Sunday, July 3, 2011

BERSIH

Setelah 6 Bulan berehat panjang tanpa menulis atau mengupdate blog,kerana kesempitan masa dan juga kesibukan diri ini menjalani kehidupan baik sebagai manusia,suami dan juga terbaru sebagai seorang bapa..

Kini aku terpanggil untuk mengupas satu isu yang hangat sejak sebulan yang lepas mengenai rancangan beberapa pihak untuk mengadakan perhimpunan yang dipanggil BERSIH 2.0 iaitu sebuah gabungan NGO's yang inginkan keadilan dan ketelusan pilihanraya di Malaysia.Apakah yang ingin di'bersih'kan?

Antara 8 perkara tuntutan BERSIH 2.0 adalah penyemakan semula daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, pemansuhan sistem pengundian pos dan akses media yang adil kepada semua parti bertanding.

Adakah dengan tuntutan2 tersebut memberi makna selama ini pilihanraya di Malaysia dijalankan secara 'kotor'?
Aku tidak ada jawapan untuk itu kerana sepanjang 54 tahun merdeka,sekiranya pilihanraya tidak mengamalkan proses yang demokrasi maka sudah tentu ada kes2 yang boleh dibawa rujukan untuk diberi penilaian sejauh mana tahap ke'kotor'an itu?

Dan kenapa memilih cara berdemonstrasi di jalanan?
Aku ada jawapan yang tepat untuk itu tapi memandangkan segala yang baik jika tidak memihak kepada golongan tertentu maka ia serta merta bukanlah jawapan yang memuaskan hati dan tentu boleh dianggap 'orang kerajaan'.
Jadi aku adalah didalam golongan yang suka memikirkan rasional dan implikasi atau lebih tepat sekali golongan 'silent majority' tentu tidak mahu dilabel memihak kepada mana2 pihak.Maka dengan itu biarlah segala pendapat dan pandangan mengenai mana2 pihak tidak disebut kerana kita semua dikurnia akal untuk berfikir.

Berbalik kepada isu yang ingin aku kupas sebagai satu bahan ilmiah dan berfakta.Dalam menangani isu yang berkaitan pengaruh politik,maka apa sahaja yang disebut tidak memadai sekiranya tidak memcerminkan perjuangan atau ideologi politik.
Dan ini bukan politik tapi ini adalah jati negara iaitu perlembagaan.

Dewasa ini masyarakat suka menggunakan istilah matlamat menghalalkan cara.Ada sesetengah ahli politik bertaraf longkang.Hanya tahu bercakap menggunakan mulut tapi tidak pernah menggunakan otaknya untuk memandu mulut memberikan sesuatu hujah.Maka nasib orang Melayu dan juga nasib orang2 lain yang terlalu fanatik dengan politik terus dimakan api.Terbakar dan hangus sehingga bara pun tidak nampak lagi.

Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan haruslah diteliti dan difahami sedalamnya sebelum disampaikan kepada orang lain yang mana terdiri daripada orang2 yang malas juga menggunakan otak.Untuk mengelakkan semakin ramai orang yang tidak tahu tetapi buat2 tahu melulu maka haruslah mengamalkan minat mentelaah ilmu dan maklumat terlebih dahulu.Supaya tidak ia menjadi satu bahan jenaka dan paling buruk menjadi modal kepada sesama kita bertumbuk di kedai kopi.Itu tidak bagus pada masyarakat dan seharusnya elemen ketamadunan manusia berteknologi maju hendaklah sentiasa diterapkan agar semua orang lebih bijak bertindak.

Beberapa kenalan bertanyakan soalan kepada aku berkenaan apa yang dikaitkan dalam perlembagaan.Maka dengan rendah dirinya aku ingin menerangkan perkara berikut secara ringkas.Kerana aku bukan professor atau si bijak pandai tapi apa sahaja yang kita tahu tak semestinya bermula dengan tahap yang tinggi.Adalah lebih baik ditempat rendah ingin mendaki daripada ditempat tinggi tapi tak tahu nak turun macam mana.Itu juga tidak baik pada nilai ketamadunan manusia.

Soalan:

Didalalam perlembagan persekutuan Malaysia pada Artikel 10 ada menyebut bahawa tiap2 warganegara berhak berhimpun,bercakap dan menubuhkan persatuan.Dan dalam isu BERSIH 2.0 maka perlembagaan juga ada memberi penerangan bahawa semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata.Maka tindakan kerajaan cuba menghentikan perhimpunan ini dianggap tidak menurut semangat perlembagaan.
Apa pandangan anda berkenaan perkara ini?

Jawapan:

Ya..memang Artikel itu wujud dan disebut dalam perlembagaan.Apa yang dirumuskan memang menuruti kehendak perlembagaan.Tetapi adalah lebih baik sekiranya dibaca sehingga habis perlembagaan kerana isinya kompleks dan bermaklumat.Kita pelu tahu bahawa perlembagaan persekutuan merupakan undang2 tertinggi.Oleh itu haruslah kita memahami pula apa yang tertulis dalam Bahagian 11 di Artikel 149 untuk faham lebih lanjut.

Selanjutnya..dilain waktu.
Aku akan terangkan lebih mendalam kenapa aku kata pemahaman tentang perlembagaan itu masih cetek dikalangan ahli politik.

Saturday, January 15, 2011

SERUAN AZAN

Inilah fakta yang menginsafkan kita.Ternyata seluruh umat manusia dan semua makhluk allah yang tercipta di bumi akan sentiasa mendengar seruan azan.

Wednesday, January 5, 2011

ISU PERLANTIKAN SUK SELANGOR ( 4 )

MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan bahawa SUK Kerajaan Negeri Selangor yang baru,Dato Mohd Khusrin tidak akan mengangkat sumpah kerahsiaan didepan beliau sehingga Sidang DUN diadakan.

Untuk pengetahuan semua,SUK baru akan mengangkat 2 sumpah berbeza yang mana adalah satu prosedur penting dalam sebarang lantikan pegawai kerajaan iaitu dihadapan DYMM Sultan Selangor untuk sumpah taat setia menjalankan tugas dan dihadapan Menteri Besar bagi sumpah kerahsiaan.Mohd Khusrin akan mengangkat sumpah dihadapan sultan pada 6/1/2011 yang mana selepas itu perlantikannya adalah sah dari segi undang-undang dan beliau boleh menjalankan tugasnya.Namun bagi sumpah kerahsiaan dihadapan MB pula ditangguhkan sehingga sidang DUN diadakan.Oleh itu SUK tidak boleh menyertai sebarang mesyuarat EXCO negeri selagi belum mengangkat sumpah kerahsiaan dihadapan MB.Walaubagaimanapun,beliau masih lagi boleh menjalankan tugas-tugas lain.

Sebagai rakyat yang biasa yang mengikuti setiap perkembangan dan juga berminat mengkaji dan mempelajari bidang-bidang berkaitan pengurusan,politik dan ilmiah,saya melihat bahawa ada sedikit kekurangan pada cadangan Menteri Besar Selangor untuk mengadakan Sidang DUN bagi meminda undang-undang tubuh negeri selangor.Tujuannya adalah untuk mengembalikan kuasa memilih dan melantik kepada Sultan dan Menteri Besar.selanjunya klik sini.

Untuk pengetahuan semua,melalui pemahaman dan kajian saya,pindaan terhadap sesuatu enakmen perlulah melalui 2/3 undi.Apabila melihat kerusi DUN yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat,adalah mustahil untuk mendapat jumlah majoriti 2/3.

