Saturday, February 7, 2009

Bolasepak Malaysia...masih adakah sinar gemilang??


Seperti yang kita semua rakyat Malaysia telah maklum bahawa pihak Kementerian Belia Dan Sukan telah mengambil alih pengurusan bolasepak kebangsaan yang kian merudum jatuh prestasinya.Sebenarnya kemerosotan mutu bolasepak negara bukanlah sesuatu yang baru,ia telah mula tercetus diakhir tahun 90an lagi.tetapi kini ia semakin tenat dan harus dirawat dengan satu formula yang paling luar biasa.

Ada pandangan yang mengatakan bahawa peminat bolasepak tempatan tidak lagi membantu peningkatan skuad kebangsaan.Ini bermula daripada apa yang ditonjolkan melaui liga dalam negeri yang mutunya tidak setaraf peringkat antarabangsa.Itu memang tidak patut diberi perbandingan sekiranya kita mahu melihat pasukan bolasepak negara seperti pasukan Brazil,Perancis,Germany dll.Mereka sudah jauh kedepan dan melangkaui era gemilang yang tak kan mampu kita kecapi dalam masa paling hampir.Liga dalam negeri mereka sangat bagus dan bermutu.Bukan sebab pemain yang berbakat sahaja namun pengurusan bolasepak yang efektif juga memainkan peranan.Selalu kita lihat bakat2 yang fantastik dilahirkan oleh liga tempatan mereka sehingga mampu mencapai taraf superstar dan ikon bolasepak dunia.Perkembangan pemain remaja sentiasa diselenggara dengan berkesan dan setiap masalah yang dihadapi dihuraikan secara kolektif.Persatuan memainkan peranan penting dalam hal ini kerana setiap polisi dan dasar hanya akan terlaksana jika pemantauan dibuat secara tersusun.

Di Malaysia,pegawai atasan persatuan terdiri daripada kalangan orang yang terlibat dalam politik.Tidak mustahil penumpuan itu serba kekurangan kerana untuk melahirkan satu pasukan yang kuat dan bagus,komitmen pentadbiran sangat diperlukan dari akar umbi persatuan.
Persatuan bolasepak harus dikemudi oleh individu profesional seperti sebuah perniaagaan yang mempunyai CEO hebat..bolasepak juga harus begitu.Untuk melahirkan skuad kebangsaan yang bagus,liga tempatan haruslah mencapai tahap yang sangat tinggi.

Sebagai penonton bolasepak di kaca tv,apa yang kita selalu ingin lihat ialah satu permainan yang menghiburkan dan berkualiti dengan seni bolasepak yang tinggi.Disebabkan itulah ramai masyarakat kita sendiri lebih memilih menonton perlawanan negara luar seperti di Eropah.Mereka mahu kepuasan menonton.Jika dengan melihat liga tempatan yang serba kekurangan setiap tahuin hanya begitu sahaja,maka kepuasan itu tidak akan datang..lalu perhatian peminat tempatan kian pudar kerana letih dan bosan melihat liga tempatan macam tu aje!..

Peminat bolasepak sejati bukan menonton perlawanan kerana mahu melihat kemenangan semata-mata..tapi seni hiburan sukan yang berkualiti juga menghiburkan sebenarnya menjadi keutamaan..walaupun kalah tetapi sangat bersemangat dan bermutu..ia tetap mendapat sokongan.

Saya teringin melihat pasukan bolasepak Malaysia dikemudi oleh CEO yang berwawasan dan mampu mentadbir pasukan seperti sebuah perniagaan.Harapan untuk bolasepak Malaysia masih ada dihati walaupun saya tidak hidup dizaman Mokhtar Dahari,Soh Chin Aun dan ramai lagi..namun sinar perubahan itu sentiasa diharapkan.

0 comments: