Monday, December 29, 2008

Jangan Pandang Belakang...

Kalau melihat tajuk posting aku kali ni,ramai yang teringat tentang sebuah filem melayu yang laris di pasaran,sebuah filem seram ala melayu yang box-office dan khabarnya meraih kutipan sehingga 7 juta RM..bukan rupiah. Pelakon melayu,pengarah melayu dan kalau tak silap satu orang pun yang aku lihat dalam wayang ini bukan bangsa aku...tak termasuk hantu jembalang dalam filem ye..tu tak dikategorikan sebagai orang!
Statement diatas bukan bersifat perkauman walaupun bunyinya macam ke arah maksud tersebut.Niat aku hanya ingin menjelaskan fakta.Kalau kita lihat filem itu,99.9% tenaga kerjanya mungkin orang melayu,tetapi tauke yang labur duit kerah orang2 ini buat kerja or jadi hantu ialah bukan melayu...iaitu Mr.David.Beliau berasal dari Segamat,Johor dan merupakan orang yang miskin pada asalnya.Namun kini beliau dah pecah rekod menjadi orang terkaya dalam industri filem yang mana bukan filem Cina tetapi filem Melayu.Seingat aku,David ni baru je muncul dalam industri filem lebih kurang 10 tahun lepas.Lama lah jugak tu tetapi kalau nak dibandingkan dengan ramai lagi pengusaha filem melayu lain yang dah berpuluh tahun terlibat dalam industri,David ni dah macam budak baru tumbuh gigi.Tapi realitinya adalah budak tumbuh gigi ni lah yang dah patah2kan gigi orang2 tua dan sumbat mulut mereka dengan gigi2 sekali....sebab yang banyak gigi ni lebih suka menempel kat majalah dan berposing di karpet merah setiap tahun bila ada anugerah.

Cemburu???? memang aku cemburu..aku jealous dengan kejayaan si David ni.Pada mula aku tengok dia cakap kat tv berterabur melayu,tetapi sekarang dah improve.Nampak tak?usaha mamat ni tak pernah putus.Dia tahu apa yang dia buat dan apa yang dia nak.tapi aku nak jelaskan kat sini,jealous aku adalah bersifat sihat dan kompetitif.Bukan nak cari gaduh bila tengok bangsa lain berjaya.Kalau ada yang nak bergaduh tgk si David ni kaya,memang orang tu bodoh yang amat..

Usaha dan semangat David ni sepatutnya dicontohi oleh semua pengusaha filem melayu.Bukan sibuk nak hentam diri masing2 dalam persatuan2 yang aku kira mengarut dan sampah.Wujud geng generasi baru nak pulau generasi lama dan macam2 lagi.Pada aku persatuan itu sifatnya bersatu.Perkataan 'persatuan' tu pun wujud dari situ.Unite..apa lah sibuk masing2 nak gaduh2,tengoklah dulu dekat mana level filem dan seni melayu.Kita jauh ketinggalan sebenarnya tetapi kita menang dari segi gossip dan berita hangat artis..sungguh maju kedepan!.

Aku percaya 10 tahun lagi,mamak jual roti canai pun boleh jadi produser filem melayu.Sebab banyak untung wooo!!yang jadi pelakon dan krew,orang melayu lah.sapa lagi nak buat??

Kalau ada pun produser melayu,bilangannya boleh dikira dengan jari la..orang melayu lebih suka buat drama,boleh jual kat tv..senang cerita tak payah nak susah2 fikir pasal penonton tak pegi panggung...cukup time duit masyuk.Orang melayu memang hebat buat drama hinggakan meleleh airmata makcik kiah dan makcik bedah menonton sambil lipat kain.Derhaka,Lupa daratan,gatal merenyam...itulah plot yang popular.Budak kecik belum sunat pun dah boleh agak ending dia macam mana.

Yang paling aktif sekali,repeat balik atau transform dari filem yang tak laku buat pulak versi drama..paksa orang tengok.Lepas tu skrip mak aik skema...macam baca puisi pulak.Satu episod untuk satu hari punya cerita.Sebab tu boleh buat drama bersiri sampai beratus episod..dari zaman sekolah naik basikal kejar2..sampai dah tua bangka main merajuk2 bawak kereta...benci betul aku.Kalau jadi polis pulak..skrip memang poyo."Ya tuan,kita akan siasat secara terperinci kes ini..kita akan kerahkan orang kita sehingga penjenayah ini tumpas"..aduhai...
Aku rasa polis sebenar pun tak buat dialog macam ni.

Aku bukan nak menghentam orang melayu..tetapi sasarkan pandangan kepada orang bangsa aku sendiri supaya cepat bergerak.Usah terbuai dengan drama lagi...kita harus jadi tauke!..

Fisabilillah!

Israel mengganas lagi dengan hampir 200 orang islam Palestin terkorban.Keganasan terbaru ini mengundang rasa marah dari seluruh pelusuk dunia terutamanya umat islam.Mengapakah begitu kejam sehingga nyawa yang tak bersalah menjadi korban??namun apa yang pasti,bagi jiwa penduduk islam Palestin..jika mati kerana memperjuangkan agama Allah,maka kematian itu bukanlah sia-sia..akan ditempatkan dalam golongan syuhada...yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT.Dengan sebab itu perjuangan Intifada tidak pernah berhenti,setiap jiwa ditanam satu tekad untuk mengejar taraf syahid.Fisabilillah!!

Sunday, December 28, 2008

aku baca..



Buku yang sedang aku baca dan beberapa magazine yang wajib aku langgan setiap bulan..

Membaca kunci ilmu pengetahuan.

Monday, December 22, 2008

Sayonara 2008

Lebih kurang seminggu lagi untuk kita tutup buku atau segala kisah yang tercatat pada tahun 2008 ini...dan sama-samalah kita berdoa pada allah semoga hidup kita dan segala perancangan kita akan menjadi lebih baik dan sukses di tahun 2009.

Friday, October 24, 2008

Nostalgia Sekolah 2


Semasa saya di tingkatan 1 dan 3,bangunan ini adalah tempat saya belajar.Pada mula memasuki alam menengah,saya agak malas dan perasaan saya pada masa itu sangat membosankan kerana kejutan dengan pelajaran yang semakin sukar serta sesi petang yang meletihkan.Namun ia tidak berterusan kerana setelah hampir 3 bulan berlalu saya kira,semangat saya sudah kembali pulih semula.Saya mula sudah serasi dengan keadaan dan juga apa yang saya harus berdepan untuk hari seterusnya.Pada pertengahan tahun,semangat saya kembali luntur setelah kehilangan seorang bapa dan perkara ini sangat menyedihkan saya.Tiada bapa dan hanya tinggal ibu dan adik beradik untuk meneruskan kehidupan,tetapi saya belajar untuk menerima keadaan itu sebaiknya dengan tabah.Kebetulan takdir tuhan,selepas kehilangan bapa,saya kehilangan pula abang ipar beberapa hari kemudian.Jelas ia adalah satu ujian maha berat untuk saya dan keluarga.Dengan fikiran yang semakin matang,semangat itu akhirnya dapat juga dipulihkan tanpa bantuan kaunseling atau apa sahaja,hanya bergantung pada kekuatan mental serta cekal jiwa untuk terus menjalani hidup.Maka saya sedari masa itu bahawa,tahun1994 adalah tahun ujian besar pada saya keseleruhannya.
Saya dapati setelah melalui beberapa proses penekanan secara mental,diri saya seolah-olah bertindak balas dengan apa yang telah saya lalui.Kehidupan saya semakin liar,saya kurang menumpukan pada pelajaran,dan pada masa itu juga saya telah berkerja pada sebelah pagi untuk mencari wang persekolahan.Seingat saya,pada masa itu banyak perkara pelik yang telah saya lakukan antaranya membotakkan kepala,melanggar undang-undang sekolah dan macam-macam lagi.Kemuncak segalanya adalah semasa saya di tingkatan 2.Alam persekolahan saya pada masa itu sangat 'gila'.Saya mula serasi dengan kerja berat di sebelah pagi,dan selesai berkerja saya bersiap untuk ke sekolah pada sesi petang.Sehingga seingat saya,waktu di dalam kelas banyak kali saya tertidur kerana keletihan.Pernah sekali semasa ujian,saya tidak dapat mennyelesaikan soalan ujian akibat terlalu mengantuk.Waktu petang yang panas,dengan kipas di atas kepala membuatkan saya terbuai dan lena seketika.Semasa tingkatan 2 itu jugalah,saya bergaul bersama kawan-kawan yang nakal dan liar.Banyak kegiatan yang membuang masa serta 'ganas' yang dilakukan.Dan akhirnya saya membuat keputusan untuk berhijrah jauh ke negeri lain membawa diri.Antara sebab yang lain saya bertindak sebegitu adalah dasar 'kekecewaan' dengan cinta.Masa itu juga saya jatuh cinta dengan seorang gadis berketurunan Sikh-India tetapi saya tidaklah menyalahkannya untuk segala apa yang berlaku pada diri saya.
Pada mulanya gadis itu juga menyukai saya,tetapi oleh sebab kenakalan saya maka gadis itu mula bertindak menjauhkan diri.Saya sangat kecewa pada masa itu dan banyak lagi perkara perlu saya terangkan disini,tetapi biarlah di lain kali sahaja.Mungkin di ruangan kisah percintaan saya pula.