DUN Selangor terdiri daripada 56 kerusi yang mana 14 daripadanya milik Parti Keadilan Rakyat, 13 diwakili DAP, lapan wakil PAS, seorang wakil Bebas dan 20 diwakili Barisan Nasional.

Disini rumusannya dan sedikit contoh perkiraan matematik mudah bagi menjelaskan situasi 'kekurangan' yang saya sebutkan diatas.

DUN SELANGOR - 56 kerusi

PAKATAN RAKYAT - 35 kerusi iaitu 14 (PKR),13 (DAP), 8 (PAS)

BN - 20 kerusi

BEBAS - 1 kerusi

Untuk mendapatkan jumlah 2/3,perkiraannya adalah seperti berikut;

56 / 3 x 2 (56 bahagi 3,kali 2)

=37.33 (jumlah yang diperlukan untuk mendapat 2/3)

Ini bermakna kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Selangor perlukan 2 kerusi lagi untuk mencukupkan kuota 2/3.Kerusi bebas pula sudah pasti memihak kepada BN kerana ADUN Bebas tersebut adalah bekas ADUN PKR yang telah keluar parti.Jika ADUN Bebas itu menyokong PKR sekalipun,masih lagi juga kurang satu kerusi untuk mencukupkan kuota 2/3 iaitu 37 kerusi.Mungkin juga 1 kerusi yang kurang itu boleh diambil di kedai perabot dan kerusi yang paling sesuai ialah kerusi malas!..hahahah.Jaga kerusi rumah anda sebelum dirampas!..hahahah

Oleh itu,saya masih membelek segala undang-undang dan mana-mana peruntukan yang dapat menjelaskan kenyataan YAB Menteri Besar Selangor.Mungkin MB lebih tahu berkenaan perkara ini dan saya telah silap membuat perkiraan.

Tetapi,YAB Menteri Besar Selangor juga telah menjelaskan melalui MalaysiaKini (portal web pro pembangkang)bahawa beliau ada perancangan untuk itu.

Ditanya mengenai kemungkinan kerajaan negeri gagal mendapat majoriti dua pertiga bagi meluluskan pindaan itu, Abdul Khalid berkata: "Kita tunggu dan lihat."

Oleh itu,seperti kata YAB Menteri Besar..kita tunggu dan lihat.

ISU PERLANTIKAN SUK SELANGOR ( 3 )

Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat DYMM Sultan Selangor melalui Setiausaha Sulit Sultan Selangor,Dato Hj Mohammad Munir Bani pada 4/1/2011 berikutan kenyataan Menteri Besar Selangor selepas mengadap DYMM Sultan.

PEJABAT DYMM SULTAN SELANGOR.

Kenyataan akhbar ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.
Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang akan diadakan pada hari Khamis, 6 Januari 2011, di Istana Bukit Kayangan akan tetap diteruskan.
Ini adalah kerana sepengetahuan D.Y.M.M Sultan Selangor, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Datuk Mohamed Khusrin Munawi telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Pada majlis tersebut akan diadakan upacara Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor kepada D.Y.T.M Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 D.Y.M.M. Sultan Selangor kerana ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada penerima-penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-65 D.Y.M.M. Sultan Selangor yang berlangsung pada 11 haribulan Disember 2010, D.Y.T.M. Raja Muda Selangor berada di luar negara.

Selain daripada itu, pada majlis tersebut juga akan diadakan upacara Angkat Sumpah Taat Setia Penjawat Jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan.
Majlis tersebut bukanlah majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada negeri Selangor.

Berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Y.A.B. Dato' Menteri Besar.

Berkenaan dengan tulisan Ahli Dewan Negeri Seri Muda, Y.B. Shuhaimi Shafiei pada 30 haribulan Disember 2010 yang disiarkan di dalam laman blog beliau.

Dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebagaimana yang dinyatkan oleh beliau, kerana Baginda hanya memberikan perkenan dan tidak menjalankan fungsi dan kuasa Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh.

Perkenan Baginda tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 55(1)(1A).

Oleh itu, sindiran beliau yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor seolah-seolah sebagai "beraja di mata, bersultan di hati" adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.

Kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci Baginda.

Mengulas mengenai artikel pada 29 haribulan Disember 2010 di dalam akhbar Sinar Harian mengenai "Pelantikan SUK Tidak Semestinya Dibuat SPA" oleh Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Y.B. Lau Weng San, yang menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan boleh dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN).

Walaupun terdapat SPAN di negeri-negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan, tetapi di negeri Selangor kuasa pelantikan tersebut adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPA) selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Mengulas mengenai kenyataan akhbar Y.A.B. Dato' Menteri Besar pada 3 Januari 2011 yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat.

Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Negeri Selangor.

Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan. Selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di negeri Selangor.

Mengenai cadangan Y.A.B. Dato' Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, D.Y.M.M. Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Y.A.B. Dato' Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada Baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan.

Tindakan Y.A.B. Dato' Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam negeri Selangor.

Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dikatakan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor, Baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapat perkenan Baginda terlebih dahulu."

(Dato' Haji Mohamad Munir Bani)
Tarikh: 4 Januari 2011
sumber;berita harian

Pada 5/1/2011 pula,YAB Menteri Besar Selangor telah membalas dengan mendakwa kenyataan akhbar dari Pejabat DYMM Sultan Selangor adalah berlandaskan pandangan peribadi Setiausaha Sulit Sultan dan bukanlah titah Sultan Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu menyifatkan kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai pandangan peribadi dan bukannya mewakili baginda.

Abdul Khalid berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memahami kemelut yang berlaku memandangkan krisis Perlembagaan pada 1993 jelas memperlihatkan kuasa Sultan dan Menteri Besar telah ditarik balik.

Menurutnya, beliau bukan menolak kenyataan Mohamad Munir sebaliknya ia merupakan fakta sejarah yang menyatakan bahawa selepas pindaan dilakukan pelantikan tiga jawatan eksekutif tertinggi dinegeri itu diberikan kepada kerajaan Pusat.

"Saya bukan tolak kebenaran. Itu hanya pendapat Mohamad Munir. Setiap kenyataan saya berdasarkan fakta sejarah.

selanjutnya klik sini.

Dan pada malam 5/1/2011,melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh TV3,Dato Hj Mohammad Munir menjelaskan bahawa sebagai setiausaha sulit sultan apa sahaja yang dikeluarkan adalah mendapat perkenan sultan terlebih dahulu dan sultan juga memainkan peranannya dalam membuat sesuatu kenyataan.Memang diakui bahawa sebarang kenyataan akhbar dari pihak istana adalah satu kelaziman melalui Setiausaha Sulit dan belum ada lagi rasanya Sultan sendiri yang membuat kenyataan akhbar.Begitu juga situasinya pada semua Raja Raja Melayu,sekiranya ada sebarang kenyataan akhbar ia lazimnya melalui Penyimpan Mohor Besar Raja Raja.Apa yang paling menarik sekali ialah,Dato Hj Munir melontarkan soalan seperti berikut kepada YAB Menteri Besar Selangor.

'Menteri Besar juga mempunyai Setiausaha Sulit dan seharusnya MB lebih memahami akan tugas sebagai Setiausah Sulit.Adakah Menteri Besar memberi kebebasan kepada Setiausaha Sulitnya membuat kenyataan akhbar tanpa terlebih dahulu melihatnya?'

