Monday, April 12, 2010

Dimana Orang Islam?

Ini petikan dari Blog Aduka Taruna,manusia yang...entahlah.tak tergamak aku nak sebut.
Kebiadabannya tidak mencerminkan peribadi seorang penganut Islam.

Aduka Taruna Quote;

'Ya Allah.. sesungguhnya, solat gua, ibadah gua, hidup gua dan mati gua hanya untuk Lu. Maafkan gua masa silam. Tetapkan gua di jalan yang lurus. Amin.'

Komen aku:
Ada ke orang memohon doa pada Allah SWT menggunakan bahasa gua lu..


'Dengan Nama Allah Yang Maha Ego.'

Komen aku:
Tergamak ke kita mentafsirkan ayat 'Bismillah' seperti ini.Masyallah..

Inilah akibatnya kalau terlalu banyak didedahkan dengan tarbiah-tarbiah songsang.
Aku mengklasifikasikan 'Aduka Taruna' ini seorang yang terencat akal ataupun hanya mempergunakan agama untuk menjadi popular dan mencipta blog yang sensasi.Blogger inilah juga yang mengeluarkan kenyataan menghina kemangkatan DYMM Almarhum Sultan Iskandar.

Banyak lagilah ciri-ciri 'kesesatan' blogger yang memakai gelaran Aduka Taruna ini.
Hairan sungguh,dimana penguatkuasa Islam negara?Haruskah kita biarkan manusia ini terus menyesatkan kita?Kenapa tiada tindakan sehingga ke hari ini??

Kalaulah di Iran seperti yang berlaku pada Salman Rushdie,sudah pasti blogger Aduka Taruna ini telah ketakutan kerana diancam bunuh.Pada tahun 1989,pemimpin Iran iaitu Ayatollah Khomeini telah mengeluarkan fatwa bahawa Salman Rushdie halal dibunuh kerana penulisannya dalam karya berjudul 'Satanic Verses'.

Mana PERKASA dan semua NGO Islam?Jangan sibuk hanya pertahan bangsa sahaja sedang agama diperkotak-katikkan oleh orang Islam sendiri.

Persoalan paling besar disini ialah...dimana Parti Islam SeMalaysia (PAS)?
Namun apa nak dihairankan,pada hari ini parti yang memperjuangkan islam juga gagal pertahankan kalimah Allah dan pemimpinnya pula hanya sibuk perjuangkan hukum hudud untuk ahli politik yang enggan dibicarakan di mahkamah sivil kerana ingin menuntut pelaksanaan hukum syariah.

UMNO pula sibuk kembalikan kepercayaan rakyat khususnya orang Melayu yang menolak mereka pada plihanraya lepas.

Masing-masing sibuk..yang untung siapa??

Renung-renungkanlah..

DR.PORN...TIP



Latest Story 12/04/2010 12:10pm

Wakil kerajaan Malaysia menafikan dakwaan Dr.Porntip.

klik sini.

Khunying Pornthip Rojanasunand M.D.Itulah nama seorang doktor forensik terkenal di Asia.Namanya semakin popular di Malaysia pada tahun lepas setelah kejadian terjun bangunan sehingga menyebabkan kematian seorang setiausaha politik Adun Selangor.
Peribadinya yang unik dan namanya pun seakan-akan menonjolkan sesuatu 'kekotoran' tetapi hakikatnya wanita ini kehidupannya bergelumang dengan sesuatu yang kita anggap misteri dan menakutkan.Semasa kejadian Tsunami melanda Asia pada tahun 2004,beliau merupakan pakar patologi yang bertungkus lumus mengenal pasti mangsa bencana itu di Thailand.Kisah kepakarannya juga banyak disiarkan di media massa seluruh dunia dan menjadi begitu popular di negara asalnya iaitu Thailand.Beliau terkenal juga kerana imej beliau sebagai seorang doktor bercirikan punk rock menjadikan beliau lebih dikenali kerana keunikannya.
Namun begitu di Thailand,beliau juga mempunyai musuh-musuh yang terdiri daripada sesiapa juga yang terlibat dalam sesuatu kes yang disiasat oleh beliau.

Di Malaysia pula,beliau menjadi popular kerana kenyataannya yang merumuskan kematian Teo Beng Hock adalah 80% disebabkan pembunuhan.Beliau yang dibawa ke Malaysia atas undangan kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat untuk membantu mencari penyelesaian berkenaan punca sebenar kematian setiausaha politik itu.