Di bangunan ini pula adalah tempat saya berkumpul di waktu rehat.Tingkatan empat saya banyak dihabiskan di bangunan ini dan seiring dengan alam remaja dan juga setelah melalui banyak dugaan pada diri,keluarga serta cinta maka kehidupan saya lebih tenang semula disini.Dan bermulalah satu era dimana saya tidak mendekati sebarang perempuan dan tidak sekalipun saya cuba membalas cinta mana-mana pelajar perempun walaupun ada yang ingin mendekati.Saya akan menjauhkan diri dan juga terang-terang menolak 'lamaran' cinta.Sudah menjadi trend masa itu,pelajar perempuan dan lelaki menjadi abang angkat,adik angkat,kakak angkat dan macam-macam yang terangkat.Namun saya langsung tidak berminat untuk mengikut trend itu dan kenakalan saya juga lebih 'educated' dan matang.
Di tepi bangunan ini adalah sebuah padang yang luas dan saya sangat aktif menyertai pasukan bola sepak masa itu tetapi saya bersyukur kerana tidak terpilih untu ke peringkat yang lebih jauh,kalau tidak mungkin saya sudah banyak ketinggalan dalam pelajaran.Apa yang saya lihat,ramai rakan-rakan yang gagal dalam pelajaran adalah dari golongan pelajar yang aktif kegiatan sukan hingga ke peringkat daerah atau negeri.
Antara kenangan menarik di banguna ini semasa tingkatan 4 ialah berkenaan seorang rakan saya yang akrab duduk bersebelahan meja kelas dan kebetulan berkongsi nama bapa yang sama dengan saya.Guru Bahasa Melayu saya kalau tidak silap ialah Cikgu Faridah yang comel molek dan boleh tahan garang.Tetapi kami semua langsung sedikit pun tidak takut kepada beliau..entah kenapa saya pun tak tahu.Beliau pernah menegur saya tentang sesuatu kesalahan pada sesi kelas beliau dan rakan disebelah saya ini tiba-tiba ketawakan saya sehingga Cikgu Faridah merasakan beliau diketawakan dan diejek oleh kawan saya itu.Dengan reaksi marah,beliau terus merampas buku dimeja kawan saya dan terus melemparnya keluar bangunan dan buku itu jatuh diatas bumbung surau.Lantas keadaan menjadi senyap dan kawan saya itu tergamam seketika,lalu Cikgu Faridah pun beredar tanpa sempat menghabiskan sesi pembelajaran.Setelah beliau beredar,kami semua ketawa pecah perut melihat buku itu terdampar diatas surau.Selepas kejadian itu,Cikgu Faridah seakan merajuk dan tidak masuk ke kelas kami hampir seminggu.Mujur rakan-rakan pelajar perempuan memujuknya kembali semula dan kami mula menumpukan pelajaran pada setiap sesi beliau selepas itu.

bersambung......

Nostalgia Sekolah..

Pertama sekali saya ingin nyatakan disini bahawa gambar diatas adalah sebuah sekolah yang memberi banyak jasa kepada ramai insan sebagai manusia terutamanya diri saya sendiri.Dengan rasa bangga sekali,maka saya tertarik untuk memuatkan himpunan gambar terkini sekolah saya yang diambil dari website sekolah.

Bermula dari tahun 1994 - pertengahan 1995 (meninggalkan sekolah kerana berhijrah ke Selangor) dan kembali semula pada pertengahan 1996 - 1998 menamatkan persekolahan di tingkatan 5.

Dan kini setelah hampir 10 tahun meninggalkan alam persekolahan menengah saya disini,akhirnya dapat juga saya menjengah semula sekolah ini di alam maya.Teknologi membawa saya pulang ke alam remaja dan memaut semula segala kenangan yang bertapak disitu sama ada suka dan duka,tangis atau tawa.(realitinya saya tak pernah menangis di sekolah).Ternyata banyak perubahan terutama sekali pada landskap sekolah yang mana saya kira lebih indah dan kemas.generasi masa kini sangat beruntung kerana dapat menikmati suasana pembelajaran dalam landskap yang mendamaikan dan penuh kehijauan.Maka tiada alasan untuk mereka mengabaikan pelajaran dan mensia-siakan keindahan yang diciptakan.Masa untuk kita menikmatinya hanya 5 tahun sahaja.Dan selepas itu terpulang pada diri sendiri,sekiranya dalam tempoh 5 tahun itu digunakan dengan sebaiknya maka baiklah persekitaran hidup mereka kelak.Keindahan dan kemudahan seperti ini tidak ada dizaman saya.Maka nikmatilah dengan sebaiknya..

Pemandangan dari arah depan (pintu masuk) ke sekolah.Tampak kekal seperti dahulu namun begitu pada zaman saya tiada yang meletak motosikal di luar bangunan.Pada pendapat saya mungkin pelajar sekarang sudah mewah,ibu bapa mampu membeli kenderaan untuk anak-anak mereka ke sekolah.Zaman saya hanya segelintir sahaja,selebihnya berjalan kaki atau paling popular menaiki bas.Saya dapat membayangkan mungkin kini pengusaha bas sekolah agak kerugian sedikit kerana kekurangan pelajar yang menggunakan khidmatnya.
Diahadapan pintu pagar tertera nama sekolah,yang membezakannya kini ialah sudah terdapat kemudahan perhentian yang mana pelajar boleh berteduh apabila hari hujan.Seingat saya dahulu,sekiranya hari hujan kami hanya mampu menunggu hujan reda atau paling tidak pun kami redah saja.Pengorbanan kami untuk ke sekolah lebih terkesan kerana dengan basah kuyup berlari hampir 200 meter untuk menaiki bas.Sekiranya lambat sedikit bas tidak akan menunggu kita...maka lewat senjalah baru sampai di rumah.

Saya masih ingat lagi dahulu,bangunan diatas saya duduki semasa tingkatan 2 dan tingkatan 5.Waktu itu landskap kolam masih kekal disitu tapi kini lebih 'meriah' sedikit dengan hiasan,yang berbeza adalah suatu masa dahulu ia dirimbuni beberapa pohon yang rendang.Saya boleh kira berapa kali menjejaki kawasan kolam ini sepanjang 'hayat' persekolahan disini.Kawasan ini memang tidak popular kerana ia berhampiran pejabat pengetua dan guru kanan.