Ini pula penjelasan Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkenaan isu perlantikan Dato Mohd Khusrin.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan menjelaskan bahawa pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor adalah teratur dan sah dari segi undang-undang dan bukannya berdasarkan input politik.

Beliau berkata, pelantikan itu dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 serta terdapat elemen konsultasi dengan Kerajaan Negeri Selangor melalui Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud.

"Dalam proses pelantikan ini saya tidak mengambil input politik dalam urusan pelantikan tersebut dan tidak merujuk kepada mana-mana Anggota Pentadbiran Persekutuan termasuk Perdana Menteri.

"Urusan tersebut dilaksanakan secara profesional yang hanya melibatkan Ketua Setiausaha Negara (dan Lembaga Kenaikan Pangkat) dengan Kerajaan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan di sini petang ini.selanjutnya klik sini.

Tuesday, January 4, 2011

ISU PERLANTIKAN SUK SELANGOR ( 2 )

Lagi mengenai isu perlantikan SUK Negeri Selangor.

Terbaru,setelah dapat mengadap Sultan Sharafuddin bagi memohon untuk membatalkan perlantikan Dato' Khusrin,MB Selangor membuat kenyataan bahawa kerajaan PR akan membuat usul sidang tergempar untuk mengembalikan kuasa perlantikan SUK kepada menteri besar dan sultan.Seterusnya klik sini.

Sebelum isu perlantikan ini timbul,satu Malaysia kecoh MB Selangor dan juga Pakatan Rakyat mendakwa mereka ada kuasa untuk memilih individu yang layak bagi jawatan tersebut dan bukannya SPA.

Dan sekarang,menjadi kemusykilan disini...sekiranya ada kuasa kenapa perlu adakan sidang tergempar untuk meminda perlembagaan dan mengembalikan kuasa melantik kepada MB dan sultan??

Jelas....isu ini hanya berlandaskan politik sahaja.Tiada kebaikan atau manfaat kepada rakyat selangor.Adalah lebih baik tumpukan perhatian pada perkara yang lebih penting seperti isu penstrukturan air yang dah lama tertangguh.

Dan apa perlu menjadi isu besar seolah-olah bidang kuasa SUK lebih besar dari Menteri Besar?Adakah perlantikan Dato'Khusrin akan menyebabkan bidang kuasa Menteri Besar terbatas?Adakah Tan Sri Khalid tidak lagi berkuasa?

Rakyat melihat seperti SUK lebih besar dari Menteri Besar sekiranya ia berterusan.Teruskanlah bekerja YB...cukuplah berpolitik.

Sunday, January 2, 2011

ISU PERLANTIKAN SUK SELANGOR


Isu perlantikan SUK (Setiausaha Kerajaan) bagi negeri Selangor sangat menarik minat aku untuk mendalami serta mengkajinya.Sebagai pelajar yang masih lagi menuntut ilmu berkenaan sains politik maka aku lihat isu ini ada kaitan dengan apa yang dipelajari selama ini.Merujuk kepada beberapa sumber maka aku ringkaskan disini dengan mengambil beberapa pautan sebagai bahan bacaan.

Jelas seperti yang ditulis oleh YB Zul Nordin,bahawa isu ini berkaitan dengan doktrin pengasingan kuasa atau separation of powers.Maksud doktrin ini ialah;

satu model pentadbiran kerajaan yang terdiri daribada tiga cabang iaitu legislative,eksekutif dan judiciary.(gubal,laksana dan kehakiman).

Menurut YB Zul Nordin;

"Perlantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tidak saperti Kedah dan Johor yang mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, bidangkuasa perlantikan SUK Selangor adalah khusus dibawah SPA. Malah dinegeri dimana ianya terletak dibawah SPN, Menteri Besar langsung tiada kuasa mengenai perlantikan SUK, ianya antara SPN dan Sultan yang memerintah negeri. Begitu juga diperingkat negeri lain dan Persekutuan yang dibawah kuasa SPA, Menteri Besar langsung tiada kuasa melantik atau memecat SUK. Ianya bidangkuasa mutlak SPA.


Mengapa dibuat begitu? Kerana kita mengamalkan sistem pengasingan kuasa. Kerana untuk mengasingkan kuasa politik dan pentadbiran kerajaan. Kakitangan Kerajaan adalah kakitangan Kerajaan. Mereka berkhidmat untuk Kerajaan, tidak kira siapa yang menjadi Kerajaan. Dengan DYMM YDP Agong atau Sultan negeri-negeri sebagai payung mereka. Sebab itu semua urusan dibuat atas nama YDP Agong.


Cuba tengok sampul surat, samada ianya ditulis “Urusan Kerajaan” atau “Urusan Seri Paduka Baginda”. Tak pernah ditulis “Urusan Perdana Menteri”, apatah lagi “Urusan Menteri Besar”. Sebab itu bila Kerajaan bertukar samada di Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan lain-lain, jentera Kerajaan tetap berjalan, kerana kakitangan Kerajaan adalah pentadbir kerajaan. Melaksanakan polisi Kerajaan, tidak kira siapa juga Kerajaan itu."(selanjutnya klik sini)

Apa yang paling menarik dan paling bijak hujahan yang diberikan oleh YB Zul ialah;

"Kalau ikut logik kepala otak pembangkang, maka nanti perlantikan Hakim Mahkamah Tinggi Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Ketua Polis Negeri, Pengarah SPR Negeri, Pengarah SPRM Negeri, Pengarah Imigresen Negeri, Pengarah Bomba Negeri, Pengarah Kastam Negeri dan banyak lagi jawatan lain perlu dirujuk kepada Menteri Besar. Maka nanti hilanglah prinsip pengasingan kuasa yang menjadi amalan pentadbiran kerajaan selama ini, samada kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri."

Untuk hujahan dari pihak pembangkang,klik sini ulasan dari ADUN Sri Muda mengikut tafsiran beliau dalam Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Oleh itu,marilah kita sama2 menilai isu ini mengikut pandangan yang bernas dan jangan terlalu emosi sehingga membabitkan pihak2 yang tidak terlibat dalam perkara politik.

Friday, October 22, 2010

Disebalik...Tanya Sama Itu Hud Hud

Mari kita sama renungkan keindahan dan maksud mendalam disebalik sebuah lagu yang ditulis liriknya oleh arwah Loloq dan lagu dicipta oleh M.Nasir.
Sebenarnya arwah Loloq adalah sufi...yang memberi nasihat melalui kata2 dan abstraktikal.Kita perlukan minda yang kuat untuk mentafsirnya...Al-Fatihah untuk Loloq.

Rangkap 1.

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan


maksudnya;
umat islam pada akhir zaman akan berpecah kepada 73 golongan dengan 73 mazhab. tetapi hanya satu golongan sahaja yang akan masuk syurga. sedangkan kesemua mereka mengakui diri mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

Rangkap kedua

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh


Maksudnya;

Rangkap ini menceritakan kisah pengembaraan burung murai yang mencari Raja Simuraq. kisah ini berdasarkan syair lama Parsi yang bertajuk Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) yang di tulis oleh Farid ud-Din Attar.
Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makan dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.

Rangkap ketiga

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini


Maksudnya;

Menilai sesuatu dari sumber yang telah terbukti kebenarannya sudah tentu kita tidak akan sesat seperti Al-Quran dan Hadis... Atau menilai sesuatu itu mengikut perkiraan logik dari kotak pemikiran manusia yang terbatas ditambah pula dengan hati yang gelap gelita... Yang pastinya kita sentiasa ada pilihan di sini dalam membuat pertimbangan...
Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah... Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil... Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna... Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai... Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, Terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI...

