak harus dikemudi oleh individu profesional seperti sebuah perniaagaan yang mempunyai CEO hebat..bolasepak juga harus begitu.Untuk melahirkan skuad kebangsaan yang bagus,liga tempatan haruslah mencapai tahap yang sangat tinggi.

Sebagai penonton bolasepak di kaca tv,apa yang kita selalu ingin lihat ialah satu permainan yang menghiburkan dan berkualiti dengan seni bolasepak yang tinggi.Disebabkan itulah ramai masyarakat kita sendiri lebih memilih menonton perlawanan negara luar seperti di Eropah.Mereka mahu kepuasan menonton.Jika dengan melihat liga tempatan yang serba kekurangan setiap tahuin hanya begitu sahaja,maka kepuasan itu tidak akan datang..lalu perhatian peminat tempatan kian pudar kerana letih dan bosan melihat liga tempatan macam tu aje!..

Peminat bolasepak sejati bukan menonton perlawanan kerana mahu melihat kemenangan semata-mata..tapi seni hiburan sukan yang berkualiti juga menghiburkan sebenarnya menjadi keutamaan..walaupun kalah tetapi sangat bersemangat dan bermutu..ia tetap mendapat sokongan.

Saya teringin melihat pasukan bolasepak Malaysia dikemudi oleh CEO yang berwawasan dan mampu mentadbir pasukan seperti sebuah perniagaan.Harapan untuk bolasepak Malaysia masih ada dihati walaupun saya tidak hidup dizaman Mokhtar Dahari,Soh Chin Aun dan ramai lagi..namun sinar perubahan itu sentiasa diharapkan.

Daulat Tuanku!







1.Orang Melayu khususnya pada masa kini rasa dukacita kerana ada segelintir orang melayu sendiri sudah lupa adat dan budaya yang dipegang dan dijunjung berkurun lama.Ada juga melayu pada nama,namun dihati mereka sudah hilang jati diri seorang melayu tulen.

2.Di bumi Malaysia yang dahulunya dikenali Tanah Melayu,ini bermakna tanah ini adalah milik orang Melayu yang terdahulu.Tiada apa yang boleh menafikan hakikat ini walau berjuta tahun sekali pun tanah ini tetap Tanah Melayu.

3.Orang Melayu yang dipayungi oleh sultan sebagai ketua agama islam dan juga tuan tanah disetiap negeri yang masih berintitusikan kesultanan melayu.Namun kini apa yang terjadi sangat memalukan.Orang melayu sendiri yang menderhaka dan tidak lagi menghormati sultan mereka.

4.Kita boleh lihat situasi ini di Perak,yang mana pada masa ini sedang keributan kerana pihak yang menguasai telah hilang kuasanya.Titah sultan untuk berundur dan meletak jawatan dibalas dengan mohon derhaka.

5.Selama 11 bulan pihak Pakatan Rakyat mentadbir negeri Perak,yang mampu kita lihat ialah penguasaan dan kecenderungan kepada DAP yang menguasai walaupun Menteri Besar nya adalah dari parti PAS.Dengan izin Sultan Perak yang mahukan seorang melayu islam menjadi pemimpin negeri,maka dilantilah Dato' Seri Mohd Nizar sebagai MB perak yang ke 10.DAP yang menguasai kebanyakkan kerusi di Perak terpaksa akur dengan keputusan Sultan.Apa yang jelas,MB ini seperti boneka yang diapit oleh 2 orang sepupu iaitu dari DAP Ngeh dan Nga..

6.Pemberian konsesi balak,pengurniaan tanah kepada penduduk kampung baru sehingga mendapat teguran dari pihak istana.Adakah ini keputusan Nizar???Ya...memang Nizar yang memutuskan tapi yang menentukan adalah Ngeh dan Nga.

7.Bila Sultan tidak perkenan hajat Nizar (idea Ngeh & Nga) untuk membubarkan dewan dan dipaksa pula menerima kenyataan untuk meletak jawatan lalu dengan murka menghina keputusan sultan.Sampai kini masih lagi tidak mahu berundur dan mahu pula menyaman Sultan Perak!..ini adalah derhaka tahap no.1!

8.Penyokong2 yang panas hati,tidak sanggup melihat orang yang disokong hilang kuasa,merusuh dan memprotes sehingga mencemarkan maruah bangsa Melayu sendiri.Diamuknya kereta Raja Muda dan melemparkan bahasa kesat terhadap sultan Melayu sendiri..