Saya tidak berapa pasti tentang bangunan atau blok diatas.Fikiran saya sudah terhakis sedikit disebabkan masa yang berlalu dengan banyak perubahan berlaku,maka sukar untuk menyatakan kisah bangunan ini.Saya hanya melihatnya dari gambar sahaja,tetapi sekiranya saya melihat sendiri secara realitinya mungkin ia membantu mengimbas semula kisah disini.Saya hanya meneka mungkin bangunan ini dahulunya terletak ditingkat bawah deretan makmal sains dan disebelah atas terdapat perpustakaan.Tidak banyak saya boleh ceritakan kenangan di perpustakaan kerana saya mengaku bahawa saya jarang sekali mengunjunginya.Istilah kami pada masa dulu 'kawasan untuk bercinta' ialah disini dan saya bukan golongan pelajar yang cintan cintun.Cuma kisah yang menarik mungkin di makmal sains kerana seingat saya ini adalah kawasan nakal,guru Sains saya iaitu Cikgu Maizan kalau tak silap pernah beberapa kali naik angin dengan karenah saya dan kawan-kawan.Pernah satu masa Cikgu Maizan merotan kami kerana tidak memberi tumpuan semasa beliau mengajar,setelah beliau merotan di tapak tangan kami meminta lagi untuk dirotan semula.
"Nak lagi sekali Cikgu.."...
Ini kerana beliau kelihatan sangat ganas semasa mahu merotan tetapi apabila saat merotan hanya perlahan sahaja beliau memukul.Mungkin sifatnya seorang perempuan manakan boleh dibandingkan dengan kami yang yang meningkat dewasa,disertai dengan naluri keperempuanan maka sebatan itu langsung tidak dirasai.Apabila dikenang memang boleh mengundang tawa tetapi ia sebenarnya tidak baik dari segi moralnya.Kini saya berasa sangat bersalah pada beliau dan saya sedar kalau tidak kerana beliau saya tidak seperti hari ini.Maafkan saya cikgu..

Bersebelahan bangunan ini ialah kawasan perhimpunan setiap pagi Isnin.Disini juga terdapat kawasan lapang untuk Sepak Takraw dan Badminton.Semasa di tingkatan 5, di kelas saya pada masa itu hanya terdapat lebih kurang 7 orang lelaki saja daripada lebih kurang 35 pelajar.Baki keseluruhannya adalah pelajar perempuan.Kelas ini sebagai bukti pada masa itu pelajar lelaki sangat kurang yang benar-benar berpotensi.Saya akui bahawa pelajar lelaki lebih ramai di kelas-kelas bawahan yang mana disiplin dan gred pelajarannya sangat tidak memuaskan.Maka itu diasingkan supaya ia tidak mengganggu pelajar-pelajar lain yang dianggap berpotensi untuk cemerlang.Semasa perhimpunan kami sangat malu untuk beratur,kerana mengikut sistemnya pelajar lelaki di hadapan dan pelajar perempuan di bahagian belakang.Kelihatan kelas saya sangat aneh dengan barisan pelajar lelaki yang kurang berbanding kelas-kelas lain yang seimbang dari segi jumlah jantina pelajarnya.Maka saya dan rakan-rakan selalunya mencelah di barisan kelas sebelah atau mana-mana barisan yang kami suka.Pada mulanya ada guru yang menegur tetapi lama kelamaan sudah tidak menjadi isu lagi..

Bersambung di bahagian 2...

Thursday, October 23, 2008

Nostalgia

Balik sekolah dalam bas penuh riang,masing-masing girang sebab kongsi rokok walau sebatang kongsi 5 orang,panas terik terjerit terpekik,ada yang terduduk bila kena lepuk,jalan berhabuk mata naik ngantok,eng gi bawak lembab dah naik pekak dengar maki hamun budak-budak belakang,dia tetap rilek layan bawak bas sorang-sorang...sesekali dia tak boleh tahan,budak belakang kena rotan,tiba-tiba keadaan jadi aman,ada yang pura-pura pengsan dan ada juga yang berani melawan...


Pasukan Sepak Takraw Chan Wing semasa Program Lawatan & Perlawanan Persahabatan bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) Melaka.

Berdiri dari kiri:

Boy - Tekong Buntal , Rapit - Killer 'Beng' , Botak - Feeder Gitaris , Deko - Jekong jarang lepas ,Bulat - Killer Sangkut , Ebob - Kiri je..

Duduk dari kiri:

Aie - 'hensten' ,Iwan - Feeder tuk killer sebelah , Amat - Tekong "lawyer" , Ghani - Boss Beso.

Sunday, October 19, 2008

Derita Dunia Dan Emas Hitam.

1.Pada 15 Oktober yang lalu,PM Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan penurunan harga minyak bagi seliter petrol.Bagi petrol RON 97 telah dikurangkan dari RM 2.45 ke RM2.30 seliter.Penurunan ini ada kaitannya dengan keadaan ekonomi semasa dunia yang melibatkan kuasa besar seperti penyusutan nilai dollar Amerika dan diikuti kemelesetan ekonomi dunia.

Dibawah ini gambarajah berkaitan yang dipetik daripada Malaysiakini.com.


2.Terdapat beberapa punca penyebab kenaikan harga minyak pada tahun 2008 ini dan ianya menunjukkan trend yang tidak stabil.Untuk tahun ini sahaja,kerajaan telah beberapa kali menaikkan dan akhirnya menurunkan semula harga minyak bagi mengimbangi subsidi.Antara penyebab utama kehuru-haraan ini adalah ekploitasi bahan komoditi terpenting di dunia ini yang menjadi nadi kepada ekonomi dan sosial seluruh dunia.Ia kadangkala meresahkan dan kadangkala membawa kegembiraan.namun yang pasti,monopoli kepada hasil minyak ini menjadikan status manusia itu terlalu tinggi untuk dinilaikan sehingga timbul sisi hitam sikap dan lumrah kemanusiaan yang mana manusia itu sendiri tidak boleh lari daripadanya.Yang pasti simbol kekayaan itu hanya dikecapi oleh pengusaha yang berabi memonopoli dan sekaligus mengaut keuntungan secara ekploitasi.Rakyat biasa hanya menghabiskan pendapatan untuk membeli bahan ini dan sepenuhnya bergantung kepada subsidi.

3.Pergantungan kepada dolar Amerika dalam semua urusan jual beli minyak telah menyebabkan pihak yang terbabit mengekploitasinya.Amerika Syarikat telah mengalmi penguncupan yang ketara semenjak peristiwa serangan berani mati yang didakwa mereka adalah rancangan pengganas islam Al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden.Semenjak peristiwa yang memalukan negara yang menggelarkan diri mereka polis dunia dan tidak boleh disentuh dengan sebarang ancaman,pelbagai tindakbalas dan reaksi mereka mempamerkan kuasa.Antaranya serangan pencerobohan keatas Taliban di Afghanistan dan juga Saddam Hussin di Iraq,yang mana pada telahan mereka sebagai punca negara 'Uncle Sam' itu diserang.Dan umum semua tahu bahawa negara-negara tersebut adalah seperti tangki simpanan minyak terbesar dunia.Serangan dan penjajahan zaman moden ini tidak lain hanyalah berkaitan dengan ekonomi semata.Pada masa kini,kehebatan yang membuatkan kegerunan pada negara lain adalah dengan menguasai ekonomi dunia.I a bukan lagi bergantung pada kehebatan tentera dan senjata peperangan semata.

4.Seperti tuhan menunjukkan pembalasan diatas kezaliman Amerika,negara itu telah ditimpa pelbagai malapetaka sehingga membawa kesan serius pada ekonominya.Beberapa bencana alam mega seperti Taufan Katrina dan juga Taufan Wilma menyebabkan Amerika merayu simpati dunia atas penderitaan rakyatnya.Namun pernahkah mereka mendengar tangisan dan keluhan rakyat negara yang mereka serang??kesan dari serangan di Iraq dan Afghanistan sehingga kini tidak menunjukkan sebarang perubahan kearah keabaikan.Negara-negara tersebut terus bergolak dengan gerakan penentangan gerila dan rakyat sendiri mengusir mereka.Tekanan dunia supaya mereka mengundurkan tentera seperti dipekakkan sahaja.Cuaca dunia yang berubah secara mendadak dan sehingga saintis meramalkan pada 10 tahun akan datang penempatan dikawasan rendah dan juga pulau-pulau di dunia kemungkinan akan hilang di peta dunia.

5.Pemanasan global menyebabkan iklim dan perubahan cuaca tidak menentu dan disertai bencana alam yang tidak boleh diramal.Apabila bencana alam seperti kemarau panjang dan banjir besar berlaku,sumber pertanian tidak menjadi dan musnah sehingga hasilnya menjadi sangat genting.Permintaan untuk barang keperluan manusia semakin mendesak dan ini menyebabkan tekanan pada harga komoditi tersebut.Para pemborong mengeksploitasi permintaan melampau itu dengan memanipulasi stok serta membuat spekulasi untuk menjadikan keadaan peruncitan semakin huru hara.Yang nyata mereka mendapat keuntungan dari perasaan mendesak pengguna dunia.