Rangkap keempat

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai


Maksudnya;

Sang Algojo adalah nama orang yang menjatuhkan hukuman gantung. maksud dalam lagu ini adalah Malaikat Maut.

" Oh Malaikat Maut. Nanti dulu! Jangan kau ambil nyawaku. berikan aku sedikit masa untuk bertaubat. untuk menyatakan kalimah yang sebenarnya iaitu kalimah Syahadah. "

Rangkap terakhir

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"


Maksudnya;

rangkap korus ini adalah berdasarkan Mantiq Al-Tayr sila baca penerangan Kisah Mantiq Al-Tayr untuk mengetahui ape yang di maksudkan dengan ayat "Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

Source: http://musafircyber.blogspot.com/2010/01/di-sebalik-lagu-tanya-sama-itu-hud-hud.html

Saturday, October 16, 2010

PROTON OH PROTON..

October 2010,Proton telah melancarkan model baru bagi menggantikan Waja yang diberi nama INSPIRA.Khabar angin tentang model baru ini telah lama berkumandang dan menjadi bahan cerita para bloggers kereta dan rakyat Malaysia.Namun begitu ada juga suara yang masih mempertikaikan usaha PROTON kononnya menciplak Model Lancer dari Mitsubishi.
Isu itu tidak harus dijawab sekarang memandangkan model ini terlalu baru dan kita tunggu saja feedback dari orang ramai selepas ini tentang model tersebut.
Disini ada sedikit cerita berkenaan PROTON yang harus kita baca untuk sekadar pengetahuan bersama.


Sumber diambil dari blog WBHim.

**********************************************************************************

Assalamualaikum,

Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.

“Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je.. manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga.”

Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda… Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita jengok kat dalam…. Boleh nampak besi cair yang dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak… hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy… 100% body dibuat di Malaysia.

“Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya.”

Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua…. Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri… orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita… memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.

“Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada sekarang ni untuk masa akan datang.”

Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang… lama lama diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.

Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang…. Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia.

“Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je..”

Inilah susah orang kita ni…. Banyak mendengar cerita sensasi yang banyak ditaruk banyak rempah ratusnya….. Memang pada mulanya kita belajar… selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.

Saga – base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.

Iswara – base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK.

Wira – Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.

Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja…. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu… orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.

Perdana – untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.

Tiara – Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.

Waja – Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita… kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.

Gen2 – 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.

o Savvy – 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well… kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu… In fact. Kukuh. Saudara saudari… Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

Lain lain – Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok… masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

“Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.”

Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah… kami masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.

“Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan impian ini tercapai.”

Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA)

Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la… siapa nak bagi kita pandai kan. Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua…bekas Proton, Head of Styling…bekas Proton, Head of Planning…bekas Proton, Head of Production…bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services…bekas Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them… orang lain ambil cara senang je.

Naza pulak.. Head of R&D….bekas Proton. Head of Production…bekas Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan… Head dia pun bekas proton, Inokom… head dia pun bekas proton. Itu kira head je…bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So… orang Proton tak bagus?

Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara… dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia. Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau…?

“Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja…”

Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja… buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara… berapa banyak kaki tangan Proton… 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton…100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu. Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan, honda? 0… Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai.

Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia… harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.

Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu dengannya.

Saudara… Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh… Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif… tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea… cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea…susah. Sebabnya…

1. memang mereka patriotik. 2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit.

Jepun… Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu… nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia…. Kutuk lagi ada.

Saudara semua… kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi mahal… tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual… lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?

Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar.

Errr…. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.

Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.

Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka… kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India… nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea… Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita… apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya.

Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German…. Bukan tak boleh buat. Boleh… tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia.

Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional… Proton sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang…. Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton….. Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman… Perodua, Naza ambil.

Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar… sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

Tapi bab support selepas jualan…. saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena…. Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen… proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi…. Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy… check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je… test sendiri. Baru tau.

Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual…. Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear… swith to auto. Nak main ciluk-ciluk… switch to manual. Errr.. siapa kata kita guna tecnology 70an?

Monday, September 13, 2010

POLIS DAN KITA

Pada tarikh semalam 12/09/2010 adalah secara rasminya hari terakhir untuk Mantan Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan berkhidmat sebagai Polis selama 41 tahun.
Aku mengucapkan terima kasih kepada khidmat beliau selama ini walaupun banyak kontroversi dan dugaan yang beliau lalui.Selamat Bersara!

Dan di bulan Syawal yang mulia ini juga,ada kes yang menggemparkan negara kita iatu misteri kehilangan Jutawan Kosmetik dan akhirnya didapati telah dibunuh kejam didaerah Banting.Sekali diucapkan syabas kepada pasukan polis kerana bertungkus lumus menyiasat kes ini walaupun dalam musim perayaan namun kerana tugas mereka gigih melakukanya dengan cemerlang.Diharap keluarga mangsa dapat bersabar menghadapi takdir ini dan juga kita berdoa supaya orang yang melakukannya dihadapkan kemuka pengadilan.Al-Fatihah untuk semua mangsa.

Syabas Polis Malaysia!

Sila lihat video dibawah ketika pihak polis melakukan ambush kepada konvoi sultan kelantan baru-baru ini.


Dibawah ini juga kita dapat lihat intergriti pasukan polis Malaysia yang seringkali dilabel sebagai lebih ganas dari pengganas,namun begitu orang awam tidak pernah sedar dan menghargai tugas2 lain polis yang mana banyak membantu dalam segi keamanan dan kestabilan negara.

Cuba lihat gambar berikut yang mana aku sering ternampak wajah mereka diakhbar apabila terdapatnya kes2 besar.Dan mereka juga tidak kelihatan seperti pegawai polis.Aku difahamkan mereka adalah dari Cawangan Khas atau lebih dikenali sebagai SB.



2 orang polis yang mengiringi suspek diatas tidak kelihatan seperti seorang pegawai polis...rambut panjang,perut boroi,muka bersahaja tetapi nampak ganas...tapi mereka adalah polis!

Satu contoh lagi dibawah ini juga menggambarkan imej anggota cawangan khas..salute to you all!



2 orang yang berkaca mata hitam itu adalah anggota polis..yang berkot tu adalah peguam.Sempoi!..Polis boleh simpan janggut ke?..maybe ini dikalsifikasikan sebagai imej penyamaran supaya mereka boleh blend bersama orang awam.

Namun begitu,aku kecewa dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng yang mencadangkan supaya Cawangan Khas Polis dibubarkan.Itu idea yang sangat bodoh.

Saturday, August 7, 2010

Ajaib

Dalam kehidupan manusia terlalu banyak keajaiban dan kekaguman ciptaan tuhan.Dan kejadian manusia itu sendiri juga merupakan satu kajaiban yang terlalu jauh untuk dirungkai oleh alam sains dan teknologi.

Manusia juga mempunyai keajaiban tersendiri yang lebih senang kita sebutkan sebagai bakat dan keupayaan istimewa.Ini tidak bermakna manusia terlepas dari sebarang kesilapan.Dengan kesilapan,manusia boleh mempelajari sesuatu untuk kebaikan yang mana boleh diaplikasikan untuk kepentingan sesama insan.