9.Persoalan disini,dimana penyokong DAP???Dimana penduduk Cina yang telah dapat tanah itu??dan kenapa orang Melayu pula yang perlu merusuh dan melampaui batas terhadap sultan???

10.Disini ingin saya katakan,kalaupun ia sangat kasar tapi hati saya sangat pedih melihat apa yang berlaku.Orang melayu kini adalah bangsa yang mudah dibeli dan diarah.Terlalu fanatik dan terlalu mengikut perasaan tanpa pertimbangan akal.Dalam kes di Perak,orang DAP tidak perlu merusuh sebab kerja2 mengganas dan memaki hamun itu adalah kerja yang paling sesuai dilakukan oleh orang Melayu.Orang Cina tak payah buat apa2.Mereka pun bukan bodoh nak merusuh buang masa seperti itu.Sebab mereka tidak fanatik dan menggunakan akal fikiran untuk melakukan sesuatu..dan mungkin mereka sendiri terlalu menghormati Sultan Perak berbanding orang Melayu sendiri.

11.Orang Melayu tidak mahu memikirkan jalan untuk berjaya dan memperoleh sesuatu peluang walaupun mereka dibumi bangsa mereka sendiri.Mereka bukan penumpang..mereka adalah penyambung warisan orang Melayu terdahulu.Tapi dengan tindakan bodoh dan biadap terhadap sultan mereka sendiri,haruskah mereka layak dilabelkan tuan punya tanah Melayu???

12.Bangsa lain hanya memerhati gelagat kita yang gila..sebab mereka tahu itu memang kesukaan bangsa kita.Memuja dan mudah terpengaruh dengan sesorang yang hanya pandai bercakap indah tapi dalam diam menikam belakang dan merosakkan maruah bangsa mereka sendiri.

13.Tindakan seorang peguam ingin menyaman Sultan adalah sesuatu yang melampau.Negeri Perak itu diturunkan dan diwariskan zaman berzaman oleh keturunan diraja Perak.Tuan tanah berkuasa atas negerinya sendiri.Adakah dengan ytidak mendapat keputusan yang kita tidak sukai lalu kita berhak melampaui batas????

14.Sedarlah orang Melayu...kita harus tahu asal usul kita.Kita bukan bodoh!Kita bukan bangsa yang mudah mengikut telunjuk!jangan menang sorak sahaja tapi akhirnya tanah sendiri tergadai!

Thursday, February 5, 2009

Daulat

Senario yang berlaku,satu Malaya kecoh tentang kemelut yang melanda politik Perak..sehingga akhirnya diputuskan oleh DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak yang juga kepala kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan.

Tidak kira dari phak yang mana,kerajaan BN atau kerajaan PR..keptusan telah dibuat oleh baginda Sultan.Maka dengan itu sebagai rakyat yang menjunjung sembah ke bawah duli..orang Melayu khususnya harus mendokong pendirian dan segala yang diputuskan.Jangan ada pertelagahan berkaitan kuasa Sultan..semua orang harus kembali pada konsep raja berpelembagaan.

Tuesday, February 3, 2009

Politik mempolitikkan yang berpolitik..

Apa maksudnya perkataan yang diulang berulang-ulang...aku sendiri pun pening nak mentafsirkannya satu persatu.Betapa sukarnya kita memahami sesuatu yang jelas dan nyata tetapi setiap perbuatan atau kelakuan yang mencerminkan kenyataan tersebut sebenarnya mencerminkan seribu persoalan.