Dengan tafsiran patologi beliau yang hanya berdasarkan gambar-gambar mangsa yang diambil ketika kejadian dan semasa proses bedah siasat,memaksa inkues kematian Teo Beng Hock tertangguh dan menyebabkan mayat mangsa digali semula untuk proses bedah siasat kali kedua.Bersama-sama dengan pakar patologi Malaysia,UK dan Dr.Porntip sendiri sebgai pemerhati,bedah siasat kali kedua berjaya dilakukan dengan jayanya.
Dan selepas itu,beliau menghilangkan diri dan pulang ke Thailand tanpa ada apa berita atau penjelasan.

Fikirkan secara kasar,berapa besar jumlah wang yang dikelaurkan untuk semua proses ini?Wang siapa yang dibelanjakan?

1.Kos untuk Dr.Porntip datang ke Malaysia dan membuat 'rumusan' ialah USD 120,000.00 untuk sejam tidak termasuk penginapan di hotel dan juga kos-kos lain.Ia adalah ditanggung oleh kerajaan Selangor sudah semsetinya kerana mereka yang mengundang beliau bukan pihak kerajaan pusat.Wang siapa?

2.Kos untuk pakar patologi asing yang mewakili kerajaan pusat sebagai pemerhati tidak diketahui jumlahnya..mungkin lebih dari Dr.Porntip.Wang siapa?

3.Kos untuk menjalankan post-mortem kedua yang melibatkan kos penggalian semula kubur,kos hospital dan kos-kos lain.Wang siapa?

Dan terbaru,terdengar beberapa desakan daripada rakyat Malaysia untuk mengundang kembali Dr.Porntip ke Malaysia bagi meneruskan inkues Teo Beng Hock yang tertangguh.Namun dikhabarkan bahawa beliau tidak akan datang kerana mendakwa terdapatnya unsur 'tekanan' dari kerajaan Malaysia.

Pada pendapat aku,beliau harus meneruskan inkues dan menamatkan apa yang beliau telah mulakan.Sebagai seorang pakar patologi,beliau tidak harus tunduk dengan sebarang tekanan walau apa cara sekalipun.Beliau harus bertanggungjawab dengan kenyataannya sebelum ini dan kini setelah pelbagai usaha dan cara dilakukan,beliau harus tampil memberi keterangan.Sekiranya beliau enggan,maka reputasinya sebagai pakar patologi akan tercalar kerana memberikan kenyataan yang retorik semata-mata tanpa disokong oleh hujah yang berdasarkan bukti forensik.

Sebenarnya 'tekanan' itu mungkin sudah dirasakan pada saat awal pembabitan beliau dalam kes ini.Kematian Set-Pol Adun Selangor yang merupakan parti pembangkang di Malaysia dilihat sebagai satu peluang untuk mengaitkan permainan isu politik dimana kes ini terjadi semasa mangsa dalam proses siasatan SPRM berkenaan kes salah guna kuasa dan rasuah.
Kenyataan yang seolah-olah hanya untuk memberi 'tekanan' kepada kerajaan akhirnya dibalas dengan menerima 'tekanan' pula.Ini proses yang membuang masa dan merugikan.
Semua usaha yang telah dilakukan hanya sia-sia sekiranya Dr.Porntip gagal berkerjasama meneruskan sesi inkues.

Ini bukanlah kenyataan berbau perkauman tetapi aku ingin sekali bertanya.

Adakah usaha yang serupa akan dilakukan sekiranya orang melayu yang menjadi mangsa?

Tekaan aku..mungkin tidak ada.

Lihat disini.

Sunday, April 11, 2010

Nilai Sebuah Anugerah Ciptaan Manusia

Kemeriahan anugerah di negara kita baru saja berlalu.Penuh gemilang baju warna warni dan macam ragam bentuk manusia yang dah tak serupa manusia lagi pun ada.
Kita buat semua perkara yang orang lain buat.Kalau kita tak buat kita bukan tergolong dalam kelompok manusia yang maju.Maju kemana bukan soalannya tetapi yang penting kita selalu ikut orang.Itulah yang sering kita lihat dan alami dalam warna-warna glamor kehidupan.Namun tak semua berfikir begitu.