Antara contoh bakat yang paling mengkagumkan aku secara peribadi adalah seorang insan yang nama sebenarnya ialah Jamal Ubaidillah atau lebih dikenali sebagai JAMAL ABDILLAH.
Beliau merupakan seorang penyanyi yang berbakat besar dan bakatnya tiada bandingan di Malaysia.

Namun begitu kisah silam dan kesilapan hidup yang pernah beliau lakukan banyak mempengaruhi populariti beliau.Terlalu banyak yang negatif berbanding yang baik.Namun beliau tetap seorang biduan yang dikenang sebagai penghibur sepanjang zaman.Tiada gelaran pangkat dan darjat dikurniakan kepadanya tetapi ia tidak menghalang beliau untuk terus memberi hiburan kepada manusia sejagat.

Walaupun tidak dikenali sebagai penyanyi paling popular atau apa sahaja anugerah komersial,tetapi nama beliau tetap gah di dalam industri seni tanahair.Terlalu banyak penyanyi diciptakan sepanjang penglibatan beliau dalam seni yang mana silih berganti individu namun beliau tetap unggul.

semoga beliau terus memberi keajaiban dan hiburan pada kita semua yang tahu akan bakat beliau.

Sunday, June 20, 2010

Kisah Dato' Johor.

Baca link ini untuk mendapatkan lebih maklumat berkenaan anugerah darjah Dato'negeri Johor.Klik sini.

Sidang Media Chua Jui Meng.





Aku masih tak faham atau pun memang diorang ni yang tak faham.Penafian tentang penglibatan politik dalam keputusan Tuanku Sultan bukan datang dari mana-mana sumber,tetapi datangnya dari kuasa sultan sendiri.Jumaah Diraja juga telah diperintahkan oleh Sultan bukan sendiri2 buat cerita.

Kenapa dorang ni tak marah je sultan Johor kalau tak puas hati?Aku melihat perbuatan macam ni seperti nak marah sultan tak boleh,lepas marah pada orang lain....

Sunday, June 13, 2010

Allah Peliharakan Sultan Johor.



Jumaah Majlis Diraja Johor secara rasmi telah mengumumkan pelucutan darjah kebesaran daripada empat individu yang membawa gelaran Datuk, termasuk bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng yang kini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penjelajah solo ke Kutub Utara dan Kutub Selatan, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.

Terdengar sana sini orang menyebut bahawa pelucutan tersebut ada unsur-unsur politik.
Tetapi terdapat 2 orang lagi yang telah dilucutkan gelaran termasuklah adik ipar Sultan Johor sendiri, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, iaitu Komander Shaftdean Lutfy Rusland yang berkhidmat di Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)Lumut juga merupakan suami kepada Tunku Muna Najiah Sultan Iskandar, iaitu adinda Sultan Ibrahim.Adakah ini juga berunsurkan politik?Jawapannya tidak sama sekali.

Seorang lagi ialah peguam iaitu yang bernama Hassan Yunos telah ditarik balik gelaran berkuatkuasa serta merta.

Tuanku Sultan tidak memberi sebarang alasan tentang perlucutan tersebut oleh kerana mahu menjaga aib.Itu satu tindakan yang mulia dan dari saat ini juga Sultan Johor akan terus kekal sebagai pemerintah yang paling dihormati kerana ketegasannya.Ini terbukti dari warisan pemerintahan ayahanda baginda iaitu Almarhum Sultan Iskandar.

Walau apa pun yang dirumuskan oleh rakyat tentang isu ini,namun begitu kita harus akur bahawa pihak istana yang memberi anugerah dan istana jugalah yang boleh menarik balik gelaran tersebut.

Dan kita juga harus ingat bahawa setiap sistem didunia ini haruslah disertai dengan peraturan.Mengikut kenyataan pihak istana,perlucutan gelaran tersebut adalah kerana mereka yang berkenaan sudah tidak menepati kriteria yang ditetapkan oleh peraturan penganugerahan pingat kebesaran diraja Johor.Keputusan juga dibuat selepas menimbang laporan terhadap mereka sebelum bersetuju menasihatkan Sultan Ibrahim sebagai Raja yang melaksanakan kuasa baginda di bawah Fasal 12 Undang-Undang dan Peraturan bagi Darjah Mahkota Johor dan Fasal 7(f) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1985 untuk memecat serta mengeluarkan mereka daripada Darjah Mahkota Johor.

Semua orang tahu bahawa untuk mendapatkan pingat dari Sultan Johor adalah sesuatu yang sukar dan pemilihan untuk sesiapa yang layak adalah sangat ketat.Setiap kali hari keputeraan baginda sultan,tidak ramai yang menerimanya tidak seperti di negeri yang lain.Oleh itu sesiapa yang berjaya meraih pingat kebesaran diraja Johor,maka individu itu memang tersangatlah hebat dan anugerah yang diterima adalah paling bernilai.Anugerah kebesaran yang membawa gelaran Datuk di Johor adalah 1st Class!

Dengar ceritanya,salah seorang penerima gelaran yang ditarik balik itu telah menipu rakyat dalam pencapaiannya.Betul atau tidak..Wallahuallam.

Monday, May 31, 2010

Israel yang dilaknati Allah...



Misi bantuan kemanusian ke Gaza telah diserang oleh tentera Israel.
Dianggarkan 19 orang terbunuh yang mana dilaporkan kebanyakkannya adalah warga Turki.
Sebagai umat Islam,aku berasa amat marah dengan kekejaman ini.

Umat islam harus bersatu supaya terus menekan dan mendesak Israel menghentikan tindakan tidak keperimanusiaan ini.Zionis harus tidak dibenarkan berada di muka bumi ini dan jangan biarkan mereka terus berlindung di belakang Amerika Syarikat yang nyata berat sebelah dalam isu ini.

Ternyata pentadbiran Obama tiada bezanya dengan pemimpin Amerika terdahulu.
Israel semakin menggila dan kita harus segera menghentikannya!!!

Friday, April 16, 2010

KEADILAN UNTUK SEMUA MANUSIA

Semalam 15 April 2010,Mahkamah Tinggi Syariah menolak permohonan Mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Umum Parti Keadilan serta Ketua Pembangkang di Parlimen bagi memulakan prosiding qazaf keatas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh beliau.Kes itu masih dalam perbicaraan sivil mahkamah tinggi yang tertangguh setelah hampir 2 tahun.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Mohd. Shukor Sabudin yang membenarkan bantahan awal pihak responden untuk mengetepikan permohonan tersebut menyatakan dalam penghakiman lisannya bahawa sebarang campur tangan dalam urusan pendakwaan boleh dilihat sebagai maksiat.Hakim berkata,permohonan yang difailkan Anwar adalah satu cubaan pencabulan proses mahkamah secara terang-terangan dan akan mengakibatkan keadilan dilihat menjadi kucar-kacir, tidak menentu dan bercelaru.(Lapor Utusan Malaysia.)

Apa kata Datuk Seri Anwar Ibrahim?

"Hari ini sekali lagi pencabulan institusi kehakiman telah berlaku yang mana kita lihat mahkamah syariah telah diperlekehkan dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka."

"Hujah yang mahukan keadilan perlu ada bagi mengelakkan salah faham pihak tertentu dan juga mengelakkan dari berlaku sesautu yang tidak di ingini selain memelihara keadilan undang-undang syariah."

lapor Suara Keadilan.

Sistem perundangan Malaysia memang tidak adil!