6.Kini ekonomi Amerika Syarikat semakin meruncing dan dijangka akan mengalami kemelesetan paling teruk pada alaf baru ini.Krisis gadai janji subripma berkaitan kegiatan hartanah menyebabkan beberapa bank-bank utama negara tersebut muflis dan tidak boleh diselamatkan lagi.Pentadbiran Bush mengalami banyak kesan kelemahan ekonomi akibat daripada kegiatan salah tadbir korporat dalam syarikat gergasi seperti Worldcom dan Enron.Pelaburan asing juga menyusut dan penarikan balik modal untuk urusniaga terutama dari jutawan-jutawan Arab menyebabkan ekonominya semakin lemah dan tidak berdaya saing.

7.Atas semua faktor tersebut,kelemahan ekonomi Amerika menyebabkan kedudukan nilai matawang semakin merudum teruk.Ia menyumbang kepada penyusutan nilai dolar dan ia secara automatik menjadikan banyak ekonomi negara di dunia juga menjadi lemah.Ini kerana hampir kebanyakkan negara didunia bergantung kepada matawang dolar Amerika untuk semua urusniaga ekonominya.Urusan jual beli minyak juga melibatkan dolar Amerika,maka dengan susut nilai mata wang itu bermakna lebih banyak dolar diperlukan untuk mendapatkan kuantiti minyak seperti sebelum penyusutan nilai.

8.Spekulasi berlaku disebabkan khabar angin yang mengatakan pelbagai andaian bahawa harga minyak akan melambung secara mendadak.Sebelum ini,wujud cerita yang mengatakan bahawa Amerika akan menyerang Iran.Ini membuatkan permintaan semakin meningkat dan penyangak minyak boleh menaikkan harga tinggi.

Saturday, October 18, 2008

Rampasan Senjata.


Pasti ramai yang terkejut apabila melihat saya mempamerkan gambar kilang pembuatan arak terbesar di Malaysia dan juga antara pengeksport utama arak jenama Carlsberg di Asia yang terletak di Shah Alam.Sekiranya anda melalui lebuhraya persekutuan ke arah Klang pasti anda akan melihat kilang yang tersergam berwarna hijau ini.

Pada tahun 2000 berlaku satu kisah yang terpahat dalam sejarah jenayah di Malaysia dimana sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka Al-Maunah iaitu pertubuhan asas seni silat menggemparkan seluruh rakyat Malaysia dengan merancang peralihan kuasa dan mencabar Yang Di Pertuan Agong.Mereka yang di ketuai oleh Amin telah merampas senjata di sebuah 2 buah pos dan kem askar wataniah,membawa keluar sejumlah senjata dengan niat untuk berperang dan memaksa perdana menteri masa itu Dr.Mahathir meletak jawatan dalam masa 24 jam.Sebelum kejadian ini,kilang Carlsberg ini telah diserang terlebih dahulu dengan arahan Amin kepada pengikutnya untuk meletupkan kilang ini dengan bom yang dirampas.Namun hanya beberapa das tembakan sahaja berjaya dilepaskan dan bom yang dilempar itu gagal meletup.Akhirnya drama rampasan ini berjaya ditamatkan tanpa pertumpahan darah dengan penuh diplomatik antara pegawai atasan tentera di Bukit Jenalik.Semua yang terlibat dan ditahan serta dibicarakan dengan dakwaan melancarkan perang terhadap Yang Di Pertua Agong.Bagi yang mengikuti kisah ini secara terperinci melalui pelbagai sumber,jelas memahami kisah sebenar yang berlaku sepanjang peristiwa ini..Saya memiliki sebuah buku berkenaan Al-Maunah ini yang ditulis oleh saudara Zabidi Mohammad iaitu peguam yang mewakili beberapa ahli Al-Maunah yang terlibat.Melalui rakaman kisah yang terkandung dalam buku ini,pelbagai kisah yang kita tidak pernah tahu dan didedahkan selama ini dapat saya hayati.Buku ini adalah salah sebuah buku yang saya sangat suka membacanya dan akan disimpan dalam koleksi peribadi secara rapi.Sesetengah pihak yang terlibat dalam politik mengatakan ini semua adalah sandiwara ciptaan kerajaan Malaysia...tapi walau apa pun tanggapannya,saya merasakan ia adalah kejadian sebenar tanpa dirancang oleh mana-mana pihak..wallahualam..


















Antara model senjata yang dirampas iaitu M-16 dan Steyr AUG.

"As for the third group,involving Shahidi and Khairul Anuar, Salehuddin said after the arms heist in Gerik and Kuala Rui, they headed for the Carlsberg brewery in Shah Alam, the Hindu temple in Batu Caves, and the Guinness Anchor Berhad brewery in Jalan Kelang Lama in Petaling Jaya, all in Selangor, and used the grenade launcher at these targets.

"Both Shahidi and Khairul Anuar staged the shooting at the Carlsberg plant in Shah Alam while Shahidi was alone when he fired at the Batu Caves temple and at Guinness Anchor Berhad," he said.

"Sebagai kumpulan ketiga yang melibatkan Shahidi dan Khairul Anuar,Pendakwaraya Salehudin berkata setelah berjaya merampas senjata di Gerik dan Kuala Rui,mereka bertindak ke Kilang Carlsberg di Shah Alam,Kuil Hindu di Batu Caves dan kilang Guinness di Jalan Kelang Lama,Petaling Jaya,semuanya di Selangor dan menggunakan pelancar grenad sebagai alat sasaran.

Kedua-dua mereka iaitu Shahidi dan Khairul Anuar melepaskan tembakan dekat Kilang Carlsberg di Shah Alam dan sementara itu di Kuil Hindu Batu Caves dan Guinness,Shahidi bertindak sendirian."

Petikan dari arkib Utusan Malaysia 5 Disember 2000.

Hari Raya

Ramadan sudah berlalu dengan penuh kerahmatan.Menjalani ibadah puasa dengan tenang dan kini Syawal hampir berlalu.Keriangan dan kemeriahan suasana hari raya sentiasa menggamit perasaan dikala melewati zaman kanak-kanak dahulu.Hari raya dinanti dengan gembira kerana masa inilah kita dapat merasa serba serbi baru.Suasana itu lebih meriangkan disaat menjelang hari raya,menanti kepulangan adik beradik yang jauh berkumpul beramai-ramai meraikan hari kebesaran Aidilfitri..

Nostalgia itu sangat indah untuk dikenang...bersama kawan sepermainan berhari raya..berkunjung rumah jiran dan saudara mara...

Aidilfitri hampir pergi dan kenangan itu tetap kekal bertandang bila masanya ia kembali semula tahun hadapan..insyaallah...

Sunday, August 31, 2008

Merdeka...



Dalam menghayati kemerdekaan yang ke 51 negara tercinta ini,pelbagai bentuk dan kelakuan dijelmakan oleh semua masyarakat majmuk di Malaysia.Antara yang paling nyata adalah dari orang melayu sendiri yang betul-betul menghayatinya dengan menanti detik 12 malam...menunggu percikan bunga api untuk menghiburkan hati anak-anak kecil.Berbaris panjang mencari tempat letak kereta dalam kesesakan dan keriuhan suasana seolah2 ada ada sesuatu yang akan disambut meriah...kemeriahan itu datangnya dari tangis dan kerahan keringat orang-orang yang berjuang di zaman menuntut kemerdekaan sama ada kini sedang menonton di televisyen melihat anak generasi kini merayakan kemerdekaan atau yang telah pergi aman menemui sang pencipta dimana hilang nyawanya demi mencari merdeka untuk tanahair.Pernahkah kita terfikir kini bahawa percikan bunga api itu umpama percikan peluru,letupan bom yang singgah di perteduhan mereka satu masa dahulu...dan kini kita menanti hanya dengan mengira detik 12 malam penuh aman,berkereta mewah,anak-anak riang berlarian,remaja berbasikal sambil melilit bendera dibadan atau memasang bendera belakang motorsikal....menjerit dan berteriak...MERDEKA!MERDEKA!...