Seorang genius matematik yang berasal dari Russia telah menolak sebarang penghargaan yang cuba dianugerahkan kepada beliau kerana telah berjaya menyelesaikan beberapa masalah berkaitan matematik.Beliau diakui dan telah diiktiraf sebagai manusia paling bijak dalam ilmu matematik abad ini.Tetapi beliau telah menolak semua anugerah yang ditawarkan malahan menolak juga hadiah lumayan bernilai 1 Juta.

Kenapa???adakah kerana beliau hanya pakar dalam formula matematik tetapi tidak tahu menilai wang 1 juta??Semua orang yang tidak berapa pandai matematik termasuklah aku merumuskan bahawa beliau bodoh sebenarnya.Kalau kita lain tak pandai tak pe..janji boleh kira duit..hidup senang.Itu kita la..bukan insan genius yang aku maksudkan disini ialah Grigory Perelman.

Lihat dibawah ini alasan beliau menolak:

"As far as I know, after there was so much media attention ... he did not want to be a public person and to look like an animal in the zoo," Rukshin said.(Perelman's high school math teacher)

Moral of the story:

Anugerah pemberian manusia walaupun dengan nilai yang boleh membuatkan manusia itu berubah keadaan hidupnya sebenarnya bukan satu yang harus diinginkan serta dijadikan matlamat.
Anugerah kurniaan tuhan itu lebih berharga pada manusia yang tahu menggunakannya dengan betul dan boleh memberi manfaat pada manusia yang lain.

Yang pasti kebijaksanaan tidak boleh dinilai dengan pangkat,anugerah atau wang ringgit.
Kebijaksanaan itu hanya boleh dinilai melalui keikhlasan hati.

Jika tidak,kita adalah sama seperti makhluk lain didalam zoo...barangkali yang dalam zoo tu lebih bijaksana dari kita.

Renung-renungkanlah..

Cerita lanjut klik sini.

Tuesday, March 16, 2010

Internet 10mb sesaat bulan ini!

Shah Alam dinobatkan sebagai antara kawasan yang mempunyai rekod tertinggi dalam pengunaan Internet.Statistik itu sudah tentu termasuk jugak aku..

Ini ada berita baik untuk semua pengguna Internet,kita dijangka akan menikmati kelajuan internet lebih 10 megabit sesaat (Mbps)pada bulan ini.

Untuk maklumat lanjut,sila klik sini.

Program UNIMAP tidak diiktiraf???




UPDATE 16/03/2010 5.08 petang:
Naib Canselor UNIMAP memberi kenyataan balas dalam akhbar hari ini.Baca sini.

UPDATE 16/03/2010 12.46 malam
Bahagian Akreditasi UNIMAP telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut.Untuk maklumat lanjut,klik di sini.


POSTING ASAL:

Hari ini,Kosmo melaporkan bahawa terdapat 16 kursus yang ditawarkan oleh Universiti Malaysia Perlis tidak diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan dan badan profesional.
Baca di sini.

Kursus itu tidak dapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Sebenarnya,isu ini sudah aku ketahui sejak tahun 2009 lagi.Namun begitu tiada pihak yang mahu tampil kehadapan dan membawa isu ini ke pihak kerajaan.Mengikut maklumat dan rungutan yang aku dapati di forum2,kebanyakkannya kursus yang tidak diiktiraf itu adalah daripada bidang Kejuruteraan.

Pada tahun lepas juga,aku ada terbaca rungutan seorang bapa yang anaknya tidak mendapat pekerjaan di sektor awam kerana ijazahnya tidak diktiraf.Kursus yang tidak diiktiraf itu pula adalah Kejuruteraan Metalurgi.Aku tertarik untuk mengetahui lebih lanjut perkara ini kerana ada seorang kenalan yang mempunyai kelulusan dari UNIMAP dalam bidang yang sama.Cuma perkara ini belum lagi disahkan kebenarannya.Pihak Kementerian Pengajian Tinggi pun masih belum membuat sebarang kenyataan.

Persoalannya,

1.Kenapa sejak dari 2001 hingga 2010,kursus yang ditawarkan belum diberi pengiktirafan?Ini satu penganiayaan kepada pelajar dan juga graduan yang telah menamatkan pengajian.Macam mana nak bayar hutang PTPN,kalau ijazah pun tak laku?