Contoh ketidakadilan itu seperti dibawah;

1.Sepanjang sejarah perundangan di Malaysia belum ada orang yang dituduh berjaya menangguhkan kes sebanyak 29 kali (setakat 16/04/2010)melainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang.

2.Belum pernah berlaku pihak berkuasa dan mahkamah melayan apa sahaja tuntutan Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding orang lain yang bukan bernama Anwar Ibrahim.

3.Belum pernah berlaku juga di negara ini mangsa jenayah liwat dan mendakwa sesorang telah melakukannya diminta oleh tertuduh untuk didakwa melalui mahkamah syariah kerana gagal membawa 4 orang saksi.Seolah-olah,kehidupan masa kini tiada teknologi forensik,DNA atau sebagainya untk dijadikan barang kes atau bukti di mahkamah.Jika dibenarkan,selepas ini semua yang dituduh merogol orang akan memohon kepada mahkamah untuk mendakwa yang menuduh dan jatuhkan hukuman kepada mangsa rogol kerana tiada saksi yang melihat kejadian itu.Sedangkan nak berasmara dengan isteri pun kita cari tempat yang tertutup,inikan pula si perogol.Fikirkanlah..

4.Belum pernah berlaku juga kepada individu selain Anwar Ibrahim yang berurusan secara langsung bersama agensi-agensi, badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan Zionis dengan bebas dan bangga tanpa sebarang tindakan.Beliau juga bebas bergerak keseluruh dunia untuk memohon bantuan asing agar mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan kes beliau.

5.Belum pernah juga seseorang yang dituduh melakukan liwat melarikan diri ke kedutaan Turki sebaik sahaja laporan polis dibuat terhadapnya.Beliau mendakwa menerima ancaman bunuh sehingga memaksa PM masa itu memberi jaminan terhadap keselamatannya.Dan sehingga ke hari ini beliau masih terus hidup,keluar masuk negara dengan selamat dan juga meronda keseluruh ceruk negeri waima ke kampung pedalaman sekalipun untuk berceramah dengan sihat.

6.Belum pernah juga berlaku di dalam sistem perundangan Malaysia,peguam tertuduh memohon semua yang terlibat dalam kes anak guamnya satu persatu digugurkan termasuk juga Hakim!..sekiranya hakim berjaya digugurkan mungkin juga selepas itu peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memohon kepada mahkamah supaya kerajaan Malaysia MEROBOHKAN semua mahkamah yang ada.

7.Belum lagi terjadi selain daripada manusia istimewa bernama Anwar Ibrahim,menolak untuk dibicarakan di mahkamah dan lebih 'selesa' membicarakan kesnya di pentas ceramah dengan memainkan emosi orang ramai dan persepsi buruk kepada orang lain.Bermatian mengatakan tidak bersalah di atas pentas ceramah,tetapi nak bersumpah hanya mengambil masa 3 minit sahaja pelbagai alasan diberikan.

8.Mahkamah juga tidak adil kerana terlalu memberi ruang kepada Anwar Ibrahim dan orang-orangnya membicarakan kes beliau di pentas politik dengan bukti-bukti yang tidak disahkan tetapi yang mendakwa telah diliwat tidak diberi kesempatan langsung membuat kenyataan di mahkamah.Baru nak beri kenyataan,telah diminta tangguh...

Banyak lagi ketidakadilan yang berlaku di Malaysia.

Soalan aku pada sesiapa yang berkenaan,siapa sebenarnya yang mempolitikkan mahkamah?Siapa yang menggunakan mahkamah untuk kepentingan politik dan peribadi?

Kita ada akal..maka renungkanlah.

Monday, April 12, 2010

Dimana Orang Islam?

Ini petikan dari Blog Aduka Taruna,manusia yang...entahlah.tak tergamak aku nak sebut.
Kebiadabannya tidak mencerminkan peribadi seorang penganut Islam.

Aduka Taruna Quote;

'Ya Allah.. sesungguhnya, solat gua, ibadah gua, hidup gua dan mati gua hanya untuk Lu. Maafkan gua masa silam. Tetapkan gua di jalan yang lurus. Amin.'

Komen aku:
Ada ke orang memohon doa pada Allah SWT menggunakan bahasa gua lu..


'Dengan Nama Allah Yang Maha Ego.'

Komen aku:
Tergamak ke kita mentafsirkan ayat 'Bismillah' seperti ini.Masyallah..

Inilah akibatnya kalau terlalu banyak didedahkan dengan tarbiah-tarbiah songsang.
Aku mengklasifikasikan 'Aduka Taruna' ini seorang yang terencat akal ataupun hanya mempergunakan agama untuk menjadi popular dan mencipta blog yang sensasi.Blogger inilah juga yang mengeluarkan kenyataan menghina kemangkatan DYMM Almarhum Sultan Iskandar.

Banyak lagilah ciri-ciri 'kesesatan' blogger yang memakai gelaran Aduka Taruna ini.
Hairan sungguh,dimana penguatkuasa Islam negara?Haruskah kita biarkan manusia ini terus menyesatkan kita?Kenapa tiada tindakan sehingga ke hari ini??

Kalaulah di Iran seperti yang berlaku pada Salman Rushdie,sudah pasti blogger Aduka Taruna ini telah ketakutan kerana diancam bunuh.Pada tahun 1989,pemimpin Iran iaitu Ayatollah Khomeini telah mengeluarkan fatwa bahawa Salman Rushdie halal dibunuh kerana penulisannya dalam karya berjudul 'Satanic Verses'.

Mana PERKASA dan semua NGO Islam?Jangan sibuk hanya pertahan bangsa sahaja sedang agama diperkotak-katikkan oleh orang Islam sendiri.

Persoalan paling besar disini ialah...dimana Parti Islam SeMalaysia (PAS)?
Namun apa nak dihairankan,pada hari ini parti yang memperjuangkan islam juga gagal pertahankan kalimah Allah dan pemimpinnya pula hanya sibuk perjuangkan hukum hudud untuk ahli politik yang enggan dibicarakan di mahkamah sivil kerana ingin menuntut pelaksanaan hukum syariah.

UMNO pula sibuk kembalikan kepercayaan rakyat khususnya orang Melayu yang menolak mereka pada plihanraya lepas.

Masing-masing sibuk..yang untung siapa??

Renung-renungkanlah..

DR.PORN...TIP



Latest Story 12/04/2010 12:10pm

Wakil kerajaan Malaysia menafikan dakwaan Dr.Porntip.

klik sini.

Khunying Pornthip Rojanasunand M.D.Itulah nama seorang doktor forensik terkenal di Asia.Namanya semakin popular di Malaysia pada tahun lepas setelah kejadian terjun bangunan sehingga menyebabkan kematian seorang setiausaha politik Adun Selangor.
Peribadinya yang unik dan namanya pun seakan-akan menonjolkan sesuatu 'kekotoran' tetapi hakikatnya wanita ini kehidupannya bergelumang dengan sesuatu yang kita anggap misteri dan menakutkan.Semasa kejadian Tsunami melanda Asia pada tahun 2004,beliau merupakan pakar patologi yang bertungkus lumus mengenal pasti mangsa bencana itu di Thailand.Kisah kepakarannya juga banyak disiarkan di media massa seluruh dunia dan menjadi begitu popular di negara asalnya iaitu Thailand.Beliau terkenal juga kerana imej beliau sebagai seorang doktor bercirikan punk rock menjadikan beliau lebih dikenali kerana keunikannya.
Namun begitu di Thailand,beliau juga mempunyai musuh-musuh yang terdiri daripada sesiapa juga yang terlibat dalam sesuatu kes yang disiasat oleh beliau.