Inikah merdeka yang dihayati generasi kini???

Sunday, August 24, 2008

Teknologi Nano


Sebenarnya istilah nano ini sangat baru di pengetahuan saya.Walaupun sudah lama mendengarnya tetapi pemahaman sebenar tentang teknologi ini sangat cetek difikiran.Oleh itu, disini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan di dalam blog ini berkenaan teknologi yang dikatakan sangat seni dan cantik diantara semua teknologi.Pada penggamatan saya teknologi nano berhubungkait dengan alam semulajadi dan caranya berkolaborasi sesama makhluk sangat unik sekali.

1.Nano merujuk kepada sebuah skala yang kecil iaitu sehingga mencapai dari skala 1 hingga 100 nanometer.Pada tahap tertentu ia boleh mencapai pada skala atom dan molekul.Ini bermakna ia boleh membesar saiznya daripada saiz yang asal.

2.Untuk memahami saiz atau skala nano ini,perbandingan yang mudah adalah...susunan partikel 80 ribu nano berbentuk garisan lurus,jaraknya hanyalah sama seperti diameter sehelai rambut!..terlalu halus..dan ada juga maklumat yang saya baca dari perspektif kejuruteraan..perbandingannya seperti mengira berapa dalam sebuah kapal itu tenggelam oleh berat seekor burung yang hinggap di dek kapal.Tak terkira oleh akal saya..tidak mustahil kalau semakin hari rambut saya semakin gugur!..

3.Apa yang menarik minat saya dalam mengetahui tentang teknologi nano ini adalah dorongan yang tercipta oleh alam semulajadi melibatkan semua makhluk muka bumi memberi ilham pada manusia mencipta sesuatu untuk kebaikan sains.

4.Antaranya ialah seekor cicak yang boleh melekap didinding atau disyiling rumah memberi inspirasi pada manusia untuk mengkaji teknologi.Kuasa dan maha besar Allah menciptakan sesuatu sangat ajaib sehingga cicak boleh melekat tanpa jatuh...ini kerana dihujung jari kaki seekor cicak terdapat jutaan rerambut halus bersaiz nano.Jadi rerambut itu yang memainkan peranan sebenarnya hingga membantu haiwan ini melekat walaupun secara terbalik.Daya yang terdapat pada rerambut halus bersaiz nano itu sangat kecil sehingga mampu mencengkam dengan baik.Rerambut halus ini sudah pasti tidak mampu dilihat oleh mata kasar manusia.

5.Sekiranya cicak itu diberi beban 200 kali ganda daripada berat badannya,ia masih mampu melekat didinding tanpa jatuh..hebat!

Antara teknologi nano yang diaplikasikan di planet ini;

1.Pakaian jenama Hugo Boss mencipta sut pakaian berkonsepkan teknologi nano dengan lapisan hidrofobik berinpirasikan dari seekor kumbang di Namibia.Ini menjadikan pakaian tersebut kalis air.

2.Teknologi Nano komposit yang dimajukan oleh syarikat pengeluar kereta terkemuka dunia Mercedes,menjadikan sebuah kereta lebih ringan dan menjimatkan bahan api.Teknologi ini juga dapat menggantikan rekaan kereta daripada material komponen logam ke material yang lebih ringan dan efisien.Yang pasti teknologi nano juga membuatkan kereta ini tahan calar kerana salutan lapisan yang nipis dan tahan lasak.

3.Teknologi nano juga diaplikasikan dalam bidang sukan,contohnya raket yang digunakan oleh pemenang pingat emas olimpik 2008 dalam acara badminton yang juga pemain No.1 dunia Lin Dan dari China sangat ringan dan berketahanan tinggi.Begitu juga raket tenis Roger Federer dan kayu pemukul golf Tiger Woods.Lihat disini teknologi memainkan peranan dalam sukan moden dan kejayaan seseorang atlet itu sedikit sebanyak bergantung pada kemajuan teknologi.

4.Dan yang terkini adalah teknologi ini diaplikasikan untuk mengesan sesuatu iaitu sensor dengan lebih cepat dan berkesan.Sesuatu bahan atau jisim yang sangat rumit dan halus tidak lagi menjadi masalah kepada manusia untuk mengesannya.Ini sedikit sebanyak satu kemajuan untuk meningkatkan lagi keupayaan forensik dan sains jenayah.

Sumpah dan Politik

1.Ramai pihak yang membuat pelbagai kenyataan berkenaan isu sumpah yang sedang hangat ketika ini.Saya tertarik dengan satu isu yang mengatakan bahawa sumpah yang dilakukan oleh seorang pemuda yang mendakwa dirinya diliwat seperti perlakuan seorang yang kafir.Ini kerana pihak itu beranggapan bahawa bersumpah memegang kitab suci Al-Quran seumpama orang Kristian memegang Bible.

2.Pada pendapat saya,kita tidak boleh mengumpamakan sesuatu perlakuan atau kaedah untuk acara itu dengan sesebuah fahaman agama.Maksud saya disini ialah sekiranya bersumpah memegang kitab suci al-quran seperti penganut kristian memegang bible,perlakuan atau tertib ibadah sesebuah agama itu juga kadangkala menyerupai agama yang lain.Tidak perlu dihuraikan secara jelas disini kerana saya sangat menjaga sensitiviti kaum dan ajaran agama masyarakat majmuk di Malaysia.

3.Saya cuma ingin menekankan disini cukuplah semua ini..jangan keruhkan lagi dan mengkecamukkan lagi fahaman agama islam di Malaysia.Apabila isu ini menjelma,oleh kerana ia membabitkan individu yang berkaitan politik,maka cerdik pandai dan ahli agama yang juga pemimpin politik mula mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.Ini disebabkan pengaruh politik itu mula menutup segala yang fakta dan benar.

4.Yang penting disini adalah apa yang disampaikan oleh seseorang.Sekiranya niatnya bersih dan ikhlas tanpa ada pengaruh yang terselindung seperti dengan tujuan menjatuhkan maruah orang lain,kita harus memandang pada tujuan tersebut bukan hal-hal lain yang remeh temeh.

5.Saya berharap sangat di Malaysia ini kita terus kekal bersatu padu dan tidak harus sama sekali kita mempolitikkan agama untuk kepentingan peribadi.

6.Ulasan saya di dalam blog ini bukan dipengaruhi sentimen politik mana-mana parti.Saya cuma pemerhati dan mentafsir sesuatu dengan rasional dan realistik.Pada saya semua yang terjadi ada sebab dan dalilnya.

Orang Minyak Naik Minyak....(2)

Kerajaan telah mengumumkan bahawa pada hari Sabtu yang lalu,harga runcit petrol per liter telah diturunkan sebanyak 15 sen iaitu daripada RM2.70 ke RM 2.55 dan harga diesel juga diturunkan daripada RM 2.58 ke RM 2.50 seliter.Inilah adalah kesan daripada trend penurunan minyak dunia yang semakin menunjukkan tanda-tanda positif.Namun harus diingatkan bahawa trend penurunan ini bukanlah aras statik dan ia pasti akan meningkat semula mengikut keadaan semasa dunia.

Disini saya huraikan rasional kenaikan harga minyak yang lalu.