Politik

Huru hara disana sini,setiap media samaada berpihak kerajaan atau pembangkang,laman blog atau web yang menyiarkan artikel atau komen peribadi setiap individu..ceritanya banyak berkisar tentang keadaan politik masa kini.Sambil diselang selikan dengan cerita2 tentang pemberhentian kerja,penutupan kilang,kegawatan ekonomi..itulah cerita sensasi nombor terlaris di bualkan oleh orang ramai.Kisah ahli parlimen atau DUN lompat melompat,ditawarkan sehingga RM50 juta untuk menyertai parti yang lain..modus operandi masa kini serang dan tangkis lalu menyerang kembali..itu konsep sebenarnya.Sedang rakyat bergelora menahan sengsara bergelut dengan keadaan ekonomi yang meruncing,orang politik lagi runsing memikrkan siapa lagi selepas ini yang nak main lompat2...duduk saja lah memegang jawatan yang diamahkan oleh rakyat yang mengundi..elaun dapat walau modal cakap je,tayang muka bila nak kempen pilihanraya..apa lagi nak kecoh2 lompat2...nak pilihanraya pun lama lagi.Di setiap negeri termasuk Selangor pimpinan PKR pun ADUN yang jadi exco disediakan pemandu dan kereta kerajaan..pihak PKR siap beli kereta baru lebih power dari perdana..sedang orang awam bergelut dalam kesesakkan trafik,bila sesak minyak pun sesak,poket sesak,jiwa sesak dan macam2 yang sesak...tak kurang juga yang dah sesat haluan,hilang pertimbangan sehingga terlibat dalam jenayah.Ini semua situasi untuk keberlangsungan hidup.Tuduh TPM bakal jadi PM terlibat menawarkan rasuah..lalu buat pengakuan sumpah..sumpah lagi!senang betul orang sekarang main sumpah2..dulu2 aku kecik2 nak sebut sumpah pun takut sebab risau salah sumpah jadi batu,lesung,kuali...sekarang bayar upah kat pesuruhjaya je..pas tu sumpah la macam mana pun...dikira sumpah.Kesan dari semua orang sumpah2 ni jangan pulak kalau dah banyak sangat sumpah tuhan turunkan bala..jadi betul2..jadi sesumpah!.Kan lebih senang tunjuk bukti...orang sekarang macam dah tak percaya dan tak ambil peduli lagi bila dengar orang bersumpah untuk mempertahankan kebenaran..silap2 penjenayah yang benar2 buat jenayah pun buat akuan bersumpah.Hakim dan pihak pendakwaan nak terima ke??????

Mempolitikkan

Kisah penjenayah juga tak kurang hebatnya..jadi penjenayah juga boleh diangkat menjadi hero rakyat.Dengan sokongan untuk meraih populariti,pihak yang berpolitik mempolitikkan penjenayah pulak.Robin Hood pun dipuja sebagai hero sebab banyak tolong rakyat..tapi kes tahanan atau suspek jenayah juga banyak ke tolong rakyat???orang2 yang kereta mereka hilang gembira ke kereta mereka hilang??ada tak yang simpati dengan mereka???
Dan paling mengecewakan aku,sejak sebelum merdeka ramai pejuang yang melawan penjajah serta pengganas komunis terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara...bila penjenayah kena tembak lapor akhbar..bila polis kena tembak semua orang diam..kenapa???polis bukan hero ke???Tahun 2007 beberapa anggota polis yang membuat serbuan ke atas penjenayah melibatkan kes dadah telah diserang hendap sehingga mengorbankan seorang anggota polis.Malangnya tiada yang simpati atas nasib keluarga anggota polis tersebut yang kehilangan orang tersayang..dimana simpati kita???

Berpolitik.

Terkini,kerajaan pakatan rakyat yang dipimpin oleh Dato; Sero Ir Mohd Nizar telah tumbang dan digantikan oleh kerajaan Barisan Nasional yang mendapat mandat majoriti lebih dari 3 kerusi sahaja.Setelah beberapa siri dan episod lompat melompat,dan akhirnya selesai sudah segalanya..setalah Sultan Perak tidak memperkenankan usul Nizar untuk membubarkan DUN maka setelah beberapa perjumpan bersama tuanku dijalankan pada hari ini..muktamad sudah Perak kini kembali dikuasai oleh BN.Maka Toyota Camry yang baru dibeli tu tak sempatlah untuk memanaskan enjinnya...
Ada pendapat terutama pada parti pembangkang tidak menerima keputusan Tuanku Sultan..dan Nizar juga nampaknya tidak mahu meletak jawatan sebagai MB yang mana itu adalah salah satu penderhakaan pada titah sultan.
Tapi aku lebih tertarik dengan komen Ku Li yang menegaskan kepada semua pemimpin politik untuk terus berhenti main politik...keadaan negara yang ekonominya merudum dan keadaan ekonomi juga menekan rakyat..harus keutamaan untuk mempertingkatkan ekonomi dan meringankan beban rakyat menjadi agenda utama.
Itu juga barangkali selari dengan titah baginda Sultan Perak yang enggan membubarkan DUN kerana Tuanku pasti berfikir bahawa untuk mengadakan pilihanraya sekali lagi,berkempen sana sini sudah tentu membuang masa dan belanja..baik diutamakan dulu kepentingan rakyat.
Lagipun apalah gunanya berpilihanraya sekali lagi sekiranya hanya untuk menentukan 3 kerusi sahaja...memang buang masa.Senario kini kita tak mahu lihat lagi kempen politik,kita dah muak...semua banyak ragamnya.