2.Apa fungsi Kementerian Pengajian Tinggi?adakah isu ini tidak penting?kesian mak bapak pelajar yang berhabis duit hantar anak ke IPTA dan pelajar juga menghabiskan masa hingga 4 tahun tetapi akhirnya membawa ijazah yang tak laku.Dato' Khaled Nordin selaku menteri kena bertanggungjawab dan tolong bayar hutang PTPN pelajar.

3.Apa reaksi UNIMAP?Yuran dah diambil dan pelajar pun dah ramai graduate.Kalau dah tahu tak diiktiraf oleh Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),kenapa teruskan kursus???Nak untung ke?

Kosmo tak melaporkan dengan lebih details,so kita tak dapat pastikan masalah yang sebenarnya.Diharap pihak kerajaan dapat menyelesaikan isu ini dan memberi penerangan kepada semua rakyat terutama pelajar2.

Saturday, March 6, 2010

Keadilan pada semua manusia...



Keadilan harus ditegakkan walau dengan apa jua cara sekalipun.Oleh kerana itu mengikut peraturan manusia,walaupun penjenayah sudah mengaku salah sekalipun namun dia tetap ada hak untuk dibicarakan.

Pada logik akalnya,kalau si pesalah dah mengaku salah,jatuhkan saja hukuman tanpa adakan perbicaraan yang membuang masa.Tetapi,kita harus menghormati undang-undang.Kita bukan dirimba.Kita di celahan manusia berakal dan berilmu.

Kenyataan ini tidak berunsurkan politik,hanya pemahaman dari akal yang kecil dan sederhana.Aku ingin mengulas sedikit berkenaan kes Liwat 2 antara DS Anwar Ibrahim dan Saful Bukhari.

Kita semua tidak tahu siapa yang benar dan bersalah dalam hal ini.Tetapi undang-undanh harus dihormati dan tugas pengamal undang2 adalah mencari keadilan bukannya mencari kelemahan teknikal.

DSAI dan peguamnya memberi alasan teknikal dan cuba menghentikan dan menamatkan segala perbicaraan.Dari kes mau digugurkan,pendakwaraya digugurkan dan terbaru hakim juga mahu digugurkan.Selepas ini apa lagi yang hendak digugurkan?

DSAI merayu sokongan dari luar negara dan mengadakan road shownya yang boleh dianggap sebagai mahkamah jalanan dimana hakim dan peguamnnya adalah beliau sendiri.Rakyat hanya boleh mendengar dan terus menyokong.

Bagaimana dengan yang mendakwa dia diliwat?Saiful Bukhari tidak diberi ruang untuk mempertahankan diri.Dia tidak meminta simpati dari luar negara,tidak mengadakan road show.Saiful hanya menggunakan jalan perundangan iaitu mahkamah untuk membicarakan pertuduhannya.Begitu ke keadilan?

Yang terkenal itu tertuduh.Tapi yang menjadi mangsa orang yang menuduh.Tiada ruang.
Beliau bersumpah untuk menyatakan apa yang dituduhnya itu tidak bohong dan tidak direka.Tetapi yang dituduh iaitu DSAI sehingga hari ini tidak mahu bersumpah muhabalah.Lantas semua adalah konspirasi tetapi tiada juga bukti yang jelas.Kenapa?
Begini,kalau tak mahu bersumpah tidak melakukan liwat,itu hak beliau.Tetapi beliau harus membuktikan segala tuduhan itu tidak benar melalui saluran yang betul.Itu yang paling penting.Berani kerana benar.

Jika sumpah Saiful berjunjungkan naskah suci Al-Quran tidak diiktiraf oleh DS Anwar Ibrahim dan beliau juga enggan melakukan sumpah yang sama kerana menerima nasihat Ulama dunia mengatakan bahawa sumpah muhabalah tiada dalam Islam.Tetapi kenapa beliau iktiraf pula pengakuan bersumpah PI Balasubramaniam dan Raja Petra yang lari setelah menuduh orang???Itu keadilan cara Islam ke?

Sebenarnya,sebagai manusia yang menghormati undang2 dan juga sebagai pemimpin sebuah parti memperjuangkan keadilan,DS Anwar seharusnya menggunakan mahkamah sebagai platform mencari keadilan.Buktikan pada dunia bahawa Saiful itu pembohong.
Namun DS Anwar memilih platform politik untuk keadilan dan bukan undang2.Kenapa?