Di Malaysia pula,beliau menjadi popular kerana kenyataannya yang merumuskan kematian Teo Beng Hock adalah 80% disebabkan pembunuhan.Beliau yang dibawa ke Malaysia atas undangan kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat untuk membantu mencari penyelesaian berkenaan punca sebenar kematian setiausaha politik itu.

Dengan tafsiran patologi beliau yang hanya berdasarkan gambar-gambar mangsa yang diambil ketika kejadian dan semasa proses bedah siasat,memaksa inkues kematian Teo Beng Hock tertangguh dan menyebabkan mayat mangsa digali semula untuk proses bedah siasat kali kedua.Bersama-sama dengan pakar patologi Malaysia,UK dan Dr.Porntip sendiri sebgai pemerhati,bedah siasat kali kedua berjaya dilakukan dengan jayanya.
Dan selepas itu,beliau menghilangkan diri dan pulang ke Thailand tanpa ada apa berita atau penjelasan.

Fikirkan secara kasar,berapa besar jumlah wang yang dikelaurkan untuk semua proses ini?Wang siapa yang dibelanjakan?

1.Kos untuk Dr.Porntip datang ke Malaysia dan membuat 'rumusan' ialah USD 120,000.00 untuk sejam tidak termasuk penginapan di hotel dan juga kos-kos lain.Ia adalah ditanggung oleh kerajaan Selangor sudah semsetinya kerana mereka yang mengundang beliau bukan pihak kerajaan pusat.Wang siapa?

2.Kos untuk pakar patologi asing yang mewakili kerajaan pusat sebagai pemerhati tidak diketahui jumlahnya..mungkin lebih dari Dr.Porntip.Wang siapa?

3.Kos untuk menjalankan post-mortem kedua yang melibatkan kos penggalian semula kubur,kos hospital dan kos-kos lain.Wang siapa?

Dan terbaru,terdengar beberapa desakan daripada rakyat Malaysia untuk mengundang kembali Dr.Porntip ke Malaysia bagi meneruskan inkues Teo Beng Hock yang tertangguh.Namun dikhabarkan bahawa beliau tidak akan datang kerana mendakwa terdapatnya unsur 'tekanan' dari kerajaan Malaysia.

Pada pendapat aku,beliau harus meneruskan inkues dan menamatkan apa yang beliau telah mulakan.Sebagai seorang pakar patologi,beliau tidak harus tunduk dengan sebarang tekanan walau apa cara sekalipun.Beliau harus bertanggungjawab dengan kenyataannya sebelum ini dan kini setelah pelbagai usaha dan cara dilakukan,beliau harus tampil memberi keterangan.Sekiranya beliau enggan,maka reputasinya sebagai pakar patologi akan tercalar kerana memberikan kenyataan yang retorik semata-mata tanpa disokong oleh hujah yang berdasarkan bukti forensik.

Sebenarnya 'tekanan' itu mungkin sudah dirasakan pada saat awal pembabitan beliau dalam kes ini.Kematian Set-Pol Adun Selangor yang merupakan parti pembangkang di Malaysia dilihat sebagai satu peluang untuk mengaitkan permainan isu politik dimana kes ini terjadi semasa mangsa dalam proses siasatan SPRM berkenaan kes salah guna kuasa dan rasuah.
Kenyataan yang seolah-olah hanya untuk memberi 'tekanan' kepada kerajaan akhirnya dibalas dengan menerima 'tekanan' pula.Ini proses yang membuang masa dan merugikan.
Semua usaha yang telah dilakukan hanya sia-sia sekiranya Dr.Porntip gagal berkerjasama meneruskan sesi inkues.

Ini bukanlah kenyataan berbau perkauman tetapi aku ingin sekali bertanya.

Adakah usaha yang serupa akan dilakukan sekiranya orang melayu yang menjadi mangsa?

Tekaan aku..mungkin tidak ada.

Lihat disini.

Sunday, April 11, 2010

Nilai Sebuah Anugerah Ciptaan Manusia

Kemeriahan anugerah di negara kita baru saja berlalu.Penuh gemilang baju warna warni dan macam ragam bentuk manusia yang dah tak serupa manusia lagi pun ada.
Kita buat semua perkara yang orang lain buat.Kalau kita tak buat kita bukan tergolong dalam kelompok manusia yang maju.Maju kemana bukan soalannya tetapi yang penting kita selalu ikut orang.Itulah yang sering kita lihat dan alami dalam warna-warna glamor kehidupan.Namun tak semua berfikir begitu.

Seorang genius matematik yang berasal dari Russia telah menolak sebarang penghargaan yang cuba dianugerahkan kepada beliau kerana telah berjaya menyelesaikan beberapa masalah berkaitan matematik.Beliau diakui dan telah diiktiraf sebagai manusia paling bijak dalam ilmu matematik abad ini.Tetapi beliau telah menolak semua anugerah yang ditawarkan malahan menolak juga hadiah lumayan bernilai 1 Juta.

Kenapa???adakah kerana beliau hanya pakar dalam formula matematik tetapi tidak tahu menilai wang 1 juta??Semua orang yang tidak berapa pandai matematik termasuklah aku merumuskan bahawa beliau bodoh sebenarnya.Kalau kita lain tak pandai tak pe..janji boleh kira duit..hidup senang.Itu kita la..bukan insan genius yang aku maksudkan disini ialah Grigory Perelman.

Lihat dibawah ini alasan beliau menolak:

"As far as I know, after there was so much media attention ... he did not want to be a public person and to look like an animal in the zoo," Rukshin said.(Perelman's high school math teacher)

Moral of the story:

Anugerah pemberian manusia walaupun dengan nilai yang boleh membuatkan manusia itu berubah keadaan hidupnya sebenarnya bukan satu yang harus diinginkan serta dijadikan matlamat.
Anugerah kurniaan tuhan itu lebih berharga pada manusia yang tahu menggunakannya dengan betul dan boleh memberi manfaat pada manusia yang lain.

Yang pasti kebijaksanaan tidak boleh dinilai dengan pangkat,anugerah atau wang ringgit.
Kebijaksanaan itu hanya boleh dinilai melalui keikhlasan hati.

Jika tidak,kita adalah sama seperti makhluk lain didalam zoo...barangkali yang dalam zoo tu lebih bijaksana dari kita.

Renung-renungkanlah..

Cerita lanjut klik sini.

Tuesday, March 16, 2010

Internet 10mb sesaat bulan ini!

Shah Alam dinobatkan sebagai antara kawasan yang mempunyai rekod tertinggi dalam pengunaan Internet.Statistik itu sudah tentu termasuk jugak aku..

Ini ada berita baik untuk semua pengguna Internet,kita dijangka akan menikmati kelajuan internet lebih 10 megabit sesaat (Mbps)pada bulan ini.

Untuk maklumat lanjut,sila klik sini.

Program UNIMAP tidak diiktiraf???




UPDATE 16/03/2010 5.08 petang:
Naib Canselor UNIMAP memberi kenyataan balas dalam akhbar hari ini.Baca sini.

UPDATE 16/03/2010 12.46 malam
Bahagian Akreditasi UNIMAP telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut.Untuk maklumat lanjut,klik di sini.