1.Pengurangan subsidi minyak dalam perbelanjaan negara.Akibat daripada kesan sampingan lain seperti pemanasan global yang menyebabkan sektor pertanian terjejas teruk,maka serta merta harga barang komoditi seperti beras dan barang makanan lain meningkat naik.Faktor cuaca yang terburuk dalam dekad ini membantutkan pengeluaran bahan makanan dan juga menyebabkan ledakan permintaan yang semakin tidak dapat dipenuhi oleh negara pengeluar seperti vietnam dan kemboja yang terbabit juga dalam kancah politik dalaman tidak menentu.
Rakyat Malaysia mempertikaikan status negara yang merupakan pengeluar minyak ulung dan juga memperolehi aset terbaiknya iaitu Petronas diantara syarikat terbaik didunia.Petronas dianggarkan memperoleh pendapatan RM 80 billion setahun yang mana satu jumlah yang besar.RM56 billion telah diserahkan kepada kerajaan dalam bentuk cukai,royalti dan duti sebagai sumber pendapatan negara untuk dibelanjakan mengikut belanjawan dan perancangan.Sekiranya harga minyak dunia meningkat maka secara matematiknya kerajaan perlu meningkatkan subsidi minyak dianggarkan melebihi 40 billion setahun jauh tersasar dari bajet sebelumnya.
Dengan itu pada pendapat saya bahawa membelanjakan pendapatan negara dengan pemberian subsidi secara berterusan dalam jangka masa panjang tidak akan membawa kesan yang positif kepada negara.Alasannya ialah seperti berikut;
1.Pembangunan negara dan juga projek-projek untuk rakyat akan menjadi perlahan disebabkan kerajaan kekurangan peruntukan oleh kerana telah disalurkan kepada faedah subsidi.
2.Tabungan atau dana kerajaan untuk jangka masa panjang juga semakin susut disebabkan perbelanjaan subsidi yang berlebihan.Sekiranya kerajaan tidak mempunya dana,maka dengan itu negara tidak mempunyai kuasa melakukan pembelian atau apa sahaja pengambilalihan strategik bagi menjana ekonomi.

Faktor peningkatan harga minyak dunia juga mungkin disebabkan oleh desakan penggunaan sumber ini oleh negara China dan India.Semua tahu bahawa 2 negara ini sedang hebat memacu ekonominya dengan pesat maka permintaan dan penggunaan dalam peratusan yang banyak juga diperlukan kearah usaha tersebut.Tidak hairanlah kuasa ekonomi dunia kini terletak ditangan negara China yang menduduki tempat kedua dibelakang Amerika Syarikat sebagai kuasa ekonomi global.

Saya juga berfikiran bahawa simpanan minyak dunia juga semakin berkurangan.Hari demi hari penerokaan hasil bumi ini semakin jauh ditengah lautan.Untuk Malaysia sahaja dianggarkan bahawa hasil minyak akan kehabisan dalam masa 15 tahun akan datang.Kos carigali telaga minyak bukanlah satu aktiviti dengan kos yang murah dan ia membabitkan satu jumlah kos yang sangat besar.Apatah lagi kini penerokaannya tidak lagi dipinggir pesisir pantai tetapi ditengah lautan.

Saya pernah terfikir satu masa semasa kenaikan harga minyak oleh kerana kurangnya pengetahuan dalam perkara ini.Namun kini dengan hasil bacaan dan ekplorasi maklumat teknologi terkini,saya dapati bahawa anngapan awal saya Petronas akan mendapat untung besar dengan kenaikan harga minyak adalah salah sama sekali!

Malaysia sebagai negara pengeluar minyak itu memang benar..tapi fakta yang saya dapati adalah Malaysia mengeluarkan minyak sebanyak 650 ribu tong sehari sahaja...ia sangat jauh jika dibandingkan dengan Arab Saudi yang pengeluaran minyaknya adalah 2 juta tong sehari!.
Dengan penggunaan domestik,ditambah 400 ribu tong yang diimport sehari,ia memang mengejutkan.Arab Saudi dan semua negara pengeluar minyak Timur Tengah tidak perlu membelanjakan kos yang besar untuk mengeluarkan minyak kerana saya dapat tahu di padang pasir tanpa carigali yang dalam boleh mendapatkan minyak!.

Jadi yang kaya dan memperoleh untung besar dengan kenaikan harga minyak hanyalah negara pengeluar petroleum Timur Tengah...bukan Malaysia.Kalau saya menjadi pemilik sebuah telaga di Timur Tengah yang boleh mengeluarkan maksimum minyak 2 juta tong sehari...maka saya akan menghadkan pengeluaran kerana saya akan rugi besar sekiranya minyak dunia turun.Saya akan terus mahu mengekalkan harga minyak tinggi supaya terus mendapat untung.

Orang Minyak Naik Minyak....

Ketika membaca sebuah akhbar saya sangat tertarik tentang satu usaha yang sedang dijalankan oleh penggiat seni negara membikin sebuah drama atau filem kalau tak silap...berjudul 'orang minyak naik minyak"..kelakar juga bunyinya..memang kreatif.Dengan suasana politik Malaysia ketika ini,kerancakkan pilhanraya kecil di Permatang Pauh yang mempertandingkan jaguh handalan politik DSAI mempertahankan kerusi Parlimen yang dilepaskan oleh isterinya untuk memberi jalan kepada beliau menuju ke "putrajaya"..itulah yang diwar-warkan ketika ini dan telah berkumandang semenjak Tsunami politik pada Mac 2008 yang lalu.

Dan yang menjadi bualan hangat serta senda gurau ketika ini adalah sumpah menyumpah yang berlaku dalam politik akibat dari keberanian seorang jejaka yang mendakwa dirinya diliwat oleh DSAI...sumpah laknat yang dibuat sangat berat dan andainya dia berdusta akan pasti memudaratkan hidupnya sehingga hari kiamat.Semenjak lafaz sumpah yang dibuat itu juga,si pihak yang dituduh sehingga kini enggan menurut jejak yang sama....malah berpegang teguh dengan pendapat bahawa sumpah tidak perlu dilakukan kerana adanya proses undang-undang dan juga mengambil kira pendapat dari ulama-ulama dalam dan luar negara sehingga mengutuskan sebab tidak perlu bersumpah sehingga berjela-jela panjangnya..

Sumpah laknat yang dilakukan oleh saudara Saiful Bukhari Azlan itu pada hemat saya yang serba kekurangan ilmu agamanya..tidak perlu dijadikan senda gurau dan memperlekehkan sumpah yang dilafazkan.Perlu diingat sumpah itu adalah bersifat peribadi diantara si pelafaz dan juga Allah SWT.Tujuan utama sumpah itu juga bukan untuk menghukum seseorang itu bersalah tanpa proses undang-undang dunia.Antara tujuannya ialah membersihkan nama dan maruah mangsa...serta yang paling utama sekali ialah menghentikan cakap-cakap berkenaan kes ini sehingga menjadi tohmahan dan fitnah yang dasyat..perlu diingat menuduh orang yang berzina itu tanpa bukti adalah satu dosa besar...dan cabaran si pelafaz itu supaya yang kena tuduh turut sama bersumpah pada hemat saya harus disahut oleh DSAI untuk meredakan keadaan umat islam yang semakin parah dek suasana politik kini..yang paling utama adalah untuk bangsa melayu..jika benar tidak bersalah dan berpegang pada prinsip 'berani kerana benar'..apa salahnya bersumpah sekurang-kurangnya boleh menghentikan tuduhan musuh politik...dan prasangka ramai.DSAI juga awal-awal mengatakan bahawa semua yang berlaku adalah konspirasi kali kedua untuk memalukan dan menjatuhkan beliau...maka punca ia berlaku itu...dengan sumpah laknat mungkin boleh menjawab soalan.Saya sendiri mengakui dan menghormati alasan DSAI yang mana mengatakan bahawa sekiranya dia bersumpah laknat tidak melakukan apa yang dituduh oleh saudara Saiful...apakah ia akan menjamindan mengekalkan status tidak bersalah beliau ketika perbicaraan di mahkamah kelak???

Apabila difikirkan secara bijak,sumpah laknat dan proses undang-undang mahkamah dunia adalah 2 perkara berbeza.sumpah laknat itu adalah diantara manusia dan tuhan pencipta..yang maha mengetahui dan maha bijaksana...mahkamah dunia adalah proses sivil mencari kebenaran dengan fakta dan bukti-bukti kes...sekiranya DSAI melafazkan sumpah laknat tetapi akhirnya didapati bersalah dan dihukum oleh mahkamah dunia..maka kelebihan adalah pada DSAI...saya juga akan segera mengatakan bahawa DSAI memang dianiaya dan segalanya yang berlaku kepada beliau adalah konspirasi jahat!!!..seluruh umat islam dan juga makhluk dunia akan bersimpati pada beliau...

saya merujuk kepada ulasan wawancara yang disiarkan oleh akhbar utusan hari ini..Pensyarah Jabatan Pengajian Islam USM,berkelulusan dari Universiti Madinah,Arab Saudi dan merupakan pakar bidang hadis,dakwah dan usuluddin iaitu apabila ditanya sekiranya satu pihak bersumpah tetapi satu pihak lagi enggan atau ingkar bersumpah laknat...maka kebenaran memihak kepada orang yang bersumpah..

renungkanlah..