Malah yang lagi menghairankan ialah beliau memohon supaya Saiful didakwa dan dihukum secara undang2 syariah iaitu Qazaf.Bermakna Saiful harus dikenakan 80 sebatan (tak pasti) kerana menuduh tanpa membawa 4 orang saksi lelaki.Habis cerita.Maknanya simple,tak perlu mendakwa DS Anwar kerana mahkamah syariah telah menjatuhkan hukuman kepada Saiful kerana menuduh tanpa saksi.Ape perlu lagi perbicaraan di mahkamah Sivil?

Untuk pemahaman,hukum qazaf hanya boleh dilaksanakan pada orang yang tiada kena mengena tetapi membuat tuduhan.Dalam kes DS Anwar,Saiful adalah mangsa.Berbeza tafsiran itu.
So,dimana keadilan untuk mangsa iaitu Saiful?Kalau begitu,orang bukan Islam akan melabelkan Islam adalah zalim.Si mangsa akan menderita dan tertuduh lepaskan diri.
Kalau begitu juga selepas ini, wanita yang dirogol ditempat yang sunyi tanpa ada sesiapa yang menjadi saksi dan wanita itu menuduh seseorang merogolnya.Tak perlu risau,kerana lelaki itu tidak boleh dikenakan hukuman kerana wanita itu tidak membawa 4 orang saksi.Malah wanita yang kena rogol pulak kena sebat kerana kesalah menuduh.Macam mana?Keadilan ke?


maka lebih ramai lah perogol didunia..

Klik disini untuk pemahaman lebih lanjut.

Thursday, March 4, 2010

Idea





Aku ingin memberi respon atas kecenderungan pembikin cerita di Malaysia ini.Idea mereka seolah-olah tertumpu pada sesuatu yang akan menjadi popular.Tak kiralah sama ada idea itu nampak pandai atau nampak bodoh.Yang penting dapat duit.

Pada aku itu bukan matlamat sebenar orang bidang seni.Keindahan boleh digarap melalui pelbagai cara,yang buruk jadi cantik dan yang bodoh boleh jadi pandai.Itu seni..penafsiran berbeza tapi kepuasannya sama.Dalam konteks memberi hiburan pada khalayak ramai,orang seni juga seharusnya bertanggungjawab untuk mereka sesuatu yang boleh menerbitkan emosi dan reaksi pelbagai.

Minggu yang sudah aku terbaca satu keratan akhbar mengulas berkenaan drama di Astro iaitu kisah si Halimah Jongang.Aku tidak pernah menontonnya dan sesekali tidak berhajat untuk menghayatinya.Itu bukan genre aku waima Ugly Betty sekalipun.
Penulis mengatakan bahawa penerbit dan pembikin drama Melayu menghina OKU.Dari sudut pandangan pengulas Halimah Jongang selalu disendakan dan ditertawakan.Itu realiti dunia.Yang cantik dipuja puji dan yang buruk dicerca dikeji.

Dan terbaru ketika sedang berehat melayani perasaan malam jumaat,aku terlihat preview di saluran sama,sebuah drama baru bakal ditayangkan diberi judul Fatimah Juling....dah lepas jongang,juling pulak!

Di Amerika satu ketika hingga kini,sebuah drama bersiri popular Ugly Betty menjadi fenomena seluruh dunia.Aku membaca sedikit ulasan dari majalah berkenaan pelakon wanita yang memainkan peranan Betty.Cantik juga dia diluar.Kisahnya bermula dari seorang yang gagal dalam semua sebab kerana diskiriminasi tetapi beliau berjiwa kental mengharungi hidup dan percintaan.Baru-baru ini aku melihat preview musim terbarunya menghighlightkan bahawa musim tersebut Betty akan dilamar oleh 2 jejaka.Hebat!

Berlainan pula dengan Halimah yang duduk dikampung macam orang tak berjaya wataknya dan serba sedikit diselitkan kisah makcik2 berleter dan mengumpat sesama sendiri.
Inikah idea yang hendak ditonjolkan??

Mungkin ada moral yang baik hendak dipaparkan pada semua drama..tapi janganlah diulang kisah yang sama.Nanti penonton bosan kata orang Malaysia tak support cerita Melayu.

Dulu aku kecik2 ada cerita Minah Senget...