POSTING ASAL:

Hari ini,Kosmo melaporkan bahawa terdapat 16 kursus yang ditawarkan oleh Universiti Malaysia Perlis tidak diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan dan badan profesional.
Baca di sini.

Kursus itu tidak dapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Sebenarnya,isu ini sudah aku ketahui sejak tahun 2009 lagi.Namun begitu tiada pihak yang mahu tampil kehadapan dan membawa isu ini ke pihak kerajaan.Mengikut maklumat dan rungutan yang aku dapati di forum2,kebanyakkannya kursus yang tidak diiktiraf itu adalah daripada bidang Kejuruteraan.

Pada tahun lepas juga,aku ada terbaca rungutan seorang bapa yang anaknya tidak mendapat pekerjaan di sektor awam kerana ijazahnya tidak diktiraf.Kursus yang tidak diiktiraf itu pula adalah Kejuruteraan Metalurgi.Aku tertarik untuk mengetahui lebih lanjut perkara ini kerana ada seorang kenalan yang mempunyai kelulusan dari UNIMAP dalam bidang yang sama.Cuma perkara ini belum lagi disahkan kebenarannya.Pihak Kementerian Pengajian Tinggi pun masih belum membuat sebarang kenyataan.

Persoalannya,

1.Kenapa sejak dari 2001 hingga 2010,kursus yang ditawarkan belum diberi pengiktirafan?Ini satu penganiayaan kepada pelajar dan juga graduan yang telah menamatkan pengajian.Macam mana nak bayar hutang PTPN,kalau ijazah pun tak laku?

2.Apa fungsi Kementerian Pengajian Tinggi?adakah isu ini tidak penting?kesian mak bapak pelajar yang berhabis duit hantar anak ke IPTA dan pelajar juga menghabiskan masa hingga 4 tahun tetapi akhirnya membawa ijazah yang tak laku.Dato' Khaled Nordin selaku menteri kena bertanggungjawab dan tolong bayar hutang PTPN pelajar.

3.Apa reaksi UNIMAP?Yuran dah diambil dan pelajar pun dah ramai graduate.Kalau dah tahu tak diiktiraf oleh Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),kenapa teruskan kursus???Nak untung ke?

Kosmo tak melaporkan dengan lebih details,so kita tak dapat pastikan masalah yang sebenarnya.Diharap pihak kerajaan dapat menyelesaikan isu ini dan memberi penerangan kepada semua rakyat terutama pelajar2.

Saturday, March 6, 2010

Keadilan pada semua manusia...



Keadilan harus ditegakkan walau dengan apa jua cara sekalipun.Oleh kerana itu mengikut peraturan manusia,walaupun penjenayah sudah mengaku salah sekalipun namun dia tetap ada hak untuk dibicarakan.

Pada logik akalnya,kalau si pesalah dah mengaku salah,jatuhkan saja hukuman tanpa adakan perbicaraan yang membuang masa.Tetapi,kita harus menghormati undang-undang.Kita bukan dirimba.Kita di celahan manusia berakal dan berilmu.

Kenyataan ini tidak berunsurkan politik,hanya pemahaman dari akal yang kecil dan sederhana.Aku ingin mengulas sedikit berkenaan kes Liwat 2 antara DS Anwar Ibrahim dan Saful Bukhari.

Kita semua tidak tahu siapa yang benar dan bersalah dalam hal ini.Tetapi undang-undanh harus dihormati dan tugas pengamal undang2 adalah mencari keadilan bukannya mencari kelemahan teknikal.

DSAI dan peguamnya memberi alasan teknikal dan cuba menghentikan dan menamatkan segala perbicaraan.Dari kes mau digugurkan,pendakwaraya digugurkan dan terbaru hakim juga mahu digugurkan.Selepas ini apa lagi yang hendak digugurkan?

DSAI merayu sokongan dari luar negara dan mengadakan road shownya yang boleh dianggap sebagai mahkamah jalanan dimana hakim dan peguamnnya adalah beliau sendiri.Rakyat hanya boleh mendengar dan terus menyokong.

Bagaimana dengan yang mendakwa dia diliwat?Saiful Bukhari tidak diberi ruang untuk mempertahankan diri.Dia tidak meminta simpati dari luar negara,tidak mengadakan road show.Saiful hanya menggunakan jalan perundangan iaitu mahkamah untuk membicarakan pertuduhannya.Begitu ke keadilan?

Yang terkenal itu tertuduh.Tapi yang menjadi mangsa orang yang menuduh.Tiada ruang.
Beliau bersumpah untuk menyatakan apa yang dituduhnya itu tidak bohong dan tidak direka.Tetapi yang dituduh iaitu DSAI sehingga hari ini tidak mahu bersumpah muhabalah.Lantas semua adalah konspirasi tetapi tiada juga bukti yang jelas.Kenapa?
Begini,kalau tak mahu bersumpah tidak melakukan liwat,itu hak beliau.Tetapi beliau harus membuktikan segala tuduhan itu tidak benar melalui saluran yang betul.Itu yang paling penting.Berani kerana benar.

Jika sumpah Saiful berjunjungkan naskah suci Al-Quran tidak diiktiraf oleh DS Anwar Ibrahim dan beliau juga enggan melakukan sumpah yang sama kerana menerima nasihat Ulama dunia mengatakan bahawa sumpah muhabalah tiada dalam Islam.Tetapi kenapa beliau iktiraf pula pengakuan bersumpah PI Balasubramaniam dan Raja Petra yang lari setelah menuduh orang???Itu keadilan cara Islam ke?

Sebenarnya,sebagai manusia yang menghormati undang2 dan juga sebagai pemimpin sebuah parti memperjuangkan keadilan,DS Anwar seharusnya menggunakan mahkamah sebagai platform mencari keadilan.Buktikan pada dunia bahawa Saiful itu pembohong.
Namun DS Anwar memilih platform politik untuk keadilan dan bukan undang2.Kenapa?

Malah yang lagi menghairankan ialah beliau memohon supaya Saiful didakwa dan dihukum secara undang2 syariah iaitu Qazaf.Bermakna Saiful harus dikenakan 80 sebatan (tak pasti) kerana menuduh tanpa membawa 4 orang saksi lelaki.Habis cerita.Maknanya simple,tak perlu mendakwa DS Anwar kerana mahkamah syariah telah menjatuhkan hukuman kepada Saiful kerana menuduh tanpa saksi.Ape perlu lagi perbicaraan di mahkamah Sivil?

Untuk pemahaman,hukum qazaf hanya boleh dilaksanakan pada orang yang tiada kena mengena tetapi membuat tuduhan.Dalam kes DS Anwar,Saiful adalah mangsa.Berbeza tafsiran itu.
So,dimana keadilan untuk mangsa iaitu Saiful?Kalau begitu,orang bukan Islam akan melabelkan Islam adalah zalim.Si mangsa akan menderita dan tertuduh lepaskan diri.
Kalau begitu juga selepas ini, wanita yang dirogol ditempat yang sunyi tanpa ada sesiapa yang menjadi saksi dan wanita itu menuduh seseorang merogolnya.Tak perlu risau,kerana lelaki itu tidak boleh dikenakan hukuman kerana wanita itu tidak membawa 4 orang saksi.Malah wanita yang kena rogol pulak kena sebat kerana kesalah menuduh.Macam mana?Keadilan ke?


maka lebih ramai lah perogol didunia..

Klik disini untuk pemahaman lebih lanjut.