Cuti..







Hutan Lipur Sungai Bantang yang terletak lebih kurang 20 kilometer dari Pekan Bekok sebuah daerah di Segamat Johor.

Monday, August 4, 2008

Western Food...

Bintang Walk..Shah Alam
Grill Lamb & Chicken Chop

Hari ahad malam aku pegi makan ngan wife kat Restoran Bintang Walk Seksyen 7 Shah Alam...baru je buka tempat ni..dulu kawasan paya dan hutan..sekarang dah pesat membangun.Aku jangkakan tak lama lagi semakin hebat la kawasan ni..tempat strategik antara Klang dan Shah Alam..kat sini juga sedang dibangunkan satu bandar baru yang dinamakan I-City.Just nampak happening coz ramai student2 UITM la lepak kat sini...maklum la dekat je.

Seingat aku masa baru2 sampai dan berkerja di Shah Alam ni,kawasan Seksyen 7 ni tak ada apa-apa pun..hutan dan paya.Just ada UITM dan tasik dekat komplek Belia tu.Tapi dalam masa 2 tahun je pembangunannya memang terlalu pesat sekali.Rumah2 flat dekat tepi jalan tu dulu tempat wife aku belajar kereta..masa tu tengah bercinta lagi.hehehhehe..

Ada beberapa fasa pembangunan di sini dan yang pertama adalah di kawasan Bukit Raja Jusco membawa ke Shah Alam.Mula berkembang dengan adanya rumah2 flat,rumah teres di sebelah area tasik dan banyak restoran2 yang bagus dibuka disitu.Yang selalu aku singgah ialah di Kopitiam Pak Li dan Miza Kopitiam..

Dan sekarang kalau semua nak tahu ada di sebelah fasa yang baru iaitu terletak di depan pintu masuk UITM..aku baru try satu restoran western food..sedap jugak la...

Jom try..

Saturday, August 2, 2008

Malaysia vs Chelsea



Chelsea datang ke Malaysia dan mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan kebangsaan sempena Jelajah Pra Musim Liga untuk persiapan Liga Perdana England yang dijangka akan bermula tidak lama lagi...Pasukan kebangsaan telah kalah 2-0 tetapi persembahan pasukan Malaysia pada malam itu mendapat banyak reaksi yang positif dan tidak menghampakan peminat2 yang hadir...tapi harus diingatkan aku sendiri tak pergi ke stadium kerana tidak berapa minat dengan team Chelsea...ehhehe..

Ini dia pemandangan dari atas rumah aku....



Waktu siang....
Pada malam perlawanan..stadium Shah Alam terang benderang dan dibanjiri kereta-kereta penonton yang hadir..

Majalah Edisi Kawan2...


MASUK MAJALAH KE????

Thursday, July 31, 2008

Pemanasan Global


Pada perkiraan saintis,bumi ini dianggarkan telah berusia 4.5 billion tahun.Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.Cuba kita bayangkan betapa tuanya bumi ini dan kalau hendak dibandingkan dengan usia manusia secara purata...memang terlalu jauh sekali perbandingannya..

Bumi juga dikatakan semakin menghampiri saat nazak dalam hujung usianya kini.Isu pemanasan global kini menjadi topik utama dalam perbincangan manusia sejagat.




Bahang kepanasan ini menunjukkan kesan-kesan yang nyata.
Menurut Jurnal Nature melaporkan bahawa pemaansan global mempercepatkan kepupusan lebih dari sejuta spesis hidupan darat dalam tempoh jangka masa 50 tahun dari sekarang.Aku tak pasti samaada spesis2 itu termasuk juga kita semua tetapi yang jelas dinyatakan disitu adalah haiwan darat...jadi mungkinkah kita lebih cepat menghadapi kepupusan jika pemanasan global ini terus berlaku???

Dan yang sangat mengejutkan sekali adalah bahawa hutan belantara yang ada di muka bumi ini sedang dimusnahkan oleh manusia pada kadar 1 ekar sesaat.Luas permukaan bumi adalah 510,065,600 km.besarkan???tapi....70.8% bumi adalah diliputi air.Ini bermakna 20.2% sahaja kawasan yang boleh didiami oleh manusia secara lumrahnya....fikir2 kan lah...

Suhu cuaca panas menyebabkan ais di kutub mencair dan menenggelamkan banyak daratan selain berlakunya banjir besar,ombak yang menggila dan juga keadaan cuaca tak menentu dan sukar diramalkan..

Sunday, July 27, 2008

Hobi...



Semua manusia ada minat dan citarasa masing-masing.Dan kita semua juga ada perkara yang sering kita lakukan dimasa lapang.Kadang-kadang minat dan kegiatan masa lapang ini boleh melibatkan kos yang besar bergantung pada minat atau hobi itu.

Petang tadi aku baru saja membeli sebuah buku iaitu berkenaan manusia-manusia yang terkenal di dunia bukan kerana kebaikannya atau jasa-jasanya tetapi kekejamannya serta kezalimannya sehingga layak diberi anugerah kehormat..

Entah kenapa sejak kebelakangan ini aku berminat untuk membaca kisah-kisah manusia yang terkenal dengan kejahatan.Bukan aku nak jadi jahat..tidak sama sekali...tapi aku mahu tahu dan mengkaji sejarahnya dan mengapa mereka bertindak begitu...

Sebelum buku ini aku sudah pun membeli sebuah buku biografi yang kisahnya ditulis sendiri oleh seseorang yang sangat terkenal di dunia iaitu Adolf Hitler kerana penghapusan etnik kaum Yahudi yang mana sekarang telah cukup berkuasa menghancurkan dunia dan menghalau rakyat Palestin dari tanahair mereka..Dahulu Hitler cuba menghapuskan dan membunuh beribu orang Yahudi daripada Austria-Jerman dan kini masyarakat Yahudi pula menghalau rakyat Palestin dan ada juga dibunuh secara kejam.

Hitler.



















Baru-baru ini dunia digemparkan dengan berita penagkapan arkitek perang yang membunuh beribu-ribu orang islam Bosnia.Antara kekejamannya ialah membunuh lalu mencampakkan mayat orang islam itu dalam satu kubur besar,memperkosa perempuan islam Bosnia dengan niat bayi yang akan lahir nanti mempunyai darah kafir Serbia.
Dia adalah Radovan Karadzic manusia berhati iblis yang telah cuba menghapuskan orang-orang islam di Bosnia Herzegovina.Setelah 13 tahun melarikan diri dan bersembunyi akhirnya beliau ditangkap hidup-hidup.

Radovan Karadzic













Itulah hobi atau minat aku sekarang membaca dan terus mencari ilmu..mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah sesuai dengan peningkatan usia dan kematangan fikiran.
Kini kalau ada rezeki aku mengimpikan sebuah runah yang mempunyai satu bilik khas untuk menyimpan buku dan ruang aku membaca.Mungkin buku-buku yang disimpan berguna untuk dijadikan rujukan anak-anak aku dan generasi akan datang.

Antara buku-buku dirumah aku...aku menjangkakan 5 tahun lagi tiada ruang untuk aku menyimpan buku yang aku beli hampir setiap bulan.Untuk membeli buku sahaja aku memperuntukkan RM 100 sebulan dan kadang-kadang lebih dari itu.

Mat Kahwin...




Bila umur semakin menginjak meniti kehidupan yang kadang-kadang manis dan dalam manis itu ada serba sedikit tercalit kepahitan dan kesedihan.Tapi disini aku tak mahu bercerita pasal pahit dan getir cuma nak berkongsi cerita zaman aku remaja.

Sahabat dalam kehidupan kita sebenarnya saling berganti mengikut dimana tempat kita menetap.Dalam banyak-banyak sahabat,antara yang memberi kesan pada kenangan ialah sahabat sepermainan dan sahabat semasa kita mula menjadi dewasa.

Tapi kini hampir semuanya sudah berkahwin dan masing-masing sudah membina kehidupan sendiri.Berbeza dimasa dulu semuanya adalah impian dan angan-angan.Bila dikenangkan semula aku tersenyum sendiri.Banyak perkara yang menggelikan hati dan ada diantaranya adalah sesuatu yang berlainan daripada sikap kita sekarang.Memang benar pepatah mengatakan...'pengalaman itu mendewasakan'..

Dalam persahabatan juga ada pasang surut.Ada masanya boleh bergaduh,bermasam muka,tak bertegur sapa dan yang paling teruk sekali pulau memulau.Tapi semua tu tak lama,cukup masa berbaik semula.Bergurau tu perkara biasa.Itulah yang mengajar kita erti sahabat dan bagaimana nak menjaga hati orang lain dengan mengawal tutur kata.Perasaan dan sensitiviti juga harus diambil kira.

Dulu balik sekolah terus campak beg,makan nasi sekejap terus ramai-ramai berkumpul untuk meneruskan acara 'renang' di sungai.Time tu juga mula berjinak-jinak dengan rokok so mandi sungai adalah 'port' yang paling strategik sekali.Kalau musim cuti sekolah lagi hebat sehinggakan boleh berkubang didalam sungai tu seharian..ada banyak perkara yang kelakar dan cemas terjadi tapi kami tak pernah serik.

Ayun,Mat,Bob,Topong...(geng lama antara yang terawal..)
Acong(Kopet),Cebok,Ujez,Cepot...(zaman remaja)

Bulan Mac tahun ini sahabat yang paling tua berkahwin...kira dialah penutup buku kerana yang lain muda lagi daripada dia dah berkahwin malah sudah ada anak...so kami kawan-kawan tumpang gembira dan sanggup hadir pada majlis perkahwinan beliau di Renggam,Johor.

Dan kini aku mendapat berita isterinya sedang mengandung...Tahniah Bro..

Disini aku sertakan gambar-gambar dihari persandingan sahabat lama ku ini...







Menjelang Ramadhan..

Barbeku ala kampung...


Umat Islam dijangka akan memulakan ibadah puasa pada awal September ini.Itu bermakna kita hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk menikmati semuanya sebelum mula mengerjakan ibadah puasa.Mungkin puasa pada tahun ini menjadikannya sebagai satu latihan pada semua umat islam di dunia apatah lagi di Malaysia untuk mempraktikkan amalan berjimat dan mengekang nafsu untuk berbelanja memandangkan krisis dunia yang berlaku dewasa ini seperti makanan dan bahan api.Kenaikan bahan api dan makanan memberi impak kepada jutaan manusia yang menyebabkan kerajaan mengambil langkah drastik dan tidak popular iaitu dengan menstruktur semula subsidi minyak dan serta merta meningkatkan harga bahan itu daripada RM 1.92 kepada 2.70 seliter.
Umum tahu minyak adalah satu sumber yang banyak diguna pakai oleh semua insan di dunia.Kenaikan harga bahan api sekaligus meningkatkan kos sara hidup yang mana ia memberi kaitan untuk aktiviti-aktiviti pengeluaran dan juga kos-kos lain.Keadaan tersepit dan mencengkam ini bukan saja dirasai oleh pengguna sahaja tetapi ia memberi kesan pada syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.Langkah segera terus diambil oleh semua syarikat yang beroperasi untuk meminimakan kos.Pekerja-pekerja juga mula menunjukkan ketidakselesaan dalam menjalankan pekerjaan disebabkan tekanan daripada kenaikan kos tersebut yang mana ia tidak lagi sesuai dengan jumlah gaji mereka.Bayangkan sekiranya syarikat juga mengalami kesan kenaikan kos apatahlagi pekerja-pekerja yang terpaksa terus menjalani hidup dalam kepayahan.Sama ada kenaikan kos atau tidak mereka terpaksa keluar bekerja untuk mengimbangi hidup.Keterpaksaan ini banyak memberi pelajaran pada rakyat semuanya dan penderitaan itu harus ditelan demi hidup yang semakin terhimpit.

Keputusan yang paling tidak popular dalam pentadbiran kerajaan sekarang iaitu menaikkan harga minyak secara drastik sehingga menimbulkan keberangan dan ketidaktentuan dalam kehidupan rakyat.Alasan demi alasan yang dijelmakan sukar untuk dimengertikan oleh semua orang termasuk juga saya.Disini saya tidak mahu mengulas lanjut berkenaan kenaikkan harga minyak ini kerana apa yang sudah diputuskan terpaksa diterima suka atau tidak.Yang penting keputusan itu saya kira diambil tanpa pertimbangan sewajarnya kerana kerajaan tidak memandang keperitan hidup rakyat secara total.Kenaikkan harga minyak bukan tidak pernah berlaku di Malaysia dan semua rakyat hampir pasti tahu bahawa ia akan berlaku.Tapi kenaikkan terlalu tinggi begini sangat tidak boleh diterima iaitu sebanyak 40% daripada harga sebelumnya.Ia umpama kita sedang berehat dirumah menikmati kehidupan ,lantas tiba-tiba datang satu peluru hinggap dikepala tanpa sempat kita menghabiskan hari yang indah itu.Apa yang kita mahukan kerajaan fahami ialah berilah kita peluang menstruktur jadual hidup supaya seimbang dengan kenaikan tersebut.

Oleh itu Ramadhan al Mubarak yang akan datang ini dapatlah kita terus beribadah dengan sempurna dan terus bersyukur dengan apa yang kita ada.

Tahun ini saya akan berhari raya di kampung isteri jauh nun di pantai timur.Memandangkan tahun lepas adalah giliran di kampung saya maka saya redha dan memahami itulah jadual hidup saya yang saya jalani selama ini dengan gembira dan syukur.


Friday, July 25, 2008

Jambatan Impian





Pada saat diumumkan bahawa projek untuk menggantikan tambak johor kepada sebuah jambatan yang indah (walaupun bengkok),berita ini menjadi satu khabar yang membanggakan rakyat Johor..
Semua rakyat Johor mahu negerinya dikenali bukan dengan kesesakan di komplek kastam mahu ke negara singa,bukan dengan keretapinya yang menyusuri tambak bersaksikan paip air yang merentasi selat serta yang pastinya bukan mahu melihat cebisan sampah melekat di tepian tambak..

Dengan status negeri asalnya penubuhan UMNO,sebuah parti bertunjangkan ketuanan melayu,dengan rekod kebalnya mendominasi setiap kali pilihanraya diantara negeri terkuat untuk sebuah parti bernama UMNO.Kalau sebut UMNO,orang ingat JOHOR.

Tapi bagi rekod dan kekebalan itu tidak bermakna kalau tiada apa yang menonjolkan imej Johor itu sendiri dan yang pasti mendapat keuntungan adalah sebuah parti sahaja..bukan kredibiliti serta imej rakyat dan negeri khususnya.

Rakyat mahu jambatan yang boleh dijadikan mercu tanda negeri,status dan pengenalan di peta dunia bahawa diselat yang tersibuk didunia ini ada sebuah jambatan yang indah serta moden..
Cuba kita lihat di Google Maps..di selat hanya ada sebuah tambak (causeway) yang dibina atas daya pemikiran yang diilhamkan oleh British.

Masuk abad ke 21 dan usia tambak itu sendiri pada hari ini sudah 83 tahun,maka ilham daripada Tun Mahathir bahawa tambak itu harus diganti dan di'hias' supaya negara singa tidak lagi mengaum di kandangnya adalah satu keputusan yang menggembirakan.

Tetapi diatas serakah politik dan kuasa menjadikan jambatan itu hanya boleh dilihat dalam mimpi atau sekadar ilustrasi daripada pelukis sahaja..yang nyata kini rakyat Johor terpaksa hanya boleh bercerita kepada dunia 'Johor hanya ada sebuah tambak dulu,kini dan selamanya'...

Inilah dia manusia yang menghentikan cita-cita dan impian rakyat Johor..

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Kerajaan hari ini membuat keputusan menghentikan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan Rabu.

"Keputusan kerajaan ini dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama berkenaan bekalan pasir dan ruang udara," katanya dalam kenyataan satu perenggan.

Suara dan sentimen rakyat Malaysia itu hanya apa yang didengar oleh Pak Lah dari tukang bodek atau pengampunya sahaja..bukan secara total dari suara rakyat Johor dan rakyat Malaysia...





(akan bersambung lagi nanti)